Wednesday 27 January 2016

Cerpen:Kasihmu akan kumiliki-9

“Faris,Fira..jom makan ibu dah siapkan sarapan”laung Amna’ sambil meletakkan Nasi Goreng Ayam di atas meja dan membuka ikatan apronnya.Kedua-dua kembar tersebut turun dengan muka yang masam.Semalaman mereka tidak bercakap dengan Amna’ sebab Amna’ tidak hadir menonton persembahan mereka.Ibu-ibu orang lain semua hadir kecuali ibu mereka.”Anak-anak ibu ni merajuk dengan ibu lagi ke?..sorrylah ibu busy semalam..”pujuk Amna’.’Ni semua salah Fahim,kalaulah aku tak ikut dia masa tu,mesti aku tak terlepas tengok persembahan anak-anak aku’desis Amna’ bengang.”Ibu dah janji,tapi ibu mungkir janji,ibu tau tak lama kami tunggu ibu tapi ibu tak datang pon”kata Faris lirih.”Maafkan ibu sayang..”pinta Amna’.Sejujurnya hatinya tersentuh mendengar luahan hati anaknya.”Papa,sibuk bekerja dan dah lupakan kami..ibu pun nak lupakan jami jugak ke?”Tanya Fira.”Jangan samakan ibu dengan papa!..ibu tak sama dengan dia!”jerkah Amna’ tanpa sedar.Fira dan Faris terkejut.Air mata mereka mengalir dan mereka mula menangis.”syuhhh..maafkan ibu.ibu tak sengaja tadi..ibu sayang anak-anak ibu”kata Amna’ lalu menarik anak-anaknya dalam pelukan.

Amna’ masuk ke dalam kereta.Akhirnya dia berjaya memujuk anak-anaknya.”Ibu hari ni kita makan KFC nak?”Tanya Fira.”Fira teringin nak makan KFC ye?”Tanya Amna’ pula.”Faris pun teringin nak makan KFC”Tambah Faris.” 2 lawan 1,Ibu kalah”sorak 2 kembar itu.”ye lah ye lah,kita makan KFC malam nanti..” Amna’ mengalah.Selepas 10 minit mereka tiba di hadapan tadika ilmu Bakti.”Ok..belajar sungguh-sungguh tau”pesan Amna’.”Ok..ibu..assalamualaikum”kata Fira dan Faris seusai bersalaman dengan ibu mereka.Seusai kereta Amna’ berlalu ,seorang lelaki yang memakai kemeja menghampiri Tadika tersebut.Guru Tadika yang bertugas pada hari itu menyapa lelaki yang segak berkemeja tetapi seperti sedang mencari seseorang dari luar.”Encik cari siapa?”Tanya Pn.Azlin.Fahim tersentak.Dia berpaling “Saya sedang mencari anak-anak saya”kata Fahim jujur.”ohh..anak Encik yang mana ye,maaflah saya Tanya sebab saya tak pernah Nampak Encik sebelum ni”kata Pn.Azlin jujur.Fahim mengeluarkan gambar anak-anaknya yang berada dalam koceknya.”Ni gambar mereka”kata Fahim lalu menunujukkan gambar tersebut.Pn.Azlin terkejut lalu memandang Fahim.”Ni anak-anak Encik?”Tanya Pn.Azlin tidak percaya.Fahim mengangguk.”Maaflah tapi kami harus menghubungi Puan Amna’ dahulu sama ada dia akan membenarkan atau tidak”kata Pn.Azlin tegas.”kenapa kena Tanya dia pulak?”Fahim mula tak sedap hati.’Aduhh..mesti dia tak bagi punya’desis Fahim.”Sebab telah didaftarkan yang Pn.Amna’ merupakan penjaga utama dan tiada penjaga kedua,jadi untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar kami,kami perlu dapatkan persetujuan Pn.Amna’”terang Pn.Azlin.

Tanpa persetujuan Fahim,Pn.Azlin terus menuju ke pejabatnya untuk menghubungi Amna’.Fahim yang sedang berdiri mula tak sedap hati.Dia melangkah lalu duduk di salah sebuah kerusi di bawah pondok yang berupa cendawan.Sambil menunggu dia mengeluarkan Telefon Bimbitnya dan mula menyemak e-mailnya.Sedang dia menyemak e-mail tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki duduk berhampiran dia.”Assalamualaikum uncle..uncle cari siapa?”Tanya kanak-kanak tersebut.”Waalaikumsalaam..uncle tengah tun…ggu.…”Fahim terkejut apabila memandang kanak-kanak yang menegurnya.”Apa nama kamu?”Tanya Fahim.”Uncle nak nama panjang ke nama pendek”soalan dijawab dengan soalan.”Nama panjang”putus Fahim.”Nama saya Mohd Asyraf Faris bin Mohd Azreel Fahim,uncle boleh panggil saya Faris”kata Kanak-kanak itu polos.Sebaik sahaja mendengar nama itu Fahim melutut dan terus menarik kanak-kanak itu ke dalam pelukannya.’Maafkan papa sayang,papa dah abaikan anak papa salama ni’desis Fahim.Faris kaget.Dia terkejut apabila dipeluk tiba-tiba oleh lelaki tersebut.Selepas beberapa ketika Fahim melonggarkan pelukannya.”Faris ada adik kan?mana dia?”Tanya Fahim tak sabar.Dia berasa sangat teruja kerana telah dikurniakan gelaran yang sangat diidam-idamkan oleh semua lelaki.
“macam mana,uncle tahu Faris ada adik?”Tanya Faris.”Pa..i mean uncle ni kawan mama kamu”terang Fahim.’tibai je lah,asalkan aku boleh jumpa anak-anak aku’desis Fahim.”Uncle ni kawan ibu ye”Faris mula teruja.”ye..ye kawan ibu”angguk Fahim.”Encik Fahim..”panggil Pn.Azlin.”ye saya.”kata Fahim lalu menoleh.”saya menghubungi Pn.Amna’ tadi dan dia membenarkan Encik berjumpa dengan Faris dan Hafira.”terang Pn.Azlin.”Betul ke?”Tanya Fahim tidak percaya.”ye Encik,”kata Pn.Azlin yakin.

”Oh ye..hari ni,ramai guru yang tak ade sebab mereka sibuk menguruskan hari graduasi pelajar tahun 6,jadi Encik boleh berjumpa dengan anak encik selama yang encik mahu”terang Pn.Azlin lalu berlalu pergi.Fahim masih terkejut yang Amna’ membenarkannya berjumpa dengan anak-anak mereka.Sedang dia berfikir dan Faris berlalu untuk memanggil Fira,telefon bimbitnya berbunyi.Nama Fika terpapar di skrin.”Hello”sapa Fahim.”Hello tuan,taniah tuan dah jumpa anak-anak.Nasib baik penyelia tadika tadi call nombor pejabat dan nasib baik juga saya yang angkat,Penyelia tadi ingat saya ni kak Amna’ jadi saya membenarkan.”kata Fika teruja.”Terima kasih,Fika awak dah banyak tolong saya..”kata Fahim ikhlas.Sunngguh dia sangat terhutang budi dengan Fika.”most welcome Tuan,ok lah saya nak sambung buat kerja ni..bye Tuan..assalamualaikum”kata Fika lalu mematikan talian.”waalaikumsalaam”jawab Fahim.

“Uncle ni Fira..adik Faris”kata Faris.Fira bersembunyi di belakang abangnya kerana memang sifatnya pemalu.Fahim menarik tangan Hafira untuk menghampirinya.Tapi Fira mengeraskan tangannya.”Abang Faris..siapa pak cik ni?”bisik Fira.”Uncle ni kawan ibu lah..adik relakslah”kata Faris.Apabila mendengar yang lelaki tersebut kawan ibunya barulah dia berani menghampiri lelaki itu.Fira salam dan cium tangan ‘uncle’itu.Sememangnya mereka di didik untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.Fahim terkejut apabila Hafira menyalam tangannya.Dia berasakan seolah-olah ada air dingin yang membasahi hatinya.Dia tidak berani memeluk anak gadisnya kerana takut disalah ertikan walaupun jiwanya meronta untuk melepaskan rindu terhadap anaknya ini.”Kenapa uncle datang?..Ibu ada pesan apa-apa ke?”Tanya Fira becok.Nampak gayanya dia dah mula selesa dengan lelaki tersebut. ”hah..ohh..sebenarnya,uncle ni kawan lama ibu,uncle ingat nak buat surprise kat ibu,jadi jangan bagitau ibu yang uncle dah jumpa kamu berdua ye”pinta Fahim.Dia berharap anak-anaknya bersetuju.”Surprise apa?”Tanya Faris.”Surprise birthday ibu..boleh ye?”Tanya Fahim sekali lagi.”Boleh..boleh”kata kedua-duanya serentak.Dah nama pun kembar kan mestilah banyak persamaan.Fahim duduk di pondok cendawan dan Faris duduk dihadapannya.Fira tak tahu nak duduk di mana kerana pondok tersebut hanya muat untuk 2 orang sahaja.Fahim yang menyedari keadaan itu menggamit Fira untuk duduk diatas ribanya.Fira hanya bersetuju tanpa syak apa-apa.

Fahim meletakkan Fira di atas peha kirinya.Dia khusyuk mendengar anak-anaknya bercerita.Sangat comel.Fahim mengusap rambut Fira yang bertoncang dua.”Uncle,kenapa kami tak pernah Nampak uncle sebelum ni?”Tanya Fahim.”Uncle kerja kat KL,baru pertama kali Uncle datang sini”kata Fahim lalu senyum manis.Tak ada apa pun yang dapat menggambarkan perasaan gembiranya apabila bertemu dengan anak-anaknya.”Best tak tinggal kat keyel?”Tanya Fira.”Bolehlah..”hanya itu jawapan yang Fahim boleh berikan.Sedang mereka bersembang,loceng kecil berbunyi menandakan yang sekarang ni waktu rehat.Tadika Ilmu Bakti boleh dikatakan tadika yang ber’class’ kerana terdapat kantin,surau,dan perpustakaan mini untuk pelajar-pelajar.Kelas-kelas juga dilengkapi dengan penghawa dingin.”Uncle dah rehatlah..Faris dan Fira pergi ambil makanan,uncle jaga tempat tau”pesan Fahim lalu beredar bersama Fira dengan berpimpinan tangan.Fahim mengambil kesempatan untuk melihat keadaan sekeliling Tadika tersebut.’Hmm..not bad..’komennya.Bukan dia sahaja,malah kelihatan beberapa penjaga juga menunggu di pondok yang disediakan.Faris dan Fira berjalan dengan tray makanan di tangan mereka.Mereka duduk di bawah pondok cendawan.”Uncle tak nak makan?”Tanya Fira prihatin.Hari ni,Kantin menyediakan Nasi Goreng Ayam dan Kek swiss roll seorang 2 kek.”Tak pelah Uncle dah makan tadi.”kata Fahim.”Alah Uncle jomlah share sikit dengan kami”kata Faris lalu meletakkan separuh nasi gorengnya di atas pinggan yang menepatkan kek swiss roll.kek itu diletakkan di atas pinggannya.Fira juga meletakkan sedikit nasi goreng serta kek swiss roll nya dan piring itu disuakan kepada Fahim.Fahim serba-salah hendak mengambil tetapi apabila melihat muka anak-anaknya yang berharap dia menyambut huluran itu.

Apabila Fahim menyuapkan nasi goreng ke mulutnya dia dapat merasakan kasih sayang Faris dan Fira terhadapnya.’Papa tak layak dapat layanan macam ni,papa,bapa yang teruk,papa tak pernah ambil tahu pasal Faris dan Fira walaupun papa tahu ibu mengandung’desis Fahim sebak.Orang lelaki biasanya akan menangis bersendirian.Mereka sangat menjaga air muka mereka.Samalah dengan Fahim tu.”Balik nanti,ibu ambil ke?”Tanya Fahim.Dia sebolehnya ingin meluangkan masa bersama anak-anaknya lagi.Dia ingin mengantikan masa-masa yang dia terlepas dulu.”Tak..kami pergi rumah Nek Mah,pastu pukul 6 baru ibu ambil”jawab Faris.”ohh..”kata Fahim mengangguk sedikit.”Macam mana kalau hari ni kamu berdua ikut uncle pergi shopping nak?”pelawa Fahim.”Tak nak lah nanti ibu marah”kata Fira lirih.”Uncle janji sebelum ibu balik uncle hantar kamu berdua balik”kata Fahim lagi.Fira memandang Faris meminta persetujuan.Mereka sebenarnya bosan asyik ditinggalkan di rumah pengasuh.”Ok tapi Uncle janji tau sebelum pukul 6 Uncle hantar kami balik.Janji!”kata Faris lalu menghulurkan jarinya.Fahim tersenyum lalu mengaitkan jarinya ke jari kecil Faris.”Uncle janji”.

Oleh kerana Ramai guru yang sibuk,pelajar-pelajar dibenarkan pulang awal.Fahim mengikut Faris dan Fira ke rumah pengasuh.Fahim menerangkan perkara sebenar kepada Mak Ramunah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah sementara menunggu Fahim an Fira Mandi,Solat dan Makan.”Mak cik,Faham.Mak cik harap kamu dan Amna’ dapat bersatu kembali.Kesian anak-anak kamu yang kurang kasih sayang seorang Bapa.”kata Mak Mah.”In sha Allah,Mak Mah.doakan saya ye”pinta Fahim.”Sebenarnya Mak Mah dengan Amna’ tak pernah ada apa-apa rahsia.jangan risau Amna’ dah maafkan mama kamu”kata Mak Mah.Fahim terkejut “Apa maksud Mak Mah?”Tanya Fahim.”Kan Mama kamu,Fitnah Amna’ yang dia berkhalwat dengan lelaki lain?”kata Mak Mah hairan. ”Fit..Fitnah?Mama?” kata Fahim buntu.”Ye..Kan sebenarnya dia ganti mama kamu yang kononya ada meeting dan lelaki itu letakkan pil tidur kat air dia.Sebab tulah Amna’ boleh ada dalam bilik tu.Sebenarnya dia hanya sedar apa yang berlaku bila pegawai agama terjah bilik tu”terang Mak Mah panjang lebar.

‘Betul ke?’desis Fahim.Hanya ada seorang yang boleh menolongnya.”Mak Mah,saya ada perkara penting yang nak diselesaikan.Cakap kat Faris dan Fira saya minta maaf.Malam nanti saya call mereka”kata Fahim lalu terus keluar dan menuju ke keretanya.


6 comments:

Unknown said...

sambung...

Unknown said...

thanks sebab sudi baca

Unknown said...

Suka sangat dgn novel ni... Sambung laa lg ya :)

Unknown said...

hi sis..thanks sebab sudi baca...kasihmu akan kumiliki ni cerpen..nanti saya sambung ye^^

Unknown said...

thanks sebab sudi baca^^

Unknown said...

Xsabarnya tunggu next part.. :-D