Tuesday 3 May 2016

Cerpen:Kasihmu akan dimiliki-13

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers..maafkan miya sebab lama menghilangkan diri.Actually Cik writer sangat sibuk dengan kerja kursus dan exam yang bakal tiba tak lama lagi..SORRY x3 sebab buat readers tertunggu-tunggu.Cik writer ingin jadikan cerpen kasihmu akan dimiliki sebagai novel..Adakah betul tindakan cik writer ni??...mohon berikan pendapat ye....^^
#################################################################################
Dato Azimah yang sedang meneliti laporan kewangan Mutiara diganggu dengan bunyi telefon.Tanpa melengahkan masa dia menjawab panggilan itu.”Hello…”kata Dato Azimah.”Hello bos…kita ada masalah besar?”kata murad cemas.Dato Azimah tersentak “Apa yang kau merepek ni,Murad?”kata Dato Azimah tegas namun sedikit risau.”Fahim…Fahim dah jumpa …Hashril”kata Murad Takut-takut.”WHAT!!..……. How??” kata Dato Azimah terkejut dan tak percaya.”Kami terlewat Dato…bila kami sampai je kat pesantren tu,kereta Fahim dah bergerak pulang”terang Murad.”Kenapa kau Bodoh sangat..kenapa kau tak awal sikit..hah!!”tengking Dato Azimah.”Maaf bos..”kata Murad perlahan.”Arrghh”jerit Dato Azimah lalu mematikan telefonnya.Telefonnya dibaling ke dinding dan iphone yang tak bersalah itu berderai.Dato Azimah terduduk.’Apa yang aku nak buat ni??’desis Dato Azimah risau.
Sebaik Sahaja tiba di KL,Fahim terus mengarahkan pemandunya memandu ke apartmen miliknya yang pernah dihuni bersama Amna’ suatu masa dahulu.Sebaik sahaja masuk,kenangannya bersama Amna’ dapat dilihat di apartmen itu.Setiap sudut di Apartmen ini dihias oleh Amna’ dengan tangannya sendiri.Gambar-gambar perkahwinan mereka masih di tempat asal walaupun sudah lebih 5 tahun dia tidak mengunjungi rumah ini.Dia akan mengarahkan pembantu rumahnya membersihkan rumah ini seminggu sekali.Fahim melangkah perlahan-lahan menghampiri gambar perkahwinan yang besar dan dilekapkan di sebelah ruang tamu.Wajah Amna’ sangat berseri pada masa itu.’Patutnya abang percayakan Sarah bukan orang lain walaupun itu ialah mama abang’desis hatinya kesal.Dia duduk di sofa sambil memejamkan matanya.Wajah anak-anaknya yang sedang tersenyum berlayar-layar di mindanya.’Kerana salah faham,papa tak tahu kewujudan anak-anak papa…maafkan papa’desisnya.Air matanya menitis ke pipi.Fahim cuba menahan sebaknya namun dia gagal…bahunya terhinjut-hinjut dan air mata mengalir dengan lebat.
Setelah puas menangis,Fahim bangkit…’aku perlu tebus kesalahan aku’tekad hatinya.
###############################################################################################
Amna’ terjaga apabila jam loceng yang di set di telefon bimbitnya berbunyi.Amna’ mengeliat sebelum mematikan jam loceng tersebut.Setelah membersihkan diri,dia menuju ke bilik permata hatinya yang terletak bersebelahan bilik dia.Kelihatan anak-anaknya sedang lena tidur.Faris di katil belah atas dan Fira di katil belah bawah.Amna’ mengejutkan mereka…”Faris…Fira..bangun…dh subuh ni”kata Amna’ namun tiada respons yang mereka berikan.Amna’ menghampiri anak-anaknya.Dia memegang bahu Faris dan mengoncangkannya sedikit sambil berkata..”Faris..bangun nak”kata Amna’ sedikit kuat.Faris mengiring menghadap ibunya.Matanya terbuka sedikit….”Ibu…Faris tak larattt”kata Faris lemah.Mukanya sedikit pucat.Amna’ mula cuak, dia menyentuh dahi Faris dan…”Ya,Allah panasnya..”kata Amna’ sedikit panik. Fira yang baru sedar dari tidurnya mengengsot kearah ibunya.”Kenapa dengan abang Faris ibu?”kata Fira sambil menggosok matanya.”Abang Faris demam…badannya panas sangat..hari ni Fira pergi ke tadika sendiri ye”kata Amna’ sebelum beredar dan kembali dengan sebesan air dan tuala di tangan. Seusai mengemas tempat tidur Fira beredar ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah siap,Fira menghampiri ibunya.”Ibu..badan abang panas sangat ke?”tanya Fira kepada Amna’ yang sedang menuam kepala Faris.”Panas Fira..ibu check tadi suhu dia hampir 39 darjah”kata Amna’ sedikit risau.” Fira pergi bersiap ye..nanti ibu hantar adik ke tadika sebelum bawak Faris ke Hospital” Tambah Amna’.Fira akur dengan arahan ibunya dan bergerak ke almari hello kitty pinknya untuk mengambil uniform tadikanya.Setelah siap,Fira turun ke dapur untuk bersarapan.Kelihatan Faris sedang duduk di kerusi meja makan sambil menyembamkan mukanya ke meja makan.”Abang Faris sakit lagi ke?” tanya Fira polos. “Sakitt….”Kata Faris lemah. “Fira…jangan kacau abang Faris….nah makan sandwich ni “ arah Amna’. Fira akur lalu melangkah ke arah ibunya dan mengambil sandwich dan mula menjamahnya selepas membaca doa.
#########################################################################################
Fahim yang tertidur di Sofa sambil memeluk gambar perkahwinannya dengan Amna’ dikejutkan dengan bunyi loceng yang ditekan bertalu-talu.Dengan langkah yang malas,dia membuka pintu.”Mama…”kata Fahim terkejut.”Fahimm…kenapa tak bagitau mama Fahim kat sini..mama risau tau tak”kata Dato Azimah.Fahim membiarkan pintu terbuka dan melangkah ke dapur untuk minum air sejuk.Dia berharap agar air yang sejuk dapat menyejukkan hatinya yang sedang bergelegak ketika ini.”Fahim..kenapa diam je ni..Fahim tak sihat ke?”kata Dato Azimah risau.”Buat apa mama nak risau sekarang ??..bukan mama dah lama berjaya dengan rancangan mama”kata Fahim dengan riak yang kosong.Dato Azimah terkedu. ’Di….dia dah tahu?’ desis hati Dato Azimah risau.”A..apa maksud Fahim”tanya Dato Azimah.”Tolonglah ma,jangan pura-pura tak tahu.. mama kan yang rancang supaya Fahim dan Amna’ berpisah? Jadi mama tak patut risau dah sebab Fahim dah lama terjerat dalam permainan mama sampaikan Sarah dan benci kat Fahim”kata Fahim sedikit kuat.Dia cuba mengawal dirinya agar tidak  menengking Dato Azimah.”Mama nak Fahim bahagia..mama…..” kata-kata Dato Azimah dipintas oleh Fahim.”Bahagia…hahaha”Fahim ketawa sinis sebelum menyambung “mama Nampak Fahim BAHAGIA ke sekarang ni?”kata Fahim sambil menekan perkataan Bahagia. Dato Azimah tertunduk..dia tahu tembelangnya sudah pecah.
“Perempuan tu…tak ada apa-apa ,macam mana Fahim nak bahagia dengan dia?”tanya Dato Azimah tidak mahu mengalah.Fahim cuba bersabar.”Nama dia Sarah Amna’..dan dia ada cinta yang tulus untuk Fahim.Bukan macam perempuan lain yang ingin berdamping dengan Fahim sebab nak menunjuk yang mereka berjya tundukkan perwaris Mutiara yang selama ni tidak menunjukkan minat kepada perempuan selain isterinya.”kata Fahim tegas.”Macam mana Fahim tahu dia cintakan Fahim…entah-entah dia dah kahwin dengan jantan lain sekarang”kata Dato Azimah sedikit sombong.Egonya tercabar dengan kedegilan anak lelakinya.”Fahim mungkin akan percaya kata-kata mama kalau Fahim tak siasat perkara sebenar.Untuk pengetahuan Mama,Fahim dah jumpa Sarah dan dia tidak pernah berkahwin selepas Fahim ceraikan dia dan Fahim nak mama hentikan intipan ke atas Fahim.Jangan Ingat Fahim tak tahu yang mama hantar orang untuk intip gerak-geri Fahim”kata Fahim tenang sambil duduk di Sofa.Dato Azimah terkedu sekali lagi..nampaknya anaknya lebih licik daripada dia.”Kalau tak ada apa-apa Fahim nak mama keluar dari rumah Fahim “kata Fahim lalu bangun dan membuka pintu untuk mamanya.Dato Azimah melangkah ke luar dari rumah Fahim dengan wajah yang masam dan kelat.”kau tunggulah Fahim satu hari nanti kau akan menyesal ..”kata Dato Azimah penuh amarah.
Fahim terduduk di belakang pintu selepas mamanya keluar.Sejujurnya dia berasa sangat bersalah sebab berkurang ajar dengan wanita yang sepatutnya dia hormati namun hatinya terluka dengan sikap mamanya yang tak habis-habis mengatur hidupnya.Fahim bangun dan megambil tuala yang disidai di balkoni apatmennya dan menuju ke tandas.Subuhnya ‘burn’ macam tu je.
Ketika sedang memakai kemeja..telefonnya berbunyi.Tertera nama Fika dalam di skrin.”Hello assalamualaikum..kenapa Fika?”tanya Fahim.”Waalaikumsalaam…Faris…Faris demam..tadi dia demam, kak Amna’ bawa dia ke klinik lepas buat ujian darah ..Faris disyaki kena denggi..sekarang dia dalam perjalanan ke hospital besar dengan ambulans”kata Fika sedikit risau.Fahim terduduk. ”Helloo ..bos??? ” kata Fika apabila Fahim diam lama.”Ye..ye saya kat sini….Dia ke hospital mana?”tanya Fahim.”Hospital ***”kata Fika.”Ok..terima kasih Fika..assalamualaikum”kata Fahim lalu mematikan talian.Kemeja yang baru separuh dibutang ,dibuka dan digantikan dengan t-shirt polo.Seluarnya diganti dengan seluar khakhi warna krim.Selesai menutup pintu dan mengunci gril rumahnya,Fahim cuba menuju ke arah keretanya secepat mungkin.Dia sangat risau akan kesihatan anaknya.
Di Hospital….
Amna’ tiba di hospital dengan ambulans yang membawa Faris.Dia menyangka Faris hanya demam biasa sahaja sebab tu di bawak Faris ke Klinik yang berdekatan dengan rumahnya.Selepas ujian darah dilakkukan virus denggi telah dikesan dalam darah Faris dan dia dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Amna’ yang cemas dengan keadaan Faris yang lemah itu turut sama menaiki ambulans berkenaan dan meninggalkan keretanya di perkarangan klinik.
Fahim tiba di Hospital selepas 15 minit memandu dari apartmennya.Kebetulan terdapat parkir yang kosong berdekatan dengan pintu masuk hospital dan tanpa menlengahkan masa dia memarkir keretanya disitu.Selepas masuk,Fahim ternampak Amna’ yang sedang duduk di ruang menunggu.Dia menghampiri Amna’ perlahan-lahan dan melabuhkan punggungnya di kerusi yang kosong di sebelah Amna’. Amna’ yang leka melayan perasaan tidak meyedari kehadiran Fahim.”Assalamualaikum Sarah” Sapa Fahim perlahan.”Waalaikumsalamm..”Jawab Amna’ sambil memalingkan wajahnya ke arah gerangan yang memberi salam.”Kau..kau buat apa kat sini!!”kata Amna’ sedikit kuat.Dia tidak selesa dengan kehadiran Fahim.Jantungnya mula berdegup kencang.Marah atau Cinta?
“Abang dapat tahu yang Faris sakit..sebab itulah Abang datang sini…macam mana dia sekarang?”tanya Fahim.Amna’ memandang anak mata Fahim,sinar keikhlasan dan kerisauan terpancar di matanya.”Kenapa perlu datang???... Saya rasa tak perlu kot awak ambil tahu pasal anak saya. selama ni saya yang temankan dia bila dia sakit..”kata Amna’ berterus-terang.Fahim tersentak.Dia terasa dengan kata-kata Amna’ apatah lagi bila dia cakap *anak saya*.”Abang mengaku Abang salah…Abang minta maaf..bagilah Abang peluang untuk tebus kesalahan abang”rayu Fahim.”MAAF???...hahaha..awak dah hilang akal rasanya…awak rasalah kan..boleh ke saya maafkan seorang suami yang ceraikan isterinya tanpa dengar penjelasan yang sebenar?..boleh ke saya maafkan seorang suami yang biarkan isterinya terkontang-kanting di Negara asing dengan membawa kandungan??...”Kata Amna’ cuba melawan sebak. setiap kali teringatkan peristiwa itu..air matanya akan mengalir kerana dia masih terasa keperitan hidup ditinggalkan dan diceraikan suami tanpa sebab ketika sedang hamil.Hati Fahim bagaikan tersiat apabila mendengar luahan Amna’.Akhirnya mereka memutuskan untuk mendiamkan diri.Setelah beberapa minit,mereka dikejutkan dengan suara Jururawat..”Sarah Amna!!”laung Jururawat tersebut.Amna’ dan Fahim bangun dan terus menuju ke arah jururawat tersebut.”Saya Sarah Amna’”kata Amna’ memperkenalkan dirinya.”Jemput masuk puan..ada perkara yang doctor nak bincang dengan puan”kata jururawat tersebut sebelum masuk ke bilik rawatan semula.
Amna’ tersentuh jari Fahim yang kebetulan hendak membuka pintu bilik doktor.”Saya rasa…kata-kata saya tadi dah cukup jelas kot..saya boleh jaga anak saya dan awak boleh balik”kata Amna’ tegas sambil merenung tajam ke arah Fahim.Fahim membalas renungan Amna’ dengan pandangan yang redup.”Please Sarah…bagilah abang peluang untuk melaksanakan tanggungjawab abang sebagai seorang bapa”rayu Fahim entah keberapa kalinya.Amna’membuat muka bosan.”Suka hati kaulah”kata Amna’ lalu masuk ke bilik doctor tesebut.Fahim tersenyum sedikit sebelum melangkah masuk. ”Assalamualaikum..”Sapa Amna’ dan Fahim serentak.Amna’ menjeling Fahim sebelum memberikan senyuman yang manis kepada doctor yang bernama Hadi itu.”Waalaikumsalaam..silakan duduk Puan Amna’ dan Encik…”..”Fahim..nama saya Fahim”sambung Fahim.”Ohh..silakan duduk encik Fahim”kata doktor Hadi.”Macam mana dengan anak kami?”tanya Fahim setelah mengambil tempat.Amna’ yang duduk disebelahnya hanya diam tidak bersuara.Dia tahu Amna’ sedang risau, begitu juga dengan dia.”Anak encik Faris telah dijangkiti penyakit denggi.”kata Doktor Hadi yakin.”Macam mana mana boleh kena denggi..saya rasa perkarangan rumah saya bersih dan anak saya jarang bermain di luar”kata Amna’.”Puan…sebenarnya walaupun rumah kita bersih kita masih boleh dijangkiti denggi..jika sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit. Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi. Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.”terang Doktor Hadi panjang lebar.”Adakah keadaan anak saya bahaya?”tanya Fahim.”Terdapat sedikit virus denggi mula merebak ke salur darahnya dan jika ia tidak dirawat,anak encik tidak dapat diselamatkan”.”Allah..”kata Amna’ sedikit kuat.Air mata yang ditahan sedari tadi mengalir.Fahim mengenggam tangan Amna’ dan cuba memberikannya  semangat namun ditepis oleh Amna’.”Boleh saya melawat anak saya?”Tanya Amna’.”Boleh..tapi jangan ganggu dia berehat.”pesan Dr.Hadi.Fahim dan Amna’ mengangguk.Mereka keluar dan menuju ke wad yang menempatkan Faris.Faris kelihatan nyenyak tidur.Jika dilihat betul-betul mukanya seiras Fahim.Sangat!.

Suasana wad itu sedikit bising dengan suara orang bersembang dan kanak-kanak menangis.maklumlah wad biasa je.Fahim terganggu dengan bunyi bising tersebut.Dia ingin anaknya berehat tanpa sebarang bunyi.Mereka duduk di kerusi yang disediakan di sebelah katil Faris”Abang  akan pindahkan Fahim ke wad lain…sini bising..”kata Fahim sambil memandang Amna’.”Tak payah susah-susah ..awak ingat saya tak mampu ke nak pindahkan anak saya ke 1st class wad”kata Amna’ sinis.”Bukan itu yang abang maksudkan..sebagai bapa abang pun teringin nak beri keselesaan untuk anak-anak abang”kata Fahim memberitahu niatnya yang sebenar.”Kenapa baru sekrang??..kenapa bukan 5 tahun lepas masa kami perlukan awak??”.kata-kata Amna’itu membuatnya terdiam.”Baliklah…kami tak perlukan awak”kata Amna’ sambil memalingkan wajahnya.Jujur dia katakan masih terdapat sedikit ruang dalam hatinya untuk Fahim namun,dia takut untuk disakiti kali kedua.”Tapi abang perlukan Sarah dan anak-anak…”.”Perlukan saya dan anak-anak..?..hahaha, jangan buat lawaklah selama ni ok je awak hidup tanpa kami”balas Amna’ sinis.Fahim terdiam seketika sebelum menyambung “Itu sebelum abang tak tahu yang abang ada anak dan isteri abang difitnah oleh mak kandung abang sendiri”.Giliran Amna’ pula terdiam.’Alhamdulillah akhirnya kebenaran terbongkar juga’desis Amna’ dalam hati.”Awak ingat saya akan terharu dengan kata-kata awak tu??...No way”.kata-kata Amna’ itu menyentak hati Fahim.Dia bangun dan terus meninggalkan Amna’ yang terpinga-pinga.’Kasar sangat ke aku tadi?’desis Amna’ serba salah.”Biarlah memang patut pun aku cakap macam tu” kata Amna’ menenangkan hatinya.

3 comments:

Unknown said...

Finally setelah lama menunggu. Lagi best kalau Kak Miya jadikan novel

Unknown said...

@Nur Ema...in sha Allah,satu hari nanti saya akan jadikan cerpen ni novel...thanks sebab sudi baca n sorry sebab lama tunggu ^^

Anonymous said...

Part² macam ni yang best. Nak tunjuk ego memasing padahal dalam hati ada taman.