Tuesday 2 February 2016

Cerpen:Aku cinta kamu,suamiku -4

Puas Farah mengiring ke kiri dan kanan,namun dia masih tidak dapat melelapkan matanya.Dia menjengah memandang Safiya yang sedang lena tidur.’nyenyak betul kau tidur ye Saf’desis Farah.Farah mengambil keputusan untuk keluar dari khemahnya.Suasana kem itu sedikit dingin,Farah melangkah ke arah lalu duduk di bawah pohon besar.Dia merenung memandang air sungai yang sedang mengalir. Sangat mendamaikan hatinya.”Kenapa tak tidur lagi?”sapa Ammar.Farah terkejut lalu menoleh.”Saya tak dapat tidur,tak ngantuk”kata Farah.Matanya memandang ke arah air sungai yang mengalir.Ammar mengambil tempat di sebelah Farah.Mereka diam seketika sebelum Ammar menyambung.”Sedap suara awak tadi”puji Ammar.”Terima kasih,suara awak pun sedap jugak.macam artis korea”balas Farah.”Suara saya memang sedap sejak saya azali lagi,artis korea pun boleh kalah”Ammar memuji dirinya sendiri.”ye lah tu..”balas Farah malas.Sejujurnya dia tak ada ‘mood’ nak bersembang dengan Ammar.Hatinya masih lagi sakit tapi dia sedar yang Ammar adalah suaminya.Syurganya kini di bawah tapak kaki Ammar.”Farah,saya nak Tanya sesuatu boleh?”Tanya Ammar.”Apa dia?”kata Farah.”Lagu tadi awak tujukan kepada siapa ya?saya atau ‘ex-boy’ awak?”Soalan yang dipendam dari tadi akhirnya telah diluahkan.Farah kaget,dia tak tahu nak jawab apa.”kenapa awak nak tahu?kan awak dah ada Cik Arisa.Jadi baik awak tumpukan perhatian awak kat dia”kata Farah dan tanpa sedar dia berasa sedikit cemburu.”Saya minta maaf,kalau saya sakitkan hati awak.Sebenarnya saya dan Arisa tak ada apa-apa hubungan pun,we are just colleague.”tegas Ammar.”Ye lah tu,kawan konon”omel Farah sambil mencebikkan bibirnya.”Awak tak percaya kat saya?”kata Ammar jauh hati.”Memang saya tak berapa percaya kat awak”kata Farah.”No..awak kena percayakan saya.Ni arahan suami awak”Paksa Ammar.”Eh...mana aci main paksa-paksa”kata Farah tidak puas hati.Jika itu satu arahan maka wajib dia mematuhinya kerana Ammar adalah suaminya!.

“Aci kat India,Saya tak kira awak kena percaya jugak kat saya.Saya tak pernah ada sikit perasaan pun kat Arisa.Saya suka orang lain”terang Ammar.Hati Farah mula berdegup pantas.Entah kenapa dia merasakan darahnya menyerbu ke kepala.”Awak ni memang kan,suka main-mainkan hati orang,sekejap suka orang tu,sekejap suka orang ni.Orang lelaki memang macam ni kan tak pernah puas dengan apa yang mereka ada..awak…”Farah tak jadi sambungkan bebelannya apabila bibir Ammar menjamah bibirnya.Matanya membulat dan dia terkaku.Selepas beberapa minit,Ammar melepaskan tautannya.Dia tersenyum nipis memandang reaksi Farah yang kaku bagaikan patung.’Umi….chek(aku) maluuu’jerit Farah dalam hatinya.Pipinya memerah bagaikan tomato.”Awak Nampak comel sangat bila membebel”kata Ammar sambil tersenyum dan merenung memandang mata Farah.Farah menundukkan pandangannya. ”Aikk..mana hilang suara awak yang kuat mengutuk saya tadi”perli Ammar.”Dah lewat ni,saya masuk tidur dulu eh”kata Farah lalu bangun dan cuba melangkah tetapi Ammar memaut lengannya dan hanya dengan satu tarikan Farah terduduk di atas riba Ammar.Farah cuba untuk bangun tetapi pelukan Ammar sangat erat di pinggangnya.”Lepaslah,nanti ada orang Nampak,mati kita”kata Farah cemas.”Biarlah mereka Nampak,biarlah mereka tahu yang kita ni pasangan suami isteri yang sah”kata Ammar selamba. ”Awak ni dah gila ke?”Farah mula meradang.”Ye,memang saya dah gila.Gilakan awak!”kata-kata Ammar mengejutkannya.”Apa maksud awak?”Tanya Farah inginkan kepastian.”Saya cintakan awak,Farah. Takkan awak tak pernah Nampak cinta saya”Luah Ammar.”Gurauan awak ni tak kelakar ok,dan tolong lepaskan saya!”kata Farah.Suaranya naik seoktaf.

“Muka saya Nampak macam sedang bergurau ke”kata Ammar.Farah memandang muka Ammar yang serius lalu menggeleng.”Percayalah pada saya.Saya cintakan awak,Farah.Hanya awak seorang.Tak ada yang kedua dalam hati saya.Nama wanita lain dah tak muat nak masuk ke dalam hati saya sebab nama awak mendiami hampir keseluruhan hati saya”kata Ammar romantis.”Saya tak tahu,saya keliru.Awak bagi saya masa untuk berfikir boleh?”pinta Farah.Ammar melonggarkan pelukannya di pingang Farah.”Ambillah sebanyak masa yang awak nak untuk berfikir.Tapi saya tak akan berputus asa untuk menawan hati awak”tekad Ammar lalu terus meninggalkan Farah.Farah terdiam.Dia termenung seketika sebelum menuju ke khemahnya.
Selepas solat subuh….

Hari ni kita akan adakan aktiviti white water rafting”kata Prof.Hakimi.”Yahooo..”kedengaran sorakan para pelajar yang teruja tak terkecuali Farah juga.”Tapi sebelum itu,jika ada pelajar yang mengalami masalah kesihatan,sila beratur di tepi”tambah Prof.Hakimi.”ok..pelajar-pelajar yang tak dapat menyertai water rafting,anda diminta untuk menyediakan makanan tengah hari”kata Prof.Hakimi.Pelajar-pelajar yang dimaksudkan mengangguk dan mula berjalan ke tempat yang disediakan bersama Prof.Mazni.”Kita akan bahagikan kumpulan.1 kumpulan 8 orang,7 pelajar dan 1 pensyarah.Anda diminta membentuk kumpulan sendiri.”kata Prof.Hakimi.Pelajar-pelajar mula membentuk kumpulan.Arisa mendekati Prof.Hakimi.”Kimi,boleh tak I satu group dengan Ammar,I kan perempuan mana I larat nak kawal pelajar atas air”keluh Arisa.Ammar mula tak sedap hati.Prof.Azhar yang perasan hal itu bersuara,”tak pe,I akan 1 group dengan you”kata Prof.Azhar tawar diri.Sebenarnya dia pun tak suka 1 group dengan Arisa tapi melihat muka Ammar yang cemberut,dia takut nanti tak pasal-pasal Ammar dan Arisa gaduh atas air nanti.”Tapi..sayaa…”belum sempat Arisa habiskan ayatnya,Ammar sambung.”kan Prof.Azhar dah offer diri dia,terima je lah lagipun I tak selesalah kita 1 group,nanti makin tersebar khabar angin tentang kita”Ammar berterus terang.Muka Arisa memerah,tak tahulah dia menahan malu atau bengang.seketika kemudian dia melangkah pergi.Ammar menghampiri Hakimi yang sedang memegang senarai nama pelajar.Tiba-tiba sekumpulan pelajar menghampiri mereka.

“sir,kami dah bentuk kumpulan”kata Farah.”Ok..awak under Prof…”.”Saya!!”sampuk Ammar.”Biar mereka bawah saya”kata Ammar tegas.”Hmm..ok lah awak semua bawah Ammar”putus Prof.Hakimi.Farah yang berada dalam kumpulan itu terkejut.’Sayaaa tak nak 1 kumpulan dengan awakkk!!’jeritannya ini hanya diluahkan dalam hati.”Ba..baik Prof..”akur Farah.Ammar tersenyum puas.”Ok.pelajar-pelajar yang dah ada kumpulan boleh ambil jaket keselamatan daripada encik Razak!”pesan Prof.Hakimi.Farah dan ahli kumpulannya melangkah ke arah Encik Razak yang sedang menanti mereka di bawah pokok beserta dengan beberapa bot dan pendayung diletakkan di tepi sungai.Setelah selesai memakai jaket keselamatan,mereka diberi taklimat ringkas mengenai aktiviti water rafting dan diminta agar mereka dapat jaga keselamatan diri.Mereka mengangguk faham dan mula menaiki bot yang disediakan.Pelajar pertama yang turun ialah Hariz,seorang pelajar guaman.Dia menghulurkan tangannya untuk membantu rakan-rakan lain menaiki bot tersebut.Nasib bailah dia pakai sarung tangan kalau tak mesti tak ada yang nak sambut hulurannya.Sampailah giliran Farah.Tiba-tiba Ammar turun dahulu.Dia mengarahkan pelajar-pelajar ambil tempat.Oleh kerana Hariz orang pertama yang naik,dia mengambil tempat didepan sekali diikuti oleh wati,Afiq serta pelajar-pelajar lain.Farah pula terkial-kial nak turun.

“Cepatlah turun,saya pegang awak”kata Ammar.Dia menghulurkan tangannya kepada Farah namun tiada respon daripada Farah.”Cepatlah!!”kata Ammar tegas.”Saya tak nak pegang tangan awak,biar wati pegang saya ataupun saya boleh turun sendiri,tak payahlah pegang-pegang”kata Farah memberikan cadangan.”Awak jangan nak lawan cakap saya boleh tak? awak sedar tak yang awak sedang melambatkan masa kita.Jadi,cepatlah”kata Ammar.Farah tak ada pilihan,akhirnya dia memegang tangan Ammar sebagai sokongan untuknya masuk ke dalam bot.”Ok..kumpulan bot A dah boleh bergerak”arah Encik Razak.Farah duduk dibelakang Ammar kerana orang yang paling lambat naik bot.Bot mereka mula bergerak.Farah teruja dan takut pada masa yang sama sebab ini merupakan kali pertama dia buat aktiviti ‘water rafting’.Mereka berdayung dan ada kalanya arus sunagi yang deras mengenai muka mereka.Aktiviti ini mencabar tapi menyeronokkan.Ammar pula tidak begitu teruja kerana dia selalu melakukan aktiviti ini dengan rakan-rakannya jika mempunyai masa lapang.Tiba-tiba,Bot mereka tiba di satu selekoh yang agak tajam.Oleh kerana ketakutan,Farah tanpa sedar memeluk Ammar dari belakang.Ammar yang sibuk mengawal bot terkejut bila Farah memeluknya.Dia memerhatkan sekeliling.’Nasib baik,mereka semua sibuk kawal bot..’desis hati Ammar tenang.Setelah beberapa minit Farah melepaskan pelukannya.

“sorry..”perkataan itu lahir dari bibirnya.Ammar hanya buat-buat tak dengar.Dia mula berdayung dengan senyuman yang lebar.Tanpa mereka sedar,Arisa yang berada di belakang mereka terkejut.’Takkanlah mereka ada apa-apa…tak mungkinlah..tapi kenapa bila perempuan tu peluk Ammar,kenapa Ammar tak marah or tak elak?’desis Arisa dalam hati.Dia bertekad untuk menyiasat hal ini.Pasukan A tiba di garisan penamat.Mereka diarahkan berehat seketika sebelum makan tengah hari dan solat zuhur.Ammar menghampiri Farah yang sudah membersihkan diri dan sedang duduk menanti zuhur.Dia merasakan tubuhnya sedikit berbahang.Ni mesti nak demam ni sebab aku lencun kena air sungai tengah hari buta.”Awak,ok tak?”sapa Ammar.”Saya ok..”kata Farah ringkas.”Kalau awak tak sihat,bagi tau saya tau?,jangan biar melarat”pesan Ammar sebelum meninggalkan Farah.Dan tanpa mereka sedari Arisa mencuri dengar kata-kata mereka.”wow…pensyarah dan pelajar bersaya-awak,sah mereka ada apa-apa ni”omel Arisa perlahan.

Malam terakhir di kem….

Dan sedang mereka bersuka ria menyanyi,Farah merasakan kepalanya sangat sakit.Tekaknya juga dirasakan perit.Dia cuba untuk menahan sakit kerana tidak ingin mengecohkan keadaan.”Pemenang tempat pertama…Jatuh kepada ..Encik Ammar!!”kata pengerusi majlis.Ammar dapat satu hamper dan sebuak plak.Tempat Kedua pulak,..Salmawati dan Akmal dan ketiga…Kumpulan ‘The Eagle Eye’”umum pengacara majlis.Semua berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan oleh pengacara majlis.Malam semakin larut dan Farah rasa dia tidak mampu menahan sakitnya.Dia keluar dari khemah dan bertembung dengan Arisa.”Cik,tak tidur lagi?”Tanya Farah sekadar berbasi-basi dalam hatinya dia teramatlah menyampah.”Suka hati,I lah bila I nak tidur,U jangan nak menyibuk”kata Arisa sombong.Farah cuba untuk berlalu tetapi suara Arisa menahannya.”Apa hubungan U dengan Ammar?”Tanya Arisa tanpa selindung-selindung.Farah terkejut dan menoleh “Sa..saya dengan dia tak ada apa-apa hubungan”nafi Farah.”Ehh..U jangan nak tipu I lah,takkanlah pensyarah dan pelajar bersaya-awak dan saya tak percaya awak yang bertudung ni boleh peluk dia dan dia tak menolak,Itu awak kata tak de hubungan!!”kata Arisa sinis.”Betul cik,..saya dengan Sir Ammar tak de apa-apa hubungan pun”kata Farah.Kepalanya mula pening,dia berdiri memangku kepalanya.”Ehh..You ingat ye..Ammar tu I punya,U tak layak langsung untuk dia,jangan cuba goda dia..Faham!”tengking Arisa.

Tanpa dipinta tubuh Farah rebah dihadapan Arisa.Muka Aris mula pucat.’takkanlah ada orang boleh pengsan kena tengking’desisnya.”er..you..ok tak?”Tanya Arisa sambil meningung di sebelah Farah.”Arisa,you  buat apa tengah-tengah malam ni”Tanya Ammar yang kebetulan hendak ke tandas.Ammar mendekati mereka dan apabila dia semakin mendekat dia terkejut melihat tubuh yang terbaring diatas tanah itu.Mukanya mula pucat.”Apa yang You dah buat?”kata Ammar panik.Dia duduk disebelah Farah dan memangku kepala Farah.’Demam’desis hatinya.Dia dapat merasakan bahang panas daripada tubuh Farah.”I..I..tak buat apa-apa pun,tadi I tegur dia,kenapa dia tak tidur lagi,tiba-tiba dia pengsan”terang Arisa sedikit gagap.”You pergi panggil,Prof.Azhar dan Prof.Mazni…Now!!”arah Ammar.Arisa cepat-cepat melangkah ke khemah Induk untuk memanggil mereka.”Farah..Farah..”panggil Ammar perlahan sambil menampar perlahan pipi Farah.Namun tiada respon yang diberikan.Ammar mula tak sedap hati.”Awak degil..kenapa tak bagitau saya yang awak tak sihat”kata Ammar kesal.’Kalau apa-apa jadi kat awak,macam mana saya nak jawab kat Abi dan Ummi.Saya takkan dapat maafkan diri saya kalau apa-apa jadi kat awak’desis hatinya.Dia mengangkat Farah lalu meletakkan dia di atas sebuah pangkin yang disediakan.

Prof.Azhar dan Mazni datang seketka kemudian.”Teruk ke keadaan dia?”Tanya Prof.Azhar.”Teruklah jugak,badan dia panas”jawab Ammar.”You angkat dia ke?”Tanya Arisa.Ammar mengangguk,matanya masih memandang Farah.Arisa merasakan ada yang tak kena antara Ammar dan Farah.’Kalau hubungan mereka hanyalah sekadar pensyarah dan pelajar,kenapa Ammar sangat risau’desis Arisa.”Jom bawak dia ke hospital,rasanya banyak klinik dah tutup sebab dah lewat malam ni”cadang Prof.Mazni.Mereka bersetuju namun Prof.Mazni tidak dapat turut serta kerana dia perlu memantau pelajar.Ammar mengendong Farah lalu meletakkannya dia tempat duduk belakang kereta Prof.Azhar.Hanya Prof.Azhar yang membawa kereta,pensyarah lain datang menaiki bas.Arisa juga turut menemani mereka.Prof.Azhar memandu ke Hospital Slim River.Setelah tiba,sekumpulan jururawat membawa stretcher.Setelah Farah dibawa masuk,Ammar pergi ke kaunter pendaftaran diikuti Prof.Azhar dan Arisa.”Boleh bagi saya kad pengenalan pesakit?”Tanya Jururawat yang bertugas.”Alamak?..kita tak ambik pun IC dia tadi”kata Arisa cuak.”Kami memerlukan nombor Ic pesakit untuk mendaftar,jika tidak kami tidak boleh merawat pesakit”terang jururawat tersebut.”Awak nak nombor sahaja kan?”Tanya Ammar.Jururawat tersebut mengangguk.Ammar mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan Kad Nikah mereka dan menghulurkannya kepada Jururawat tersebut.Mata Prof.Azhar dan Arisa membulat.

“Ammar…Awak dengan Farah..dah kah..kahwin ke?”Tanya Prof.Azhar tak percaya.Arisa merasakan Dunia gelap.Jadi selama ni,dia minat dekat suami orang?.Secara tak sedar,perasaannya kepada Ammar mula terhakis sedikit demi sedikit.”Kenapa awak rahsiakan semua ni Ammar,patutlah awak tak teragak-agak nak sentuh dia tadi”kata Prof.Azhar.”Prof.Azhar,Risa…Saya harap perkara ni boleh dirahsiakan,ini merupakan permintaan Farah sendiri”pinta Ammar.”Tapi kenapa??”Tanya Arisa perlahan.”Farah tak nak dia diberi layanan istimewa sebab dia isteri pensyarah.”kata Ammar ringkas.Prof.Azhar dan Arisa mengangguk Faham.Mereka duduk di tempat menunggu yang disediakan.Prof.Azhar meminta diri ke tandas dan tinggallah Ammar dan Arisa berdua.”Kenapa You tak bagitau I yang You dah kahwin? Bodohnya I berharapkan You selama ni”kata Arisa.”Maafkan I Arisa,I hanya anggap you sebagai kawan kawan je,tak lebih daripada itu,memang salah I tak berterus terang tentang status I”kata Ammar.”I harap kita boleh jadi kawan,I akan cuba buang perasaan I pada you,don’t worry”kata Arisa.Dia sedar melalui cara Ammar tadi,dia tahu yang Ammar sangat menyayangi isterinya itu.”Maafkan I”pinta Ammar.”ehh..you tak ada buat salah pun kat I..buat apa minta maaf”kata Arisa perlahan.”I rasa I yang macam bagi harapa kat you”kata Ammar.”jangan risau,bermula sekarang kita kawan.No any relay…ok?” kata Arisa bersemangat.Ammar tersenyum sebelum mengangguk.Dia berasa tenang sedikit kerana masalah dia dengan Arisa dah selesai,Kini dia boleh fokus kepada isterinya yang sedang sakit.

“Wow..rancak awak berdua bersembang…bincang pasal apa ni?”Tanya Prof.Azhar.”Adalah hal orang muda-muda..hahaha”kata Arisa sambil ketawa perlahan.”ehh..walaupun saya dah tua,tapi jiwa saya muda tau”kata Prof.Azhar bangga.”ye lah tu”balas Arisa.Ammar hanya dia memerhati pintu bilik yang berkatup rapat itu.Tiba-tiba,pintu dibuka.”Waris,Farah Adhirah?”panggil Doktor tersebut.Ammar pantas bangun dan menghampiri Doktor itu.”ye..saya suami dia,macam mana keadaan dia?”Tanya Ammar pantas.Prof.Azhar dan Arisa menghampiri Ammar.”Keadaan dia stabil,Cuma suhu badannya tinggi dan dia perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut”terang Doktor tersebut.Ammar menarik nafas lega.Dia meaup mukanya.Prof.Azhar mengusap bahu Ammar.Dia faham perasaan seorang suami yang merisaukan isterinya yang sakit.”Boleh saya tengok dia?”Tanya Ammar.”Boleh,tapi jangan lama sangat”kata Doktor itu sebelum beredar.Mereka masuk ke dalam bilik yang menempatkan Farah.Farah kelihatan seperti sedang tidur,tudungnya mungkin ditanggalkan untuk memudahkan urusan Rawatan tadi mungkin.”Maaf Prof,Boleh tunggu kat luar sekejap,?”kata Ammar lalu terus menutup pintu wad tersebut.Dia melangkah mendekati Farah lalu memakaikannya tudung dengan berhati-hati.


“OK,Prof,boleh masuk sekarang”kata Ammar mempersilakan Prof.Azhar.”saya nak lawat sekejap je,lepas ni saya dan Arisa nak balik ke kem.”terang Prof.Azhar.Arisa hanya mengangguk.”Saya akan arahkan pekerja kem menyewa kereta untuk awak”kata Prof.Azhar lagi.”Terima kasih Prof,Risa…”kata Ammar ikhlas.”Tak payah berterima kasih,ini pun tanggungjawab kami jugak sebab dia student kami”kata Arisa.Selepas berbual seketika,mereka meminta diri untuk pulang ke kem.Ammar duduk di sebelah Farh yng terlena.Tudung yang dipakaikan tadi dia rungkaikan sebab nanti Farah tak selesa pulak tidur bertudung bertudung.Jari-jemari Farah dia gengam sebelum dia melentokkan kepalanya di sisi Farah dan terlena.

4 comments:

bintu mohamed said...

Best...

Unknown said...

Smbung lah lagi...

Unknown said...

@orkid Zulynie @Obintu Mohamed...thanks sbb sudi baca..nanti writer sambung ye..sekarang writer nak fokus kepada kasihmu akan ku miliki-10 ^^

Unknown said...

@Faridah Qassim..ada dalam progress lagi..nanti dah siap miya upload eh