Tuesday 5 January 2016

Love You Mr.Mafis(part-3 end)

Arian dan Hazirah berjalan menuju ke tempat parkir kereta di tingkat atas bangunan Aeon.Oleh kerana,Hazirah takut dengan suasana tempat parkir yang gelap,dia berjalan sedikit rapat dengan Arian.Sedang mereka berjalan menuju ke kereta,tiba-tiba sekumpulan lelaki yang bersenjatakan kayu besbol dan pisau menghalang laluan mereka.”Bos ni lah anak Tajul Ammar.”kata seorang lelaki yang tinggi berbadan sasa dan sedikit gelap kepada seorang lelaki yang mempunyai tatu di lengan kirinya.Lelaki itu mengangguk faham.”Jadi kaulah anak ANGKAT yang paling si Ammar tu sayang ye”kata lelaki itu sambil berjalan menghampiri Arian dan Hazirah.Arian yang sememangnya faham dengan situasi ini mendepakan tangannya melindungi Hazirah yang berada di belakangnya.Hazirah ketakutan,tanganya semakin kuat mengenggam kemeja Arian.”Korang nak apa,hah?!”Tengking Arian.”Kita Orang nak kau lah tapi Dapat bonus dengan anak ayam sekali..hahahah”kata seorang lelaki yang agak gempal namun berambut panjang dengan matanya yang seumpama sedang scan tubuh Hazirah.”kurang ajar kau!!”kata Arian lalu menghadiahkan sebuah penumbuk kepada lelaki tersebut.Hazirah terkejut dengan tindakan Arian.
Lelak tersebut terduduk,menahan sneak mungkin.”woi..berani kau tumbuk orang suruhan aku,kau tak kenal aku siapa lagi”kata lelaki bertatu(ketua mereka).”Kang Siue Wong,ketua kumpulan Baozhai.Baozhai means Stockade of treasures right?”kata Arian sinis.”Kau kenal aku?”Tanya lelaki itu tidak percaya.”Aku kenal semua musuh papa,termasuk kau yang mengimport dadah dari mexico dan mengedarkannya di sekitar JB dan Larkin kan,orang tak guna macam kau ni,dah banyak aku dan papa aku kerjakan,”.kata Arian.”kurang ajar kau budak!!Papa kau yang laporkan kat pihak Interpol,kau tahu tak aku rugi jutaaan Ringgit,serang dia!!”Arah Kang Siue Wong.Mukanya merah menahan bengang.Pengikutnya yang seramai 20 orang menyerang Arian.Arian menolak Hazirah.Hazirah yang tidak bersedia dengan tolakkan Arian tersembam ke tanah.”Lari..”hanya perkataan itu yang dapat didengar oleh Hazirah sebelum Arian bertindak membelasah mereka.Arian menghadapi kesukaran untuk menewaskan pengikut Baozhai yang seramai 20 orang itu.’Uncle Ammar’nama itu terlintas di benaknya.Tanpa membuang masa Hazirah menghubungi Ammar.Belum sempat Hazirah memberitahu situasi Arian tangannya direntap.

“kau nak call sape hah!!..polis?”kata seorang lelaki yang bertubuh agak gempal.Telefon bimbitnya dilempar.Habis berderai Phonenya.Namun bukan itu yang merisaukannya.Keadaan Arian yang semakin penat sangat merisaukannya.Air matanya mengalir.Arian Semakin lemah.Dia hanya dapat menangkis serangan tapi tiada tenaga untuk membalas.Akhirnya dia pasrah menerima tumbukan.Hazirah diheret oleh lelaki tadi menghampiri Kang Siue Wong.”Barang Fresh ni.hahaha”kata Siue Ming dengan matanya yang semakin meliar memerhatikan tubuh Hazirah.”Lepaskan perempuan tu,Dia tak de kena-mengena dengan hal ni”kata Arian.”Gila apa kau ni,ni bang muda wo,takkan aku tak nak test kot”.”tolonglah..lepaskan kami.”kata Hazirah sayu.Nasib baik dia sempat memberitahu nama tempat kat Uncle Ammar tadi.Dia harapa uncle Ammar akan tiba secepat mungkin.”Abang akan lepaskan you,lepas abang test You..HAHAHA”gelak Siue Wong sambil diikuti oleh pengikut lain.

Tiba-tiba Kedengaran bunyi tembakan.Uncle Ammar datang dengan orang suruhannya dan pegawai polis.Pegikut lain bertempiaran melarikan diri.Namun bilangan orang suruhan Uncle Ammar yang banyak cekap menangkap semua pengikut Baozhai.Gengaman Siue Ming Keatas Hazirah terlerai apabila bunyi tembakan kedengaran tadi.Dia duduk disebelah Arian.Sambil cuba Membantu Arian bangun.Arian bangun dengan Berpaut diatas bahu Hazirah.”hoi..Siue Wong,kalau kau tak puas hati jumpa aku,bukan anak aku,kalau apa-apa jadi kat anak aku,aku akan bunuh kau”Kata uncle Ammar tegas.Polis yang datang menangkap Siue Wong dan pengikutnya.”Kita jumpa kat mahkamah”kata uncle Ammar tegas.Mereka dibawa pergi oleh pegawai polis.
“Arian tak apa-apa nak?”kata uncle Ammar.Dia memapah Arian.Hazirah mengikut dari belakang.Arian berpusing”awak tak apa-apa?”Tanya Arian kepada Hazirah.”saya okey”jawab Hazirah.”uncle nak bawak Arian ke klinik,alang-alang tu baik kamu buat pemeriksaan sekali”kata Uncle Ammar.”No way..um not going to clinic,hospital etc..full stop! Rian tak cedera parah lah pa”kata Arian tegas.”saya ok uncle,tak payah pergi klinik kot”kata Hazirah sopan.”Kalau tak nak pergi klinik kat rumah nanti sapu ubat,nanti papa sapukan ye”kata uncle Ammar lalu membantu Arian duduk dalam kereta.Hazirah yang nak duduk di hadapan kereta BMW 8 series itu terpaksa membantut kan hajatnya apabila Uncle Ammar duduk disebelah pemandu.Nak tak nak dia terpaksa duduk disebelah Arian.Mereka senyap disepanjang perjalanan.Telefon Uncle Ammar berbunyi apabila mereka tiba di rumah.Pemandu tadi membantu Arian dengan memapahnya masuk.”Sorry Nak,Papa terpaksa ke balai polis untuk berikan keterangan tentang Siue Wong.”kata Uncle Ammar sedikit kesal.”tak pe papa,nanti Hazirah boleh tolong Rian,kan?”kata Arian.Tapi hanya Hazirah dapat tafsirkan yang itu sebenarnya Arahan.”Ya betul tu”kata Hazirah.

Setelah Uncle Ammar beredar,Hazirah membantu Arian membasuh lukanya.Mata Arian memandang Hazirah tanpa berkelip.Hatinya sedikit bergetar.Dia tidak pernah rasa macam ni dengan mana-mana perempuan lain.”maaf,sebab libatkan kau dalam masalah aku”kata Arian.”Tak pe saya tahu tuan tak nak semua ni terjadi pun kan”kata Hazirah sambil tersenyum manis.Dada Arian semakin bergetar Hebat.Tanpa sedar dia menolak tangan Hazirah lalu terus berjalan menuju ke biliknya.’dah kenapa dengan mamat ni,nasib baik aku dah siap balut luka’kata Hazirah lalu mengemaskan peti pertolongan cemas.
Arian terus menuju ke biliknya.Dia bersandar di belakang pintu.Tangannya diletakkan diatas dada”kenapa dengan aku ni,selama ni aku ok je dengan minah tu,kenapa jantung aku macam nak meletup bila dekat dengan dia”kata Arian perlahan.Dia merebahkan diri diatas katil dan tertidur,dia penat dengan semua yang terjadi hari ni.

“Mak Timah,saya dah siap makanan untuk Tuan Arian,saya nak balik sebab dah dekat pukul 7 malam ni,nanti abah saya risau pulak,Mak Timah nanti tolong idangkan untuk Tuan Arian ye”kata Hazirah sopan.”Zira janganlah risau,pergilah balik nanti pasal Tuan Arian biar Mak Timah je uruskan”kata Mak Timah.Hazirah menyalam tangan Mak Timah sebelum berjalan keluar dari rumah agam Arian.Setelah bangkit dari tidur dan mencuci muka ala kadar,Arian menapak turun ke bawah sambil memanggil Hazirah.”Zirah..ohh Zirah,kau kat mane ni?”laung Arian.Tiada yang menyahut.Laungan Arian makin kuat.Kali ni Mak Timah berlari-lari anak sedikit menuju kea rah Arian.”err..tuan,..Hazirah dah balik lagi pun kan dah dekat pukul 7,Tuan Arian nak apa-apa ke?”kata Mak Timah.Arian berfikir sejenak.’ye lah kan waktu dia kerja pukul 8 pagi sampai 6 petang,macam mana aku boleh lupa pulakni’desis Arian.”ehhmm..tak pelah,Mak timah boleh sambung kerja”kata Arian sedikit Malu.
“Zira,abah nak cakap sikit”kata Encik Hamid,Abah Hazirah dengan suara yang sedikit tegas.Memang itu ton suara Abah Hazirah Garau dan tegas walaupun kadang-kadang ayahnya buat lawak tapi lawaknya takkan sampai kerana suaranya serius.”Pergilah,biar ibu sambung basuh pinggan,nanti bawak air kopi tu sekali ye”kata Pn.Hamima.Hazirah akur,dia menuju ke pangkin dengan Air Kopi di tanganya.”Abah,kata ada benda nak cakap apa dia?”Tanya Hazirah sedikit berdebar.”kot ye pun duduklah dulu,abah tak makan orang”kata Encik Hamid selamba sambil menghirup kopi.”Hazirah duduk di pangkin sebelah ayahnya.Adik-adiknya seramai 2 orang itu sedang main berkejaran tangkap cengkerit mungkin.”Tadi abah ad abaca surat khabar,keputusan SPM nak keluar,tak lama lagi jadi Abah harap Minggu ni boleh jadi minggu terakhir Hazirah berkerja.Abah nak Hazirah berehat”kata Encik Hamid lembut.Dia mahu anaknya berehat sambil menunggu keputusan SPM yang akan keluar 2 minggu lagi.”Hazirah akan cakap kat..Ari..maksud Zira uncle Ammar.”kata Hazirah nasib baik dia tak tersasul sebut Arian tadi,Ibu dan abahnya tak tahu dia bekerja untuk Arian dan bukannya uncle Ammar.”Macam mana kerja ok tak?”Tanya Encik Hamid prihatin.”ok Abah mereka baik,kat sana Zira tak banyak kerja pun ye lah mereka tinggal 2 orang je,dan Ada 2 pembantu tambah Zira”kata Zira teruja.”hmm.baguslah”kata Encik Hamid sedikit lega.
Keesokkannya Hazirah pergi bekerja seperti biasa.Setelah menyiapkan sarapan untuk Arian,Hazirah mendaki tangga menuju ke bilik Arian untuk mengemas biliknya,selalunya waktu begini Arian akan lepak kat bilik bacaan dengan Uncle Ammar.Dia meghembuskan nafas kelegaan apabila bilik Arian sudah dikemas,Mungkin Arian mengemasnya.Dia menuju ke bilik Bacaan untuk memanggil kedua-duanya makan.Dia mengetuk pintu.”Uncle,makanan dah siap dah boleh turun makan sekarang”kata Hazirah sopan.Uncle Ammar tersenyum lalu keluar menuju ke Ruang makan.Belum sempat Hazirah berpusing,tanganya diraih oleh Arian.”Papa je,Aku kau tak nak jemput ke”soal Arian sambil berbisik dekat telinga Hazirah.Hazirah segera merentap tanganya apabila melihat Arian yang sangat rapat dengannya.Dia tak mahu pisang berbuah dua kali.”err…Tuan jemput makan”kata Hazirah lalu terus turun tanpa memandang belakang.Arian ketawa kecil melihat kekalutan Hazirah.Akhirnya,Dia pun turun makan.
Oleh kerana hari ini hari jumaat,Arian hanya kerja setengah hari.Budak baru lepas SPM tak dapat result pun lagi mana ada banyak kerja sangat,lagi pun kerja dengan papa dia,mesti kerja dia sikit sebab tu boleh half day.Arian tercongak depan TV menonton filem apa entah.Hazirah mendekati Arian.Dia teringatkan dengan pesanan abahnya.”Tu..Tuan,saya nak cakap sikit boleh?”kata Hazirah sedikit berdebar.Dia pun tak mengerti perasaan ini.Sering berdebar dan terkaku bila berhadapan dengan Arian.Arian yang sedang berbaring di sofa terus duduk 90 darjah.Dia berdehem membetulkan suaranya.”Kau nak cakap apa?”Tanya Arian.Dia merenung Hazirah.”Tak lama lagi keputusan SPM nak keluar,Abah saya suruh saya berhenti kerja”kata Hzirah entah kenapa dia sedikit sayu.”kenapa pulak,kau dah lupa perjanjian kita”kata Arian tegas.”saya tak pernah lupa tapi sampai bila awak nak saya kerja kat sini,saya pun ada cita-cita saya,saya nak masuk U dan buat ibu dan abah bangga dengan saya.itu impian saya”kata Hazirah sedikit tegas.Luahan Hazirah menusuk hati Arian.Arian bangun dah melangkah ke biliknya,seketika kemudian dia turun dengan handycam dan sebuah sampul surat berisi gaji Hazirah ditangannya.”kalau dah itu niat kau,baik kau berhenti hari ni je,nah dalam ni ada video kau,kau boleh padam,jangan risau aku tak buat salinan,dan ni gaji kau,Selamat tinggal”seusai bercakap Arian terus menuju ke biliknya.Pintu bilik yang dihempas kuat kedengaran hingga ke bawah.Air mata Hazirah mengalir,walaupun Arian pernah buat jahat denganya tapi semasa bekerja dengan Arian,Arian tak pernah berkasar dengannya dan selalu membayarnya dengan gaji yang lebih dari yang ditetapkan.Selepas bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada Mak Timah,Uncle Ammar dan beberapa pekerja lain.Hazirah melangkah pulang ke rumah
5 tahun berlalu…
Hazirah sudah menamatkan pengajiannya di USM dalam bidang Guaman.Alhamdulillah dia memperoleh 8A 1B dalam SPM.Dia menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi di Tangkak,Johor.Setelah tamat matriks dia ditawarkan USM.Orang yang paling gembira tak lain tak bukan ibu dan abahnya.Mereka siap buat kenduri kesyukuran lagi untuk Hazirah walaupun Hazirah menolak.Minggu lepas dia sudah sah menjadi tunangan orang.Walaupun hatinya tidak rela kerana hatinya sudah dicuri oleh seseorang 5 tahun dulu namun,tak mungkin dia akan berharap pada dia yang tak mungkin akan mencintainya.Perit rasanya hati ini bila mencintai secara diam.Ya,dia jatuh cinta pada Arian.Dia tak sedar sejak bila namun,sejak meninggalkan rumah agam milik Arian,bayang-bayang Arian sering bermain di mindanya.Dia Angau.Mana dia pergi hanya Arian yang dia Nampak.’hisy.tak payah ingat kat dia…entah-entah dia kahwin,kau kan dah jadi tuning orang’kata Hazirah memotivasikan dirinya untuk melupakan Arian.Arian rasanya sudah tamat belajar.Menurut Farid dia dah setahun habis ijazah dan tengah kerja dengan Uncle Ammar.Uncle Ammar dah pencen dari Red Dragon Empire,sekarang mereka fokus untuk kembangkan perniagaan hotel mereka ke Arab.Kata ibunya Hari ni tuning dia akan datang jumpa dia.Bila dia tanya siapa,Ibunya kata rahsia,kerana si dia ingin bagi kejutan padanya semasa hari graduasi.
Alhamdulillah segulung ijazah berada di tanganya.Setelah majlis tamat dia menagkap gambar dengan kawan SeUniversitinya.Setelah mengucapkan terima kasih dan Tahniah dia menuju ke pondok di mana ibu dan abah serta 2 orang adiknya sedang menunggu.Muka ibu dan abah tak payah cakaplah.Berseri je macam pengantin baru.”Jadi mana tunang Zira,kata nak datang hari ni”kata Hazirah.Dia tak sabar nak jumpa tunangnya.”Katanya jammed, dia akan sampai dalam 10 minit lagi,”kata Abah sambil tersenyum.Hazirah mengangguk faham.”ibu,bagilah hint sape tuning Zira”rayu Hazirah.”Dia satu sekolah dengan kamu,dan katanya dia suka kamu sejak dulu lagi”Jawab Ibu.’Sape ye”persoalan itu bermain di benaknya.Sedang dia berfikir,kedengaran seseorang memberi salam.”Assalamualaikum”kata lelaki itu.”Waalaikumussalam”kata Hazirah lalu berpaling.”Ha..ni lah tunang yang kamu nak sangat jumpa tu nama dia Tajul Arian Safwan”tambah ibu.Rahang Hazirah terjatuh,nasib baik dia tak pengsan.’Arian’.Dia makin segak,dan kelihatan sangat matang.
still remember me?”kata Arian.Hazirah mengangguk.”I bought this special for you”kata Arian lalu menghulurkan sejambak bunga.”Terima kasih”kata Hazirah.Ibu dan abah hazirah memberikan ruang untuk Arian dan Hazirah bercakap sendirian.Arian duduk disebelah Hazirah.Masing-masing diam seketika.Akhirnya Arian bersuara memecahkan kesunyian.”5 tahun saya tunggu awak”Kata Arian ikhlas.”kenapa awak tunggu saya?”Tanya Hazirah sengaja mahu menguji Arian.”Sebab dah 5 tahun saya cintakan awak,lepas awk pergi saya sedar saya suka awak,tapi saya tak dapat nak halang impian awak.lepas tahu jer awak nak graduate dah cepat-cepat saya masuk minang awak,takut awak terlepas kat orang lain.”kata Arian yang awalnya serius namun tergelak pada ayat akhirnya.Hazirah turut tergelak.”Awak tak cintakan saya?”Tanya Arian apabila Hazirah masih tidak membals pengakuanya.”kalau saya tak cintakan awak,saya takkan setuju dengan pertunangan ni”kata Hazirah malu-malu.”tapi awak tak tahu saya yang masuk pinang awak?macam mana awak blh cinta saya pulak”Tanya Arian hairan.
”Saya suka awak sejak dulu lagi,sama lah dengan awak lepas saya berhenti kerja,hari-hari asyik terbayang muka awak je,5 tahun saya kunci hati saya untuk orang lain.Tapi Allah tetap makbulkan doa saya bila hati saya dah terbuka terima seseorang,Allah hadirkan Awak”kata Hazirah tulus.Arian yang terdengar terharu.”Abang,dah buat keputusan”kata Arian bersemangat.”Abang?”kata Hazirah hairan.”ye lah kitakan nak kahwin dah jadi lebih baik awak praktis dengan panggil saya abang”kata Arian Bangga.Hazirah malu tapi mahu.”apa keputusan yang abang maksudkan?”kata Hazirah.Arian yang mendengar Hazirah menggelarnya abang sedikit teruja.”Kita tak jadi kahwin bulan depan,kita kahwin minggu depan”kata Arian.”Apa,abang ni janganlah cepat sangat,Zira nak kerja”protes Hazirah mulutnya mula memuncung.’Amboi gedik kau Zira,tau lah kau dah dapat putera idaman’.”Abah dan ibu setuju”sampuk abah dari belakang.”ha..biar betul”kata Hazirah tidak percaya.”betullah lagi pun tak elok tuning lama-lama”tambah abah.”kalau abah dah cakap macam tu,Zira pon ok lah”kata Hazirah sambil menunduk malu.”yahoo…akhirnya aku nak kahwin” jerit Arian gembira
Tanggal 23 mac 2016.Arian dan Hazirah sah menjadi suami isteri,Majlis Persandingan dijalankan secara sederhana di kediaman pihak pengantin perempuan.Namun,Majlis persandingan secara besar-besaran diadakan di kediaman pengantin lelaki.Ye lah Arian kan anak tunggan tentulah papa dia nak buat besar-besaran.Umi dan ayah tiri serta Walid dan ibu tirinya hadir.Walaupun hanya berjumpa seketika,Restu tetap diberikan kepada Arian dan Hazirah.Setelah majlis tamat,Arian yang memakai seluar trek bersama t-shirt biru sedang duduk di atas buaian di taman,Hazirah juga duduk disebelahnya sambil merebahkan Kepala diatas bahu Arian.Tangan Hazirah Arian gengam erat.”terima kasih sebab sepurnakan abang dan jadi milik abang,I love you sayang.”kata Arian tulus lalu mengucup ubun-ubun Hazirah.”I love you too,abang.Zira Harap kita akan bersama sampai jannah”kata Hazirah.”In shaa Allah,sayang”kata Arian tulus.Dan petang itupun berlalu dengan kehangatan cinta Arian dan Hazirah
TAMAT..<3

P/SàTerima kasih sebab sudi tunggu sambungan cerpen Love You Mr.Mafia.Miya tak tahu macam mana nak tunjukkan penghargaan Miya kat Korang.Miya harap semua orang dapat enjoy cerpen ni dan maafkan miya jika cerpen ini tidak memenuhi kehendak kalian.Kalau ada cadangan anda boleh leave comment,In shaa Allah Miya akan balas.^^

2 comments:

Dear Diary said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.