Saturday 11 June 2016

E-Novel Kasihmu akan kumiliki-BAB 14 dan 15

YEAYY……..dah ada sambungan akhirnya..buat pembaca yang disayangi …Miya minta maaf sebab buat kalian menunggu..jangan marah ye..(peace)…Miya sayangggggg kaliannn….kali ni Miya belanja 2 part sekaligus….harap kalian berpuas hati dengan e-novel ni…(bukan Cerpen dah ye..^^)..muahh..muahh x30..hehehe
###########################################################################################
BAB 14…

“Maafkan saya..nama puan ni Sarah Amna’ ke?”tanya seorang jururawat ketika Amna’ leka membasahkan tuala untuk diletakkan di atas dahi Faris.”Ye saya…kenapa ye?”tanya Amna’.”sebuah bilik VIP telah ditempah atas nama anak puan jadi kami ingin memindahkan dia sekarang”kata Jururawat itu.”Tapi..saya tak…” belum sempat Amna’ menghabiskan kata-katanya..dia teringatkan sesuatu “Sekejap ye…”kata Amna’ lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang…

“Hello…”..kata Amna’

“Hello…Assalamualaikum Sarah kenapa call abang?”tanya Fahim

“Waalaikumsalaam…awak ke yang tempah wad VIP untuk Faris?”tanya Amna’ straight.

“Yup..memang abang yang tempah…”kata Fahim terus terang.

“Kan saya dah kata tak payah….”
“Abang ikhlas…lagipun Amna’ pekerja abang..syarikat memang ada fund untuk anak-anak staff yang sakit”terang Fahim lagi.

“Kalau macam tu..terima kasih …Assalamualaikum..”kata Amna’ lalu mematikan telefonnya.

“Waalaikumsalaam…”kata Fahim perlahan.Dia mengeluh perlahan.Sebenarnya dia sedang duduk di taman hospital untuk menenangkan dirinya.’Abang ni bodoh kan????...kalaulah abang percayakan sayang dulu..mesti kita dah bahagia sekarang’desis Fahim kesal.Dia mengeluh perlahan sebelum berjalan menuju ke tempat pakir kereta.’Dah nak pukul 1..mesti Fira dah lama tunggu..’desis Fahim lagi.
############################################################################################

“Nenekkkk….ohhh nenekkkk….assalamualaikummmm”laung Fira memanggil Nek Mahnya.”Mana nenek ni…”omel Fira sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi batu yang dibina di halaman rumah Nek Mah.Rumah Nek Mahnya kelihatan gelap dan grilnya dikunci..Sepertinya dia sudah keluar.Setelah menunggu hampir 10 minit,Fira disapa oleh Jiran Nek Mah yang kebetulan ingin ke kedai.

“Assalamualaikum Fira kan..??”tanya Mak cik itu

“Waalaikumsalaam..ye..nama kita Fira..”balas Fira lalu mencium tangan mak cium itu

“Nek Mah tak ada..dia pergi ke rumah anaknya yang baru lepas bersalin…malam tadi dia bertolak..mak kamu tak tau ke?”tanya mak cik itu.
“Ibu tak cakap pun…”kata Fira sedih..muncungnya sudah sedepa.

“Macam mana ni…takkan kamu nak tunggu kat sini….”kata Mak cik tersebut..
Belum sempat Fira menjawab sebuah kereta berhenti di hadapan mereka.Fahim keluar dari kereta tersebut dengan sebuah senyuman yang manis.Ray Ban berwarna biru masih terlekat di batang hidungnya yang mancung.

“Assalamualaikum …”kata Fahim

“Waalaikumsalaam..uncleee……nasib baik uncle datang…”kata Fira lalu memeluk Fahim.Dengan ketinggiannya yang comel itu..dia hanya dapat memeluk Peha Fahim je…

“Encik ni siapa ye…?”Tanya mak cik itu selepas melihat drama yang terjadi antara lelaki segak itu dan Fira.

“Saya ni…Ayaa…maksud saya…kawan Ibu dia..ni saya datang nak jemput dialah ni…katanya Nek Mah pergi rumah anak dia”kata Fahim..

“Ye..betul tu..jadi saya tinggalkan Fira dengan Encik ye..”kata Mak cik itu lagi…

“Ye..terima kasih ye…”kata Fahim dan Fira mencium tangan mak cik itu..

“Sama-sama..”balas wanita tua itu sebelum berlalu dengan payung Merahnya.
#############################################################################################

Amna’ sedang termenung memikirkan nasib anak-anaknya.’Bagaimanakah nasib mereka tanpa aku,kalau aku ditakdirkan pergi dulu..? desis Amna’’.Sedang dia mengelamun..tiba-tiba telefonnya berbunyi.

“Hello Assalamualaikum kak…Faris macam mana?”tanya Fika.Dia sedang makan tengah hari 
dengan Alkaf ketika itu.

“Waalaikumsalaam…Demam dia tak kebah lagi ni…sekarang ni dia kena ‘drip’”kata Amna’ risau.

“Ya Allah…nanti lepas kerja saya datang…buat masa ni akak jangan risau..hal-hal pejabat saya akan uruskan.”Kata Fika.

“Terima Kasih Fikaa…”kata Amna’ ikhlas..

“No hal lah kak..oh ye..tadi encik Fahim telefon..dia kata Jangan risau pasal Fira..Dia dah jemput Fira dari tadika dan sekarang dia orang pergi makan…”terang Fika takut-takut..
Alkaf hanya memandang kekasih hatinya yang sedang takut-takut..’I tak tau macam mana nak tolong you sayang’desis Alkaf

“WHAT!!!..”Amna’ terjekah..dia yang sedang duduk terus berdiri…

Fika menjauhkan telefon dari telinganya

“macam mana Fika boleh ada dengan dia…macam mana dia boleh tahu nombor awakk dan macam mana dia kenal awakkk??”tanya Amna’ bertubi-tubi..

‘adess..kantoi…nak jawab apa ni..’desis Fika..Sedang dia terkulat-kulat berfikir nak jawab apa,dia terpandang Alkaf dan satu idea timbul di benaknya.

“Petang nanti saya bagitau akak..sekarang ni akak jangan risau..dan jaga Faris baik-baik eh..ok kak bye..Assalamualaikum..”kata Fika lalu mematikan panggilan.

“Helooo…Fikaaa..???...waalaikumsalaam”Fika sudah memutuskan panggilan.

Baru sahaja dia ingin mendail nombor Fahim..Fahim sudah menghubunginya..
“Hellooo..Assalamualaikum..Ka…”kata-kata Amna’ terhenti sebaik sahaja suara Fira kedengaran…
Hello..ibuuuu..waalaikumsalaam..ibuuu kenapa tak cakap Nek Mah tak da…”kata Fira sedikit jauh hati..Muncungnya sedepa.

Fahim yang sedang memandu hanya ketawa melihat telatah anak daranya.’Sebijikk macam Sarahh’desisnya.

“Ya Allah..ibu lupa sayanggg…”kata Amna’ sambil menepuk dahinya..

“Nasib Baik uncle Fahimm datang..kalau tak mesti Fira dah nangis”kata Fira.Muncungnya masih belum surut.

“Ibu mintak maaf ye sayangg..ibu janji ..ibu takkan tinggalkan anak ibu sorang-sorang lagi..err Fira bagi Phone kat Uncle Fahim jap sayang..”pinta Amna’

“Tak nak..hihihi..”kata Fira sambil tersenyum namun tangannya tetap menghulurkan phone kepada Fahim..

“Sayanggg…bagilah phone tu kat uncle…ada benda ibu nak cakap ni…”kata Amna’ dengan suara manjanya.

Hati Fahim terasa lapang apabila mendengar suara manja Amna’ memanggilnya sayang…’Eh bukan untuk kau eh..tapi untuk anak kau tu..’

“Ehemmm…Abang ni….Sarah nak cakap apa?”tanya Fahim
Muka Amna’ memerah menahan malu..”Saya nak pesan..JAGA ANAK SAYA ELOK-ELOK..diulang JAGA ANAK SAYA ELOK-ELOK…saya tak sempat nak masak tadi..lepas lunch,bawak dia balik suruh dia mandi dan tukar baju lepas tu bawak dia ke hospital..FAHAM!!?”tanya Amna’ tegas…

“Amboi garangnya..ye lah Abang akan jaga ANAK KITA elok-elok..janganlah risau…Sarah percaya kat abang ye…”pinta Fahim.Hatinya yang terasa dengan perkataan ANAK SAYA terubat apabila Amna’ percayakannya untuk jaga anak mereka itu.

“Baguslah tu..kunci rumah ada kat dalam beg Fira..Awak carilah dekat zip kecil sebelah poket beg..”kata Amna’…

“ok…saya tahu…Sarah janganlah risau..abang akan jaga Fira..Cuma Abang nak Sarah jaga diri dan Faris ..telefon abang kalau dia dah sedar..”Arah Fahim

“Tengoklah dulu..assalamualaikum..”kata Amna’ lalu memutuskan panggilan.

“Waalaikumsalaam..”balas Fahim.

“Kau dah gila Amna’…kau dah gila…”kata Amna’ kepada dirinya.
###############################################################################################
“Kenapa uncle senyum-senyum ni?”tanya Fira apabila melihat Fahim senyum tak henti-henti.

“Tak ada apa-apa lah”kata Fahim ringkas sebelum menyambung..”Nanti lepas makan kita balik rumah dan mandi ye..lepas tu kita pergi tengok abang Faris.”

“Kenapa dengan Abang Faris?”tanya Fira risau.

“Abang Faris demam kuat..kena tahan dekat wad..”kata Fahim perlahan

“Wad tu apa???”tanya Fira dengan muka blurr…

Fahim tepuk dahi…”Wad tu macam hotel…tapi untuk orang sakit..”terang Fahim ringkas.

“Oooo…”Balas Fira…

“Apapun..jom kita pergi makan ..”kata Fahim lalu memusing sterengnya masuk ke KFC.
#############################################################################################

Faris sudah sedar ½ jam yang lalu sedang makan bubur yang disuap oleh ibunya..

’hmmm sedapnya..’desis Faris

Mana dapat bubur?..mestilah ibu dia yang pergi beli.Anak teruna Puan Sarah Amna’ ni ‘demand’ nak makan makanan yang bukan dimasak oleh pihak hospital.Payau katanya…

“Dah…makan kan?..nah minum air..doktor kata Faris kena minum air banyak-banyak”pesan Amna’.

“Dah banyak air dah Faris minum..ibu boleh tak tanggalkan benda alah yang melekat kat dahi Faris ni…Faris nak tengok ibu pun susah..”kata Faris.’Cool Fever yang ditampal didahi Faris diharapkan dapat mengurangkan kepanasan badan anaknya.

“Ohh..dah jatuh benda ni..meh ibu naikkan balik”kata Amna’ lalu menaikkan balik ‘cool fever’ yang melorot jatuh.

“Ok dah…”kata Amna’ sambil tersenyum.

Faris memuncungkan mulutnya apabila keinginannya untuk menanggalkan ‘cool fever’ tidak dilayan oleh ibunya

BAB 15…

“Masuklah uncle…”pelawa Fira..Fahim masuk perlahan selepas membuka kasutnya.Tak dapat dinafikan rumah Amna’ sangat cantik.Hiasan dalam rumah ini kebanyakkanya bertemakan ungu dan putih.

“Uncle jangan malu-malu ye..buatlah macam rumah sendiri…”kata Fira seumpama mewakili tuan rumah ini.”Wahh cantiknya rumah Fira…”puji Fahim.”Ibu kita hias..memanglah lawa…”kata Fira lalu tersenyum. ”Fira ambil air oren untuk uncle eh..”kata Fira lalu menuju ke dapur.Fahim masih leka memerhatikan gambar-gambar yang tergantung di dinding..Ada gambar konvo Amna’ di Jepun,Gambar anak-anaknya semasa kecil dan beberapa gambar lain.Dia tersenyum melihat telatah Amna’ dan anak-anaknya.Dia akhirnya melepaskan lelah di sofa dan menekan punat televisyen LCD 55” Amna’.Siaran pertama yang keluar adalah ‘Disney Channel’.Mesti anak-anak aku yang selalu tengok Tv ni..Suara Mickey Mouse kedengaran..’Kuatnya volume Tv..’desis Fahim.”Jangan Tukar channel!!”laung Fira sambil menatang Air Oren.

“Kan kita baru makan tadi..kenapa bawak air ni..”Tegur Fahim

“Ibu kata kalau ada tetamu kita kena hidang air”balas Fira polos.Fahim tersenyum sambil usap ubun-ubun anaknya.’Terima kasih Sayang sebab didik anak kita dengan baik’desis Fahim.”Fira pergi mandi dan solat zuhur ye..”arah Fahim.

“ok..tapi uncle tak nak solat ke?”tanya Fira pula..

“err..nak jugak tapi….”belum sempat Fahim habis bercakap Fira menyampuk..”Uncle boleh sembahyang kat bilik ibu.”kata Fira.

“oklah..tapi sekarang ni…baik Fira pergi mandi dulu..anak uncle ni dah masyamm”kata Fahim sambil mengeselkan janggut sejemputnya ke pipi mulus anaknya…”Uncleeee….gelilahhhh”kata Fira sambil ketawa mengekek.Fahim memberhentikan geselannya.”Dah pergi mandi…”arah Fahim namunn…”Uncle temanlah..Fira takutt”kata Fira sambil membuat mimik muka comel.”Yelah-yelah Jomm…”kata Fahim lalu melangkah kebilik anak-anaknya yang bertemakan pink-biru.

Seusai memastikan Fira solat..Fahim melangkah masuk ke dalam bilik Amna’ yang bertemakan purple gelap.Apabila melangkah masuk ke bilik Amna’ kakinya disapa dengan Karpet berbulu lembut yang berwarna purple juga..”Sarah ni masih tergila-gila dengan warna purple kot…”Fahim membuat andaian.Matanya meliar memandang bilik tidur wanita kesayangannya itu.Tiada satu pun gambar perkahwinan mereka di rumah ini.Adakah Sarah begitu membenci dirinya?
Selepas membaca doa..dia melipat sejadah dan keluar dari bilik Sarah.Kelihatan Fira sedang menonton kartun.”Fira sudah-sudahlah tu tengok kartun..pergi siap..ambil apa yang patut..kita nak pergi lawat abang Faris ye”arah Fahim.”Ok..uncle”puterinya itu mematuhi arahannya dan terus melangkah ke bilik.

‘Amna’ pun mesti nak baju kot…?..bawak je lah’Fahim membuat keputusan sendiri.Dia membuka almari yang berwarna putih..sebuah beg baju yang diletakkan di atas almari Fahim capai.”Tuala,baju T lengan panjang 3,Seluar jeans 3,baju kelawar 1,Tudung hitam ekspress 2..hmmm apa lagi ye…”omel Fahim perlahan…”Oh  ye..ubat gigi..berus gigi…kain batik…dan..err…nak ambik ke tak ye..”Fahim mula serba salah.”Ambik je lah..apa nak malu kita kan pernah jadi suami isteri..ye tak?”kata Fahim menenangkan hatinya.”Beberapa pakaian dalam isterinya turut diletakkan dalam beg tersebut.sesudah itu beg tersebut dizip dan dijinjit olehnya.

“Uncle…hihihi...”kata Fira sambil tersengih.”Ya Allah…Fira nak pergi mana dengan beg besar ni?”Fahim tepuk dahi.Silap dialah bagi anak dara dia ni kemas barang sorang-sorang.”Uncle kata itu hotelll jadi Fira bawak bajuuu banyak..mainan..kasut jalan..macam-macam lah..untuk Abang Faris pun Fira bawak..hihi..”kata Fira dengan bangga dan tersengih sendiri.”Mari sayang uncle tunjuk barang mana yang nak kena bawak.”kata Fahim lalu mengangkat beg luggage itu ke dalam.
##############################################################################################
Amna’ yang sedang menemani anaknya menonton Tv dikejutkan dengan bunyi pintu diketuk … 

”Akak..”sapa Fika..”Ohh..Fika ..masuklah..”pelawa Amna’.Fika ditemani seorang lelaki yang pernah dia lihat namun lupa di mana.”Ni???”tanya Amna’ perlahan..”Ohh ni Alkaf..bakal suami Fika in sha Allah”balas Fika bangga.Alkaf yang sedang tersenyum melebarkan senyumannya.”Kenapa Handsome boy mak cik ni boleh sakit..kata kuat”kata Fika kepada Faris.”Ehh…Faris memang kuat..kan ibu kan..”kata Faris.”Ye ke..apa buktinya..??”balas Fika tidak percaya.”Ni..doktor cucuk 
Faris..Faris tak nangis pun..”kata Faris bangga sambil menunjukkan tangannya yang masih dicucuk dengan jarum yang berwarna kuning.”Wahhh….”kata Fika dengan mimik muka teruja.Alkaf yang menemani dia dilupakan.Amna’ hanya ketawa melihat telatah mereka.Alkaf yang melihat Amna’ ketawa terpegun. ’Patutlah bos sayang sangat kat kak Amna..Cantik dan penyayang….’’desisnya perlahan.Setelah berbual untuk 1 jam..Fika dan Alkaf meminta diri untuk pulang.”Uncle Alkaf nanti bawak patung otomen tau..”pesan Faris.Amna’ menjegilkan matanya dan berkata..”Apa Faris ni..tak baik minta-minta kat orang”tegur Amna’.”Tak pelah kak..kalau dia dah sembuh nanti saya belanja dia patung ultraman..”kata Alkaf sambil tersenyum manis.Amna’ mengucapkan terima kasih.Rupa-rupanya..Alkaf merupakan PA Fahim merangkap adik angkat Fahim...patutlah Fahim kenal Fika..

#################################################################################################

“Ibu..!!!”laung Fira sebaik sahaja terlihat kelibat ibunya di wad 6A.Dia terus menerpa kea rah Amna’ dan memeluk wanita itu.Amna’ hanya tersenyum dan membalas pelukan anaknya yang manja ini.Fahim hanya tersenyum memerhatikan gelagat Fira dan Sarah.”Abang Faris dah ok?”tanya Fira.Dia menjingkitkan kakinya kerana katil yang menempatkan Faris sangat tinggi untuknya.Mulut Faris mula becok menceritakan apa yang terjadi..Amna’ menghampiri Fahim..

“Terima kasih..”ucap Amna’ tanpa perasaan.

“Sepatutnya Abang yang ucap terima kasih kat Amna’ sebab percayakan kat abang jaga puteri kita”kata Fahim ikhlas.

Amna’ hanya mencebikkan bibirnya.Sedikit pun dia tidak tersentuh dengan kata-kata Fahim itu.Yeke?

“Oh..ini….abang rasa Faris mungkin akan ditahan 2 atau 3 hari lagi..jadi abang ada ‘pack’ kan pakaian Sarah”kata Fahim serba salah sambil menghulurkan beg bimbit yang dijinjingnya dari tadi.

“WHAT..!!!!..Berani awak sentuh barang-barang saya..You…Pervert..!!!”muka Amna’ memerah menahan geram.

“Abang..abang tak bermaksud apa-apa..Abang just kesiankan Sarah yang terpaksa pakai baju sama untuk 3 hari if Sarah tak balik”Fahim menjelaskan niatnya yang sebenar.

“Ibu..Uncle…kenapa bercakap kat depan pintu tu…”sapa Fira.Mujurlah pintu wad ini terlindung dengan sebuah dinding yang memisahkan katil Faris dengan Pintu tersebut.

“err..tak..tak ada apa-apa sayang..jom…”kata Amna’ lalu berjalan menuju ke arah Faris.Faris yang sedang bermain robot yang dibawa oleh Fira terkejut apabila melihat Fahim.Dia menjeling ke arah ibunya yang kelihatan selamba.

“Pssst…Uncle…uncle…”panggil Faris perlahan.

Fahim menghampiri katil Faris perlahan-perlahan apabila Faris memanggilnya.

“Kenapa..?”tanya Fahim perlahan sambil mengusap rambut Faris.

“Bukan kita nak buat surprise kat ibu ke…kenapa uncle muncul depan-depan ibu pula?”tanya Faris keliru.

“Errr…err….”Fahim kehilangan kata-katanya..

“Ibu terserempak dengan UNCLE..jadi plan nak surprise kan ibu tak jadi…”balas Amna’ bagi pihak Fahim.

Faris memandang Fahim menginginkan kepastian.Fahim mengangguk yakin.

“Kalau tak ada apa-apa lagi..Saya rasa awak boleh balik kot…terima kasih sebab tengok-tengokkan Fira tadi”ucap Amna; sambil cuba menghalau Fahim dengan lembut.’Kalau halau dia terang-terang apa pulak yang budak berdua ni kata nanti..’desis Amna’ sambil mengerling ke arah Fira dan Faris yang sedang bermain dia atas katil. 

Fahim membuat muka simpati..

“Jangan nak buat muka macam kucing tertelan Panadol..keluar cepat!!”halau Amna’
Fahim tiada pilihan lain selain terpaksa keluar….”Abang akan datang balik nanti..”pesan Fahim sebelum menghilangkan diri.

‘Ada aku kisah..’desis Amna’..(Betul ke x kisah..hihihi)
###################################################################################################

Jam menunjukkan 10 pm..Faris sudah terlelap di katilnya selepas diberikan ubat.Fira pula terlelap di sofa berangkai 3 yang terdapat di wad tersebut.Amna’ pula sedang meletakkan tuala basah di kepala Faris.Petang tadi Faris muntah teruk dan setelah diperiksa suhu badan Faris naik.Doktor telah menasihatkan Amna’ supaya meletakkan tuala basah di kepala Faris untuk mengelakkan sawan.Sedang dia menuam kepala Faris..pintu wad terbuka…tak lain dan tak bukan Fahim lah…

“Assalamualaikum…..”kata Fahim perlahan..

“Walaikumsalaam….kenapa datang??”tanya Amna’ sedikit kasar.

Fahim tersenyum nipis sebelum membalas..”Sarah ingat abang boleh duduk dengan tenang ke kat rumah sedangkan anak abang sedang sakit”..

Sarah terdiam…dia kembali meneruskan kerjanya dan Fahim mengambil tempat di sofa bersebelahan Fira yang sedang tidur…Suasana wad itu diam untuk seketika…..Fahim yang bosan dengan keadaan itu menghampiri Faris dan meletakkan tangannya di dahi Faris.

“Panasnya….”kata Fahim sedikit terkejut.

“Dari tadi saya tuam tapi panasnya tak kebah lagi..”adu Amna’ tanpa sengaja.

“Sarah ingat tak masa abang demam dulu..?...saya bagi abang air..air gajah…or ..badak..something like that rasanya…terus kebah panas abang…”kata Fahim sambil cuba mengingati nama air yang Amna’ bagi dia dulu.

“Air badak..”balas Amna’ ringkas.

“Yup..air tu..kenapa tak belikan untuk Faris je?”tanya Fahim..

“Awak tak Nampak ke..saya mana boleh tinggalkan dia sorang-sorang …”kata Amna’

“Kenapa Sarah tak suruh abang je belikan??”Tambah Fahim

“AWAK…???..hisy..nama air tu pun awak tak ingat ada hati nak belikan..”kata Amna’ pula

“Kalau macam tu jom kita pergi beli sekarang..abang Nampak ada 7-E depan tu…”kata Fahim

“No way..saya tak kan tinggalkan anak-anak saya sendirian kat sini…”kata Amna’ tak mahu mengalah.

Fahim tidak jadi menyambung kata-katanya apabila seorang jururawat masuk bersama beberapa doktor…

“Maafkan saya ya…saya hendak memeriksa keadaan Faris…Encik dan puan diminta keluar sebentar..”kata Jururawat tersebut

“Anak saya tak apa-apa kan…kenapa ramai sangat doktor ni??”tanya Amna’ sedikit panic

“anak puan tak apa-apa Cuma kami hendak memeriksa keadaan dia sahaja dam mengambil sedikit sampel darah….oh ye puan tak perlu kejutkan anak puan yang sedang tidur tu biar je…lagipun kami tak ambil masa yang lama dalam ½ jam sahaja”kata doktor tersebut.

Fahim dan Amna’ patuh akan arahan doktor tersebut dan menunggu di luar…

“Jom…kita pergi beli air yang Sarah cakap tadi..In Sya Allah sempat kot kita naik balik dalam ½ jam”kata Fahim sambil menilik jam tangannya.

Amna’ menimbang tara kata-kata Fahim tu…’pergi je lagipun anak-anak kau ada doctor tolong tengokkan’desis hatinya

“ok..jom..”kata Amna’ lalu melangkah pantas berlari-lari anak Fahim mengejar Amna’..

Mulut Amna’ dan Fahim terkunci rapat..mereka berjalan sepantas mungkin keadaan di luar hospital malap dan lengang..angin sejuk mula bertiup sepoi-sepoi…Amna’ mula seram sejuk apatah lagi dia terpandangkan sekumpulan anak muda yang berpakaian seperti samseng jalanan sedang merenung mereka.Amna’ yang ketakutan terus memeluk lengan Fahim..

Fahim tersentak apabila Amna’ tangan sejuk Amna’ memeluk lengan sasanya ‘takutlah tu..’desis Fahim perlahan…dia memerhatikan keadaan sekeliling dan terpandang sekumpulan mat rempit yang sedang melepak atas motor.Tiba-tiba dia rasa nak je peluk mat rempit-mat rempit tu sebab takutkan Amna’ dan menyebabkan Amna’ memeluk lengannya.

Mereka tiba di pintu hadapan 7-E….

Fahim menolak pintu dan membenarkan Amna’ masuk..Setelah selesai membeli barang..Amna’ meletakkan barang-barangnya di kaunter..sedang dia terkial-kial nak ambil dompet..Fahim terlebih dahulu membayarkan untuk Amna’..Amna’ terpaku…Setelah keluar sahaja dari kedai tersebut,Amna’ menghulurkan sebanyak 3 note RM 10…

“Nah duit awak..”kata Amna’ ringkas..

“Abang tak mintak pun…”balas Fahim pula..

“Saya tak nak terhutang budi dengan awak…”balas Amna’ tak mahu mengalah

“Abang ikhlas…tak perlu terhutang budi..”kata Fahim..

“Awak tak faham ye..saya tak nak awak belikan saya dan anak-anak saya apa-apa..saya tak suka..”balas Amna’ lagi..

“Benci sangat ke Sarah kata abang..”kata Fahim lirih

“Ye…saya benci awak sangat-sangat-sangat…”kata Amna’ sambil mengetapkan giginya

“YE..dan ada abang kisah..lagipun abang boleh dan yakin yang abang akan gantikan benci dalam hati sayang menjadi cinta….”balas Fahim romantis

Amna’ terdiam….Jantung Amna’ berdegup kencang….’kenapa pulak ni…’desisnya keliru

Mereka tiba di pintu wad Faris

“Izinkan abang tidur kat sini temankan Sarah dan anak-anak..”pinta Fahim..anak mata coklat terangnya merenung anak mata hitam milik Amna’

“kalau saya cakap TAK..awak nak dengar ke..?”sindir Amna’

Fahim tergelak kecil dan perbuatan Amna’ yang sedang menyusun barang-barang yang dibeli tadi terhenti..Sungguh dia rindukan tawa lelaki itu…dia raup mukanya..

Amna’ menghulurkan selimut kepada Fahim yang sudah mula meletakkan kepala di sofa berangkai 3..dia tidur disebelah kiri Fira manakala Amna’ disebelah kanan dan Faris dihadapan mereka…
Fahim menyambut huluran itu dengan senyuman..’alhamdulilah..dia masih ambil berat pasal aku’desis Fahim perlahan…


Amna’ melentokkan kepalanya kesebelah kanan menghadap Fira dia melingkarkan tangannya di pingang Fira dan melelapkan matanya…begitu juga dengan Fahim dia memusingkan kepalanya menghadap Fira dan memejamkan matanya…Sungguh dia bersyukur sangat-sangat akhirnya dia dapat merasakan yang kini dia memiliki keluarganya sendiri…