Saturday 2 January 2016

Love you Mr.Mafia-2


Hazirah berjalan pulang ke rumah selepas tamat kelas tambahannya tamat.Jam menunjukkan pukul 10 malam.Oleh kerana Devi sakit,Hazirah terpaksa pulang dari kelas tambahan seorang diri.Selalunya Hazirah dan Devi akan pergi bersama menaiki motorsikal milik Devi.Hazirah berjalan dengan cepat.Sejujurnya dia tidak selesa keluar waktu malam.Abahnya tidak membenarkan anak perempuan keluar waktu malam.Dia boleh menyuruh Abahnya jemput dia,tapi dia terlupa membawa handphone dan telefon awam tidak boleh dipakai sebab kebanyakkannya dah rosak.Hazirah sedia upaya berjalan secepat yang boleh.Hazirah mula tak sedap hati, Dia rasa ada orang sedang ikut dia.
Sedang dia berjalan melintasi sebuah rumah yang kosong tiba-tiba tangannya di tarik.Badannya ditekapkan ke dinding rumah kosong terbabit.Mulutnya ditekap dengan tangan seseorang yang dia tak kenal.Perlahan-lahan dia mendongak,cuba memandang lelaki yang menariknya tadi.Matanya membulat.’Arian’nama itu terlintas di benaknya.”Kenal aku?”Tanya Arian sambil tersenyum sinis.Hazirah terkejut,dia mengangguk.”Berani kau main-main dengan aku kan?”kata Arian sambil merenung mata Hazirah.Api kemarahan menyala di matanya.”sa..saya..saya tahu sa..s..aya salah,maafkan saya”kata Hazirah,dia hampir menangis sebab takut.”kau ingat maaf kau tu boleh hilangkan kesakitan dalam hati aku”kata Arian sambil memegang dadanya.Hazirah menunduk.”Pandang aku bila aku tengah bercakap!!”kata Arian sambil menarik tudung Hazirah.Hazirah terdongak memandang Arian.Nasib baik tudung Hazirah tak tercabut dek tarikan Arian tadi.

“Aku nak bagi hadiah kat kau,hadiah yang kau takkan lupa seumur hidup kau.”kata Arian sambil memeluk Hazirah erat.Raut wajahnya kelihatan menakutan.Air mata Hazirah mula menitis.Dia takut.Wajah ibu,ayah dan adik-beradiknya bermain-main di fikirannya.”Aw…awak nak buat apa ni?”Tanya Hazirah cuak.Dia cuba melepaskan diri tapi pelukan Arian di pinggangnya sangat kuat.Arian membuat muka selamba.Wajahnya didekatkan dengan Muka Hazirah.Hazirah hanya pasrah.Jika dia jerit sekali pun,tak ada siapa akan dengar sebab keadaan sudah malam dan rumah kosong ini jauh dari rumah orang lain.Hazirah merasa ada benda yang lembut dibibirnya.Dia membuka matanya dan terkejut Apabila melihat wajah Arian dekat dengan wajahnya.Nafas Arian menampar pipinya.Dengan tenaga yang ada Hazirah cuba menolak tubuh Arian namun,tenaga perempuan tidak standing tenaga orang lelaki.Semakin Hazirah cuba menolak tubuh Arian.Semakin erat pelukan Arian di pinggangnya.Bibir Arian masih bertaut dibibir Hazirah.Setelah 15 minit baru Arian melepaskan tautannya.Hazirah terduduk sebaik sahaja Arian melepaskan Pelukannya.Tubuhnya mengigil.Air matanya mengalir laju.Dengan Takut-takut Hazirah mendongak memandang Arian.Arian duduk bertinggung di hadapan Hazirah.Dia menyeka air mata hazirah.”Jangan menangis sayang,ni baru permulaan sahaja.”kata Arian sinis.Hazirah terkaku.’Ya Allah,aku memohon kepadamu,Engkau padamkanlah api kemarahan dan dendam dalam diri Arian’.Doa Hazirah.
Nice video bos,aku rasakan bos,laku video ni kalau jual”sampuk sesorang dari belakang Arian.’Video??’Hazirah kehairanan.”Kan aku dah kata ni baru permulaan.”Ulang Arian.”untuk pengetahuan kau ,aku rakam our love moments tadi.kalau kau ingkar arahan aku,aku akan upload video ni dalam internet,mesti kau akan jadi popular nanti,sayang”kata Arian.”Tolong jangan buat macam tu,saya merayu kat awak Arian,Jangan masukkan video tadi kat internet”rayu Hazirah sambil melutut di hadapan Arian.Dia tidak kisah merayu asalkan maruahnya tidak tercemar.”Perempuan ni merayulah botak,kita nak buat apa ya”kata Arian sambil memandang Botak yang memegang Handycam.Botak hanya tersengih.”Bos jadikanlah dia ni kuli kita, bos,”kata botak memberi cadangan.”Nice idea,but..bukan kuli kita tapi,kuli AKU”Kata Arian sambil memandang Hazirah yang sedang melutut.”ok kan,sayang?”kata Arian sambil mengusap pipi Hazirah.Hazirah hanya mengangguk.Asalkan video itu tidak tersebar dia sanggup  jadi kuli Arian.”Good,ok botak jom chow”kata Arian lalu meninggalkan Hazirah dan menuju ke Mitsubishi Evo berwarna putih miliknya yang diparkir sebelah rumah kosong tersebut.
Setelah menenangkan diri,Hazirah berjalan laju menuju ke rumah.Sampai sahaja di rumah.Abahnya sedang duduk atas kerusi rotan di beranda.Menunggunya mungkin.Dia memberi salam lalu masuk.Mujurlah Abahnya tidak Tanya apa-apa tadi.”lambat kamu balik Zira?”Tanya ibunya.”ermm..devi tak pergi kelas hari ini jadi Zira terpaksa jalan kaki”terang Hazira.Perbuatan Arian sedaya upaya disorokkan daripada pengetahuan ibu dan abahnya.”Kenapa tak telefon abah suruh ambil Zira tadi”sampuk abah garang.”Zira tak bawa telefon,public phone semua rosak,sebab tu Zira tak call abah tadi”kata Hazirah takut-takut.Abah mengangguk faham.”dah pergilah makan dan tidur dah lewat ni”arah Pn.Hamima.”Zira dah kenyang ibu,Zira masuk tidur dulu ye.Assalamualaikum “kata Zira lantas menyalam tangan orang tuanya.

Setelah menjadi orang suruhan Arian secara rasmi,Arian menyuruhnya melakkukan semua kerja.Buat homework,cuci kasut,dan macam-macam lagi.Keadaan ini berterusan sehinggalah peperiksaan SPM tamat.Pada hari terakhir SPM,Arian datang menemuinya.”Esok aku nak kau datang rumah aku”Arah Arian sebelum berlalu pergi.Hazirah mengangguk faham.”Korang couple ke”Tanya Farid.Muka Hazirah memerah”ehh..mana ada,memandai je kau ni”kata Hazirah menafikan.”tapi kau gila rapat dowh dengan dia,siap pegi rumah dia setiap hujung minggu lagi”Tambah wani.’korang tak faham,aku terpaksa’ayat itu hanya bermain di hatinya.”Korang kan tau aku orang susah,jadi aku kerja part-time kat rumah dia,aku dengan dia TAK ADA apa-apa pun”tegas Hazirah.Alasan yang sama diberikan kepada orang tuanya.Pada mulanya Abahnya menentang,namun setelah dipujuk oleh Hazirah,akhirnya Abahnya membenarkan.

Esoknya Hazirah pergi ke rumah Arian berbekalkan Alamat yang di kirim oleh Arian.”Datang pun kau..”kata Arian yang sedang duduk ala ‘big bos’ di kerusi ruang tamu.”Tuan nak saya buat apa?”kata Hazirah.Kalau boleh dia nak cepat-cepat selesaikan kerja dan balik.Oleh kerana kau dan aku dah habis sekolah aku nak kau jadi pembantu aku.”kata Arian sambil memandang Hazirah.”Pembantu??”Hazirah tak faham.”Itupun kau tak faham,aku nak kau jadi pembantu aku,kau kena masak,basuh baju dan semua benda pasal aku,Faham!!”terang Arian tegas.”Fa..faham tuan”kata Hazirah.
“so,kau tunggu apa lagi pergilah buat kerja kau”kata Arian tegas.”Tapi bilik tuan yang mana satu?”kata Hazirah takut-takut.”Mak Timah!!”laung Arian kuat.”Tuan Muda nak apa?”kata seorang wanita gempal berusia lewat 40-an mungkin.”Nama perempuan ni Hazirah,dia yang akan buat semua kerja tentang saya.Dia akan kemas baju,memasak dan akan buat semua benda tentang saya.”kata Arian .”baik tuan”kata wanita itu sedikit menunduk.”Mari,saya tunjukkan bilik tuan muda”kata wanita.Hazirah mengikut langkah wanita itu.”mak ai..ni bilik ke dewan..”kagum Hazirah.Bilik tidur Arian sangat besar.Ia seumpama sebuah rumah.Ada Tempat menonton dengan TV LCD 60 inci dilengkapi dengan set Theatre,Ada Mini bar dan tempat tidur yang sangat selesa.Walapun biliknya tersangatlah cantik namun,Ia bersepah dengan pakaian,dan pembungkus makanan.”mamat ni memang tak reti kemas bilik atau memang sengaja sepahkan bilik ni”omel Hazirah perlahan.Dia mengeluarkan Handphone lalu mencucuk earphone dan memasang lagu.Dia mula mengemas bilik sambil menyanyi.

Setelah 2 jam barulah siap tugasnya mengemas bilik Arian.Dia merebahkan badannya diatas sofa.’kalau macam ni hari-hari memang aku tinggal rangka je lepas ni’desis Hazirah.Namun kerjanya belum siap lagi,Dia kena masak untuk Arian.Tapi masalahnya dia tak tahu macam mana selera Arian.Selalunya Anak orang kaya dia suka makan western,tapi aku tak tahu masak western.”baik aku Tanya Mak Timah”kata Hazirah perlahan sebelum menapak turun ke dapur.”Assalamualaikum mak timah”kata Hazirah sopan.”waalaikumsalaam,ye cik Zira boleh saya tolong?”kata Mak Timah sopan.”Jangan panggil saya cik,saya ni sama je dengan Mak Timah bekerja kat rumah ni,panggil saya Hazirah jer”kata Hazirah sopan lalu mengukir senyuman yang menawan.”Ye lah,Zira nak apa panggil Mak Timah tadi?”Tanya Mak Timah.”Tuan Arian suruh zira masak untuk dia tapi,Zira tak tahu selera dia”Terang Hazirah.”Tuan Arian tak memilih dia makan je apa yang ada,mungkin dia dah biasa ,ye lah Tuankan tak de mak dan ayah jadi dia tak memilih sangat”terang Mak Timah.Hazirah mengucap syukur,jadi tak payahlah dia susah-susah fikir nak masak apa untuk Arian.Dalam masa yang singkat Hazirah dan Mak Timah menjadi rapat.Kedua-duanya masak sambil berbual-bual tentang diri mereka.

“Dah pukul 1:30 ni,jom kita hidangkan makanan”kata Mak Timah lalu bangun menuju ke dapur diikuti Hazirah.Setelah siap,Mak Timah pergi ke bilik membaca untuk memanggil Arian turun makan.Hazirah pula mengemaskan kedudukan sudu dan garpu diatas meja makan.Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki yang segak namun,sedikit berusia menuju ke meja makan.”Kamu ni Hazirah kan?”Tanya lelaki itu.”ye saya,Hazirah”kata Hzirah sebelum menangguk sedikit.”Saya bapa Arian,Arian dah bagi tau saya yang kamu akan bekerja kat sini,saya harap kamu dapat bekerja dengan baik,kalau awak nak apa-apa cakap kat Mak Timah atau saya,kalau saya boleh tolong in sha Allah saya akan tolong”Kata lelaki itu .”baik Tuan”kata Hazirah.Setelah Arian turun kedua-dua mereka makan,sambil berborak gembira.Arian kelihatan berbeza daripada Arian yang dia kenal.Arian yang sedang dilihat ini adalah Arian yang manja dan suka senyum.Sedar tak sedar Hazirah tersenyum sambil memandang Arian.

3 bulan berlalu…

Hubungan Arian dan Hazirah menjadi rapat tanpa mereka sedar.Hazirah akan datang ke rumah Agam milik milik Arian seawal 7 pagi dan akan pulang ke rumah pada pukul 6 petang.Arian kini sudah mula bekerja di hotel milik papanya.Setiap hari,Hazirah akan mengemas bilik Arian yang bersepah,masak untuknya,basuh baju,seterika baju dan menolong Mak Timah walaupun kerja itu tak ada dalam skop tugasnya. .Jika dilihat dari jauh,Hazirah dah seperti Isteri Arian dah.Sedang Hazirah menghidangkan makanan,dia terdengar bunyi kereta masuk.’mesti Arian dah balik’desis Hazirah.Dia mempercepatkan proses menghidangnya.kalau lambat nanti marah pulak mamat tu.

“kau masak apa hari ni?”Tanya Arian sambil melangkah menuju ke Ruang makan.”Saya masak dalca daging,Sayur campur dan Ayam masak Berlada.Nasi pulak,nasi kosong jer tapi saya letak daun pandan bagi wangi sikit”terang Hazirah.Arian hanya mengangguk.Setelah Arian duduk,Hazirah mencedokkan makanan untuk Arian.Arian makan tanpa suara.Setelah Arian selesai makan,Dia memangil Hazirah.”Lepasni kau ada kerja tak?”Tanya Arian.”Kalau Tuan tak sepahkan bilik tu sekarang,saya tak de kerja lah”Hazirah terlepas cakap.”Apa??”Tanya Arian,dia kurang dengar sebab Suara Hazirah teramatlah perlahan.”ehh..tak..Saya tak de kerja tuan,semua saya dah siapkan”kata Hazirah sambil tersengih.”Aku nak kau teman aku pergi shopping”arah Arian tegas.”Saya malaslah nak keluar..opss”sekali lagi Hairah terlepas cakap.”Apa??kau TAK NAK pergi?”kata Arian sambil menekankan perkataan tak nak tu.”tak..saya nak pergi”kata Hazirah pantas.”aku bagi kau 10 minit,your time start now”kata Arian lalu menuju ke ruang tamu.
Bagai lipas kudung,Hazirah mengemas meja makan dan menuju ke bilik tetamu untuk merapikan diri.”saya dah siap Tuan,”kata Hazirah.Arian yang sedang membalas mesej temanya mendongak memandang Hazirah.Lama dia memandang Hazirah.Hazirah mula rasa tidak selesa.”err.tuan..”kata Hazirah sambil melambaikan tanganya depan muka Arian.Arian tersedar,mukanya yang putih memerah.”jom”Kata Arian lalu mencapai kunci keretanya.Hazirah mengikut Arian dari belakang.Arian membukakan pintu Evonya untuk Hazirah,Hazirah terpinga.’dah kenapa mamat ni,kena sampuk jin apa entah.Tetiba baik dengan Aku’desis Hazirah.Arian memandu evonya ke AEON Tebrau City.Baru Hazirah perasan yang Dia dan Arian memakai baju berwarna biru senada.Arian memakai kemeja kerja berwarna biru manakala dia memakai blouse biru dipadankan dengan shawl dan skirt labuh berwarna hitam.

Banyak barang dibeli oleh Arian.Tapi yang jadi tukang angkutnya ialah Hazirah namun Dia tak kisah kerana terdapat beberapa helai baju yang Arian belikan untuknya.oleh kerana terlalu penat berjalan,mereka mengambil keputusan untuk duduk sebentar sebelum pulang ke rumah.Arian yang perasan terdapat bangku yang kosong dihadapan kedai Buku popular tanpa sedar menarik tangan Hazirah mengikutnya.Hazirah terkejut tanpa sedar dia mengikut langkah Arian.Jika dilihat dari jauh mereka seumpama pasangan kekasih yang sedang berjalan sambil berpegangan tangan.Setelah duduk baru Arian sedar yang dia sedang memegang tangan Hazirah.Dia melepaskan gengamanya.”maaf”kata Arian sambil memandang ke arah lain.’Biar betul,mamat ni minta maaf,patutnya aku rakam detik ni,pastu masukkan dalam group whatsapp aku hahaha’desis Hazirah jahat.Tiba-tiba satu pasangan yang duduk di bangku sebelah mereka menegur.”Hi”kata pasangan berbangsa cina itu.Arian tersenyum lalu membalas”hai”.”Lu punya bini manyak(banyak)lawa wo,u orang baru kahwin ke,both of u Nice couple” kata uncle cina tersebut.Baik Hazirah mahupun Arian dua-dua terdiam.Apabila Hazirah terkulat-kulat tak tahu nak jawab apa,Arian membalas”terima kasih uncle,baru seminggu kami kahwin”kata Arian ramah.Mata Hazirah membulat’mamat ni sah kena sampuk’ desis Hazirah.”saya harap u akan bahagia sampai anak cucu”kata auntie cina itu lalu berjalan meninggalkan kami.Setelah merehatkan diri selama 10 minit mereka berjalan menuju ke tempat parkir kereta.


p/s--->sorry..^^ingatkan nak tamatkan sampai part 2 je tapi idea mencurah gila-gila.jadi part 3 akan jadi endingnya.tapi untuk sambungannya akan ambil masa sedikit sebab Miya busy, new sem dah nak start.Miya akan sambung part 3 paling lambat pun seminggu.tunggu ye..dan terima kasih banyak-banyak-banyak sebab sudi baca dan tunggu sambungannya..love u alls.

6 comments:

Anonymous said...

Xsbar nk tgu next part

Anonymous said...

Aiyaa...arian dh mula suka sma hazirah...cpat cket yee cik writer xsbr nk tgu next part

Unknown said...

thanks sebab tunggu,sambungannya dah ada,harap awak enjoy ^^

Unknown said...

hahaha..Arian memang suka kat Hazirah tapi tak nak mengaku..thanks sebab baca,part 3 dah ada,harap awak enjoy baca part 3^^

Anonymous said...

X sbr nk tunggu smbungan

Unknown said...

@Ery Iskandar..sambungan cerpen ni ke??..saya dah upload sis..^^