Wednesday 10 February 2016

Cerpen:Kau Pemilik Cinta (Full)

                                                                    
          
       P/S..1st time cik writer tulis cerpen full..cerpen ni panjang tau,harap readers enjoy dan tolonglah                     komen ye..^^ setiap komen anda amat Miya hargai..^^

“Weh..cah..betul ke kau boleh balik sorang-sorang,ni dah malam tau bukan siang?”Tanya Hana risau.”Aku oklah..lagipun rumah kau dengan Rumah sewa aku bertentangan arah”kata Aisyah menyakinkan kawannya.”Aku minta maaf ye..kalau aku bawak kereta aku dah lama hantar kau sampai Rumah sewa,tapi abang aku tiba-tiba nak pakai kereta pulak”luah Hana kesal.”Tak pe,aku tak kisah,lagipun setiap kali lepas study mesti kau hantar aku balik..aku seganlah.Bila aku bagi duit minyak kau tak nak.Tak pe biar hari ni aku balik jalan kaki”kata Aisyah.”Kalau kau dah cakap macam tu…ok lah tapi lepas kau sampai rumah nanti whatsapp aku tau?”pesan Hana.”Ye,aku whatsapp kau…”kata Aisyah.”Aku gerak dulu ye,bye”kata Hana sebaik sahaja sebuah bas berhenti di perhentian bas tersebut.”Bye”kata Aisyah lalu melambaikan tangannya.

Aisyah berjalan ke Rumah sewanya.Sambil berjalan mulutnya terkumat-kamit berselawat.Dia berhenti di sebuah jalan.’kalau ikut kiri..jauh lepas 20 minit baru sampai Rumah sewa tapi kalau ikut kanan dekat tak sampai 10 minit pun tapi jalan tu gelap sikit..nak ikut yang mana ye’Aisyah bermonolog.’Ikut kananlah’putus Aisyah dalam hati.Dia berjalan laju memasuki lorong tersebut.Sedang dia berjalan dia terdengar suara orang menyeringai.Dia mengambil keputusan untuk patah balik namun apabila dia berpusing,lorong itu kelihatan amat gelap dan menyeramkan.’kenapalah aku gatal sangat nak ikut lorong ni tadi’Aisyah memarahi dirinya.Dia tiada pilihan melainkan terpaksa juga melangkah ke hadapan.Tiba-tiba,dia ternampak sekumpulan manusia sedang membelasah seorang lelaki.Dia terpegun kaku tak tahu nak buat apa.Lelaki yang dibelasah itu kelihatan lemah sangat.kalau dibiarkan mungkin lelaki itu akan mati dikerjakan oleh mereka.Entah dari mana datangnya keberanian.Aisyah mengeluarkan telefonnya dan cuba menghubungi polis namun dia terlupa nak ‘top-up’ tadi.Kreditnya sudah habis.’Aduh..la ni jugak lah kredit nak habis..nak buat apa ni?’ Aisyah mati kutu.Sedang dia berfikir,tiba-tiba dia mendapat satu idea.Dia mempunyai nada dering siren polis jadi,tanpa melengahkan masa dia menekan nada tersebut.
“Wehh..siapa yang panggil polis ni?? Lari..lari!”lelaki-lelaki yang sibuk membelasah tadi bertempiaran lari sebaik sahaja mendengar bunyi siren tersebut.Aisyah mendekati Razif yang lemah terbaring. ”Aw..awak ok?”Tanya Aisyah.lelaki tersebut mendongak memandang Aisyah,Oleh kerana gelap Aisyah tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas.”Do I look ok to you?”Tanya Razif sinis.Dia cuba untuk bangun namun tidak berdaya.Aisyah serba salah untuk menolong Razif  kerana mereka bukan muhrim. Akhirnya dia memaut bahu Razif untuk membantunya berdiri.Razif melingkarkan tangannya ke pinggang Aisyah.”Awak tahu memandu tak?”Tanya Razif kepada Aisyah. ”Err…tahu”kata Aisyah. Sebenarnya dia kekok dipegang oleh lelaki walaupun niatnya hanya untuk membantu.”Good”hanya itu balasan Razif.Mereka berjalan dan sampai ke tempat parkir kereta.”Awak ambil kunci kereta kat poket saya”arah Razif.”ha?!!”Aisyah terkejut.”Cepat sebelum orang-orang tadi datang balik.Nanti bukan saya je,dengan awak sekali mereka kerjakan ..nak?”tambah Razif lagi.Aisyah menggeleng.Dia menyeluk poket hadapan seluar Razif dan mengeluarkan segugus kunci.”Ke..kereta saya Skyline putih..tu”Razif sedaya upaya bercakap dengan menunjukkan dimana keretanya.

Belum sempat mereka melangkah ke kereta,Mereka dikejutkan dengan satu suara.”Tu dia..tangkap mereka..”arah seorang lelaki yang gempal dan berambut panjang.Aisyah terkejut,mukanya mula pucat.”Hey girl..tunggu apa lagi,cepatlah awak nak sambut mereka ke?”kata Razif sinis dan tegas.Aisyah memapah Razif laju menuju ke kereta.Setelah sampai,dia meletakkan Razif di tempat duduk penumpang dan dia menuju ke tempat pemandu.Namun beberapa lelaki mengelilingi kereta mereka. Lelaki-lelaki tersebut menyuluh ‘torch light’ ke muka mereka.”Bos..ada perempuan lah”kata salah seorang Lelaki. ”Tangkap perempuan tu dengan si bedebah tu sekali”arah ketua mereka mungkin.”Drive the car now!!”kata Razif tegas.”Tapi kalau saya langgar mereka macam mana?”kata Aisyah risau.”Just drive..apa-apa jadi saya tanggung”kata Razif.Aisyah menekan minyak dan memandu laju melintasi mereka.Lelaki-lelaki yang mengelilingi bertindak menjauhkan diri.Skyline tersebut menjauhi mereka.”Damn..terlepas lagi..”kata ketua kumpulan tersebut.”Shark,aku nak kau siasat siapa perempuan yang bersama Darren tadi”arah lelaki tersebut.

Aisyah tak tahu hendak memandu ke mana.Dia menoleh memandang Razif yang sedang terbaring lemah di sebelahnya.”Saya bawak awak ke klinik eh?”Tanya Aisyah meminta kebenaran.Namun tiada balasan daripada Razif.’Diam tandanya setuju’Aisyah membuat kesimpulan sendiri.Dia memandu sambil mencari Klinik namun kebanyakan klinik dah tutup.Tiba-tiba dia ternampak sebuah klinik masih beroperasi tanpa berlengah dia memakirkan kereta di hadapan klinik tersebut.Razif automatik membuka mata apabila kereta dirasakan berhenti.”Girl,kenapa awak berhenti?” Tanya Razif hairan.”Awak kan cedera,takkanlah nak balik macam tu je”kata Aisyah.”No..saya nak balik,tak nak pegi klinik,hospital and etc!”Razif bertempik.”Awak..kepala awak sedang berdarah,mungkin awak ok sekarang tapi akan datang kita tak tahu,mana tahu ada darah beku ke?”kata Aisyah sengaja menakutkan Razif.’Badan sado tapi penakut’desis Aisyah.Aisyah keluar dan menuju ke tempat penunggang di sebelahnya.

”Jomlah..nanti klinik ni tutup”Gesa Aisyah.Razif tiada pilihan dan akhirnya akur dengan kata-kata Aisyah.Aisyah membantunya bangun dan memapah Razif ke dalam klinik.Kelihatan beberapa pesakit sedang menunggu giliran mereka untuk dirawat.”Awak duduk sini dulu ye?saya nak daftar nama awak kejap”pinta Aisya lembut.Belum sempat Aisyah berpusing Razif memegang lengan Aisyah.Aisyah menoleh dan Razif  menghulurkan walletnya kepada Aisyah.”IC dan duit ada dalam wallet”kata Razif. Aisyah tersenyum lalu menyambut huluran itu.Dia berjalan menuju ke meja pendaftaran.”Saya nak daftar pesakit”kata Aisyah.”Boleh hulurkan IC?”Tanya jururawat yang bertugas tersebut.Aisyah membuka dompet yang dihulurkan Razif tersebut untuk mengeluarkan IC.’Mak ai..banyaknya kad kredit’omel Aisyah dalam hati.Dia menghulurkan IC  Razif kepada Jururawat yang bertugas.Setelah selesai Aisyah duduk di sebelah Razif  dan menunggu giliran untuk dirawat.”Thanks..girl”kata Razif. ”Aisyah..nama saya Aisyah and you’re welcome”kata Aisya lalu tersenyum manis.

“Nice name”.”By the way..apa nama awak?”Tanya Aisyah.”Tadikan awak pegang IC saya takkan awak tak tengok kot?”Tanya dia hairan.Aisyah menggeleng.”Nama saya Darren Razif Lee.You can call me anything.”kata Razif.”Saya panggil awak Razif lah,kan sedap nama tu”kata Aisyah.”Suka hati kau lah”kata Razif.Setelah menunggu hampir setengah jam barulah mereka dipanggil ke bilik rawatan.Aisyah cuba untuk memapah Razif namun Razif menghalang.”Saya boleh jalan sendiri”kata Razif lalu melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik rawatan.Aisyah menjongketkan bahu dan mengikut dari belakang. ”Assalamualaikum doctor”kata Aisyah.Tak payahlah nak harapkan Razif cakap,mulut macam ada emas.”Waalaikumsalaam,sila duduk dan apa masalah awak?”Tanya Doktor lelaki yang bernama Siew.”Saya terjatuh semasa bermain Futsal dan kepala saya terhantuk kat tiang gol”kata Razif laju. Aisyah hanya diam disebelahnya.”Macam mana you boleh terhantuk kat tiang gol?”Tanya Dr.Siew hairan.”Sebab saya penjaga gol,masa nak tangkap bola kepala saya terhantuk kat tiang gol”terang Razif.Dia tidak boleh beritahu yang dia dibelasah kerana ia akan menjadi isu hangat.Dia tahu siapa yang menyerang dia tadi.Mereka merupakan kumpulan kongsi gelap yang marahkannya kerana kumpulan dia telah mematahkan cubaan mereka menyeludup senjata api.Jangan salah faham.Dia bukan ahli kongsi gelap tapi dia merupakan ‘special trained agent’ yang bekerja dengan Interpol.

“Itu semua saya faham..tapi takkanlah You main bola pakai seluar ni?”Tanya Dr.Siew hairan.Razif tepuk dahi.Dia terlupa yang dia sedang memakai seluar khakis hitam.’Dia ni patut jadi detekif bukannya doktor’omel Razif.Ketawa Aisyah hampir tersembur namun dia tahankan.”Sebenarnya,memang dia pakai pakaian sukan tadi tapi dia terus balik lepas jatuh dan tak nak pergi klinik,saya yang paksa dia pergi sebab tu baju dia bertukar”terang Aisyah.”Ohh..You isteri dia ke?”mulut Dr.Siew tidak berhenti bertanya namun,tangannya ligat membersihkan luka Razif.”Saya adik dia”kata Aisyah Pantas.Razif tidak ambil peduli apa yang Dr.Siew dan Aisyah bualkan yang dia tahu,dia nak balik dan tidur.Aisyah memandang jam yang tersangkut di bilik Dr.Siew.’Alamak dah 11:45 PM..Nasib baik esok tak ada kelas’desis Aisyah.Dia mengeluarkan telefonnya dan menghantar mesej kepada Hana yang mengatakan dia sudah pulang dan lupa nak mesej.Dia tak nak sahabatnya itu risau.”Ok..done,lain kali hati-hati tau..you boleh ambil ubat kat kaunter”kata Dr.Siew.Mereka keluar setelah mengucapkan terima kasih.Razif rasa sedikit bersemangat selepas membuat pemeriksaan.”Awak duduk dulu ye,saya nak ambil ubat”kata Aisyah.Dompet Razif berada dalam simpanannya.Razif yang suruh dia pegang sekejap.”Ok..semuanya RM 68.00”Kata Jururawat yang bertugas.

“Ni ubat awak dan wallet awak”kata Aisyah lalu menghulurkan plastik ubat dan dompet Razif.Razif menyambut huluran itu.”Girl..awak tinggal kat mana,biar saya hantar awak balik,dah malam ni lagipun saya berhutang nyawa dengan awak”kata Razif lalu duduk di tempat memandu.’Dia ni lupa kot yang nama aku Aisyah’kata Aisyah dalam hati.”Awak pasti ke yang awak boleh memandu?”Tanya Aisyah.”Ye..saya boleh.cepatlah naik”gesa Razif.Aisyah duduk di tempat duduk pemandu tanpa banyak soal.Dia mengerling memandang Razif dengan ekor mata.’Handsome jugak dia ni..dahlah aku suka lelaki yang berkacuk-kacuk ni’desis Aisyah.”Awak tinggal kat mana?”Tanya Razif lagi.”Saya tinggal kat Rumah sewa Taman Panglima”Kata Aisyah ringkas.Razif memandu laju ke tempat yang disebutkan oleh Aisyah tadi.Razif memakirkan kereta di hadapan Rumah sewa Aisyah.”Ok..dah sampai..thanks awak sebab hantar saya balik”kata Aisyah.”No..sepatutnya saya yang ucap terima kasih kat awak sebab selamatkan saya..kalau tak mungkin saya dah arwah malam ni”kata Razif.Aisyah ingin bertanya siapa lelaki yang membelasah Razif tadi namun sekarang sudah lewat malam dan Razif seperti ingin merahsiakan apa yang berlaku.”Ni kad saya..saya bukan nak takutkan awak tapi biar saya berterus terang.Lelaki-lelaki tadi dah Nampak awak dan mungkin akan cuba cederakan awak,so better awak berhati-hati dan call saya if you need help”Kata Razif berterus terang.”Tak boleh ke saya laporkan kat polis?”Tanya Aisyah sedikit cuak.”lapor lah tapi nyawa awak mungkin akan melayang sebelum polis sampai,mereka memang cekap bunuh orang”jawab Razif.
“Ok ..ok..saya akan call awak tapi make sure phone awak selalu dengan awak,”kata Aisya tegas.Mata Razif cekap menangkap tangan Aisyah yang sedang mengigil.Dia tertawa kecil.”ye..saya akan pastikan phone saya ni 24/7 dengan saya”kata Razif.Setelah mengucapkan selamat malam,Aisyah melangkah masuk ke rumahnya setelah mengunci pintu.Setelah Aisyah masuk ke dalam rumah Razif terus memandu ke banglonya.Aisyah membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak sebelum berbaring di atas katil.Walaupun berasa risau dengan apa yang Razif cakapkan tapi dia yakin dia akan selamat dengan Razif.Dia percaya dengan Razif walaupun belum 24 jam mereka berkenalan.
_________________________________________________________________________________________________________
2 minggu berlalu…

Aisyah sedang menyiram pokok di halaman rumah sewanya.Oleh kerana sekarang musim cuti,teman-teman serumahnya sudah pulang ke kampung.Cuma dia sahaja terkontang-kanting di KL ni.Bukannya dia tak mahu balik tetapi dia tak suka sikap ayahnya yang melebihkan adik beradik tirinya lebih daripada dia.Kadang-kadang dia rasa seperti sedang duduk menumpang walhal rumah tersebut adalah rumahnya. Sudah 2 minggu berlalu sejak dia menyelamatkan Razif.Aisyah sering menegur Razif dalam LINE namun, Razif hanya membaca dan tak membalas.Tiba-tiba sekumpulan lelaki yang menaiki kereta Persona berhenti di hadapannya.Paip yang dipegang terlepas dari tangannya.Dia melangkah laju masuk ke dalam rumah dan cuba menutup pintu namun semuanya terlambat.Lelaki-lelaki tersebut cekap menendang pintu rumah Aisyah.Aisyah ketakutan dan kebetulan dia ternampak telefon bimbit miliknya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.Tanpa melengahkan masa dia mencapai telefon tersebut dan berlari ke tingkat atas sambil menghubungi Razif.”Hello..Ra…Razif…to..tolong say…saya..lelaki-lel..laki hari tuu..a..ad..ada kat rumah saya..”kata Aisyah tergagap.Allah sahaja yang tau betapa takutnya dia.Dia bersembunyi di dalam almari dalam bilik tidurnya.

“Cari..perempuan tu,sampai jumpa!!!”arah Shark kepada anak buahnya.Anak-anak buahnya mencari dengan teliti habis seluruh rumah digeledah mereka.Shark masuk ke dalam sebuah bilik,dia mencari di bawah katil dan sekitar bilik..’mana perempuan tu,menyorok’desis Shark.Matanya melilau memandang sekeliling bilik.Matanya terarah ke sebuah almari.Senyuman tersunging di bibirnya.Dia keluar dari bilik dan memanggil anak-anak buahnya ke dalam bilik tersebut.Mereka berdiri mengelilingi almari tersebut.Aisyah berdoa dalam hati..dia harap Razif tiba secepat yang mungkin.Pintu almari dibuka dengan kasar dan kelihatan seorang perempuan sedang memegang phonenya dengan erat.”Mana kau nak lari perempuan,hari tu kau tunjuk pandai sangat kan”kata Shark sinis.”Ka..kau nak apa?”Tanya Aisyah takut-takut.”aku nak kau lah..bos nak jumpa perempuan yang berani selamatkan Darren”kata Shark lalu menarik Aisyah keluar dari almari.Aisyah cuba meronta namun seorang lelaki yang memakai t-shirt hitam mengangkat dia keluar dari almari.
“Lepaskan aku lah!!”Aisyah meronta.Dia memukul-mukul dada lelaki yang sedang mengendongnya. Lelaki tersebut beriak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.Sedang mereka melintasi pintu bilik, tangan Aisyah cekap mencapai minyak wangi dan menyemburnya ke mata lelaki yang mengendongnya. Lelaki tersebut terjatuh begitu juga dengan Aisyah.Aisyah terus berlari turun.”tangkap perempuan tu..jangan biar dia terlepas.”arah Shark.Anak-anak buahnya yang lain terus mengejar Aisyah.Aisyah tak tahu nak lari kemana,dia terus ke dapur tanpa berfikir panjang kerana ada 2 lelaki lain sedang mengawal di pintu.”Jangan dekat”kata Aisyah sambil menghunuskan pisau.”hahaha..kau ingat kita orang takut ke?”kata salah seorang anak buah Shark sambil gelak sinis.Mereka mendekati Aisyah perlahan-lahan.”Ja..jangan ..de..dekat”Aisyah mula menangis ketakutan.Entah mengapa dia teringatkan ibu kandungnya.Tiba-tiba lelaki yang gelak sinis tadi tumbang.Aisyah menjerit terkejut kerana lelaki tersebut tmbang dihadapannya.”Ra..Razif” seru Aisyah perlahan.Razif yang segak berbaju polo coklat membelasah lelaki tersebut.Dalam sekelip mata kedua-duanya tumbang.Dia menghampiri Aisyah.“Girl are you ok?”Tanya Razif.Aisyah menangguk dalam tangis.Dia gembira apabila melihat Razif datang.

“Darren…Darren..aku dah tahu mesti kau akan datang”kata Shark.Anak-anak buahnya hanya tinggal 2 orang manakala 4 lagi sudah lari meninggalkannya setelah dibelasah oleh Razif.”Hal ni antara kau dan aku dan tak ada kena mengena dengan perempuan ni”kata Razif sambil menarik Aisyah berlindung di belakangnya.Aisyah memegang baju Razif erat.Sungguh dia sangat takut.”Pembetulan..perempuan ni terlibat sekali sebab dia yang selamatkan kau dan dia dah nampak muka bos.Jadi bos suruh aku hapuskan dia”kata Shark selamba.”Langkah mayat aku dulu”kata Razif tegas.Shark menyerang Razif dan Razif pantas mengelak.Dia menarik Aisyah sekali.Aisyah terjerit kecil.”Masuk dalam kereta aku..aku parkir kat bawah pokok”arah Razif sebelum bertindak membelas 2 konco Shark.Aisyah terus ke ruang tamu untuk mencapai wallet dan tudung.Seketika kemudian,dia selamat masuk ke dalam Skyline Putih Razif.Dia berdoa agar Razif selamat.Razif sedang bertarung dengan Shark,habis bersepah rumah Aisyah.Akhirnya Shark berlari ke kereta Persona yang sedang menunggu di hadapan rumah.”This is not over yet”kata Shark kuat sebelum kereta tersebut hilang dari pandangan mata.Razif mengunci pintu rumah Aisyah dan menuju ke keretanya.”Nah..kunci awak”kata Razif lalu menghulurkan segugus kunci. ”Ma..macam mana awak boleh dapat kunci ni?”Tanya Aisyah hairan.”Lain kali lepas buka kunci jangan tinggalkan kat pintu je”pesan Razif.Aisyah menepuk dahi menyedari kealpaanya

.”Awak nak bawa saya pergi mana ni?”Tanya Aisyah apabila melihat Razif memandu ke kawasan rumah orang-orang kaya.”Mulai hari ini awak akan tinggal dengan saya sebab mereka dah tahu rumah awak dan mereka kan cuba untuk serang awak”terang Razif tanpa selindung.”Habis tu…barang-barang saya macam mana? Dan satu lagi takkan kita nak tinggal berdua je kot?”Tanya Aisyah.”Esok kita pergi rumah awak dan ambil barang-barang awak dan lagi satu,rumah saya ada 2orang pembantu rumah sebaya mak saya dan 3 orang tukang kebun..technically kita tak tinggal berdua”terang Razif lalu menekan remote membuka pagar rumahnya.”Ni rumah ke istana”omel Aisyah perlahan.mulutnya melopong terkejut.”Ni rumah lah..istana untuk raja je.tutup mulut awak tu..nanti lalat masuk”balas Razif lalu melangkah turun.Seorang wanita yang berusia lewat 40-an dan bertubuh sedikit gempal menghampiri mereka.”Mak ina..ni Aisyah.mulai hari ni dia akan tinggal dengan kita,siapkan 1 bilik untuk dia”arah Razif lalu terus menghilang meninggalkan Aisyah yang terkulat-kulat sendirian.”Assalamualaikum cik Aisyah,nama mak cik Amina..boleh panggil Mak Ina”kata Mak Ina ramah.”Waalaikumsalaamm,panggil saya Aisyah je..tak payahlah cik-cik bagai”kata Aisyah lalu tersenyum manis.Mereka melangkah masuk ke dalam banglo mewah itu.
“Aisyah ..Mak Ina dah siapkan bilik,Aisyah pergilah berehat dulu sebelum makan malam”kata Mak Ina lembut.Kelembutan Mak Ina mengingatkannya kepada arwah ibunya.Dia berasa selesa bersama Mak Ina.”Err..ok tapi mana satu ye bilik saya”Tanya Aisyah.”Aisyah naik tangga ni lepas tu belok kiri pada tingkat pertama,bilik Aisyah yang berpintu warna coklat.”terang Mak Ina.Aisyah hanya mengikut arahan Mak Ina dia sampai ke bilik pintu yang berwarna coklat.Bilik tersebut berhadapan dengan pintu bilik yang satu-satunya berwarna putih.Sedang dia mengelamun,pintu bilik tersebut terbuka dari luar.Razif keluar dari bilik tersebut sambil mengelap rambut yang basah.Dia hanya mengenakan t-shirt berwarna oren dan Bermuda hitam.”Girl..you ada problem ke?kenapa tak masuk bilik lagi”Tanya Razif sambil mengelap rambut dan memakai cermin mata.”er…saya masuk dulu ye”kata Aisyah lalu terus masuk ke dalam bilik tanpa menoleh.Razif menjongketkan bahu dan terus menuju ke ruang menonton di tingkat atas.”hmm..not bad”ulas Aisyah.Dia cuba duduk di atas katil dan “wahh..empuknya katil ni”kata Aisyah sambil melompat-lompat atas katil.Dia mencapai tuala yang disediakan dan bersedia nak mandi tetapi…”Alamak,aku nak pakai apa malam ni? Baju aku semua kat rumah sewa?”kata Aisyah sambil mengigit jari.”Dia keluar dari bilik dan cuba mencari Razif.Tapi dia tak tahu jalan rumah agam ni.Dia terdengar sayup-sayup suara TV.Dia berjalan mengampiri suara tersebut.Akhirnya dia terjumpa Razif yang sedang berbaring di sofa sambil menonton Tv.”Awak”panggil Aisyah.Razif mendongak memandang gadis bertudung biru itu.”You nak apa?”Tanya Razif.”Malam ni saya nak pakai apa?baju saya semua kat rumah sewa”Tanya Aisyah.Razif bangun dan terus menuju ke biliknya.’Aik..marah ke tapi aku tak buat apa-apa salah pon’desis Aisyah.Dia berjalan ke biliknya kembali.

Razif keluar dari biliknya dengan sehelai baju lengan panjang dan seluar track panjang.Dia menghulurkan baju tersebut kepada Aisya yang sedang berjalan sambil matanya galak memandang isi rumahnya. ”Nah..you boleh pakai baju I..baju Mak Ina dan Tuti besar sangat untuk you,takkan you nak pakai baju pak mat tukang kebun pulak..”kata Razif lalu menghulurkan baju tersebut kepada Aisyah.Aisyah terpaksa menyambut.kalau dia menolak,dia nak pakai apa malam ni kan?.Aisyah menuju ke ruang makan selepas mandi dan solat.Tudungnya tetap disarung walaupun rambutnya basah.Aurat tetap perlu dijaga walau apa pun berlaku.Dia mengambil tempat di sebelah Razif.”Makan banyak-banyak sikit ..badan you ni kecik sangat,pakai baju I pun dah macam pakai baju muslimah”omel Razif sambil menyuap nasi ke mulutnya.Aisyah membalas “Badan saya memang kecik sejak dulu lagi..nak buat macam mana”.Akhirnya meja makan menjadi sepi,mereka makan tanpa suara.Setelah makan,Aisyah membantu Mak Ina mencuci pinggan walaupun ditegah berulang-ulang kali.”Aisyah,kalau Mak Ina Tanya ni,jangan salah faham pulak ye?”kata Mak Ina.”Nak salah faham apanya,Mak Ina tak Tanya pun lagi soalannya”kata Aisyah sambil mencuci gelas yang disabunnya dengan air.”Apa hubungan kamu dengan Tuan Razif?”Tanya Mak Ina straight.”Mak Ina jangan salah faham ye..saya dengan Razif tak ada apa-apa hubungan.Razif tolong saya je”kata Aisyah.”Tolong kamu?..tolong apa?”Tanya Mak Ina lagi.

Aisyah menceritakan apa yang terjadi dari A sampai Z.Dia juga bercerita mengenai keluarganya.”Mak Ina faham perasaan kamu,Cuma Mak Ina risau”kata Mak Ina.”Mak Ina risaukan apa?”Tanya Aisyah hairan.”Aisyah dengan Razif bukan muhrim dan hanya kamu berdua yang duduk di tingkat atas tu.Aisyah Faham kan maksud Mak Ina?”Tanya Mak Ina lembut.Aisyah mengangguk.Tiba-tiba Razif muncul,dia memakai sut kerjanya.’dia ni kerja apa ye?’desis Aisyah dalam hati.”Mak Ina saya nak pergi kerja dan akan balik sebelum subuh.Tolong jaga rumah dan budak ni sekali ye”pesan Razif sebelum berlalu.’Dia cakap aku ‘budak’ke tadi?ni dah melampau’desis Aisyah tak puas hati.Dia memandang Mak Ina dan bertanya.”Mak Ina..Razif kerja apa ye?”Tanya Aisyah.Mereka sedang duduk di meja makan sambil minum ‘hot chocolate’.”Ohh..Razif kerja dengan Interpol,Dia Special Trained Agent”terang Mak Ina.”Special Trained Agent?”Tanya Aisyah lagi,dia tidak pernah tahu ada kerjaya seperti itu.”Alah yang macam james bond tu..”terang Mak Ina sebelum berlalu ke singki untuk mencuci mugnya. ’Hmm..patutlah banyak sangat orang tak suka dia..kerja pon berbahaya’ulas Aisyah dalam hati.
########################################################################################################

Sedar tak sedar sudah 2 bulan mereka tinggal bersama.Kepada Hana dan teman-teman serumahnya dia katakan yang dia tinggal dengan mak saudaranya yang baru berpindah ke KL ni.Razif juga telah mengupah orang dah membersihkan rumahnya yang berselerak selepas insiden Shark dan konco-konconya menyerang dia.Pemandu Razif akan menghantar dan menjemputnya pulang ke rumah tepat selepas kuliah.Kalau hendak keluar sekali pun dia perlu ditemani oleh Mak Ina atau Pak Mat.Itulah syarat-syarat yang Razif tetapkan.Namun sejak kebelakangan ini,dia menerima banyak mesej ugutan daripada Shark.Sudah berkali-kali dia menukar nombor dan ‘block’ nombor tersebut namun dia tetap diganggu.Dia sudah memberitahu Razif dan Razif hanya suruh dia ‘tak payah layan’ mesej-mesej tu.Kalau mesej menakutkan yang biasa-biasa tak pe lah yang ni ugut sampai nak bunuh dia.Of courselah Aisyah takut.Lagipun konco-konco Shark pernah cuba tuang Asid ke mukanya namun nasib baik Razif tangkas menariknya..kalau tak dah cacat muka dia.

Aisyah duduk termenung di halaman rumah Razif yang cantik sambil memandang bintang.Razif seperti biasa sudah pergi ‘kerja’.Dia teringatkan kenangan dia dan arwah ibunya di kampung dulu..“Ibu..cantikkan bintang-bintang tu”kata Aisyah sambil duduk di atas riba ibunya.”hmm…cantik,tapi cantik lagi anak ibu ni”kata Pn.Sofea.”Ibu kenapa ada bintang?”Tanya Aisyah polos.”Bintang ni umpama berlian kepada langit.Dia akan menghiasi langit apabila langit dalam keadaan sepi dan kosong.Sama juga dengan kaum wanita yang menghiasi hati lelaki yang dicintai dengan cahaya kebahagiaan”terang Pn.Sofea.”Tak fahamlah ibu”kata Aisyah sambil memandang ibunya.”Kamu akan faham satu hari nanti”kata Pn.Sofea lalu mencium ubun-ubun anaknya.
Air mata Aisyah mengalir.’Ibu,Aisyah rindu kat ibu.Tenanglah ibu di sana’doa Aisyah dalam hati.Dia bangun dan menutup pintu sebelum melangkah menuju ke bilik tidurnya.Aisyah tertidur di atas meja belajarnya dan hanya tersedar apabila dia berasa amat dahaga.Oleh kerana mamai,dia terlupa hendak memakai tudung.Dia hanya mengenakan sehelai singlet dan seluar pendek paras peha.Dia turun ke bawah dan minum air.Razif yang baru pulang terus bersandar lesu di sofa ruang tamu.”macam-macam kes sekarang ni”omel Razif lalu mendaki tangga menuju kebiliknya.Dia menoleh apabila terdengar bunyi orang berjalan dan dia terpandangkan Aisyah yang sedang berjalan dengan mata yang separuh terbuka dibelakanganya.Mata Razif membulat melihat pakaian yang dipakai oleh Aisyah.Naluri kelakiannya berkocak.Dia terpegun kaku di anak tangga.Aisyah berhenti melangkah apabila ada yang menghalang jalannya.”Ohh..awak dah balik ye”sapa Aisyah.Matanya masih separuh terbuka.Razif yang semakin hilang kawalan terus menarik pinggang Aisyah dekat kepada tubuhnya.Dia mencium haruman rambut Aisyah yang sangat menyenangkan hatinya.Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah getaran telefon bimbit Razif menyedarkan mereka.Aisyah yang tersedar terus menolak tubuh Razif menjauhinya dan berlari menaiki tangga menuju ke bilik.Razif meraup mukanya.’Macam mana aku boleh hilang kawalan ni’desis Razif.Aisyah menutup pintu dan bersandar pada pintu biliknya,air mata Aisyah mengalir..

KEESOKAN PAGINYA…

Razif turun ke meja makan untuk bersarapan.Satu malam dia tak boleh melelapkan matanya.Dia berasa amat bersalah kepada Aisyah.Aisyah yang sedang menghidang sarapan terkejut melihat Razif turun. Selalunya Razif bangun pukul 11:00 am tapi hari ni pukul 8:00 am dah nampak batang hidung.Aisyah berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku dan meneruskan kerjanya membuat air the.Razif pula terus duduk di meja makan lalu mencapai surat khabar dan terus membacanya.Mak Ina merasakan ada yang tak kena dengan mereka.Selalunya mulut Aisyah selalu bertanya itu dan ini sehingga Razif rimas dan tinggalkan meja makan.Tapi hari ni seorang kehulu dan seorang ke hilir.’Biarlah,mereka dah besar, pandai-pandailah mereka settle’desis Mak Ina.Setelah selesai membancuh Teh,Razif dan Aisyah makan tanpa suara.Selesai makan Aisyah mencapai begnya dan bersiap sedia ke Universiti.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta,Aisyah terkejut apabila melihat Razif di tempat duduk pemandu. ”Ma..mana Pak Akob?”Tanya Aisyah.”I akan hantar You hari ni.”kata Razif lalu terus menghidupkan enjin dan memandu ke UM.Suasana dalam kereta sangat senyap,suara dj radio yang sibuk berceloteh sahaja kedengaran.Sebaik sahaja tiba di UM Razif bersuara.”Pak Akob kata kelas you habis pukul 1,I akan ambil You kat sini.Jangan pergi mana-mana”pesan Razif tegas.Aisyah mengangguk dan terus keluar dari kereta.

Kelas tamat sedikit lewat,Aisyah keluar dari bilik kuliah dengan terkocoh-kocoh.Sebaik sahaja sampai di pagar utama,Aisyah ternampak Razif sedang menunggunya sambil bersandar di kereta Toyota Harrier hitamnya.Razif ada 2 kereta satu skyline dan satu lagi harrier.”Sorry..kelas habis lambat tadi”kata Aisyah sambil tercungap-cungap menyedut oksigen. ”Girl,cepat masuk”arah Razif.Aisyah masuk ke dalam kereta dan seketika kemudian kereta Razif mula meninggalkan perkarangan UM.Razif memandu ke taman tasik titiwangsa.Mereka mengambil tempat di tempat yang teduh.’Kenapalah Razif ajak aku datang sini tengah hari buta ni..dahlah panas’omel Aisyah dalam hati.Razif mengumpul kekuatan untuk meluahkan apa yang difikirkan olehnya semalaman.”Awak kenapa kita datang sini?..”Tanya Aisya apabila Razif hanya diam.Razif menarik dan menghembuskan nafasnya.”I nak kita kahwin”kata Razif senafas.”Aaa…Apa?”Tanya Aisyah memohon kepastian.”I nak kita kahwin,lagipun bahaya anak dara macam you duduk kat rumah I..I ni lelaki dan I tak boleh janji yang perkara malam tadi takkan berulang,so..better kita nikah”terang Razif.”Kalau macam tu..biar saya pindah keluar”kata Aisyah.

You ingat itu cadangan yang bijak ke..kalau dengan I pun mereka nak try cederakan you..kalau You bersendirian mesti mereka akan cuba bunuh you pulak,You nak ke?”kata Razif tegas.Aisyah diam.”Look..I faham perasaan You sekarang ni.Mesti You tak pernah imagine yang kita akan kahwin,begitu juga dengan I tapi You kena faham yang perkara ni berkaitan nyawa You dan mungkin juga akan melibatkan nyawa Family You”Terang Razif.Aisyah mula mengakui ada kebenaran dalam kata-kata Razif.”ok..saya setuju tapi ini bukan kahwin kontrak tau,saya tak nak cemarkan perkahwinan yang suci dengan kontrak yang entah apa-apa.”pinta Aisyah.Razif bersyukur dalam hati.”Ok..I janji yang ni bukan kahwin kontrak..perkahwinan ini untuk selama-lamanya.Kita akan bercinta selepas nikah”kata Razif.”Saya masih ada ayah lagi kat kampung”kata Aisyah.”Bagi saya alamat kampung you..I akan berjumpa sendiri dengan dia.”pinta Razif.”Saya call ayah dulu..esok saya bagitau macam mana ye”kata Aisyah.Razif mengangguk faham.Selepas berbual seketika mereka bergerak pulang ke rumah agam Razif.

Dan malam itu dia menghubungi ayahnya.”Assalamualaikum…”kata Aisyah sebaik sahaja telefon diangkat.”Waalaikumsalaam..siapa ye?”Tanya seorang perempuan.Mungkin Nissa adik tirinya.Belum sempat dia memperkenalkan diri suara garau ayah kedengaran.Air matanya mengalir,dia sangat merindui ayahnya.”Siapa tu Nissa?”Tanya Ayah.”Entahlah ayah..Unknown number”kata Nissa.Aisyah tersenyum luka.’Ayah tak pernah simpan nombor Aisyah?’desis hatinya.”Hello?”sapa ayah pula.”Assalamualaikum ayah..Aisyah ni”kata Aisyah memperkenalkan dirinya.”Waalaikumsalaam..ohh Aisyah..kenapa call ayah ni?”Tanya Encik Aziz seolah-olah bercakap dengan orang luar.’Ayah tak nak Tanya ke anak ayah ni sihat ke tak,dah makan ke belum?Ayah dah tak sayang kat Aisyah lagi ke’rintih Aisyah pilu.”Ayah dah makan?” Tanya Aisyah.”Ayah dah makan tadi dengan adik dan mak kau,hari ni kan hari jadi Adik kau Nissa ni baru lepas makan kat luar dan shopping sikit”kata Ayah teruja.Air mata Aisyah mengalir.’Birthday Aisyah,ayah ingat tak?’soalan itu hanya terluah dalam hatinya.”Aisyah nak cakap yang Aisyah nak kahwin,lusa lelaki tu akan jumpa ayah”kata Aisyah.”Kau dah kenapa nak kahwin tiba-tiba ni?,kau dah terlanjur ke?”En.Aziz menuduh Aisyah.”Demi Allah ayah,Aisyah tak pernah terlanjur.Kami dah lama bercinta dan nak kahwin.Kami takut akan terlanjur jika selalu berjumpa”bohong Aisyah.”Bila kau nak kahwin?”Tanya Ayah suaranya mula mengendur.”Minggu depan”kata Aisyah.”Minggu depan tak boleh lah..Nissa nak konvo.Ayah dan mak kena pergi sabah”kata En.Aziz.”Aisyah nak restu ayah sahaja..jangan risau..hal-hal lain Aisyah boleh uruskan sendiri”kata Aisyah.”Baiklah..ayah restu kamu berdua..Semoga kamu berbahagia”kata En.Aziz.”Terima Kasih ayah,Assalamualaikum”Kata Aisyah lalu memutuskan panggilan.Dia menangis sepuas-puasnya.’Mana hilangnya ayah yang selalu mengutamakan Aisyah..Mana hilangnya ayah yang mengatakan yang Aisyah adalah puteri hati ayah..mana??’Aisyah menangis sehinggalah tertidur.

Aisyah bercuti hari ni.Dia menolong Mak Ina masak di dapur.Razif turun ketika waktu hampir mencecah tengah hari.Razif bekerja dari pukul 9 malam sehingga pukul 5 pagi.Dia akan menyediakan pelan operasi unitnya dan terlibat dalam operasi khas seperti ops pemerdagangan manusia dan lain-lain. Kemahirannya yang peka terhadap keadaan sekeliling dan boleh menembak dengan tepat membuatkan dia digaji dengan wang yang lumayan.Selepas makan dan solat Zuhur,Razif menghampiri Aisyah.”Ayah You bagi kita kahwin tak?”Tanya Razif.Aisyah mengangguk dan menambah “Ayah tak boleh datang sebab adik saya nak konvo minggu depan”.”You nak guna wali hakim?”Tanya Razif meminta kepastiaan.”kalau tak ada pilihan ..ye “kata Aisyah.”I tak tetapkan bila lagi,so kita tunggu je lah adik you habis konvo”kata Razif selepas melihat muka Aisyah yang kelihatan sedih.”No..saya nak kita nikah minggu depan..saya dah ada sijil kahwin..kalau You tak setuju kita tak payah kahwin”kata Aisyah tegas.Razif tahu Aisyah cuba menyembunyikan sesuatu namun dia tidak mempunyai hak untuk bertanya.”ok.kita nikah minggu depan..I dah lama ambil sijil kahwin”putus Razif.

Razif mengumumkan perkahwinan mereka kepada kepada semua yang berada di rumah agam tersebut. Orang yang paling gembira tentulah Mak Ina.Mak Ina lah yang membantunya memilih baju nikah..kad dan lain-lain.Walaupun dia berharap ayahnya berada disisi pada waktu yang bersejarah dalam hidupnya namun iu semua mustahiL,Ayahnya sudah ada keluarga sendiri dan dia sudah menjadi orang asing dalam keluarga itu.Setelah hampir 3 bulan mengenali Razif barulah dia tahu yang Razif merupakan anak yatim.Patutlah dia tak kisah kahwin bila-bila pun.Dan dengan 2 kali lafaz,Aisyah sudah menjadi milik Razif.Razif menyarungkan cincin di jari Aisyah dan Aisyah mencium tangan Razif.Setelah itu,Razif pula mencium dahinya.Mereka bersalaman dengan tetamu-tetamu yang hadir.Jamuan kecil diadakan di banglo Razif.Hana merajuk dengannya kerana  dia tidak bercerita apa-apa pun mengenai Razif dan tup-tup nak kahwin.Jenuh jugak lah dia memujuk sahabatnya itu.”Razif..You jaga budak cengeng ni elok-elok..kalau You sakit kan hati dia..siap You”pesan Hana garang.Razif tergelak kecil dan menangguk.

Aisyah melangkah masuk kedalam bilik Razif.Walaupun mereka sudah kahwin namun, tiada apa-apa pun perhiasan pengantin dalam bilik itu.Aisyah sedikit kecewa kerana sebagai wanita dia juga mempunyai pekahwinan impiannya namun dia berfikir positif.Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuknya.Selepas mandi dan solat Isyak,Aisyah duduk di atas katil Razif sambil melayari FB.Gambar-gambar pernikahannya tadi dimuat naik,seketika kemudiaan berdozen-dozen ucapan tahniah yang dia dapat.Sedang dia leka ‘online’ dia tidak sedar Razif sudah duduk di sebelahnya.”Khusyuknya online”tegur Razif.Ipad Aisyah hampir terjatuh dek terkejut dengan suara Razif.”Abang ni..terkejut Aisyah”kata Aisyah sambil menjeling.”What did you call me?”Tanya Razif meminta kepastiaan.Aisyah mula tersipu-sipu..”Abang..I called you abang”.”Good..keep call me that..i like it”kata Razif sambil merenung Aisyah.”Err..aa..abang kenapa pandang saya macam tu”Kata Aisyah sedikit cuak.”Cuba Aisyah cerita kata bang,apa yang jadi sebenarnya”kata Razif.Dia sudah menukarkan kata panggilan daripada I-You kepada Abang-Aisyah.”cerita apa”Tanya Aisyah tak faham.”Tentang Ayah”kata Razif.Aisyah sebenarnya tak suka membuka mulut tentang kisah keluarganya namun Razif adalah suaminya.Akhirnya dia bercerita dari A hingga Z.Dia menagis teresak-esak.”Sa..saya rindukan ayah…rindu sangat-sangat tapi kenapa ayah tak pernah nak ambil tahu pasal saya?”luah Aisyah dalam tangisnya.

Razif menarik Aisyah ke dalam pelukannya.Dia berjanji yang ini merupakan kali terakhir Aisyah menagis.Dia takkan buat Aisyah menangis lagi.Aisyah merasa sangat tenang dalam pelukan Razif.Dia berasa sangat selamat.Razif merengangkan pelukannya.Dia merenung memandang mata Aisyah.Aisyah membalas pandanga Razif.Dia faham maksud pandangan itu dan sudah bersedia.Razif mendekati Aisyah dan bibirnya memaut bibir Aisyah.Dia menolak Aisyah lembut baring atas katil.Aisyah tidak menolak. Razif membaca sepotong doa sebelum kedua-duanya tenggelam ke dalam memori cinta ciptaan mereka.

2 Bulan berlalu…

Aisyah keluar dari bilik kuliah.Sebolehnya dia ingin cepat pulang ke ruamh kerana hari ni Razif akan balik selepas 1 minggu outstation.Sedang dia berjalan ke arah kereta,Tiba-tiba dia ditarik masuk ke dalam sebuah van putih.Dia meronta namun,mereka pantas meletakkan sehelai tuala yang mengandungi chloroform ke hidungnya.Aisyah pengsan tidak sedarkan diri.”Good job..akhirnya dapat juga kita tangkap perempuan ni..mesti bos suka”kata Shark lalu gelak jahat.
Razif sedang memilih bunga untuk dihadiahkan kepada isterinya.Tak dapat digambarkan betapa dia sangat merindui isterinya.Aisyah seolah-olah telah melengkapkan cebisan-cebisan hatinya yang hilang.Aisyah juga seorang isteri yang sangat sempurna dan taat.Aisyah sering mengutamakannya dalam semua hal dan ini membuatkan dia semakin sayang akan isterinya.Sedang dia memilih bunga.Telefonnya bordering.”Darren speaking”kata Razif tegas.”What!!”Razif terkejut.Kakinya terasa longlai.”I’m coming now”kata Razif lalu terus meninggalkan kedai tersebut dan memecut Skylinenya.Dia menuju ke ibu pejabatnya.”Darren Razif..melapor diri tuan”kata Razif sambil memberikan tabik hormat kepada ketuanya.”Kami mendapat maklumat yang Shark baru sahaja menculik seorang wanita dan mereka mengugut ingin mencederakan wanita tersebut jika kita tidak bebaskan Adrian anak ketua Shark,Marco” terang Col.Hassan.”Kami berharap kamu mampu bertenang apabila mengetahui mangsanya”tambahnya lagi.Dia membuka laptop dan membuka mel video yang diterimannya.Razif hampir pitam.’Ya Allah selamatkanlah isteriku’doanya dalam hati.

“Bila kita akan mulakan ops?”Tanya Razif tidak sabar.Dia ingin menyelamatkan isterinya.”Malam ni kita akan bincang tentang strategi dengan polis,esok kita akan lakukkan ops selamatkan isteri kamu.”terang Col.Hassan.”Kamu tidak akan terlibat dalam ops kali ini,kami takut kamu akan mengikut perasaan dalam ops nanti”kata Col.Rahman.”Tapi..ini tak adil..”kata Razif tak puas hati.”Mereka inginkan saya,sebab itu mereka menculik isteri saya.saya janji yang saya takkan bertindak mengikut perasaan nanti”kata Razif berjanji.Kedua-duanya berfikir sebelum bersetuju.Razif pulang ke rumah dengan hati yang risau,Dia menceritakan apa yang berlaku kepada Mak Ina.Mak Ina menangis teresak-esak kerana merisaukan keselamatan Aisyah.”Razif janji..Razif akan selamatkan Aisyah,Aisyah akan selamat walaupun Razif terpaksa mengadaikan nyawa Razif sendiri”kata Razif lalu menuju ke biliknya.

“Saya harap semua dapat mengikut pelan yang telah kita bincangkan,kalau boleh saya tak nak ada yang tercedera”kata Col.Hassan.Mereka mengangguk sebelum mengambil posisi masing-masing.Razif mengumpul kekuatan lalu masuk ke dalam rumah usang tersebut.Adrian berada disebelahnya.”Sampai jugak kau..Darren”kata Marco.Mata Razif melilau memandang sekeliling mencari Aisyah.”Mana isteri aku?”Tanya Razif.”Tak semudah itu,kau boleh berjumpa dia…Adrian come here my son”kata Marco lalu menarik anaknya ke dalam pelukan.Tiba-tiba dia ternampak Shark mengheret seorang wanita yang diikat kaki dan tangannya lalu diletakkan disebelah kerusi yang sedang Marco duduk.Wanita tersebut mengangkat muka.Razif terkejut melihat keadaan Aisyah.bibirnya lebam dan tudungnya hilang entah ke mana.”Lepaskan dia…”pinta Razif cuba berdiplomasi.”Bukan semudah itu..”kata Marco lalu beberapa lelaki mengelilingi Razif.Razif bersiap sedia untuk bertindak namun shark membalas,”kalau kau balas balik pukulan mereka…perempuan ni akan mati”kata Shark lalu menghalakan pistol ke kepala Aisyah.Lelaki-lelaki tersebut mula membelasah Razif.Razif hanya mampu pasrah menerima tumbukan mereka.Aisyah merayu kepada mereka supaya berhenti memukul Razif namun rayuannya tidak diendahkan.Sedang Shark dan Marco leka melihat Razif dibelasah,Aisyah cuba merungkai ikatan di tangannya.Setelah berkali-kali mencuba,akhirnya dia berjaya.Aisyah menyerang Shark dengan memukul belakang kepalanya dengan kayu.Pihak polis masuk ke dalam rumah using tersebut apabila melihat keadaan Razif yang teruk dibelasah oleh konco-konco Marco.

“Jangan bergerak…”kata Col.Hassan sambil mengacukan pistol.”Tak guna kau Darren”Marco bangun lalu cuba menarik Aisyah yang disangka berada disisinya.Apabila dia menoleh Shark sudah pengsan dan Aisyah sedang berdiri memegang sebatang kayu.”Tangkap perempuan tu…tinggalkan Darren.. perempuan ni lagi penting”arah Marco.Anggota STA bertempur dengan Konco-konco Marco.Razif bertindak membalas pukulan mereka.”Aaarghhh…tak guna”kata Marco lalu bertindak mengeluarkan pistol lalu menembak Aisyah.Aisyah yang berada dalam keadaan bingung tidak sempat mengelak tembakan tersebut dan terkena bahunya.Razif terkejut dan terkaku melihat tubuh Aisyah yang longlai jatuh.Dia semakin berang.Dia terlupa janjinya kepada Col.Hassan yang dia tidak akan bertindak ikut perasaan.Dia mengeluarkan pistol yang berada di dalam kasutnya dan menembak Marco.Col.Hassan terkejut dengan tindakan Razif.Marco terjatuh kerana tembakan Razif tepat mengenai kepalanya.’Don’t mess up with expert shooter’desis Razif lalu terus mengangkat Aisyah keluar dari rumah usang tersebut. Pakar perubatan terus menghulurkan bantuan.Aisyah diangkat ke ambulans.”Encik pun cedera jugak, mari kami berikan rawatan”kata salah seorang pembantu perubatan yang berada di situ.Razif mengangguk.Razif menerima rawatan.Konco-konco Marco dan Shark telah ditangkap.Col.Hassan menghampirinya.”Darren..bukankah kamu dah berjanji takkan bertindak mengikut perasaan?”kata Col.Hassan tegas.”Salah saya sebab mungkiri janji tapi saya tak sanggup melihat isteri saya dicederakan lelaki lain”kata Razif.Col.Hassan tersenyum.”Jangan risau,kamu takkan di dakwa..Cuma kamu akan diberikan cuti selama 2 minggu..enjoy it”kata Col.Hassan lalu menepuk bahu Razif dan berlalu pergi.

Razif masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan isterinya.Aisyah sedang tidur selepas diberikan ubat pelali.Dia duduk di sebelah Aisyah dan mencapai tangan isterinya lalu mencium tangan Aisyah. Kata-kata Doktor bermain di fkirannya.”Alhamdulilah keadaan Pn.Aisyah tak serius,both mummy and baby is safe”kata Doktor tersebut. ”Ba..by?”Tanya Razif memohon kepastiaan.”Congrats..she’s pregnant almost 3 weeks”terang Doktor tersebut.’Alhamdulilah’desis Razif.Dia meraup wajahnya kesyukuran.Dia menyentuh lembut perut isterinya.”Papa akan jaga baby dengan mama baby..papa sayang baby”kata Razif perlahan lalu mencium perut isterinya.
Aisyah terjaga dari tidurnya.Dia memandang Razif.”Abang ok?”Tanya Aisyah.Dia cuba bangun.Namun Razif menghalang.”Abang..ok,sayang rehat ye..”kata Razif.”Abang..kenapa badan Aisyah rasa semacam je”adu Aisyah.”Sayang mengandung..”kata Razif tersenyum gembira.Muka Aisyah yang pucat berseri-seri.”Betul ke?..Aisyah mengandung”Tanya Aisyah.”Ye sayang..”kata Razif senang.Dia seronok melihat wajah Aisyah yang teruja.”Abang..kita akan menjadi ibubapa yang baik untuk anak kita kan?”Tanya Aisyah.”Ye sayang..kita akan berusaha bersama-sama”kata Razif

Setelah 2 hari ditahan dalam wad Aisyah dibenarkan pulang.”Hati-hati”kata Mak Ina sambil memimpin Aisyah.”Mak Ina,saya boleh jalan sendiri”kata Aisyah.”Sayang,cuba jangan melawan”kata Encik suami kesayangannya.Aisyah membuat muka bosan.Dia hanya mengikut.Pada malamnya,Razif,Aisyah,Mak Ina tuti dan pekerja-pekerja lain duduk melepak di halaman rumahnya sambil membakar-bakar.Tiba-tiba Razif membawa turun gitar.”Saya nak dendangkan satu lagu khas untuk permata hati saya,Aisyah”kata Razif sebelum mula memetik gitar.

Oh pemilik cinta betapa dapat kurasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga


Oh pemilik hati sungguh kau maha mengerti

Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari

Semua persoalan bertemu jawapan

Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah dihati
Betapa agungnya kasihmu ilahi

Oh pemilik cinta betapa dapat kurasa

Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga

Benar ku akui jarang ku lafazkan

Kata kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya engkau maha mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai

Kekasih.. kau penawar duka

Menjadi penguat dijiwa
Walau pun bertalu diuji
Dirimu tetap sentiasa disisi

Oh tuhan kau yang maha tahu

Cinta ku padanya tak pernah ku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurgamu

Kekasih.. kau penawar duka

Menjadi penguat dijiwa
Walau ku bertalu diuji
Dirimu tetap sentiasa disisi

Oh tuhan kau yang maha tahu

Cinta ku padanya tak pernah ku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurgamu
Air mata Aisyah mengalir,dia terharu apabila mendengar luahan hati Razif melalui lagu tersebut.Tepukan gemuruh diberikan.Setelah selesai makan,mereka menuju ke bilik masing-masing.Aisyah berdiri di balkoni bilik memerhatikan bintang-bintang yang berkelipan di dada langit.”Sekarang baru Aisyah faham maksud ibu”kata Aisyah.Razif menghampiri isterinya dan memeluk isterinya dari belakang.Aisyah menyandar kepalanya ke dada Razif.”Aisyah sayang abang”kata Aisyah.”Abang pun sayang Aisyah dan baby”balas Razif.Razif melongarkan pelukan 

“Abang nak pergi tandas”kata Razif lalu terus menuju ke dalam tandas.’Spoil betullah’desis Aisyah.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Tanpa melihat nombor pemanggil.”Hello,Assalamualaikum”Kata Aisyah.”Waalaikumsalaam..Aisyah ayah ni”kata En.Aziz.”Ayah sihat..dah makan?”Tanya Aisyah.Walaupun dia terasa dengan ayahnya namun dia masih ingat apa yang ustaznya pernah kata.’Apa yang kita lakukkan kepada ibubapa kita,anak-anak kita akan membalas balik perlakuan kita.”ayah sihat..baru je makan.Ni mak kamu nak bercakap”kata En.Aziz.

”Hello,assalamualaikum Aisyah..Kamu sihat nak?”Tanya Mak tirinya.”sihat”kata Aisyah.”Aisyah mak nak minta maaf sebab Nissa konvo kami tak dapat datang ke majlis akad nikah kamu”emak tirinya memohon maaf.”Tak pe,Aisyah tak kisah..”kata Aisyah.”Mak tahu mak tak dapat nak ganti tempat ibu kamu tapi bagilah mak peluang untuk menjadi mak kamu.”pinta emak tirinya lembut.Aisyah terharu.Dia berasa sangat bersalah kerana selama ini dia ingat emak tirinya bencikan dia.”Tak payah minta peluang,mak memang emak Aisyah”kata Aisyah tulus.Razif yang baru keluar dari bilik air memandang isterinya yang sedang berbual di telefon.”SAPE?”Tanya Razif perlahan.”Mak”balas Aisyah.Razif mengangguk lalu turun untuk membuat susu untuk isterinya.”Nissa baca kat ‘Pesbuk’tadi kamu mengandung ye?”Tanya mak tirinya.Aisyah tergelak apabila emak tirinya menyebut ‘Facebook’.”Ye mak..dah 1 bulan dah”kata Aisyah teruja,Phone dipas kepada ayahnya.”Kamu mengandung Aisyah??..Alhamdulilah..jaga kandungan elok-elok..”belum sempat ayah menghabiskan katanya Nissa mengambil phonenya kembali “Akak.akak betul ke status akak tadi..orang nak jadi mak cik?”Tanya Nissa teruja.”ye..betul”balas Aisyah tersenyum melihat keletah ahli keluargnya merebut telefon.Akhirnya,emak tirinya berada dalam talian dan menitipkan beberapa pesanan untuk ibu-ibu mengandung.”Ok..Aisyah jaga diri..esok ayah call lagi..Assalamualaikum”kata En.Aziz.”Ayah pun jaga diri..Waalaikumsalaam”kata AIsyah lalu mematika talian.Jiwanya terasa sangat lapang.Alhamdulilah dia bahagia.Razif masuk dengan segelas susu di tangan.

“Apa yang awak bualkan dengan Family awak tadi”Tanya Razif.Dia mengamit Aisyah duduk di sebelahnya di atas katil.”Aisyah rasa bahagia bang,selama ni Aisyah ingat mak tak suka Aisyah tapi Aisyah silap.”kata Aisyah sambil berbaring di atas bahu Razif.”Tu lah lain kali,Don’t judge people with his look”kata Razif.”Abang,boleh tak kita balik kampong esok?Aisyah rindu kat Ayah”Pinta Aisyah.Razif mengangguk setuju lagipun cutinya berbaki 10 hari lagi.”Yeayy..sayang abang”kata Aisyah lalu mengucup pipi Razif.”Abang pun sayangg kat isteri abang ni”kata Razif lalu mencium pipi isterinya.Dan malam itu berlalu dengan kehangatan kasih sayang Razif kepada isterinya Aisyah.Dialah pemilik cinta seorang lelaki yang bernama Darren Razif Lee.
                                                  TAMAT

2 comments:

Unknown said...

Waa!! TErbaiklah kak Miya. Teruskan usaha lagi..^_^

Unknown said...

@Mawar Zarin...thanks ^^