Monday 9 May 2016

Cerpen:Seindah senyuman Abang BSN

Seindah Senyuman Abang BSN.


Hai readers….Cerpen ni sebenarnya request kawan-kawan Miya.Mereka nak Miya Buat Cerpen pasal seorang lelaki yang bekerja di BSN **** yang tiba-tiba menjadi popular di kalangan pelajar yang berkunjung ke cawangan BSN *** yang boleh dikategorikan kacaklah.Actually he’s not that handsome (For me) but he have a cute smile that already melts my friends.So..This Cerpen is special for Tiya,Ain,Dayah,Sya,Rai,Una, Kina, gee,Jane and all A1 n A2 Friends..
#################################################################################################################################################################
Hero: Zill Qayyim
Heroin: Tiya Shafira
##################################################################################################################################################################
“Tiya..nanti teman ibu pi bank ye…ibu nak bayar bil “kata Pn.Auni.

“Boleh… ibu nak pi pukul berapa…?”Tanya Tiya sambil matanya masih menatap novel ‘My Lovely Tengku’

“Lepas ibu solat zohor kita pi ye..”kata Pn.Auni lalu masuk ke biliknya untuk bersolat zuhur sebaik sahaja bunyi azan kedengaran.Tiya pula masih leka dengan novelnya almaklumlah dia kan ‘cuti’ so, tak adalah dia berkejar-kejar nak solat.Seusai solat Pn.Auni terus menyarung jubah berwarna ungu hadiah suaminya dan mengenakan tudung sarung yang disematkan pin di kiri dan kanan.Dia mengambil bil-bil serta beberapa dokumen lain dan memasukkannya ke dalam beg tangan ‘kalau tertinggal..kesian Tiya kena patah balik’desis Pn.Auni.Sampai sahaja di ruang tamu,Pn.Auni beristighfar melihat keadaan anak daranya yang sedang baring di sofa dan kaki kiri anaknya di meja kopi dan kaki kanan di atas sofa.Kangkang Habis!.”Astagfirullahalazim..TIYA!!!..”laung Pn.Auni kuat.Tiya yang sedang leka membaca terkejut.Novel yang dipegangnya terpelenting dek lentingan ibunya yang mengalahkan ‘Speaker’.”ehh..ibu cepatnya solat..hehehe”kata Tiya sambil mengutip novel yang terpelanting tadi.”Apa sekejapnya…kamu tu yang leka baca novel..entah apa bestnya..”kata Pn.Auni sambil mencebik.”Baca novel kena ada ‘feel’ baru best…bukan macam ibu tu..baca depan sikit,tengah sikit belakang sikit lepastu kata tak best”balas Tiya.”Dah pergi siap cepat…kan kamu dah janji nak bawa ibu pergi bank”arah Pn.Auni.”Ok..arahan diterima.”kata Tiya sebelum meloloskan diri ke kamarnya.Pn.Auni tersenyum melihat gelagat anak bongsunya merangkap anak perempuan tunggal.Tiya mempunyai 3 abang. Dua orang di KL dan seorang di Singapura.Tiya masih menuntut sebagai pelajar Tingkatan enam atas di SMK Mutiara.”Ok..ibu jom..”kata Tiya sambil mengambil kunci kereta milik abahnya.Pn.Auni tidak tahu memandu dan dia bernasib baik kerana Tiya tahu memandu dan sudah mempunyai lesen.

“Parking kat bawah pokok tu…”arah Pn.Auni.”Ye..Ibu..”kata Tiya lalu memakirkan kereta di bawah pokok yang redang berhadapan BSN.Setelah Mengunci kereta,mereka melangkah masuk ke dalam Bank tersebut.Terdapat ramai orang dalam Bank pada masa itu.Melihat keadaan tersebut Tiya berkata 

“Ibu pergilah duduk dulu..biar Tiya ambil nombor”.Tiya melangkah ke mesin yang disediakan untuk mengambil nombor giliran namun keadaan mesin tersebut sudah tidak sama seperti dahulu.’agak-agak je lah’desis Tiya.Dia menekan opsyen Bahasa Melayu dan beberapa kategori muncul.’aduhhh..macam mana ni’desis Tiya.Keresahan Tiya dapat dihidu oleh salah seorang pekerja BSN yang kebetulan baru pulang lepas makan tengah hari.”Boleh saya bantu..”kata lelaki itu.Tiya terkejut apabila ada suara yang menegurnya.Dia mengangkat muka perlahan-lahan sebelum terpana dengan senyuman yang tergaris di wajah lelaki itu.”Err..sa…saya nak bayar bil tapi opsyen dia banyak sangat..”kata Tiya sedikit tergagap.”ohh…awak nak bayar bil apa?”kata lelaki itu lalu berdiri di hadapan mesin tersebut.”Err..bil air…elektrik…bil…” kata-kata Tiya dipotong oleh lelaki itu.”Nah…nombor awak”kata lelaki itu sambil menghulurkan sehelai kertas.”Terima kasih ye encik….”kata Tiya sambil membaca nama lelaki itu tertera di kad pekerjanya..”Zill Qayyim..”sambung Tiya sambil tersenyum manis.”My pleasure” balas lelaki itu sambil tersenyum manis dan berlalu pergi.Tiya terkaku di tempatnya.Jantungnya berdegup kencang.’Senyuman dia sangat…..indahh’.

                                                  
                                                                                              
                                                                                                                                                                                                                   #SENYUMAN abang tu macam ni

“TIYA….”panggil Pn.Auni tapi tiada sahutan.Dia menjeling melihat anak daranya yang sedang termenung di hadapan rumah.”Hoi..Tiya…”laung Pn.Auni lebih kuat.”Err..ye..ye ibu”kata Tiya kalut.Sebenarnya dia teringatkan insiden di BSN tadi.Sebaik sahaja hatinya sedikit tenang dia duduk di sebelah ibunya.Sebaik sahaja nombor mereka terpapar di skrin ”Biar Tiya je lah pergi..”kata Tiya lalu mengambil bil-bil dan menuju ke kaunter 2.Sebaik sahaja terpandangkan staff di kaunter 2…dia terpegun.”Hai …awak nak bayar bil kan?..tak sangka dapat kaunter ni”kata Zill Qayyim sambil tersenyum kacak.Tiya yang gugup hanya menjawab”err..ye..”.Setelah hampir 8 minit di kaunter akhirnya urusannya selesai.”Thanks…”kata Tiya namun matanya memandang ke bawah.Dia tak sanggup melihat senyuman kacak Zill Qayyim.”Most welcome..”balas Zill..

”Kau ni dah kenapa,asyik termenung je lepas balik dari BSN.”tanya Pn.Auni sambil tangannya lincah melipat baju.”Tak..tak ada apa-apalah..”kata Tiya pantas.”Tak ada kerja sekolah ke?..asyik termenung je”tanya Pn.Auni.”Alamak..Tiya lupalah….cikgu suruh kira premium Muhibah…”kata Tiya kalut masuk ke dalam bilik  dan mengambil beg sekolahnya.Dia memang suka membuat kerja sekolah di ruang tamu beralaskan meja kopi.Dengan pantas buku rujukan Perakaunan di keluarkan bersama-sama buku latihan serta beberapa alat-tulis dan kalkulator.Tangannya lincah menaip nombor di kalkulator.Pn.Auni hanya mengeleng melihat telatah anak bongsu yang selalu menyenangkan hatinya.En.Takif ( abah Tiya) pergi ke surau sebab ada ceramah dari penceramah terkenal.Pn.Auni tidak pergi kerana ingin menemankan anak daranya itu.

“Tiya..pinjam buku akaun kau boleh tak???...aku tak retilah nak kira premium Muhibah”kata Siti.”Amiklah dalam beg aku..”kata Tiya sebelum menyambung lamunannya.Hatinya sudah tertinggal di BSN nampaknya. ”Kau ada masalah ke..tak pernah aku Nampak kau termenung?”tanya Sti.”Aku ok lah…Cuma penat sikit je..semalam aku tidur lewat sebab siapkan nota Pengajian Am dan kerja akaun ni”kata Tiya memberi alasan.Pelajar-pelajar Tingkatan 6 di SMK Mutiara diarahkan terus masuk ke kelas dan tidak beratur seperti pelajar-pelajar lain kerana mereka dikehendaki mengulang kaji untuk peperiksaan penggal 2 yang bakal mereka hadapi 1 bulan lagi.

“Huarggg..penatnya…”kata Tiya sambil meletakkan begnya di kerusi ruang tamu.Jam sudah menunjukkan angka 4.Dia terpaksa  ‘stayback’ di sekolah kerana ada pembetulan kerja kursus yang perlu dia lakukkan.”Dah balik pun kamu…kenapa lambat hari ni…”tanya Pn.Auni.”Ada pembetulan kerja kursus P.A ..”Kata Tiya ringkas.”Dah pergi mandi dan makan…”arah Pn.Auni.”Hmmm..abah mana bu?”tanya Tiya. ”Abah pergi ke kebun” kata Pn.Auni Ringkas.”ohhhh” balas Tiya.Selepas solat dan makan, Tiya melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan di hadapan rumah sambil melihat beberapa kanak-kanak bermain dan berlari-lari di hadapan rumahnya.Sedang dia mengelamun, dia dikejutkan dengan bunyi ‘hon’ motosikal.”Jap abah…”kata Tiya lalu berlari-lari anak membuka pagar.”Apa yang kamu lamunkan tadi…banyak kali abah panggil tapi kamu tak sahut pun..”kata En.Takif sambil membuka topi keledar.”Tak ada apa-apalah ..teringatkan zaman Tiya kecik-kecik dulu je”balas Tiya sambil mengambil beberapa tamdan pisang dari motor ayahnya dan dibawa masuk ke dapur.”Ibu….abah bawa balik pisang ni..bolehlah ibu goreng esok ye….”Kata Tiya.”Apa pulak ibu goreng..patutnya kamu yang goreng dan bagi ibu makan”usik Pn.Auni.”Ibu ni….”Tiya mengembungkan pipinya.Merajuk!.Pn.Auni hanya ketawa melihat telatah anak bongsunya.”Yelah..esok ibu masak ye…ni ibu nak bagitau lepas isyak bersiap ye…ada kenduri kat rumah Cik Munah”kata Pn.Auni.”Hah..??? Cik Munah mana pulak ni?”tanya Tiya.”Alah..Cik Munah yang jual nasi lemak kat hujung kampong ni dulu..”terang Pn.Auni.”Tak ingatlah bu….”balas Tiya sambil mengerutkan dahi.”Malam ni kamu kenallah dia tu..dah pi solat maghrib cepat…”arah Pn.Auni.

Auni mengenakan baju kurung berlatarkan warna putih dan berbunga merah.Dia mengenakan tudung berwarna putih yang mempunyai manik hitam di tepi.Oleh kerana kenduri biasa sahaja dia hanya menyematkan pin dikiri dan kanan tudung serta menyandang beg berwarna hitam yang mengandungi buku yaasin dan telefon bimbit milik dia dan ibunya.
                                                                                         
                                                                 
                                                       
                                                #gaya si Tiya macam nilah…comel kan…<3

“Dah siap ke..”tanya En.Takif.”Sudah abah…”kata Tiya sambil menyarung selipar.”Tak ada apa-apa yang tinggal kan?”tanya Pn.Auni.”Tiya dah check….insyaallah tak ada apa-apa yang tinggal”balas Tiya sebelum mengambil tempat di tempat penumpang bahagian belakang.Selalunya dia akan berebut untuk duduk di sebelah pemandu namun oleh kerana sudah malam dan mata bapanya tidak begitu terang jadi ibunya akan menjadi pemandu arah abahnya.

“Wahhhh..meriahnya…”balas Tiya.Mulutnya terlopong apabila melihat kemeriahan rumah itu.’Kenduri doa selamat ke kenduri kahwin ni’desis Tiya.”Tutup mulut tu sikit….lalat masuk nanti baru tahu.”tegur Pn.Auni sambil membuka tali pinggang keledar.Abah Tiya sudah melangkah ke khemah yang menempatkan beberapa orang lelaki manakala dia dan ibunya melangkah masuk ke dalam rumah.”Assalamualaikum..”kata Tiya dan ibunya serentak.”Waalaikumsalaam.”balas beberapa orang wanita yang sedang duduk di ruang tamu.Tiya bersalam dengan semua kaum wanita yang duduk di ruang tamu itu.Dari tua ke muda semua dia salam.Berpinar kepalanya seusai bersalam dengan mereka.”Ni lah anak dara kau ye Auni..cantik…berapa umurnya”tegur salah seorang mak cik disitu.”Muda lagi baru 19 tahun”balas Pn.Auni.Tiya ula dah bersipu malu apabila ada yang menegurnya cantik.”Belajar lagi ke?”tanya mak cik yang lain pula.”Aaah..belajar lagi…tingkatan 6 “balas Tiya pula.”Ohhh….baguslah tu..senang nak masuk degree..”balas mak cik tu pula.Tiya sedikit bangga apabila ada yang masih menyokong tingkatan 6 sebab ada segelintar pihak yang beranggapan tingkatan 6 ni buang masa dan tak ada faedah serta hanya untuk pelajar-pelajar yang lemah dalam matapelajaran sahaja.Hello…FYI form 6 ni jalan pintas ke degree tau.Ramai kawan-kawan Tiya yang menolak tawaran upu dan matriks tau.

Seusai doa selamat dibaca tetamu-tetamu dijemput untuk menjamu selera di khemah yang disediakan.Tiya Menunggu orang lain memgambil makanan dahulu kerana keadaan khemah sangat sesak.Selepas keadaan sedikit reda.Dia pun mengambil pinggan.Apabila hendak mengambil nasi tangannya bersentuhan dengan tangan lain yang kebetulan hendak mengambil nasi.”Maaf..saya tak sengaja”kata lelaki itu.”Su..suara itu…”kata Tiya sebelum mendongak.Almaklumlah tinggi dia 158 cm je nak pandang orang kenalah dongakkan kepala.Apabila mata  bertentang mata Roulette bermain di fikiran Tiya
Aku jatuh cinta kepada dirinya
Sungguh-sungguh cinta
Oh apa adanya
Tak pernah kuragu
Namun tetap selalu menunggu
Sungguh aku…Jatuh cinta kepadanya

“Cikkk….hello…Cik….Cik OK tak..?”Panggil ZilL Qayyim apabila gadis itu terus menerus merenung wajahnya.”Ye..ye….ehemmmm….sa..saya ok..hehehe”kata Tiya sambil tersengih.Tanpa memandang Zill,Tiya terus mencedok nasi dan beberapa lauk dan terus duduk di sebelah ibunya.Pn.Auni sibuk bersembang dengan kawan-kawannya sehingga tidak perasan kehadiran Tiya.Zill Qayyim tercari-cari tempat yang kosong sebelum terjumpa satu tempat kosong bersebelahan mak su-nya.Tiya yang sibuk menyuap nasi tersentak apabila ada orang menarik kerusi di hadapannya.”Ni anak saudara yang kau cerita tadi ye Munah?”Tanya Pn.Auni.”Ye ..ni lah orangnya,Zill Qayyim nama dia”balas Mak Cik Munah.Zill hanya tersenyum apabila mak su memperkenalkan dia dengan kawan-kawannya.”Zill kerja apa?”tanya Mak cik Siti lpula.”Saya kerja Bank je…”balas Zill merendah diri.”ohhh..kamu ni mesti pandai bab kira-kira kan?”tanya Pn.Auni sambil menjeling Tiya yang sedang makan.Tiya mula tak sedap hati ’Apa plan mak aku ni?’desis Tiya.”Apa tak pandainya,dia pernah ajar tuisyen kat KL masa belajar dulu”balas Cik Munah sedikit bangga.”Kamu ajar apa?”tanya Pn.Auni.”err….saya ajar perakaunan,mak cik”balas Zill perlahan-lahan.’Kenapa Mak cik ni soal aku macam detektif?’desis Zill.”Boleh kamu tolong ajar anak mak cik boleh tak?..dia ni memang lemah bab akaun-akaun ni” kata-kata Pn.Auni membuatkan Zill dan Tiya tersedak.”Ibu….tak nak lah..”kataTiya perlahan dan sedikit protes.”Err….boleh mak cik…tapi …tak boleh selalu sebab saya kerja..”balas Zill perlahan sebab serba salah nak menolak.”Tak pe…asalkan anak Mak cik ni dapat A.”kata Pn.Auni.Dan Tiya berasa sangat menyesal sebab ikut ibu dia ke kenduri ni..

Kelas yang pertama….
“Kira ni dulu..lepas tu baru kira yang ni…awak jangan tersilap step”kata Zill sedikit hilang sabar. Yelah..dah beberapa puluh kali dia ajar Tiya cara nak kira akaun kawalan. Mereka sedang duduk di luar rumah Tiya yang dilengkapi dengan meja dan kipas angina.Sejuk dan selesa.”Maaf..”kata Tiya lalu meneruskan kiraannya.Dia akui dia lembab dalam akaun tapi janganlah marah-marah.Senyuman yang indah yang selama ini terhias dibibir abang BSN ini sudah hilang agaknya.”Nah..check ni betul tak?”tanya Tiya sambil menghulurkan buku latihannya.”Hmm…bagus..”dan senyuman yang indah mula menguntum di bibir itu.’Ohhh..abang BSN ku…’desis Tiya.

Hari kedua..
“Hah..macam ni stepnya..jangan skip step”arah Zill selepas hampir 20 minit memberi penerangan tentang cara nak buat belanjawan tunai.”Ok..saya cuba ehh..”kata Tiya.Setelah 20 minit….”Tengok ni…awak kena kira Baki akhir bulan semasa sebab Baki akhir bulan semasa akan menjadi baki awal bulan berikutnya dan seterusnya”terang Zill.Tiya hanya menunduk.Zill mengeluh perlahan.”Awak nak tahu satu benda tak??”tanya Zill.”Apa dia..?”balas Tiya.”Awaklah satu-satunya pelajar perempuan yang saya ajar..”kata Zill dan Tiya sedikit bangga sebelum Zill sambung..”Satu-satunya pelajar perempuan yang paling lambat nak faham pendek kata lambat ‘pick up’..”kata Zill sebelum menghamburkan ketawanya.

Beberapa hari setelah menjadi pelajar abang BSN…
Saya tak datang hari ni…badan tak sihat –Abang BSN
Tak sihat???...Awak demam ke-Tiya
Tak lah..stress dengan kerja-Abang BSN
Ada masalah ye?..ceritalah x2 –Tiya
Pegi belajar,buat latihan no.20 ,lepastu tangkap gambar n whatsapp saya ,saya bagi awak 45 minit je-Abang BSN
OK SIR…-Tiya

Selepas menyiapkan latihan,Tiya turun ke dapur.”Ayam yang ibu beli semalam ada lagi tak?”tanya Tiya kepada Pn.Auni yang sedang membasuh pinggan.”Ada..ibu tinggal sikit kenapa?”Tanya Pn.Auni hairan.”Nak masak untuk abang Zill…dia tak sihat..”kata Tiya.Pn.Auni hanya jika menggeleng melihat teletah anak bongsunya.”Kenapa kamu nak masak untuk dia pula?”tambah Pn.Auni.”Err…se..sebab dia cikgu Tiya n dia tak sihat jadi Tiya kenalah masak untuk dia”kata Tiya.’Harap ibu terimalah alasan tu’Doa Tiya dalam hati.”Hmm..apa-apa jelah..lepas masak kemas dapur balik..”arah Pn.Auni tegas.Sebaik sahaja kelibat Pn.Auni hilang,tanga Tiya lincah memotong ayam untuk dimasak bubur.Selepas siap mengemas dapur dan masak,Tiya memasukkan bubur tersebut kedalam tumbler dan bergegas membasuh tudung dan memakai tudung bawal serta menempak sedikit bedak agar mukanya kelihatan segar.”Tiya pergi dulu ye ibu…”kata Tiya sambil menghidupkan motor milik abahnya yang sedang tidur.

“Assalamualaikum…….”laung Tiya.”Waalaikumsalaam …Ohhh…Tiya..mak cik ingatkan siapalah tadi…mai lah masuk…”kata Cik Munah.”Tak pelah Mak cik…ni mak masak bubur…tadi Abang B..S..ehhh Abang Zill kata tak sihat..”kata Tiya.”hahh…Qayyim…tak sihat …masuklah….mak cik panggilkan Qayyim..”kata Cik Munah.Tiya memanjat tangga kayu perlahan-lahan.Tiya melabuhkan punggungnya di sofa.”Hahh..rindu saya ke?”tanya Zill sambil melangkah ke arah Tiya yang sedang duduk di sofa.Zill hanya memakai kain pelikat dan t-shirt berlogo Ferrari.”Mana ada rindu…awak kata tak sihat?”balas Tiya.”Demam sikit…”kata Zill.Suasana ruang tamu itu senyap sebelum Tiya menyambung…”Ni Saya masak bubur untuk awak..tak tahulah sedap ke tak”kata Tiya sambil menghulurkan tumbler.Zill terus menuju ke dapur dan mengambil sudu sebelum memindahkan bubur tersebut ke dalam mangkuk dan mula menjamahnya setelah melabuhkan pungung di sofa berhadapan Tiya.”Sedap….pandai awak masak”puji Zill.Hidung Tiya kembang kuncup apabila di puji oleh Zill.Seusai makan, Zill berkata..”Alang-alang awak ada kat sini saya nak bagitau..lepasni saya tak boleh ajar awak dah sebab saya dapat tawaran belajar ke Australia.”kata Zill.Tiya yang mendengar tersentak.”Aw..awak biar betul?”tanya Tiya.Hatinya umpama dihempas ke lantai.Zill mengangguk lemah.”Bi..bila awak nak pergi..?”tanya Tiya sedikit sebak.Air mata yang hendak mengalir cuba dia tahan.”Minggu depan…tapi lusa saya dah balik KL..”kata Zill.”Sa..saya balik dulu ye..assalamualaikum..”kata Tiya sebelum tersu melangkah laju menuju ke motor abahnya.Zill terduduk di sofa,dia tiada daya untuk mengejar Tiya,lututnya lemah.sejujurnya dia dah mula sayangkan Tiya lebih daripada seorang guru..

3 hari berlalu sejak perjumpaan Tiya dan Zill.Segala mesej dan panggilan telefon daripada Zill dia tak balas.Hatinya berat untuk melihat Zill pergi.Sedang dia mengelamun.Dia mendapat panggilan daripada Zill.Setelah beberapa kali bordering akhirnya dia jawab.

“Assalamualaikum..kenapa tak jawab call saya…saya risau tau..”kata Zill

“Waalaikumsalaam….tak payah risau saya ok je”kata Tiya

“Saya dah nak pergi ni….awak tak nak jumpa saya ke?”tanya Zill

“Sorrylah..saya kat sekolah..ada kelas sabtu…anyway…best of luck”kata Tiya sebelum menamatkan panggilan.

‘SAYA SAYANG AWAK ZILLL…’kata Tiya dalam hati

3 TAHUN KEMUDIAN..

Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
Sadarkan diriku dari lamunan panjang'
Kan kurasa malam kini semakin larut
Ku masih terjaga
Sayang, kau di mana
Aku ingin bersama
'Kan kuputus semua untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau di sana merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini
Rintik gerimis mengundang
Kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi kurasa hatiku
Saat ini oh sayangku
Jika kau di sini
Aku tenang

Lagu Denting ini menjadi lagu kegemarannya sejak Zill meninggalkannya.Kini dia berada di tahun akhir dalam jurusan perakaunan di UM.Baru sahaja Tiya memakirkan kereta di sebuah pohon yang redang,keretanya dilanggar dari arah belakang.Tiya bengang ”Malaun manalah yang langgar aku ni”omel Tiya.Sebaik sahaja keluar dia melihat Myvi yang dihadiahkan oleh abahnya sedikit calar di belakang.”Sorry..miss…I’m so sorryyy…..saya bayar ganti rugi ye..”kata lelaki itu panik.Suara tu….Sebaik sahaja memandang lelaki tersebut Tiya terpaku.”Zill…”nama itu meniti di bibirnya.”Tiya..Tiya shafira kan?”tanya Zill.”Yup…”balas Tiya ringkas.”Finally..I found you alhamdulilah…”kata Zill sambil tersenyum girang.”Awak pindah tak bagi tau mak su pun..”Tambah Zill.”Tak ada sesiapa kat kodiang sebab tu pindah ke KL ni..ramai saudara-mara ayah kat sini”balas Tiya.”Boleh saya tahu alamat terkini awak..?”pinta Zill.Tiya menghulurkan kad namanya.”Good..tunggulah rombongan saya ye..please say yes..”kata Zill sebelum menghilangkan diri ke dalam kereta dan berlalu pergi meninggalkan Tiya yang terpinga-pinga.Tiya tersenyum..’alhamdulillah..’desisnya sebelum memandu pulang…

#TAMAT…

P/S SORRY KALAU CERITA NAMPAK MACAM RUSHING NAK HABIS ‘n’ TAK MENEPATI CITA RASA READERS..CERPEN NI CERPEN SUKA-SUKA MIYA JE ‘n’ SPECIAL FOR TIYA..

No comments: