Sunday 7 February 2016

Cerpen:Kasihmu akan Ku miliki-10

Fahim memandu Nissan Elantranya sambil tangannya sibuk mendial nombor seseorang.Tangannya cekap memasang Handsfree ke telinga.”Hello..Alkaf??..I want to see you now!!”arah Fahim.”Kita jumpa kat Kafe Hotel” tambah Fahim lagi.Selesai memberikan arahan,Fahim cuba memandu secepat yang boleh.Dia semakin sesak dengan persoalan yang semakin membelenggu benaknya.Alkaf yang sedang berbaring-baring di atas katilnya segera bangkit.’Apa lagi lah yang dia nak ni?’omel Alkaf dalam hati.Dia bangkit dan bersiap ala kadar dengan hanya mengenakan seluar khaki coklat cair dan ber T-shirt polo Hitam.Lagipun hari ini hari cuti dia.Sebaik sahaja dia masuk ke dalam Kafe tersebut,dia ternampak Fahim sedang duduk menunggu dia di satu sudut.”Bos kenapa nak jumpa saya?”Tanya Alkaf.”Saya nak minta tolong awak,dan saya nak awak rahsiakan perkara ni”pinta Fahim.”Apa dia,bos?”Tanya Fahim tidak sabar.”Kita tunggu seseorang dulu”kata Fahim rahsia.”Sape bos,kak ipar ke?”Tanya Alkaf mengusik bosnya.”Bukan kakak ipar,tapi adik ipar”kata Fahim ringkas sambil membalas mesej di telefonnya.’Adik ipar??tapi bos tak de adik’desis Alkaf.Sedang dia berfikir tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita memberi salam.”Assalamualaikum..sorry bos, lambat jalan jammed”kata Fika memohon maaf.Oleh kerana dia panik takut dimarahi oleh Fahim,dia tidak nampak Alkaf yang sedang memerhatikan dia dengan mata yang membulat.”Waalaikumsalaam,tak awak tak lambat Fika,you come just in time?”kata Fahim sambil tersenyum ringkas.”Wait..wait..saya tak faham ..what’s going on here actually?”Kata Alkaf bingung.”Actually..Saya dah kahwin”kata Fahim senafas.”You..What!!?”Alkaf terkejut.Mukanya memucat.”Jadi betullah Bos dengan Fika ada something,I knew it..patutlah bila bos nak jumpa Fika,bos suruh saya keluar”luah Alkaf.”Sampai hati You bermain dengan hati I Fika”kata Alkaf lirih.Air matanya hampir menitis.

“Apa yang kau merepek ni?”kata Fahim kurang Faham.”Tolonglah bos,tak guna nak tegakkan benang yang dah basah..Bos sendiri yang mengaku bos dah kahwin..dengan Fika”kata Alkaf.Suaranya sedikit serak.Fika nak hampir tergelak melihat reaksi Alkaf namun dia cuba tahankan.Baru dia tahu betapa dalamnya cinta Alkaf kepada dia.Kalau tak,takkanlah Alkaf hampir menitiskan air matanya.”Hoi..kau ni pekak ke..aku kata aku dah kahwin..tapi BUKAN dengan Fika”kata Fahim sedikit geram.’Budak ni,kot ya pun cemburu janganlah bendul sangat’desis Fahim.”Saya keliru,sekarang ni?”kata Alkaf.Mukanya kelihatan sangat bingung.”Awak dengar ni…Tuan Fahim sebenarnya dah kahwin tapi BUKAN dengan saya…faham” Terang Fika pula.”Kalau bukan dengan You..dengan siapa pulak?”Tanya Alkaf.”Amna’..saya dah kahwin dengan Sarah Amna’.”kata Fahim ringkas.”Pn.Amna’?..yang dalam meeting tu..yang bos suruh saya cari maklumat tu?”Tanya Alkaf lagi meminta kepastian.”Ye…saya dah kahwin dengan dia hampir 6 tahun” luah Fahim dan dia tidak sedar yang dia membuatkan Alkaf semakin keliru.Akhirnya Fahim bercerita mengenai dia,mengenai Amna’ dan anak-anak kembarnya.Sekali-sekala Fika menyampuk.

“Jadi maksudnya,bos dah lama kahwin dengan Pn.Amna’ dan terpisah sebab salah Faham?”.Soalan itu dibalas dengan anggukan.”Bos dengan Fika tak de apa-apa lah ye”.Fahim mengangguk lagi.”Fika kenal dengan anak-anak bos,jadi sebab itulah dia selalu jumpa bos”.”Ye!!”kata Fahim tegas.”Jadi boleh tak awak tolong saya?”Tanya Fahim straight to the point.”Boleh bos”kata Alkaf.”Tapi sebelum itu,saya tak nak mama tahu pasal hal ni faham?”kata Fahim tegas.Alkaf ni rapat dengan mamanya,dia takut kalau Alkaf membocorkan rahsia ini kepada mamanya.”Saya janji,bos”kata Alkaf.Dia tahu perkara ini penting kalau tak takkanlah Bos yang anak mak ni tak nak libatkan mama dia.”Good..sekarang saya nak Alkaf dapatkan malumat tentang semua client yang berurusan dengan syarikat kita pada tahun 2009.”arah Fahim.”Ok bos…Lusa saya dah boleh bagi senarainya.”Kata Alkaf.”Fika..saya nak awak siasat tentang penghuni Rumah Anak Yatim Cinta kasih,namanya Hashril..saya nak biodata dia.Tugasan ini tak susah untuk awak sebab awak kata Adik awak pernah menjadi penghuni Rumah anak yatim ini,sebelum diambil oleh arwah ayah awak”kata Fahim.Baik Alkaf mahupun Fika kedua-duanya akur dengan arahan Fahim.”Saya tak tahu,nak percaya kat siapa?hanya awak berdua sahaja yang saya percaya sekarang”kata Fahim ikhlas.”Jangan risau bos,Kami akan setia kat bos..kan sayang..opps kan Fika?”kata Alkaf tersasul.

Fika mengangguk.Mukanya sedikit merah apabila Alkaf memanggilnya sayang dihadapan Fahim.”Kalau saya bersatu balik dengan keluarga saya..saya janji saya akan tanggung segala kos majlis perkahwinan dan bulan madu awak berdua”kata Fahim tenang.”Bos serius?”Alkaf teruja.”Saya pernah main-main ke?”Tanya Fahim pula.”err.tak..bos selalu serius..bos jangan risau saya akan buat kerja saya sebaik mungkin”Kata Alkaf bersemangat.”Dahlah..awak berdua bincanglah apa yang patut..saya nak berehat,saya minta diri dulu ”kata Fahim lalu terus bangun dan meninggalkan meja.

“So..?”kata Fika.”So…apa?”Alkaf kurang faham.”Ada orang tu hampir menangis sebab salah faham yang saya dah kahwin”provok Fika.Muka Alkaf berubah warna.”Sebab saya sayanglah saya hampir menangis tau,kalau tak sayang..saya tak kisah”kata Alkaf mempertahankan diri dia.”Hmm..ye lah..”kata Fika buntu tak tahu nak balas apa bila Alkaf kata yang dia sayang Fika.”Bila saya boleh masuk meminang awak?”kata Alkaf sengih nakal.”Ha?!!”Fika terkejut.
########################################################################################
Fahim menuju ke bilik hotelnya.Sebaik sahaja dia mengimbas kad dan masuk,dia terus merebahkan dirinya di atas katil yang empuk itu.Macam-macam persoalan yang bermain di fikirannya.’Kan sebenarnya dia ganti mama kamu yang kononya ada meeting dan lelaki itu letakkan pil tidur kat air dia.Sebab tulah Amna’ boleh ada dalam bilik tu.Sebenarnya dia hanya sedar apa yang berlaku bila pegawai agama terjah bilik tu’.Kata-kata Mak Mah masih terngiang-ngiang di telinganya.”Siapa yang salah sebenarnya ..mama atau Sarah?”omel Fahim bingung.’Kalau Sarah yang salah,maka betulkah tindakan kau menceraikan dia macam tu je?’desis hati kecilnya.Fahim meraup mukanya.Apa-pun dia kena tunggu jawapan daripada Fika dan Alkaf.Buat masa ni,baik dia fikirkan cara macam mana nak rapat dengan anak-anaknya.Fahim tertidur tanpa sedar.Dia penat dengan persoalan yang membelenggu hatinya.

“Ting..tong..”Loceng bilik berbunyi.Fahim terpisat-pisat bangun.Dia mengintai memerhatikan keadaan luar biliknya yang sudah gelap.Dengan langkah yang malas dia melangkah kearah pintu biliknya. ”Assalamualaikum bos…sorry kacau bos tidur”kata Alkaf yang sedang menyandang beg bajunya sambil tersengih.”hmm..nak apa?”Tanya Fahim sambil membuka pintu dan melangkah ke arah sofa yang tersedia di bilik tersebut.Alkaf juga masuk dan duduk di sofa berangkai dua sebelah sofa Fahim yang berangkai satu itu.”Saya nak bagitau bos yang saya nak balik KL malam ni.Lusa saya akan datang balik dengan maklumat yang bos nak tu”kata Alkaf.Fahim yang mendengar kata-kata Alkaf itu berasa sangat terharu dan tak tahu macam mana nak berterima kasih.Dia tahu yang Alkaf cekap dan boleh buat kerja dengan sebaik mungkin.”Kalau bos dah tak ada apa-apa nak pesan,saya gerak dulu ye?”Pinta Alkaf bersiap sedia nak keluar.Tiba-tiba Fahim menyampuk.”Alkaf…Be careful”pesan Fahim.Alkaf tersenyum lalu mengangguk sebelum melangkah pergi.

Fahim menutup pintunya.Dia berlalu ke bilik air untuk mandi dan bersolat bagi menenangkan dirinya.Dia tak tahu bila kali terakhir dia sujud kepada Yang Esa.Fahim sedar yang dia sudah jauh menyimpang dari ajaran yang benar.Mamanya pula tidak pernah menegur dia.Bagi Dato Azimah,Fahim masih muda dan dia berhak berseronok sepuas-puasnya.Setelah solat,Fahim berehat seketika di kerusi yang disediakan di balkoni bilik.Dia merenung kepekatan malam sambil mendengar Ikim Fm.Siaran radio islamik yang Amna’ suka buka bila mereka bersama dulu.Hatinya tenang mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang sedang dialunkan dalam radio.Fahim setakat menghafal surah-surah lazim sahaja.Dia tidak mempunyai keyakinan untuk membaca Quran kerana Tajwidnya tunggang-langgang.

Setelah tamat bacaan bacaan tersebut,Pendengar Ikim Fm disajikan dengan ceramah daripada seorang ustaz yang terkenal.Topik tersebut menarik perhatiannya kerana ia membincangkan tenggungjawab seorang lelaki sebagai seorang suami dan bapa.“Sebaik sahaja seorang lelaki yang telah akil baligh berumahtangga maka terpikul di bahu mereka pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan untuk mereka laksanakan, Lelaki yang telah berkahwin bertanggungjawab mengetuai keluarganya serta menjadi suami dan bapa kepada anak-anak yang lahir daripada perkahwinan itu.Malah,tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun beliau telah berkahwin.Sebagai ketua keluarga,seseorang lelaki yang bergelar suami dan bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak.Mereka perlu menyediakan keperluan asas keluarga seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan. seorang suami perlu memastikan makanan yang diberikan kepada ahli keluarganya adalah berkualiti dan halal, memastikan pakaian yang dipakai oleh ahli keluarga sempurna dan menutup aurat dan memberikan tempat tinggal yang selesa dan selamat serta memberikan pendidikan fardu ain dan kifayah kepada ahli keluarga.Seorang bapa yang baik ialah mereka boleh menjadi pemimpin, model ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anaknya.Justeru,untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik,seorang bapa perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaiklahir dari dalam diri.Selain itu, menurut Imam Shafiee lagi seorang suami dan bapa juga bertanggungjawab menjadi pelindung keselamatan kepada semua ahli keluarganya.Seorang suami juga tidak boleh mencemuh atau menyalahkan isteri sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.suami tidak boleh merungut semasa atau selepas membantu isteri, tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, tidak mengambil sikap acuh tidak acuh atau tidak peduli terhadap isteri, bertolak ansur dan sedia membantu isteri dalam apa jua perkara.Seorang suami yang baik harus memahami kekuatan dan kelemahan isteri,ikhlas ketika membantu dan bersikap empati.Suami yang memahami kekuatan isteri membantunya dengan memberikan semangat serta bantuan fizikal dan material diberikan oleh suami ketika isterinya berada dalam keadaan lemah betapa pentingnya seorang suami menghormati isteri….”

Kata-kata Ustaz tersebut benar-benar menyentakkannya.”Sebagai bapa dan suami..tanggungjawab apa yang telah aku laksanakan?.Makanan,pakaian dan tempat tinggal mereka tak pernah aku sediakan .Keselamatan mereka selama 6 tahun ini tak pernah aku ambil tahu.Kewujudan anak-anak sendiri pun aku tak tahu.Layakkah aku menjadi ‘role model’ untuk anak-anak aku?Apabila berlaku masalah dalam rumah tangga aku,Aku ceraikan dia,aku cemuh dia tanpa menyiasat apa yang jadi sebenarnya.Layakkah aku menjadi lelaki kebanggaan mereka”Omel Fahim Kesal.Dia mencapai I-phone 6 goldnya dan menekan nombor telefon Faris.Dia memerhatikan jam ‘masih awal’desis Fahim.Setelah beberapa saat,telefon diangkat.”Hello…”sapa suara comel.’Fira..’desisnya.
”Assalamualaikum Fira..Uncle Azreel ni”kata Fahim kenalkan dirinya.”Uncle!!”jerit Fira teruja.Fahim menjauhkan handphone daripada telingan apabila Fira menjerit kesukaan.’Aduh Fira,nak jerit pun agak-agaklah,pekak papa nanti’desisnya perlahan.Tak lama kemudian kedengaran suara anak sulungnya yang memarahi Fira yang kononnya sedang bermain handphone.’Over protective sungguh’Fahim membuat kesimpulan.”Ni Uncle tadilah”terang Fika dan mula lah kembar tersebut berebut-rebut telefon.”Stop….!!!”kata Fahim tegas.Kedua-duanya berhenti.”Faris kita buat video call”arah Fahim.Dia merasakan inilah penyelesaian yang terbaik memandangkan kedua-duanya nak bercakap serentak.Faris mengambil phone dan membuka aplikasi video call.”Hai..”sapa Fahim.Kelihatan anak-anaknya sudah memakai baju tidur menyapa dia.”Uncle..sampai hati uncle inggalkan kami tadi”kata Faris.Mukanya sedikit masam.”Sorry lah sayang..Uncle ada emergency tadi sebab itulah Uncle terpaksa pergi”kata Fahim kesal.”Esok lepas habis tadika,kita keluar ye..Uncle janji”kata Fahim sambil senyum manis.Wajah anak-anaknya tak payahlah cerita,Bersinar-sinar.Mereka berbual-bual hampir setengah jam.”Pergilah tidur,dah lewat ni..esok nak sekolah”kata Fahim lembut.”Alahh..”kedua-duanya mengeluh.Mulut tak payahlah ceritalah,Dah memuncung sedepa.Fahim tergelak halus.’Perangai macam Sarah,suka memuncung kalau tak puas hati’desis hatinya.

“Masuk tidur cepat nanti kalau ibu tahu kamu berdua tak tidur lagi,mesti ibu marah”kata Fahim.Naluri kebapaanya menginginkan anak-anaknya sentiasa berada disisi begitu juga dengan Fahim.”Esok kita jumpa tau..Uncle jangan lupa ye”kata Faris.”Janji?”tambah Fira.”Ye sayang,Uncle janji”kata Fahim.”Ok lah Good Nite Uncle,bye-bye,Assalamualaikum..”kata kedua-duanya sambil melambai.”Good Night Dears,Sweet dreams.Waalaikumsalaam”kata Fahim lalu mematikan telefonnya.Rindu kepada anak-anaknya sedikit terlerai.Muka anak-anaknya yang ceria sebaik sahaja dia mengatakan yang ingin membawa mereka jalan-jalan esok terbiar di matanya.Dia masuk dan menutup pintu gelongsor.Setelah siap mengunci pintu gelongsor,Dia merebahkan dirinya diatas katil dan menutup mata.Dia tidak sabar menantikan hari esok tiba.


P/Sà sorrylah kalau part ni tak seberapa.Cik Writer dah ketandusan idea sebenarnya..hehehe..apa pu hope readers enjoy dan jangan lupa komen ye^^..love u alls

7 comments:

Unknown said...

Sambung cepat please... X sabar bk tggu...

Unknown said...

Sambung cepat please... X sabar bk tggu...

Anonymous said...

Sambung lagi sis dgn cerpen aku cinta kamu,suamiku

Unknown said...

X sbar nk tunggu smbungan!!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

@anonymous..Aku cinta kamu suamiku in progress...nanti cik writer upload ye^^

Unknown said...

@ Shila Mohd n @ Mawar Zarin..thanks sebab sudi baca...^^