**************************************************************************************
1 Bulan Kemudiaan…
Sebulan berlalu sejak Fahim Mengarahkan Alkaf dan Fika
mencari Maklumat mengenai lelaki yang ditangkap Khalwat bersama Amna’ dulu
namun melalui Fira dia hanya dapat tahu yang lelaki tersebut telah
menghilangkan diri sejak beberapa tahun lalu dan pihak Asrama mengatakan bahawa
dia pernah menghuni asrama anak yatim itu sehingga berusia 19 tahun sahaja.
Tiba-tiba…
Fahim sedang menaip laporang kewangan syarikatnya terkejut
apabila Alkaf merempuh masuk.”Bos…”kata Alkaf separuh menjerit.”kau dah Kenapa,tiba-tiba
rempuh masuk ni”kata Fahim tanpa perasaan.”Saya dah jumpa lelaki yang ditangkap
khalwat dengan Kak Amna’ dulu.”kata Alkaf tanpa berselindung.Fahim terkejut,dia
mengangkat kepala memandang Alkaf.”Betul ke?..kau pasti itu orangnya?”Tanya Fahim
inginkan kepastiaan.”100% Pasti bos”kata Alkaf yakin.”Kat mana dia?”Tanya Fahim
tidak sabar.”Dia ada kat Jakarta,Indonesia..“Kata Alkaf.”Good,esok kita akan
bertolak ke sana”arah Fahim.”Ta..tapi, Bos tak rasa yang bos terburu-buru ke
lagipun alasan apa yang kita nak cakap dengan mama Bos?”Tanya Alkaf.”Kau
cakaplah kat mama yang aku nak melawat klien yang sakit dan aku nak tahu
kebenarannya secepat mungkin.Aku tak nak kecewakan mereka yang tak bersalah”kata
Fahim.”Ta..tapi Bos..macam mana dengan pengawal yang selalu ikut bos tu?”Tanya
Alkaf lagi.Dato’Azimah yang curiga dengan perlakuan Fahim telah mengupah 2
orang Pengawal bagi mengikut Fahim senyap-senyap namun,Fahim yang tahu akan agenda mamanya dan berpura-pura tak tahu.”Saya akan uruskan
mereka.Sharp pukul 1 pagi kau jumpa
aku kat Luar rumah.Aku akan parking
kereta kat luar dan kita akan bertolak ke Airport!”arah
Fahim.Dia tidak sabar hendak mengetahui kebenarannya.Jika Amna’ terbukti tidak
bersalah,dia tidak akan teragak-agak melutut dan meminta maaf.
“Ok..ok..bos..saya akan tempah tiket ke Jakarta..flight malam ni”kata Alkaf lalu keluar
dan duduk di tempatnya.Fahim hilang fokus.Hatinya meronta-ronta hendak
mengetahui kebenaran.’macam mana kalau mama betul?,kau sanggup ke berpisah
dengan kembar tu?’desis hatinya.’Tak..aku yakin!,kembar tu anak aku!’kata Fahim
dalam hati tegas.
Malamnya…
Alkaf memandang Fahim yang sedang enak menjamu
selera.Suasana meja makan sangat senyap.Selalunya mulutnya takkan diam
berceloteh namun hari ni dia tidak tahu macam mana nak mulakan bicara.Alkaf
memang rapat dengan Dato Azimah dan Dato Azimah sudah menganggap Alkaf sebagai
anaknya.Keresahan Alkaf menarik Perhatian Dato Azimah.”Kenapa dengan kamu ni
Alkaf?..ada apa-apa masalah ke?”Tanya Dato Azimah.Fahim sedikit cuak.’Aduhhh..janganlah
mama tahu plan aku!!’jerit Fahim dalam hati.”Err..hehehe..tak de lah Mak
engku,Saya ingat nak bermalam kat sini sebab lepas makan kenyang-kenyang ni
memang susah saya nak drive balik”kata Alkaf menutup resahnya.Fahim menghembus
nafas lega.”Macam tak biasa pulak kamu tidur kat sini”Ujar Dato
Azimah.”Err..hehehe ”Alkaf sengih menutup gelisah sambil memandang Fahim yang
duduk bertentangan dengannya.’gulp’ Alkaf menelan air liur apabila Fahim
memandangnya dengan renungan yang membunuh.Suasana senyap senyap kembali,hanya
bunyi sudu dan garfu belaga sahaja kedengaran.Tiba-tiba…”Alkaf,kenapa kamu
senyap je hari ni..selalunya ada je benda kamu nak cerita”Tegur Dato
Azimah.Alkaf tersedak. ”Hukk..huk..huk..ermmm..sa..saya..ta..tak de benda nak
cerita jadi lebih baik saya diam”kata Alkaf tergagap.”Betul tu ma,lagipun Fahim
rasa Alkaf ni penat sebab dari pagi sampailah petang dia ikut Fahim jumpa klien
dan lawat tapak projek”tambah Fahim.”Er..ye..ye betul tu Dato”kata Alkaf.
“Macam-macamlah korang ni..Fahim nak ikut mama tak?”kata
Dato Azimah seusai selesai makan.Fahim dan Alkaf saling berpandangan sebelum
Fahim bersuara..”Nak pergi mana?”.”Mama ada Meeting dengan persatuan
mama,Aliesha pun ada…”kata Dato Azimah teruja.”Tak Nak lah ma,Fahim rasa
penatlah..”kata Fahim Memberi alasan.”Are
you sure?”Tanya Dato Azimah inginkan kepastiaan.”Yes ma..”balas Fahim
malas..”Ok..”kata Dato Azimah lalu terus berlalu ke bilik untuk bersiap ke
persatuannya.Fahim duduk di sofa ruang tamu seusai makan malam.Alkaf turut mengikutnya
dan melabuhkan punggung di sofa yang bertentangan dengan Fahim.”Bos..plan malam
ni jadi ke?”Tanya Alkaf perlahan.”Plan kita akan diteruskan walau apa pun yang
terjadi..aku tak sabar nak tahu kebenarannya “kata Fahim lalu terus bangun dan
meniti anak tangga menuju ke biliknya.Alkaf juga bangkit dan menuju ke bilik
tetamu yang dikhaskan untuknya.
Tepat
Pukul 12:58 A.M…
Fahim mengangkat beg polonya perlahan-lahan.Dia takut
Mamanya akan bangun.Alkaf sudah siap menunggu dalam Keretanya yang sengaja diparkir
di bawah pokok di hadapan rumahnya.Setelah siap menutup dan mengunci
pintu,Fahim melangkah laju menuju ke keretanya dan terus menghembus nafas lega
apabila punggungnya dilabuhkan didalam kereta.Kereta Toyota Prius terus
bergerak menuju ke KLIA.”Lelaki tu duduk kat mana?”kata Fahim.”Kat
Jakarta..”kata Alkaf.”Aku tahulah Jakarta tapi kat mana?..jakarta tu luas”kata
Fahim.”Nanti kawan saya akan jemput kita kat Soekarno-Hatta International
Airport”kata Alkaf.Fahim mengangguk Faham.Dia merendahkan kerusinya dan menutup
matanya.”Flight pukul berapa?”Tanya
Fahim dengan mata yang terpejam.”Pukul 2 pagi Bos…”kata Alkaf tenang.”nanti dah
sampai KLIA kejutkan aku”arah Fahim dan Alkaf mengangguk.
Lapangan
Terbang Soekarno-Hatta…
Fahim dan Akaf selamat tiba di Jakarta pukul 6:10
pagi.Perjalanan daripada KLIA ke Soekarno-Hatta International Airport mengambil
masa hampir 3 jam 40 minit.Sebaik sahaja keluar dari lapangan terbang.Seorang
lelaki yang dikenali sebagai Malik menegur mereka.”Assalamualaikum,Alkaf..kamu
apa khabar?”kata Malik dengan Bahasa Melayunya yang sangat lancar sambil salam
dan memeluk Alkaf.”Aku sihat je…kau sihat?”kata Alkaf pula.Fahim hanya
memerhatikan sahaja gelagat dua manusia itu.”Alhamdulillah..aku sihat..ni bos
kamu ke?”Tanya Malik.Alkaf menangguk dan memperkenalkan Fahim kepada
Malik.Seusai bertegur sapa,Malik membawa mereka ke Days Hotel and suites
Jakarta Airport kira-kira 3.50 KM daripada Lapangan terbang untuk Check-in mereka mandi dan berehat.Fahim
mengaktifkan kembali phonenya selepas masuk ke dalam biliknya dan terdapat 48 missed call daripada Dato Azimah .Fahim
menepuk dahi ”Adesss..mampus aku,mesti mama dah perasan kami dah tak de..awal
pulak mama bangun”keluh Fahim.Dia menelefon mamanya.
“Helloo..mama,assalamualaikum..”kata Fahim sebaik sahaja
telefon dijawab.”Waalaikumsalaam,kamu berdua kat mana sebenarnya?..pagi-pagi
dah lesap?”Tanya Dato Azimah ‘straight’ tanpa ‘kona-kona’.Fahim menggaru
lehernya yang tidak gatal.”er…er…mama ingat tak dengan klien kita nama dia
Heriyanto..ingat tak?”Tanya Fahim.”Ingat kenapa dengan dia?”Tanya Dato Azimah
pula.”err..dia sakit tenat ma,sebab tu Alkaf dan Fahim pergi melawat dia.Dia
kan ‘largest contributor’ untuk Mutiara ”kata Fahim.”Ye ke…mama tak tahu
apa-apa pun,macam mana kamu boleh tahu yang dia sakit”tanya Dato Azimah
hairan.”Anak dia wassap Fahim..hehehe”Fahim memberi Alasan.”Jadi kamu kat
Jakarta lah ni?”Tanya Dato Azimah lagi.”ye ma,kami kat Jakarta…mama jangan
risaulah,Fahim ok kat sini..”kata Fahim menyakinkan mamanya.”oklah..jaga diri..apa-apa
nanti call mama..Assalamualaikum”pesan Dato Azimah.”Ok ma…Waalaikumsalaam”kata
Fahim lalu mematikan taliannya.’Fuhhh....selesai satu masalah’ desis hatinya
lega.Seusai menunaikan solat subuh dan bersarapan mereka bertolak ke Jl.Rawa
Selatan III tempat dimana Hashril (lelaki yang ditangkap khalwat dengan Amna’) tinggal.
Di
Malaysia…
“Hello,Murad..aku nak kau dan anak-anak buah kau bertolak ke
Jakarta hari ini juga”arah Dato Azimah.”Kenapa Dato’?”Tanya lelaki yang bernama
Murad itu.”Fahim ada kat Jakarta,aku tak tahu dia buat apa kat sana tapi aku
dapat rasa dia sedang mencari sesuatu..aku nak kau dan anak-anak buah kau awasi
dia..faham?”arah Dato Azimah tegas.”Faham Dato”kata Murad lalu memutuskan
talian.’ Fahim ..fahim..kau ingat mama ni bodoh? Dah 3 bulan Heriyanto
meninggal dan sekarang perniagaanya diwarisi oleh anak lelakinya..apa yang kau
cari kat Jakarta sebenarnya?’desis Dato Azimah.
Jakarta…
“Maaf pak..pemilik asal rumah ini sudah berpindah 1 tahun
yang lalu..”kata wanita yang mendiami rumah Hashril.”Kamu tahu dia ke
mana?”Tanya Malik.”saya enggak tahu..permisi ya pak,saya telat ke kantor ni”kata
wanita itu lalu terus pergi meninggalkan mereka.Mereka mengeluh sebelum masuk
ke dalam kereta milik Malik.”Malik,selain rumah..maklumat apa lagi yang awak
dapat?”Tanya Fahim.”Dia pernah bekerja di sebuah Hotel tapi hotel itu dah
muflis”terang Malik.Mereka mencari dari Jl.Rawa Selatan III hingga ke Jl.Patung
namun tiada apa-apa maklumat pun yang
mereka jumpa.Mereka berhenti untuk solat zuhur di sebuah masjid.Selepas solat
Zuhur,mereka makan tengah hari di sebuah restoran.Sedang mereka menjamu
selera,Telefon Malik tiba-tiba berbunyi “excuse
me”kata Malik lalu menuju ke kawasan terbuka untuk menjawab telefon.Fahim
dan Alkaf hanya memerhatikan dia dari jauh.
“Alkaf..dah berapa lama kau kenal dia?”Tanya Fahim.”Lama
bos..sebenarnya kami pernah menuntut di Universiti yang sama..Malik ni Housemate saya dulu”terang Alkaf sambil
menyuap makanan ke mulutnya.”Dia orang Melayu ke?..”Tanya Fahim lagi sambil
menjeling Malik yang sedang bercakap dengan Phonenya.’Apalah
yang dia sembangkan tu..lamanya’desis Fahim.”Dia orang Malaysia..asalnya
daripada Johor..Bapa orang Johor,Mak dia orang Jakarta..Parents dia
bercerai,dia duduk dengan ayah dia sampai dia graduate dan lepas graduate
dia tinggal dengan mak dia kat Jakarta ni..dia ni arkitek tau, bos”terang Alkaf
panjang lebar.Fahim hanya mengangguk faham.Malik menghampiri mereka selepas
bercakap hampir 15 minit.”Der..lama gila kau sembang..ada apa-apa ke?”Tanya
Alkaf.”Saya dah tahu kat mana Hashril…. “Kata Malik.”Kat mana..Hashril kat
mana?”kata Fahim tidak sabar.”Hashril ada kat Pesantren ***”kata Malik.”Jom
kita ke sana..”kata Fahim.”Perjalanannya akan ambil masa kira-kira 4 1/2
jam..kalau kita bertolak sekarang kita mungkin akan sampai 5:30 petang…kalau
ditolak masa nak cari hotel dan check-in kita akan sampai ke Pesantren itu
dalam pukul 6:30..”terang Malik Panjang.”kita takkan ambil masa yang lama..kau
kan ada”kata Fahim.
Alkaf dan Malik saling berpandangan.”Bos..saya tahu bos tak
sabar nak tahu perkara yang sebanar tapi Malik tak Familiar dengan kawasan tu..Bos bersabarlah untuk 1 hari lagi
ya”kata Alkaf .Fahim mengeluh.”Pukul berapa kita nak bertolak esok”Tanya
Fahim.”Dalam pukul 9 pagi…kawan saya akan bawa kita ke sana”kata Malik.”Jom
kita balik hotel”kata Alkaf.Seusai membayar mereka menuju ke hotel.
Seusai solat Maghrib,Fahim melabuhkan duduknya di bangku
yang disediakan di balkoni biliknya. Telefon di tangan direnung.”Nak call Sarah
ke tak?Kalau call nampak macam aku desperate
nak cakap dengan dia..kalau tak call hati tak tenang ..hishh ”omelnya
perlahan.”Walaupun aku tak tahu apa yang jadi sebenarnya tapi tak salah kalau
aku call dia…rasanya”kata Fahim menyedapkan hatinya.Selepas puas berfikir
tangannya mendial nombor Amna’.Selepas tunggu beberapa ketika,telefon
diangkat.Fahim yang duduk bersandar terus duduk menegak 90
darjah.”Hello..assalamualaikum…”suara Amna’
kedengaran.”Waalaikumsalaam..Sarah..Fahim ni”kata Fahim mengenalkan
dirinya.Amna’ yang sedang menyeterika baju
tersentak.Cepat-cepat dia meletakkan seterika di tempat yang dikhaskan
namun dia terlupa nak tutup ‘plug’.”Kau nak apa”Tanya Amna’ kasar.”Awak
sihat?”Tanya Fahim tanpa menghiraukan soalan Amna’ yang kasar itu.”Ehh..selama
ni kau tak pernah nak tanya aku sihat ke tak kenapa sekarang kau tetiba nak
tahu?”Balas Amna’ kasar.”Ehmm..saya rasa awak sihat”kata Fahim.Sejujurnya dia
terasa dengan bahasa Amna’ yang kasar itu.”Awak..anak-anak kita tengah buat
apa?..mereka sihat?”tanya Fahim tidak berputus asa.”Excuse me Mr.Azreel
Fahim..mereka anak-anak saya”kata Amna’ tegas.”Sarah..salahkah saya nak tahu
keadaan anak-anak saya?...mereka tanggungjawab saya”kata Fahim lembut.”Jangan
cakap pasal tanggungjawab…ouchhh!!”jerit Amna’. ”Kenapa Amna’?”tanya Fahim pantas
apabila mendengar Amna’ mengaduh.”Tak ada apa-apalah”kata Amna’ lalu memutuskan
panggilan.Fahim terkejut..’kenapa dengan Sarah’hatinya mula risau.Dia menelefon
Amna’ namun tiada jawapan.
Di rumah Amna’….
“Ibu..kenapa Ibu!!”kata Faris dan Fira cemas apabila
mendengar ibu mereka mengaduh.Mereka yang sedang menonton kartun di Disney channel terkejut apabila
terdengar ibu mereka mengaduh kuat.”Tak ada apa-apa lah…tangan ibu terkena seterika”kata
Amna’ sambil tersenyum dalam kepayahan.’Pedih gila..’jerit Amna’ dalam hati.”Tangan
ibu dan merahlah”kata Faris.Amna’ memerhatikan tangannya..”melecur sikit je”kata
Amna’ menyedapkan hati anak-anaknya.”Mana ada sikit..tengok tu merah dia besar”kata
Fira tegas.Mulut Fira yang becok mula berkicau itu dan ini.”Ibu kan selalu
pesan kat Fira..hati-hati..tapi ibu sendiri tak hati-hati..kalau teruk tadi
macam mana”kata Fira tak henti membebel.Amna’ memandang Fira yang tak
henti-henti membebel dari tadi manakala Faris sedang meyapu ubat di tempat yang
melecur tersebut.Amna’ nak sapu Faris larang dan berkeras nak buat jadi dia
bagilah anak teruna itu sapu ubat.Anak daranya ni pulak tak habis-habis
membebel macam mak nenek.’Entah ikut perangai sapelah Fira ni’desis Amna’dalam
hati.
Jakarta(Kesokkan harinya)..
Tepat pukul 10 pagi,Fahim dan Alkaf check-out dari bilik mereka.Kelihatan Malik dan seorang lelaki yang
mungkin lewat 40-an sedang menunggu mereka.”Kenalkan ini Hassan..dia yang akan
jadi pemandu kita untuk hari ni”kata Malik memperkenalkan lelaki
tersebut.Selepas bersapa mereka terus masuk ke dalam Mitsubishi Montero Sport. “Semua
sudah siap”tanya Hassan.”Ya..ayuh kita gerak sekarang”kata Malik.Perjalanannya
jauh dan mereka berhenti seketika untuk makan dan bersolat Zuhur.Jujur Fahim
katakan hatinya berdebar-debar.Bayangan Amna’,Fira dan Faris muncul di mindanya.’Faris..Fira..kalau
terbukti papa yang salah faham…macam mana papa nak bersemuka dengan Ibu kamu?...adakah
kamu akan maafkan papa sebab abaikan tanggungjawab papa terhadap kamu berdua?’desis
hatinya.
Mereka tiba di Pesantren *** pada pukul 3 petang.Mereka
menuju ke pejabat pesantren tersebut kerana orang luar tidak sewenang-wenangnya
dibenarkan bertemu dengan penuntut disitu.Malik membantu mereka berkomunikasi
dengan wakil pesantren itu.Mereka diarahkan untuk tunggu seketika kerana
Hashril telah keluar dengan pemilik pesantren ini untuk melawat penuntut yang
dimasukkan ke hospital.Mereka menunggu di ruangan yang disediakan.”Bos..saya
harap bos dapat bersabar…kita dengr penjelasan dia dulu ok”kata Alkaf
mengingatkan bosnya yang sedikit panas baran itu.”Aku tahulah”kata Fahim
ringkas.Selepas menunggu hampir setengah jam,seorang lelaki yang berjubah
coklat menghampiri mereka.”Assalamualaikum…”sapa Lelaki tersebut.”Waalaikumsalaam..”jawab
Fahim dan Alkaf serentak.Fahim yang duduk membelakangi lelaki itu bangun.’Masanya
dah tiba’desis Fahim. Apabila Fahim pusingkan badannya..muka lelaki itu mulai
pucat.”Lama kita tak jumpa.. Hashri l..”kata Fahim.Hashril menelan air liurnya
kesat.Dia tidak boleh lari lagi.
Alkaf memandang Fahim…Fahim merenung tajam memandang
Hashril..Hashril diam menekur memandang lantai.Malik dan Hassan telah
meninggalkan mereka menyelesaikan masalah mereka.”Aku nak kau bagi tau perkara
yang sebenar…kau perangkap Sarah atau Sarah dan kau memang ada hubungan masa
tu?”tanya Fahim selepas mereka senyap seketika.Tanpa diduga Hashril melutut
dihadapan Fahim.Alkaf dan Fahim terkejut.”Sebenarnya..sa…saya yang perangkap
Amna’..”kata Hashril tergagap.Dia terhimpit dengan dosa silamnya.Fahim menahan
sabar.Tangannya dikepal..”Duduk dan cerita kat aku perkara yang sebenar..aku
tak nak kau sorok apa-pun”kata Fahim tegas.Hashril diam..dia bangun dan duduk
semula di tempatnya.”Sebenarnya…
5 Tahun lepas…
Hashril baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang
perniagaan.Dia mendapat tawaran untuk bekerja di Mutiara.Dia bekerja sebagai
pekerja bawahan sahaja.Setelah beberapa bulan bekerja dia telah dinaikkan pangkat
dan di situlah dia berkenalan dengan Dato Azimah.Dia nekad untuk mencari balik
wanita yang telah mencuri hatinya sewaktu di Rumah Anak Yatim dan orangnya
ialah Sarah Amna’.Puas dia mencari namun dia tidak jumpa sehinggalah suatu hari
apabila syarikat mengadakan jamuan makan malam..dia terjumpa Amna’ namun dia
terlewat.Amna’ sudah menjadi milik lelaki lain.Tuhan sahaja yang tahu betapa
kecewa hatinya.Dato Azimah yang tahu akan perkara itu dan telah meminta bantuannya
untuk memisahkan Amna’ dan Fahim.Dato Azimah benci akan Amna’ kerana baginya
Amna’ telah merampas Fahim darinya dan mereka tidak sepadan kerana Amna’ anak
yatim dan Miskin.Oleh kerana terlalu obsess untuk memiliki Amna’ tanpa berfikir
panjang Hashril bersetuju.Perkara ini hanya diketahui oleh mereka berdua
sahaja.
“Aku nak kau pisahkan mereka..perempuan itu tak layak untuk
anak aku”kata Dato Azimah penuh angkuh”
“Apa yang saya dapat kalau saya berjaya pisahkan mereka.Amna’
takkan balik kepada saya,dia akan setia kepada Fahim”kata Hashril.
“Aku akan bagi kau RM 4 Juta..kalau kau berjaya”kata Dato
Azimah.
Hashril tersenyum dan berkata..”Dato’ boleh mula mengira
hari mereka akan berpisah!”.
Hashril sengaja melanggar Amna’ di pasar raya dan
mengarahkan orang suruhannya menangkap gambar dan meng’edit’ gambar
tersebut.Gambar tersebut dihantar kepada Fahim namun Fahim sangat mempercayai
Amna’ dan tidak percayakan gambar tersebut.Dato Azimah sangat marah dan mereka
telah merancang sesuatu yang lebih ‘kejam’.Sebenarnya,Dato Azimah sengaja
menyuruh Amna’ menggantikannya walhal dia tidak mempunyai apa-apa temu janji
pun.Hashril sendiri yang memasukkan pil khayal dalam minuman Amna’.Selepas Amna’
tidak sedarkan diri.Dia menelefon Dato Azimah dan mengatakan rancangan mereka
telah berjaya.Dato Azimah sendiri yang menghubungi JAIS dan memaklumkan ada
pasangan yang berkhalwat.Amna’ hanya sedarkan diri apabil pegawai agama
sampai.Apabila melihat Fahim mengamuk dan memarahi Amna’..Dato Azimah dan dia
bersorak riang dan dia telah diberikan wang yang sangat lumayan kerana berjaya
memisahkan mereka.Melihat sahaja wang yang banyak dia terus melupakan Amna’ dan
dia berpendapat dia boleh dapat wanita yang lebih canik dari Amna’.Dia tidak
sedar bahawa Allah Maha Kaya.Hidupnya yang penuh dengan kemewahan berakhir
apabila teman wanitanya melarikan semua wangnya.Dia buntu dan tidak tahu hendak
berbuat apa.Dia terserempak dengan pemilik Pesantren ini ketika tidur di Masjid
dan mengikut beliau ke Jakarta.
Dia bekerja di Hotel sebagai penyambut tetamu dan berhenti
kerja apabila hotel itu Muflis.Dia akhirnya dia menjadi penuntut sepenuh Masa
di Pesantren ini.
Kini..
Fahim tidak dapat menahan dirinya dan sebuah tumbukan
mendarat di muka Hashril.Hashril terjatuh.Alkaf terkedu melihat tumbukan Fahim
yang boleh dikatakan kuat.Dia tiada kuasa nak menghalang dan Fahim berhak
marah.”Kau tahu tak..sebab kau lah aku dan Sarah berpisah…aku tak tahu kewujudan
anak-anak aku..oleh kerana RM 4 juta,kau musnahkan kebahagiaan aku dan Amna’”kata
Fahim marah.Giginya diketap kuat.Hashril diam.Mungkin inilah kifarah untuk
dosa-dosanya.”Aku minta maaf”kata Hashril perlahan.”Kau ingat maaf kau tu boleh
padamkan dendam Sarah untuk aku?”tanya Fahim sinis.Hashril diam.Fahim bangun
dan melangkah pergi.Di pertengahan jalan dia berhenti..”Aku tak sangka orang
yang dianggap sebagai Abang oleh Amna’ memusnahkan kebahagaan dia”kata Fahim
dan terus melangkah pergi.Air mata Hashril mengalir..”Maafkan aku Amna’..desis
hatinya.
Mitsubishi Montero Sport bergerak laju di atas jalan.Fahim
hendak terus pulang terus ke KL.Selepas mengucapkan terima kasih kepada Malik
dan Hassan..mereka terus masuk ke dalam pesawat.Fahim mengeluh macam-macam rasa
yang timbul.Sedih,marah,gembira dan macam-macam lagi.”Bos ok?”tanya Alkaf.”Aku nampak
ok ke?”tanya Fahim kembali.”Kalau bos nak share
apa-apa saya sudi dengar”kata Alkaf prihatin.Fahim mengeleng.”Aku tak sangka
mama sanggup buat macam ni..apa salah aku sebenarnya”kata Fahim perlahan.Air
matanya mengalir.Alkaf diam.Fahim mungkin memerlukan masa untuk bersendirian.