Tuesday 15 December 2015

Cerpen:kasihmu akan kumiliki-3

“Tuan muda,kereta dah sedia”.Alkaf (P.A Fahim) memberitahu tuannya.”Good! mereka dah tahu kan yang mama tak dapat dating so,aku ganti mama?”.”Dah tuan,saya dah maklumkan kepada mereka.”.”bagus!! jom gerak sekarang”Kata Fahim lantas bangun dan menyarung kotnya.Apabila tiba di lobby kelihatan BMW X6 berwarna putih sedia menunggu mereka.Alkaf membukakan pintu kereta untuk ketuanya.Setelah ketuanya masuk pintu kereta ditutup dan dia masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah pemandu.”Alkaf,meeting hari ni melibatkan semua pengarah atau jabatan yang terlibat sahaja?”Tanya Fahim.

”Mengikut apa yang setiausaha Dato’ kata,kita akan bermesyuarat dengan jabatan yang terlibat sahaja sebab kata Dato’ tak de guna-nya melibatkan orang yang tak de kena-mengena dengan masalah tu”terang Alkaf panjang lebar.”saya Tanya satu soalan awak bagi jawapan untuk 10 soalan!”ujar Fahim,suaranya sengaja digarangkan.”hehehe..sorry bos”kata Alkaf sambil membuat isyarat peace.
Alkaf sudah dianggap sebagai adiknya.Alkaf merupakan orang kedua yang dipercayai olehnya selepas mamanya.sifat Alkaf yang keanak-anakkan membuatkan Fahim selesa denganya.

“Puannn…!!!meeting diawalkan”kata fika sedikit cuak.Gila tak cuak dahlah problem ni melibatkan jabatan mereka!.Amna’ masih tenang di tempat duduknya.Tetapi sejak pagi tadi hatinya sedikit berdebar.’hisy..takkanlah aku takut pasal meeting jap lagi kot?’desisnya.Nafas ditarik dan dihembuskan beberapa kali.Setelah berasa sedikit tenang Amna’ bangkit dari kerusinya dan mengambil beberapa fail penting berkaitan projek ini lalu terus keluar menuju ke Bilik Mesyuarat.’Biar kita tunggu orang,jangan orang tunggu kita’.Itulah prinsip yang selalu dipegang oleh Amna’.Fika yang ditinggalkan oleh Amna’ tercengang di hadapan pintu pejabat Amna’.”sampai hati puan Amna tak tunggu aku..sob.sob..sob”omel Fika.’baik aku cepat sebelum Puan bising’desis Fika lantas menuju ke bilik mesyuarat.

Kereta yang dipandu oleh pemandu berhenti tepat dihadapan pejabat Mutiara sdn.bhd.Kedatangan Fahim disambut oleh beberapa kakitangan Mutiara sdn.bhd.”Selamat datang Tuan”kedengaran  suara beberapa staf mengucapkan selamat datang.”ye..ye..”Fahim sedikit kekok kerana selama ini jika hendak melawat anak syarikat akan dia ditemani oleh mamanya.Selalunya mamanya sahaja akan memberi respons.Fahim akan senyum sahaja.Namun,kini dia keseorangan.

Lantas Fahim dan Alkaf menuju ke bilik mesyuarat.’Cepat siap,cepat balik,boleh enjoy’desis Fahim.Pintu bilik mesyuarat dibuka,Amna’ yang terdengar pintu dibuka lantas berdiri untuk memberikan tanda hormat.Amna’ terpaku melihat gerangan yang masuk sebaik pintu dibuka.Jantungnya berdegup hebat.Bayangan faris dan fira bermain di mindanya.Fahim pula tergamam melihat wanita dihadapanya ini.Namun segala perasaan yang bertandang di buang jauh.Dia bertindak seperti tidak mengenali wanita itu dan terus menuju ke tempat duduk yang dikhaskan untuknya.Entah mengapa suasana bilik mesyuarat yang dilengkapi penghawa dingin itu membuatnya berasa panas.

Melihat Fahim yang seolah-olah tidak mempedulikanya membuatkan Amna’ bersikap profesional.’Amna’ kau boleh buat,dia tak kenal kau,kau tak kenal dia’Amna’ cuba memotivasikan dirinya.

Now,tell me what is the problem?,saya dengar ada masalah kat site,apa masalahnya?”Fahim segera memulakan mesyuarat itu.Dia tidak betah duduk berhadapan dengan wanita yang pernah mencuri serta menghancurkan hatinya.”Kami mendapat maklumat bahawa binaan tersebut tidak stabil. Buktinya,pekerja kita yang hendak melakkukan pendawaian di tingkat atas terjatuh.”kata Norman ketua Jurutera Mutiara mewakili yang lain.”Berapa orang pekerja yang tercedera?”Tanya Fahim.selaku ketua kebajikan pekerja adalah tanggungjawabnya.”5 orang tuan,3 orang daripada mereka patah kaki dan tangan,2 orang lagi cedera ringan sahaja”jawab Atilia.

Perbincangan mengenai masalah serta cara menanganinya dibincangkan oleh mereka.Dalam perbincangan tersebut hanya sekali-sekala sahaja Amna’ menyampuk.Sejujurnya dia berasa kekok berada satu bilik dengan Fahim.”ok..kita akan sambung mesyuarat ini esok.”kata Fahim lantas bangun dan keluar dari bilik mesyuarat itu.Pekerja lain juga mula beransur keluar an bersiap sedia pulang ke rumah.Tidak ketinggalan Amna’ juga.

Amna’ terus memandu ke rumah pengasuh anak-anaknya.Nasib baik tadika dan rumah pengasuh sebelah-menyebelah.kalau tak penat Amna’ berulang-alik.Sampai sahaja di hadapan rumah pengasuh Fira dan Faris menunggu dengan muka yang masam.’errkk…alamak,kenapa dengan kembar ni?’ desis Amna’.”assalamualaikum,anak-anak ibu,rindu ibu tak?”ucap Amna’ sambil mendepakan tangannya.Fira dan Faris buat-buat tak Nampak dan terus masuk ke dalam kereta.”Dosa tau tak jawab salam”kata Amna’ sambil memakai tali pingang keledar.”waalaikumsalaam”jawab mereka berdua serentak.

“kenapa ni,kenapa muka busyuk-busyuk ibu ni masam hari ni?”Tanya Amna’.”Tadi kat umah nek Kiah,Fira gaduh dengan Syasya.”kata Faris.Amna’ sedikit terkejut,jarang anak daranya ini bergaduh dengan orang.melainkan kalau orang tu betul-betul membuatkannya marah.”apa ni,abang Faris kenapa bagitau ibu”muka Fira mula monyok.”kenapa princess ibu ni gaduh dengan Syasya?”.Tanya Amna’
“Fira nak main masak-masak dengan Syasya sebab Syasya ada set masak-masak yang best.Bila Fira kata Fira nak main Syasya tak bagi.Syasya kata orang yang tak de ayah tak boleh main dengan mereka”kata Fira.Amna’ terdiam,tidak pernah disangka anaknya akan dipinggir sebegini.”kalau Fira marah pasal ni,ibu faham tapi kenapa faris pun macam marah jer”.tanya Amna’.”yelah dah mereka marah adik,Faris pon marah jugak kat Syasya and the gang”Kata Fahim.”Anak-anak ibu,dengar apa yang ibu cakap ni,dalam hidup ni kita tak dapat puas kan hati semua orang.Jadi,biar apa orang nak kata.kita tak dapat diamkan mulut orang.betul tak?”Tanya Amna’.”Betul ibu”kembar menyahut.”kita kena berfikiran positif,selalu senyum,sebab senyum itu..”sengaja Amna’ meleretkan ayat .”sedekah”kedua-duanya menyahut.
wajah anak-anak dipandang,muka monyok sudah hilang diganti dengan wajah ceria.”sape nak ais krim,angkat tangan”kata Amna’.”saya”fira selaku hantu ais krim merupakan orang pertama angkat tangan.”Saya”faris menyahut.”ok jom”kata Amna’

Fahim masuk ke dalam bilik hotelnya dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.Sebaik sahaja habis mesyuarat dia mengarahkan pemandunya Pak Akob memandu ke mana-mana tempat yang boleh menenangkan hatinya.Pemandunya membawanya ke sebuah taman.Ada yang sedang bersenam dan meluangkan masa dengan yang tersayang.Faris duduk diatas rumput dibawah pokok yang redang.Fikiranya melayang.’kenapa lepas 6 tahun,aku jumpa kau balik?.kenapa kau muncul balik dalam hidup aku?’.Debaran yang dirasa saat melihat wanita itu tadi seakan sama dengan debaran yang hilang 6 tahun lalu.Sedang dia mengelamun,dia terlihat seseorang yang amat dikenalinya menghampiri trak ais krim bersama-sama dua orang anak kecil,mungkin kembar yang dipimpin dikiri dan kanannya tangannya.

‘Sarah’ desisnya .Dia pasti wanita itu sarah berdasarkan pakaian wanita itu yang sama dengan pakaiannya sewaktu dipejabat tadi.Tapi siapa budak tu?.Persoalanya,siapakah budak-budak itu?

Fahim bangun dan terus menuju ke kereta yang sedia menunggunya.”Alkaf esok aku nak kau bawak fail pekerja yang bernama Sarah Amna’.aku nak tengok rekodnya”arah Fahim.”aik..kenapa bos berkenan ke,selama ini tak pernah pun bos nak semak fail pekerja”Tanya Alkaf separuh mengusik.Fahim terpandang surat khabar yang dibaca pagi tadi di pocket seat pemandu.Lantas,surat khabar itu diambil dan digulung.Lalu kepala P.A nya diketuk beberapa kali.”aduh..bos..sakit bos..”rintih Alkaf kepalanya dilindung dengan tangannya.”Apa salah saya bos”kata Alkaf setelah Fahim berhenti memukul.”Tanya diri kau apa salah kau”kata Fahim sambil meletakkan surat khabar yang separuh lunyai itu di sebelahnya.Almaklumlah dia kan duduk sorang-sorang kat belakang.Tentulah space dia besar.”ok bos,esok saya bawak fail Puan Muda..opps tersasul cik Sarah”kata Alkaf .”tadi yang kau rasa tu surat khabar je.nak rasa kasut tak?”Tanya Fahim sedikit geram.”tak nak…tak nak.”cepat-cepat Alkaf menjawab.

“kalau tak nak,kau buat apa yang aku suruh dan tolong diam!,aku tak de mood nak gurau hari ini”kata Fahim.Jika dilihat dari mata kasar,dia sedang memandang pemandangan tetapi hakikatnya fikiranya jauh melayang.Apa yang dilihatnya tadi benar-benar membuatkanya panasaran.

No comments: