Monday 21 March 2016

Cerpen:Kasihmu akan ku miliki-12

Yeayy..dah ada sambungannya..Cik Writer menyusun sepuluh jari meminta maaf sebab buat readers menunggu dan Maaf sekali lagi jika entry kali ni tak menepati cita rasa readers...enjoy n please comment..barulah writer bersemangat nak menulis bab seterusnya..^^
**************************************************************************************
1 Bulan Kemudiaan…

Sebulan berlalu sejak Fahim Mengarahkan Alkaf dan Fika mencari Maklumat mengenai lelaki yang ditangkap Khalwat bersama Amna’ dulu namun melalui Fira dia hanya dapat tahu yang lelaki tersebut telah menghilangkan diri sejak beberapa tahun lalu dan pihak Asrama mengatakan bahawa dia pernah menghuni asrama anak yatim itu sehingga berusia 19 tahun sahaja.

Tiba-tiba…

Fahim sedang menaip laporang kewangan syarikatnya terkejut apabila Alkaf merempuh masuk.”Bos…”kata Alkaf separuh menjerit.”kau dah Kenapa,tiba-tiba rempuh masuk ni”kata Fahim tanpa perasaan.”Saya dah jumpa lelaki yang ditangkap khalwat dengan Kak Amna’ dulu.”kata Alkaf tanpa berselindung.Fahim terkejut,dia mengangkat kepala memandang Alkaf.”Betul ke?..kau pasti itu orangnya?”Tanya Fahim inginkan kepastiaan.”100% Pasti bos”kata Alkaf yakin.”Kat mana dia?”Tanya Fahim tidak sabar.”Dia ada kat Jakarta,Indonesia..“Kata Alkaf.”Good,esok kita akan bertolak ke sana”arah Fahim.”Ta..tapi, Bos tak rasa yang bos terburu-buru ke lagipun alasan apa yang kita nak cakap dengan mama Bos?”Tanya Alkaf.”Kau cakaplah kat mama yang aku nak melawat klien yang sakit dan aku nak tahu kebenarannya secepat mungkin.Aku tak nak kecewakan mereka yang tak bersalah”kata Fahim.”Ta..tapi Bos..macam mana dengan pengawal yang selalu ikut bos tu?”Tanya Alkaf lagi.Dato’Azimah yang curiga dengan perlakuan Fahim telah mengupah 2 orang Pengawal bagi mengikut Fahim senyap-senyap namun,Fahim yang  tahu akan agenda mamanya dan  berpura-pura tak tahu.”Saya akan uruskan mereka.Sharp pukul 1 pagi kau jumpa aku kat Luar rumah.Aku akan parking kereta kat luar dan kita akan bertolak ke Airport!”arah Fahim.Dia tidak sabar hendak mengetahui kebenarannya.Jika Amna’ terbukti tidak bersalah,dia tidak akan teragak-agak melutut dan meminta maaf.

“Ok..ok..bos..saya akan tempah tiket ke Jakarta..flight malam ni”kata Alkaf lalu keluar dan duduk di tempatnya.Fahim hilang fokus.Hatinya meronta-ronta hendak mengetahui kebenaran.’macam mana kalau mama betul?,kau sanggup ke berpisah dengan kembar tu?’desis hatinya.’Tak..aku yakin!,kembar tu anak aku!’kata Fahim dalam hati tegas.

Malamnya…

Alkaf memandang Fahim yang sedang enak menjamu selera.Suasana meja makan sangat senyap.Selalunya mulutnya takkan diam berceloteh namun hari ni dia tidak tahu macam mana nak mulakan bicara.Alkaf memang rapat dengan Dato Azimah dan Dato Azimah sudah menganggap Alkaf sebagai anaknya.Keresahan Alkaf menarik Perhatian Dato Azimah.”Kenapa dengan kamu ni Alkaf?..ada apa-apa masalah ke?”Tanya Dato Azimah.Fahim sedikit cuak.’Aduhhh..janganlah mama tahu plan aku!!’jerit Fahim dalam hati.”Err..hehehe..tak de lah Mak engku,Saya ingat nak bermalam kat sini sebab lepas makan kenyang-kenyang ni memang susah saya nak drive balik”kata Alkaf menutup resahnya.Fahim menghembus nafas lega.”Macam tak biasa pulak kamu tidur kat sini”Ujar Dato Azimah.”Err..hehehe ”Alkaf sengih menutup gelisah sambil memandang Fahim yang duduk bertentangan dengannya.’gulp’ Alkaf menelan air liur apabila Fahim memandangnya dengan renungan yang membunuh.Suasana senyap senyap kembali,hanya bunyi sudu dan garfu belaga sahaja kedengaran.Tiba-tiba…”Alkaf,kenapa kamu senyap je hari ni..selalunya ada je benda kamu nak cerita”Tegur Dato Azimah.Alkaf tersedak. ”Hukk..huk..huk..ermmm..sa..saya..ta..tak de benda nak cerita jadi lebih baik saya diam”kata Alkaf tergagap.”Betul tu ma,lagipun Fahim rasa Alkaf ni penat sebab dari pagi sampailah petang dia ikut Fahim jumpa klien dan lawat tapak projek”tambah Fahim.”Er..ye..ye betul tu Dato”kata Alkaf.

“Macam-macamlah korang ni..Fahim nak ikut mama tak?”kata Dato Azimah seusai selesai makan.Fahim dan Alkaf saling berpandangan sebelum Fahim bersuara..”Nak pergi mana?”.”Mama ada Meeting dengan persatuan mama,Aliesha pun ada…”kata Dato Azimah teruja.”Tak Nak lah ma,Fahim rasa penatlah..”kata Fahim Memberi alasan.”Are you sure?”Tanya Dato Azimah inginkan kepastiaan.”Yes ma..”balas Fahim malas..”Ok..”kata Dato Azimah lalu terus berlalu ke bilik untuk bersiap ke persatuannya.Fahim duduk di sofa ruang tamu seusai makan malam.Alkaf turut mengikutnya dan melabuhkan punggung di sofa yang bertentangan dengan Fahim.”Bos..plan malam ni jadi ke?”Tanya Alkaf perlahan.”Plan kita akan diteruskan walau apa pun yang terjadi..aku tak sabar nak tahu kebenarannya “kata Fahim lalu terus bangun dan meniti anak tangga menuju ke biliknya.Alkaf juga bangkit dan menuju ke bilik tetamu yang dikhaskan untuknya.

Tepat Pukul 12:58 A.M…

Fahim mengangkat beg polonya perlahan-lahan.Dia takut Mamanya akan bangun.Alkaf sudah siap menunggu dalam Keretanya yang sengaja diparkir di bawah pokok di hadapan rumahnya.Setelah siap menutup dan mengunci pintu,Fahim melangkah laju menuju ke keretanya dan terus menghembus nafas lega apabila punggungnya dilabuhkan didalam kereta.Kereta Toyota Prius terus bergerak menuju ke KLIA.”Lelaki tu duduk kat mana?”kata Fahim.”Kat Jakarta..”kata Alkaf.”Aku tahulah Jakarta tapi kat mana?..jakarta tu luas”kata Fahim.”Nanti kawan saya akan jemput kita kat Soekarno-Hatta International Airport”kata Alkaf.Fahim mengangguk Faham.Dia merendahkan kerusinya dan menutup matanya.”Flight pukul berapa?”Tanya Fahim dengan mata yang terpejam.”Pukul 2 pagi Bos…”kata Alkaf tenang.”nanti dah sampai KLIA kejutkan aku”arah Fahim dan Alkaf mengangguk.

Lapangan Terbang Soekarno-Hatta…

Fahim dan Akaf selamat tiba di Jakarta pukul 6:10 pagi.Perjalanan daripada KLIA ke Soekarno-Hatta International Airport mengambil masa hampir 3 jam 40 minit.Sebaik sahaja keluar dari lapangan terbang.Seorang lelaki yang dikenali sebagai Malik menegur mereka.”Assalamualaikum,Alkaf..kamu apa khabar?”kata Malik dengan Bahasa Melayunya yang sangat lancar sambil salam dan memeluk Alkaf.”Aku sihat je…kau sihat?”kata Alkaf pula.Fahim hanya memerhatikan sahaja gelagat dua manusia itu.”Alhamdulillah..aku sihat..ni bos kamu ke?”Tanya Malik.Alkaf menangguk dan memperkenalkan Fahim kepada Malik.Seusai bertegur sapa,Malik membawa mereka ke Days Hotel and suites Jakarta Airport kira-kira 3.50 KM daripada Lapangan terbang untuk Check-in mereka mandi dan berehat.Fahim mengaktifkan kembali phonenya selepas masuk ke dalam biliknya dan terdapat 48 missed call daripada Dato Azimah .Fahim menepuk dahi ”Adesss..mampus aku,mesti mama dah perasan kami dah tak de..awal pulak mama bangun”keluh Fahim.Dia menelefon mamanya.

“Helloo..mama,assalamualaikum..”kata Fahim sebaik sahaja telefon dijawab.”Waalaikumsalaam,kamu berdua kat mana sebenarnya?..pagi-pagi dah lesap?”Tanya Dato Azimah ‘straight’ tanpa ‘kona-kona’.Fahim menggaru lehernya yang tidak gatal.”er…er…mama ingat tak dengan klien kita nama dia Heriyanto..ingat tak?”Tanya Fahim.”Ingat kenapa dengan dia?”Tanya Dato Azimah pula.”err..dia sakit tenat ma,sebab tu Alkaf dan Fahim pergi melawat dia.Dia kan ‘largest contributor’ untuk Mutiara ”kata Fahim.”Ye ke…mama tak tahu apa-apa pun,macam mana kamu boleh tahu yang dia sakit”tanya Dato Azimah hairan.”Anak dia wassap Fahim..hehehe”Fahim memberi Alasan.”Jadi kamu kat Jakarta lah ni?”Tanya Dato Azimah lagi.”ye ma,kami kat Jakarta…mama jangan risaulah,Fahim ok kat sini..”kata Fahim menyakinkan mamanya.”oklah..jaga diri..apa-apa nanti call mama..Assalamualaikum”pesan Dato Azimah.”Ok ma…Waalaikumsalaam”kata Fahim lalu mematikan taliannya.’Fuhhh....selesai satu masalah’ desis hatinya lega.Seusai menunaikan solat subuh dan bersarapan mereka bertolak ke Jl.Rawa Selatan III tempat dimana Hashril (lelaki yang ditangkap khalwat dengan Amna’) tinggal.

Di Malaysia…

“Hello,Murad..aku nak kau dan anak-anak buah kau bertolak ke Jakarta hari ini juga”arah Dato Azimah.”Kenapa Dato’?”Tanya lelaki yang bernama Murad itu.”Fahim ada kat Jakarta,aku tak tahu dia buat apa kat sana tapi aku dapat rasa dia sedang mencari sesuatu..aku nak kau dan anak-anak buah kau awasi dia..faham?”arah Dato Azimah tegas.”Faham Dato”kata Murad lalu memutuskan talian.’ Fahim ..fahim..kau ingat mama ni bodoh? Dah 3 bulan Heriyanto meninggal dan sekarang perniagaanya diwarisi oleh anak lelakinya..apa yang kau cari kat Jakarta sebenarnya?’desis Dato Azimah.

Jakarta…

“Maaf pak..pemilik asal rumah ini sudah berpindah 1 tahun yang lalu..”kata wanita yang mendiami rumah Hashril.”Kamu tahu dia ke mana?”Tanya Malik.”saya enggak tahu..permisi ya pak,saya telat ke kantor ni”kata wanita itu lalu terus pergi meninggalkan mereka.Mereka mengeluh sebelum masuk ke dalam kereta milik Malik.”Malik,selain rumah..maklumat apa lagi yang awak dapat?”Tanya Fahim.”Dia pernah bekerja di sebuah Hotel tapi hotel itu dah muflis”terang Malik.Mereka mencari dari Jl.Rawa Selatan III hingga ke Jl.Patung  namun tiada apa-apa maklumat pun yang mereka jumpa.Mereka berhenti untuk solat zuhur di sebuah masjid.Selepas solat Zuhur,mereka makan tengah hari di sebuah restoran.Sedang mereka menjamu selera,Telefon Malik tiba-tiba berbunyi “excuse me”kata Malik lalu menuju ke kawasan terbuka untuk menjawab telefon.Fahim dan Alkaf hanya memerhatikan dia dari jauh.

“Alkaf..dah berapa lama kau kenal dia?”Tanya Fahim.”Lama bos..sebenarnya kami pernah menuntut di Universiti yang sama..Malik ni Housemate saya dulu”terang Alkaf sambil menyuap makanan ke mulutnya.”Dia orang Melayu ke?..”Tanya Fahim lagi sambil menjeling Malik yang sedang bercakap dengan Phonenya.’Apalah yang dia sembangkan tu..lamanya’desis Fahim.”Dia orang Malaysia..asalnya daripada Johor..Bapa orang Johor,Mak dia orang Jakarta..Parents dia bercerai,dia duduk dengan ayah dia sampai dia graduate dan lepas graduate dia tinggal dengan mak dia kat Jakarta ni..dia ni arkitek tau, bos”terang Alkaf panjang lebar.Fahim hanya mengangguk faham.Malik menghampiri mereka selepas bercakap hampir 15 minit.”Der..lama gila kau sembang..ada apa-apa ke?”Tanya Alkaf.”Saya dah tahu kat mana Hashril…. “Kata Malik.”Kat mana..Hashril kat mana?”kata Fahim tidak sabar.”Hashril ada kat Pesantren ***”kata Malik.”Jom kita ke sana..”kata Fahim.”Perjalanannya akan ambil masa kira-kira 4 1/2 jam..kalau kita bertolak sekarang kita mungkin akan sampai 5:30 petang…kalau ditolak masa nak cari hotel dan check-in kita akan sampai ke Pesantren itu dalam pukul 6:30..”terang Malik Panjang.”kita takkan ambil masa yang lama..kau kan ada”kata Fahim.

Alkaf dan Malik saling berpandangan.”Bos..saya tahu bos tak sabar nak tahu perkara yang sebanar tapi Malik tak Familiar dengan kawasan tu..Bos bersabarlah untuk 1 hari lagi ya”kata Alkaf .Fahim mengeluh.”Pukul berapa kita nak bertolak esok”Tanya Fahim.”Dalam pukul 9 pagi…kawan saya akan bawa kita ke sana”kata Malik.”Jom kita balik hotel”kata Alkaf.Seusai membayar mereka menuju ke hotel.

Seusai solat Maghrib,Fahim melabuhkan duduknya di bangku yang disediakan di balkoni biliknya. Telefon di tangan direnung.”Nak call Sarah ke tak?Kalau call nampak macam aku desperate nak cakap dengan dia..kalau tak call hati tak tenang ..hishh ”omelnya perlahan.”Walaupun aku tak tahu apa yang jadi sebenarnya tapi tak salah kalau aku call dia…rasanya”kata Fahim menyedapkan hatinya.Selepas puas berfikir tangannya mendial nombor Amna’.Selepas tunggu beberapa ketika,telefon diangkat.Fahim yang duduk bersandar terus duduk menegak 90 darjah.”Hello..assalamualaikum…”suara Amna’ kedengaran.”Waalaikumsalaam..Sarah..Fahim ni”kata Fahim mengenalkan dirinya.Amna’ yang sedang menyeterika baju  tersentak.Cepat-cepat dia meletakkan seterika di tempat yang dikhaskan namun dia terlupa nak tutup ‘plug’.”Kau nak apa”Tanya Amna’ kasar.”Awak sihat?”Tanya Fahim tanpa menghiraukan soalan Amna’ yang kasar itu.”Ehh..selama ni kau tak pernah nak tanya aku sihat ke tak kenapa sekarang kau tetiba nak tahu?”Balas Amna’ kasar.”Ehmm..saya rasa awak sihat”kata Fahim.Sejujurnya dia terasa dengan bahasa Amna’ yang kasar itu.”Awak..anak-anak kita tengah buat apa?..mereka sihat?”tanya Fahim tidak berputus asa.”Excuse me Mr.Azreel Fahim..mereka anak-anak saya”kata Amna’ tegas.”Sarah..salahkah saya nak tahu keadaan anak-anak saya?...mereka tanggungjawab saya”kata Fahim lembut.”Jangan cakap pasal tanggungjawab…ouchhh!!”jerit Amna’. ”Kenapa Amna’?”tanya Fahim pantas apabila mendengar Amna’ mengaduh.”Tak ada apa-apalah”kata Amna’ lalu memutuskan panggilan.Fahim terkejut..’kenapa dengan Sarah’hatinya mula risau.Dia menelefon Amna’ namun tiada jawapan.

Di rumah Amna’….

“Ibu..kenapa Ibu!!”kata Faris dan Fira cemas apabila mendengar ibu mereka mengaduh.Mereka yang sedang menonton kartun di Disney channel terkejut apabila terdengar ibu mereka mengaduh kuat.”Tak ada apa-apa lah…tangan ibu terkena seterika”kata Amna’ sambil tersenyum dalam kepayahan.’Pedih gila..’jerit Amna’ dalam hati.”Tangan ibu dan merahlah”kata Faris.Amna’ memerhatikan tangannya..”melecur sikit je”kata Amna’ menyedapkan hati anak-anaknya.”Mana ada sikit..tengok tu merah dia besar”kata Fira tegas.Mulut Fira yang becok mula berkicau itu dan ini.”Ibu kan selalu pesan kat Fira..hati-hati..tapi ibu sendiri tak hati-hati..kalau teruk tadi macam mana”kata Fira tak henti membebel.Amna’ memandang Fira yang tak henti-henti membebel dari tadi manakala Faris sedang meyapu ubat di tempat yang melecur tersebut.Amna’ nak sapu Faris larang dan berkeras nak buat jadi dia bagilah anak teruna itu sapu ubat.Anak daranya ni pulak tak habis-habis membebel macam mak nenek.’Entah ikut perangai sapelah Fira ni’desis Amna’dalam hati.

Jakarta(Kesokkan harinya)..

Tepat pukul 10 pagi,Fahim dan Alkaf check-out dari bilik mereka.Kelihatan Malik dan seorang lelaki yang mungkin lewat 40-an sedang menunggu mereka.”Kenalkan ini Hassan..dia yang akan jadi pemandu kita untuk hari ni”kata Malik memperkenalkan lelaki tersebut.Selepas bersapa mereka terus masuk ke dalam Mitsubishi Montero Sport. “Semua sudah siap”tanya Hassan.”Ya..ayuh kita gerak sekarang”kata Malik.Perjalanannya jauh dan mereka berhenti seketika untuk makan dan bersolat Zuhur.Jujur Fahim katakan hatinya berdebar-debar.Bayangan Amna’,Fira dan Faris muncul di mindanya.’Faris..Fira..kalau terbukti papa yang salah faham…macam mana papa nak bersemuka dengan Ibu kamu?...adakah kamu akan maafkan papa sebab abaikan tanggungjawab papa terhadap kamu berdua?’desis hatinya.

Mereka tiba di Pesantren *** pada pukul 3 petang.Mereka menuju ke pejabat pesantren tersebut kerana orang luar tidak sewenang-wenangnya dibenarkan bertemu dengan penuntut disitu.Malik membantu mereka berkomunikasi dengan wakil pesantren itu.Mereka diarahkan untuk tunggu seketika kerana Hashril telah keluar dengan pemilik pesantren ini untuk melawat penuntut yang dimasukkan ke hospital.Mereka menunggu di ruangan yang disediakan.”Bos..saya harap bos dapat bersabar…kita dengr penjelasan dia dulu ok”kata Alkaf mengingatkan bosnya yang sedikit panas baran itu.”Aku tahulah”kata Fahim ringkas.Selepas menunggu hampir setengah jam,seorang lelaki yang berjubah coklat menghampiri mereka.”Assalamualaikum…”sapa Lelaki tersebut.”Waalaikumsalaam..”jawab Fahim dan Alkaf serentak.Fahim yang duduk membelakangi lelaki itu bangun.’Masanya dah tiba’desis Fahim. Apabila Fahim pusingkan badannya..muka lelaki itu mulai pucat.”Lama kita tak jumpa.. Hashri l..”kata Fahim.Hashril menelan air liurnya kesat.Dia tidak boleh lari lagi.

Alkaf memandang Fahim…Fahim merenung tajam memandang Hashril..Hashril diam menekur memandang lantai.Malik dan Hassan telah meninggalkan mereka menyelesaikan masalah mereka.”Aku nak kau bagi tau perkara yang sebenar…kau perangkap Sarah atau Sarah dan kau memang ada hubungan masa tu?”tanya Fahim selepas mereka senyap seketika.Tanpa diduga Hashril melutut dihadapan Fahim.Alkaf dan Fahim terkejut.”Sebenarnya..sa…saya yang perangkap Amna’..”kata Hashril tergagap.Dia terhimpit dengan dosa silamnya.Fahim menahan sabar.Tangannya dikepal..”Duduk dan cerita kat aku perkara yang sebenar..aku tak nak kau sorok apa-pun”kata Fahim tegas.Hashril diam..dia bangun dan duduk semula di tempatnya.”Sebenarnya…

5 Tahun lepas…

Hashril baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang perniagaan.Dia mendapat tawaran untuk bekerja di Mutiara.Dia bekerja sebagai pekerja bawahan sahaja.Setelah beberapa bulan bekerja dia telah dinaikkan pangkat dan di situlah dia berkenalan dengan Dato Azimah.Dia nekad untuk mencari balik wanita yang telah mencuri hatinya sewaktu di Rumah Anak Yatim dan orangnya ialah Sarah Amna’.Puas dia mencari namun dia tidak jumpa sehinggalah suatu hari apabila syarikat mengadakan jamuan makan malam..dia terjumpa Amna’ namun dia terlewat.Amna’ sudah menjadi milik lelaki lain.Tuhan sahaja yang tahu betapa kecewa hatinya.Dato Azimah yang tahu akan perkara itu dan telah meminta bantuannya untuk memisahkan Amna’ dan Fahim.Dato Azimah benci akan Amna’ kerana baginya Amna’ telah merampas Fahim darinya dan mereka tidak sepadan kerana Amna’ anak yatim dan Miskin.Oleh kerana terlalu obsess untuk memiliki Amna’ tanpa berfikir panjang Hashril bersetuju.Perkara ini hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja.

“Aku nak kau pisahkan mereka..perempuan itu tak layak untuk anak aku”kata Dato Azimah penuh angkuh”

“Apa yang saya dapat kalau saya berjaya pisahkan mereka.Amna’ takkan balik kepada saya,dia akan setia kepada Fahim”kata Hashril.

“Aku akan bagi kau RM 4 Juta..kalau kau berjaya”kata Dato Azimah.

Hashril tersenyum dan berkata..”Dato’ boleh mula mengira hari mereka akan berpisah!”.
Hashril sengaja melanggar Amna’ di pasar raya dan mengarahkan orang suruhannya menangkap gambar dan meng’edit’ gambar tersebut.Gambar tersebut dihantar kepada Fahim namun Fahim sangat mempercayai Amna’ dan tidak percayakan gambar tersebut.Dato Azimah sangat marah dan mereka telah merancang sesuatu yang lebih ‘kejam’.Sebenarnya,Dato Azimah sengaja menyuruh Amna’ menggantikannya walhal dia tidak mempunyai apa-apa temu janji pun.Hashril sendiri yang memasukkan pil khayal dalam minuman Amna’.Selepas Amna’ tidak sedarkan diri.Dia menelefon Dato Azimah dan mengatakan rancangan mereka telah berjaya.Dato Azimah sendiri yang menghubungi JAIS dan memaklumkan ada pasangan yang berkhalwat.Amna’ hanya sedarkan diri apabil pegawai agama sampai.Apabila melihat Fahim mengamuk dan memarahi Amna’..Dato Azimah dan dia bersorak riang dan dia telah diberikan wang yang sangat lumayan kerana berjaya memisahkan mereka.Melihat sahaja wang yang banyak dia terus melupakan Amna’ dan dia berpendapat dia boleh dapat wanita yang lebih canik dari Amna’.Dia tidak sedar bahawa Allah Maha Kaya.Hidupnya yang penuh dengan kemewahan berakhir apabila teman wanitanya melarikan semua wangnya.Dia buntu dan tidak tahu hendak berbuat apa.Dia terserempak dengan pemilik Pesantren ini ketika tidur di Masjid dan mengikut beliau ke Jakarta.

Dia bekerja di Hotel sebagai penyambut tetamu dan berhenti kerja apabila hotel itu Muflis.Dia akhirnya dia menjadi penuntut sepenuh Masa di Pesantren ini.

Kini..

Fahim tidak dapat menahan dirinya dan sebuah tumbukan mendarat di muka Hashril.Hashril terjatuh.Alkaf terkedu melihat tumbukan Fahim yang boleh dikatakan kuat.Dia tiada kuasa nak menghalang dan Fahim berhak marah.”Kau tahu tak..sebab kau lah aku dan Sarah berpisah…aku tak tahu kewujudan anak-anak aku..oleh kerana RM 4 juta,kau musnahkan kebahagiaan aku dan Amna’”kata Fahim marah.Giginya diketap kuat.Hashril diam.Mungkin inilah kifarah untuk dosa-dosanya.”Aku minta maaf”kata Hashril perlahan.”Kau ingat maaf kau tu boleh padamkan dendam Sarah untuk aku?”tanya Fahim sinis.Hashril diam.Fahim bangun dan melangkah pergi.Di pertengahan jalan dia berhenti..”Aku tak sangka orang yang dianggap sebagai Abang oleh Amna’ memusnahkan kebahagaan dia”kata Fahim dan terus melangkah pergi.Air mata Hashril mengalir..”Maafkan aku Amna’..desis hatinya.


Mitsubishi Montero Sport bergerak laju di atas jalan.Fahim hendak terus pulang terus ke KL.Selepas mengucapkan terima kasih kepada Malik dan Hassan..mereka terus masuk ke dalam pesawat.Fahim mengeluh macam-macam rasa yang timbul.Sedih,marah,gembira dan macam-macam lagi.”Bos ok?”tanya Alkaf.”Aku nampak ok ke?”tanya Fahim kembali.”Kalau bos nak share apa-apa saya sudi dengar”kata Alkaf prihatin.Fahim mengeleng.”Aku tak sangka mama sanggup buat macam ni..apa salah aku sebenarnya”kata Fahim perlahan.Air matanya mengalir.Alkaf diam.Fahim mungkin memerlukan masa untuk bersendirian.

3 comments:

Anonymous said...

sedihnya..
sambung lagi

Anonymous said...

Cepat² sambung. Hehehe...
Nak tau kisahnya stalker mama Fahim.
Sempat ke dia orang ikut @ dia orang sampai Fahim dah balik.
Kali ni xde kisah sikembar.
Bab seterusnya bagi pjg lagi yer.
Nak baca skill memujuk Fahim kat Sarah.

Unknown said...

Nervous ni nak tahu ap smbungannya....