Wednesday 13 January 2016

Cerpen:Aku cinta kamu suamiku-1

“Assalamualaikum…”kata Farah lalu masuk ke dalam banglo milik keluargannya.”Waalaikumsalaam..”kedengaran beberapa wanita yang sedang duduk di ruang tamu menjawab.Mereka sedang membuat persiapan perkahwinan kakak tersayangnnya yang akan menamatkan zaman bujang 5 hari lagi,sebab itulah Farah Nadhira balik kalau tak dah lama dia dok bertapa kat hostel tu.Lupa pulak nak kenalkan,Nama heroin korang dah tahu kan,tentulah Farah Adhirah,..Nama hero??..ehh tunggulah dulu.Sambung baca cerpen ni nanti mengkome tahulah nama Hero dia.

Farah ada walid yang garang dan handsome bernama Abdul Fateh dan Ibu yang cantik bernama Umairah.Farah merupakan anak ke-4 dari 4 beradik dia ada 2 abang,dan 1 kakak.Abang-abang dia semua dah selamat kahwin dah.Yang sulung Fareez dah ada 3 anak,Yang kedua Faizal anak dia baru seorang ni nak otw no 2,Yang ketiga kakaknya merangkap si Pengantin  Farah Ariza.Keempat tentulah Farah Adhirah.Dah 1 perenggan cerita pasal Family dia.Al-kisah diceritakan kakak dia menghampiri usia 3 series(korang faham kan).Jadi puaslah Walid dan Umi paksa dia untuk Kahwin,banyak lelaki yang masuk meminang tapi semuannya ditolak.Akhirnya pinangan yang ke-20 membuka hati kakaknya Alhamdulilah.Farah pon terkejut sebenarnya bila kakak dia nak kahwin,lepas tu dia buat syarat tak nak jumpa pengantin lelaki sehinggalah akad nikah.Mulanya dia terkejut sebab kakaknya ini jenis yang cerewet,dan sangat memilih dan tak sukakan kejutan.Tapi mungkin kakaknya sudah berubah angin kot,itulah yang difikirkan olehnya.

“Farah,dah balik?rindunya Ummi kat kamu”kata Puan Umairah lalu terus memeluk anak daranya.”Farah pun rindu gila-gila kat Ummi”kata Farah lalu membalas pelukan ibunya erat.”Dah pergi salam tok Ummi dan Tok Mak mereka kat depan tu..Tok Ayah kat luar dengan Walid.”arah Puan Umairah lalu melepaskan pelukannya.Dia sibuk dengan Majlis pernikahan Anak Perempuannya.Banyak yang hendak diuruskan.”Assalamualaikum Tok mak,Tok Ummi”sapa Farah kepada 2 wanita berusia yang sedang bersembang.”Waalaikumsalaam..ya Allah Farah rindunya tok Ummi kat kamu,kenapa kamu tak call tok ummi?”kata Tok Ummi lalu menghulurkan tangan kepadanya cucunya untuk salam.”Hehehe..busy sikit”kata Farah tayang gigi lalu bersalam dengan Tok Umminya.”Tok Mak sihat?”kata Farah kepada Tok Maknya pulak,”Alhamdulillah Tok Mak sihat,ni kamu tak reti-reti nak jenguk Tok Mak kat kampong ke,kalau raya baru Nampak muka kamu tu pun masa bagi duit raya,kalau tak memang kamu ghaib..”kata Tok Mak sedikit menyindir.”Alah Tok Mak,Ni last sem Farah nanti habis belajar Farah ada cuti 2 bulan,1 bulan kat rumah Tok Ummi,1 Bulan lagi kat rumah Tok Mak”kata Farah menjongketkan keningnya.”ada-ada je lah kamu ni,Ni Farah cuti berapa hari?”Tanya Tok Ummi.”3 minggu”kata Farah lalu terus menghirup air sirap Tok Maknya sikit.Baru je dia simpan beg kat bilik tetamu.Biliknya digunakan sebagai bilik pengantik sebab dia dan kak Iza kongsi bilik tidur.

“Farah nak pi tolong Mak long dengan Mak Uda isi telur dalam bunga,Farah minta izin ye”kata Farah sopan lalu terus menuju ke ruang tamu.Tok Mak Dan Tok Ummi sambung berbual.Entah apalah yang mereka bualkan sangat rancak bunyinya.Farah duduk bersama Mak Uda dan Mak Long serta beberapa sepupu lain isi telur dalam bunga.Kadang-kadang terdengar usikan Mak Udanya yang teringin makan nasi minyaknya.Gamat suasana dengan usikan Mak Udanya,Mak Longnya hanya tersenyum.Dia seorang yang pendiam tetapi sangat baik hati.Tiba-tiba dia Nampak kakaknya masuk.Dia terus bangun lalu memeluk dan menutup mata kakaknya.”Teka sape saya?”kata Farah,suaranya digaraukan.”Farah,kak Iza kenal kamu,dah tepi sikit lemas akak”kata Iza lalu melepaskan pelukan adiknya.Farah tersengih dia tahu perangai kakaknya yang tak suka dipeluk.kesian abang ipar aku nanti..hehehe.”Bila sampai?”Tanya Kak Iza.”Baru jer dalam setengah jam lepas,akak pegi mana tadi?”Tanya Farah.”Akak ikut kak Lina dan Kak Noreen pergi spa,manjakan badan”terang Kak Iza.Farah mengangguk Faham.Kedua-dua wanita itu merupakan kakak iparnya.”Jom ikut akak,akak ada something nak cerita,dah lama akak tunggu kamu balik”kata Kak Iza lalu menarik Farah mengikutnya.

Farah mengikut kakaknya menuju ke bilik yang bakal jadi bilik pengantin.Farah mengambil tempat disebelah kakaknya di birai katil.”akak nak cakap…”sebelum sempat Iza berkata,Farah menyampuk..”cop..cop..Farah nak Tanya,apa nama bakal abang ipar orang?,agak-agak hensem tak?”Tanya Farah bertalu-talu.”Nama dia Ammar Al-Hakim,tu jer yang akak tahu,hensem??entahlah akak tak jumpa dia lagi,kalau nak tahu tunggu hari Jumaat nanti”terang kak Iza.Farah mengangguk faham,Kakaknya kalau dah nekad memang takkan ubah keputusan dia.”Akak kata ada perkara nak cakap?”Tanya Farah apabila tersedar akan tujuan kakaknya memanggil dia.Kak Iza diam,dia kelihatan sedikit gementar..”akak ok?”Tanya Farah apabila kakaknya hanya diam.”ahh…kakak ok,tu lah nervous sebab nak jadi isteri orang”kata Kak Iza senyumannya sedikit tak ikhlas.”hmm…sebenarnya,Farah sedih sebab tak lama lagi,akak nak kahwin mesti akak kena utamakan suami akak,kita tak dapat lepak sama-sama lagi”kata Farah sedih meyuarakan kata hatinya.”kalau akak tak kahwin?”Tanya Iza sengaja menduga hati Farah.”ehh..mana boleh kak,nanti ummi dan walid mesti risau sebab akak kan nak’expired’dah”kata Farah nakal.”hoi…akak baru nak masuk 30 tahun lah bukan 40 pun”kata Iza membangkang kata-kata adiknya.”hmm..ye lah..apa-apa aje lah untuk akak”kata Farah malas.Berdebat dengan kakak dia ni memenatkan.Maklumlah lawyer kan.
Masa berlalu sedar,tak sedar malam ni majlis pernikahan kakaknya.Menurut umminya,Bakal abang iparnya anak yatim,dia diwakili oleh bapa saudaranya.Namun,ada satu perkara dia perasan,Kakaknya kelihatan resah,Phone tak pernah berenggang daripada tangannya.Senyum pun tak ikhlas.Tapi segala unsur negatif yang hadir di benaknya diusir sejauh yang boleh.Normallah untuk pengantik rasa nervouskan?.”Farah,sini kejap”laung Kak Iza tangganya sedang diinai oleh Mak Long.”Ada apa ke,orang sibuk ni”kata Farah.Dia sememangnya sedang sibuk melayan saudara-maranya yang datang.Jam dah hampir menginjak 5 petang,Akad nikah pukul 9 malam.”Mak Long,Iza nak cakap sikit dengan Farah,Mak Long boleh tinggalkan kami berdua sekejap”pinta Iza lembut.Mak Long senyum dan berlalu menuju ke dapur.”Sebelum tu,akak nak minta maaf kat Farah untuk dosa lalu dan dosa akan datang akak,akak tahu mungkin Farah kata akak bersifat budak-budak tapi ini keputusan akak.Jaga ummi dan walid tau,walaupun kamu dah kahwin nanti jangan lupakan mereka.Mereka dah banyak berjasa untuk kita.Akak harap adik akak ni bahagia dunia akhirat.”Kata Kak Iza,air matanya menitis.Keputusan yang dibuat olehnya kini memungkinkan yang dia tidak akan kembali ke rumah ini dah.”Akak ni,Orang dah penat-penat make-up,tengok dah jatuh maskara orang”Farah turut sebak mendengar kata-kata Kakaknya itu,Maklumlah kakaknya sahaja saudara perempuan yang dia ada.Dia memeluk kakaknya erat.Nasib baik mereka dibilik kalau tak tentu dah ramai yang tengok drama swasta adik beradik ni.

Kakaknya sudah ke butik untuk bersiap ke majlis akad nikahnya.Umminya mencadangkan supaya pekerja butik datang ke rumah,tetapi dihalang oleh Kakaknya.Farah juga sedang menyeterika baju yang hendak dipakai.Kena lawa-lawa sikit sebab nanti nak masuk dalam gambar.Tiba-tiba,anak saudaranya siti Balqis masuk,”Mak cu,Ayah anggil”kata Balqis pelat.”Kejap ye,Mak su nak iron tudung jap”kata Farah.”cepat,tau”Arah Balqis lalu terus keluar dari bilik.Farah melilit tudungnya mengikut style terkini dan menyolek sedikit wajahnya.
Sebaik sahaja siap dia ingin turun ke ruang tamu tapi Kak Lina memanggilnya masuk ke bilik bacaan tingkat atas.Kelihatan walidnya sedang duduk di kerusi .Mukanya kelihatan sangat kecewa,Umminya sedang menangis.Abang Fareez dan Faizal sedang berbincang apa entah tapi kelihatan sangat serius.Kak Lina dan Kak Noreen sedang mententeramkan Umminya.”kenapa ni”Tanya Farah.Abang Fareez menghampiri Farah,Dia menghulurkan iphone nya.Farah yang terpinga-pinga tetap menyambut.Farah hampir pitam bila baca mesej yang dihantar oleh kakaknya.’Ya Allah,dugaan apa ni’desis Farah.”Iza dah lari ”kata Abang Faizal ringkas.”Ta..tapi ki..kita tak paksa dia pun kan?”tanya Farah mendapatkan kepastian ibu dan ayahnya.”Apa kita nak buat sekarang ni walid?,lagi 3 jam nak akad nikah”kata Noreen selaku menantu sulung keluarga ini.

“Kad semua dah diedarkan,Tetamu dah mula datang,malu kita kalau batalkan majlis ni,apa kita nak jawab dengan pihak lelaki,bang?”Tanya Pn.Umairah teresak-esak.”Ada satu cara nak selamatkan maruah kita”kata Faizal Yakin.Dia memandang tepat adik perempuannya.Farah tak faham.Sungguh dia harap semua ini mimpi.Faizal berbisik sesuatu di telinga walidnya.”Tak,walid takkan pertaruhkan masa depan Farah!walid rela dicaci tapi tak nak Farah terlibat dalam masalah ni”kata encik Fateh tegas.Sungguh Farahlah satu-satunya anak perempuan yang dia ada sekarang,dia tak ingin mempertaruhkan masa depan Farah dengan Menyuruhnya menggantikan tempat pengantin perempuan.”Tapi walid,…”belum sempat Abang Fareez menghabiskan ayatnya,Encik Fateh menyampuk”Keputusan ayah muktamad!Farah takkan ganti Iza”kata Encik Fateh tegas.Puan Umairah pula hanya mampu menitiskan air mata,Sungguh kecewa hatinya apabila anak yang dikandung selama 9 bulan membuatnya macam ni.Iza merupakan anak kebangaannya dengan Fateh.Tapi sanggup dia menconteng arang ke muka mereka.Adakah didikan mereka kurang?

“Farah rela ganti kak Iza.”kata Farah tegas.”Kan walid dah kata..”.”Walid,Farah tak pernah minta apa-apa kat walid selama ni,Farah harap kali ni walid dapat tunaikan permintaan Farah.Farah nak ganti tempat Kak Iza.”kata Farah dia duduk disebelah ibunya dan memeluk ibunya.Dia memerlukan kekuatan.Encik Fateh terdiam.”Baiklah Walid setuju”kata Encik Fateh.”terima kasih Walid,”kata Farah lalu menyalami Walidnya.Encik Fateh sedaya-upaya menghalang air mata daripada jatuh bila satu-satunya anak perempuannya salam tangan dia.Anaknya ini takkan menjadi tanggungjawab lagi malam ni.Encik Fateh mencium ubun-ubun anaknya.”Walid yang patut ucapkan terima kasih sebab Farah sudi ganti Iza”kata Encik Fateh.Pn.Umairah menhampiri anak perempuannya dan memeluknya.”terima kasih sayang..”hanya itu yang terluah dari bibirnya.Kak Noreen sapu air matanya dan melangkah ke arah Farah.”Ummi,Walid..Farah kena pergi bersiap sekarang kalau tak nanti tak sempat.Dah maghrib sekarang,Majlisnya lepas isya’”kata Noreen lembut.Encik Fateh mengangguk.Farah hanya mengikut dua orang kakak iparnya.”Fareez dan Faizal nak pergi jumpa tok kadi sebab nak tukar nama pengantin perempuan dan nak bagi sijil kursus perkahwinan adik.Nama perempuan tu,Fareez tak nak diungkit lagi”kata Fareez tegas lalu keluar dari bilk dengan Faizal.
Majlis pernikahan berjalan lancar walaupun pengantin perempuan tertukar.Ramai yang bertanya dan terkejut apabila pengantin perempuan tertukar.Namun Abang-abangnya pandai ‘cover’.Mujurlah pihak lelaki sudi menerima dirinya walaupun terkejut pengantin perempuan tertukar.
#####################################################################################
3 bulan berlalu…

“ye Ummi,Farah sihat.Ammar?dia pun sihat,Ummi tengah buat apa?..ooo Farah tengah nak goreng nasi ni…ok lah nanti Farah call”kata Farah lalu mematikan panggilannya.Dia mengacau nasi goring kampunnya yang sedang masak dalam kuali.”Adhirah!!!”terdengar laungan dari tingkat atas.Farah segera menutup api dan menuju ke tingkat atas.”Ye,Nak apa?”kata Farah sedikit malas.”Nampak File aku tak?”Tanya Ammar.Tangannya sedang ligat menyelongkar Almari dan meja bacaan.Ammar Al-Hakim nama suami Farah merangkap hero dalam cerpen ni.Ammar seorang yang sangat pendiam.Dia hanya menjawab jika soalan itu penting,jika tak dia akan hanya mengangguk dan menggeleng.Kerja?Dia pensyarah kat university Malaya(university Farah) dan mengajar kelas Farah juga.”Ni file awak”kata Farah lalu menghulurkan file yang dicari oleh Ammar.”hmm..terima kasih”kata Ammar lalu menonong berjalan keluar dari bilik.

Dia terus ke meja makan kerana yakin pasti Ammar sedang menunggu untuk bersarapan.see..kan aku dah kata dia tengah tunggu kat meja makan.Farah mencedok sedikit nasi goreng ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada Ammar.Selepas itu,Secawan teh dihulurkan.Ammar makan dengan berseleranya.Jujur dia katakan dia bertuah kerana mempunyai suami seperti Ammar.Walaupun pengantin bertukar dia tak pernah menyoal Farah tentang perkara itu.Tak pernah pun dia mendengar nama kak Iza keluar dari mulut Ammar.Dia tahu Ammar terpaksa tapi Ammar cuba menjaga perasaanya.Tipulah kalau dia tak terharu.Ammar tak pernah makan kat luar sepanjang perkahwinan mereka kecuali waktu makan tengah hari sebab Farah akan balik lepas asar.”kenyang ke kalau tenung muka saya”kata Ammar selamba.Dia memandang Farah dengan ekor matanya sebelum menyambung suapannya.”er..nak makanlah ni”kata Farah sedikit mencebik,kan dah kantoi tenung anak teruna orang lama-lama’desis Farah.”Cepat sikit,saya tak suka pelajar yang lewat”seusai berkata Ammar menuju ke singki bersama pinggan dan cawannya.Dia membasuh pinggan dan cawan serta meletakkannya di rak sebelah singki.Farah mempercepatkan suapannya.Seusai makan dan kemas meja alah kadar.Dia menuju ke Myvi Kelabu miliknya.Tak ada siapa pu yang tahu Farah dan Ammar dan Kahwin.Ini adalah permintaan Farah supaya dia tak diberikan layanan istimewa jika mereka tahu dia adalah isteri pensyarah.Ammar pula menghidupkan Hyundai Genesis berwarna hitam miliknya.

Setelah bersalaman dan mengunci rumah,Farah dan Ammar memandu menuju ke university.”Weii..farah kau dah siap nota sir Ridhuan?”Tanya Azim dengan gaya sotongnya.Azim memang lembut tapi dia bukan songsang tau.”Dah siap,kenapa?”Tanya Farah sengaja buat tak faham.Mereka mengambil tempat di bilik kuliah.”Alah macam kau tak faham pulak,kami nak pinjam boleh?”kata Safiya.Dalam University yang besar ni mereka berdua je lah sahabat Farah dari semester 1 sehinggalah sekarang.Farah jenis yang pendiam dengan orang yang tidak dikenali tetapi sangat becok dengan orang yang tahu ‘fiil’dia.”hmm..ye lah nak ambik ni”kata Farah lalu menghulurkan notanya.”Yeayy..sayang kau”kata Azim sambil menepuk tangannya dah macam kanak-kanak ribena je.


“syuhh..encik Ammar dah masuk tu”tegur salah seorang pelajar.Azim,Safiya dan Farah mengeluarkan nota dan bersiap untuk belajar.

p/s--> tetiba muncul idea baru...Miya harap readers dapat enjoy^^..cerpen ni ada sambungan,tunggu tau..^^

No comments: