Thursday 7 January 2016

Cerpen:Kasihmu akan ku miliki-6

Amna’ dan Dato Azimah sedang berehat di gazebo dan Fahim sedang membuat pelan di bilik kerja ketika Seorang lelaki yang menaiki sebuah motor melemparkan sebuah bungkusan di hadapan pintu.Pak Daud yang sedang berkebun berlari-lari anak mengambil bungkusan itu.”apa tu Amna’?”Tanya Dato’ Azimah.”Entahlah ma,”kata Amna.Dia benar-benar tak tahu menahu tentang bungkusan itu.”Cuba tengok ada tak nama pengiring?”Tanya Dato Azimah.”tak de ma”kata Amna’ sambil membelek bungkusan tersebut.”jomlah bawa bungkusan tu masuk”kata Dato Azimah lalu melangkah masuk ke dalam.”apa tu mama?”Tanya Fahim yang baru melangkah turun dari bilik kerjanya.”Entah,tapi dia tulis khas untuk Mohd Azreel Fahim”tambah Dato’ Azimah.Fahim yang masih tertanya-tanya itu membuka bungkusan,alangkah terkejutnya dia apabila melihat gambar isterinya sedang berpelukan dan berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali.Fahim beristighfar.”Sarah kenal ke dia sape?”kata Fahim menahan sabar.Amna’ mengambil gambar dari tangan Fahim.Dia terduduk.’Ya Allah,dugaan apa ni?’rintih Amna’ dalam hati.Memang dia ada keluar dengan lelaki tersebut.Namanya Hashril,salah seorang penghuni Rumah Cinta Kasih yang sama dengan dia.Kebetulan dia terjumpa Hashril ketika keluar membeli barang dapur minggu lepas.Tapi demi Allah dia katakan,dia tidak memegang tangan atau berpelukan dengan Hashril mereka hanya bersembang sekejap sahaja.Gambar ini sudah diedit!!

“Demi Allah bang,Amna’ tak pernah bersentuhan apatah lagi berpelukan dengan lelaki bukan mahram,abang kenal Amna’ kan.Amna’ kenal dia bang, nama dia Hashril.kami membesar sama-sama kat Rumah Cinta Kasih.Percayalah bang kami taka da apa-apa hubungan.”Terang Amna’ berharap.Fahim keliru,dia tahu yang Amna’ takkan buat demikian tapi bila ada gambar macam ni depan dia,Dia sedikit kurang percaya.Selama beberapa kerika diam,dia sedar sesuatu,’Gambar kan boleh diedit,entah-entah mereka edit gambar ni untuk rosakkan rumah tangga aku dan Amna’desis hati Fahim.Dia meraup mukanya sebelum bersuara “Abang,percaya kat Amna’,Abang tahu isteri abang takkan menduakan abang,Abang percaya kat sarah”kata Fahim sebelum memasukkan Gambar-gambar itu kedalam bungkusan itu semula.Amna’ bersyukur,manakala Dato Azimah diam,Muka dia sedikit masam namun hanya sebentar mukanya manis semula.

”Faris,nak ke mana tu?”Tanya Dato Azimah.”Fahim nak ke laman jap ma,nak bakar gambar-gambar ni,mesti ada orang iri hati dekat Kami sampai buat fitnah hantar gambar-gambar macam ni”terang Fahim lalu terus menuju ke laman rumah.”Dahlah Amna’ tak payah risau ,tak de apa-apalah”kata Dato Azimah mengusap belakang Amna’ menenangkannya .
Beberapa minggu berlalu setelah mereka menerima bungkusan tersebut…

“Amna’ malam ni boleh tak tolong gantikan mama pergi jumpa pegawai pemasaran?mama pening kepala sikit”Tanya Dato Azimah.”Tapi ma,kenapa jumpa malam,kan boleh jumpa esok?”kata Amna’ hairan.”Dia nak pergi kursus esok,jadi malam ni mama nak buat perjumpaan sikit dengan dia”terang Dato Azimah.”Tapi boleh ke ma,Amna’ tak pandai pasal business ni”kata Amna’ merendah diri.”Boleh punya,kan kamu ada Diploma Pembinaan,lagipun ni melibatkan bahagian pembinaan.Lagipun Amna’ boleh anggap ni macam praktikal lah”kata Dato Azimah lembut.”hmm..ok lah Amna’ pergi”kata Amna’ mengangguk.

Amna’ masuk ke dalam Pacific Regency.Dia memakai skirt labuh maxi berwarna hitam dipadankan dengan Blouse berwarna merah putih melintang.Dia memasukkan blouse ke dalam maxi dan mengenakan Tali pinggang berwarna putih.Dia memakai shawl berwarna putih.’mama dah reserve meja,nanti bagi nama kat pelayan tu je’kata-kata Dato Azimah terngiang di telinganya.”Excuse me,I’m from Az Corporation,we already reserved the table”kata Amna’.”Yes ma’am,and there is someone waiting for you there.let me show you your table”kata pelayan tersebut lalu berjalan menuju ke satu sudut.Kelihatan seorang lelaki ber t-shirt polo dan berseluar jean hitam sedang duduk membelakanginya.”That is your table ma’am”kata pelayan itu.”Thanks”kata Amna’ sopan dan senyum sedikit.Orang berbudi kita berbahasa.”Assalamualaikum”kata Amna’ lalu mengambil tempat dihadapan lelaki itu.”waalaikumsalaam..ehh Amna’ buat apa kat sini”Tanya Hashril.”Ehh..jadilah abang Ash lah yang nak pergi kursus tu ye”kata Amna’ gembira.sebenarnya dia nervous sebab takut kena berbincang dengan orang yang lebih berpengalaman dan tidak dikenalinya,tetapi selepas mengetahui orang itu Hashril dia gembira.

Mereka berbual mesra sambil berbincang pasal projek.Macam-macam cerita yang mereka sembangkan dari zaman mereka berhingus sehinggalah dewasa ini,semua cerita diungkit.Tiba-tiba mereka dihidangkan segelas mocha latte.”minumlah abang belanja.”kata Hashril.”Abang Ash ingat lagi ye yang Amna’ suka air mocha latte”kata Amna’ lalu minum air itu tanpa ragu.”Abang tak pernah lupa semua benda pasal Amna’”kata Hashril lalu merenung Amna’.”emm..sedap air ni”kata Amna’.Amna’bekira-kira untuk beredar tapi dia berasa pening.Dia berpaut pada meja,Hashril yang melihat keadaan itu merapati Amna’.Dia membantu Amna’ duduk.”Amna’ ok ke?”Tanya Hashril.”tak tahulah,tiba-tiba kepala Amna’ pening”kata Amna’.Dia berusaha menahan peningnya.”jom abang papah”kata Hashril lalu memaut bahu Amna’ untuk membantunya berjalan.Amna’ yang menyangka Hashril yang akan memapahnya pulang hanya menurut.Hashril memapahnya ke Lif.”Kita nak pergi mana ni abng Ash?”Tanya Amna’ perlahan di semakin lemah.”syuhh..abang dah lama cinta kat Amna’,Abang nak bawa Amna’ pergi syurga dunia”kata Hashril dia semakin galak memeluk Amna’ yang semakin lemah itu.”lepaskan Amna’”kata Amna’ tegas dia cuba meronta tapi tidak berdaya.Bunyi lif berdeting menandakan lif telah sampai ke tingkat yang diingini.Hashril membuka pintu bilik hotel dan meletakkan Amna’ yang tidak sedarkan diri diatas katil.Dia mengambil telefon dan menghubungi seseorang.”Dato..Plan Berjaya”kata Hashril tersenyum megah.”ok..saya faham“kata Hashril lalu mengangguk faham.

“Sarah..sarah abang dah balik ni”kata Fahim yang baru pulang ke rumah.Oleh kerana banyak projek masuk dia dan beberapa pekerja lagi terpaksa stay untuk siapkan kerja.Akibatnya pukul 10 malam baru dia sampai rumah.”Amna’ tak de dia pergi jumpa kawan katanya”kata Dato Azimah yang sedang menonton TV di ruang tamu.”tapi dah pukul 10:15 pm takkan tak balik lagi kot”kata Fahim sedikit risau.”tu lah mama pon risau ni,dia keluar pukul 8 malam tadi”terang Dato Azimah.Fahim menghubungi telefon Amna’ namun tiada jawapan.Dia menghubungi lagi dan lagi dan entah dah berapa puluh.”Fahim nak keluar cari dia”kata Fahim nekad.”mama nak ikut,mama risau ni”kata Dato Azimah lakonannya mantap sehinggakan Fahim yakin yang mamanya betul-betul risau kat Amna’.
Tiba-tiba Telefon Fahim berbunyi.Fahim menangkat telefon walaupun nombornya dia tak kenali.”Ye saya Azreel Fahim,APA!!”Fahim terkejut,dia terduduk berita yang diterimanya itu menyentap hatinya.Dato Azimah segera mengambil telefon dari tangan Fahim apabila Fahim terduduk terkejut.”ye..ye saya ibu mertua dia,kami datang sekarang”kata Dato Azimah.Fahim terus bangun dan menuju ke kereta nya yang kebetulan masih terparkir di luar.Dato Azimah mengikut Fahim.Dia risau jika anaknya kemalagan akibat memandu dalam keadaan tertekan jadi dia menawarkan diri untuk memandu.Fahim yang masih terkejut mengangguk setuju.Mereka menuju ke Pacific Regency.Sampai je di bilik yang dimaksudkan itu kelihatan Amna’ sedang menangis,tudungnya entah ke mana.manakala lelaki yang bersamanya sedang disoal siasat.

”kami dah ambil keterangan mereka oleh kerana Dato Azimah banyak membantu kami,jadi kami mengambil keputusan untuk membiarkan Dato sendiri menyelesaikan masalah keluarga Dato’”kata lelaki bersongkok lalu meninggalkan mereka diikuti pengikutnya yang lain.”Abang,ni semua bukan macam apa yang abang fikir”kata Amna’ dia melutut dan cuba meraih kaki Fahim.Fahim mengundur,”Bukan macam apa yang aku fikir,habistu macam mana!!”tengking Fahim.Kata panggilan diri dia pun dan berubah.”Abang sumpah demi Allah,Amna tak buat semua ni,”kata Amna’.”Lelaki ni sama dengan yang dalam gambar tu kan!”Tanya Fahim lalu menuju ke arah Hashril sebuah penumbuk di pipi dihadiahkan.Hashril tertunduk sambil menahan sakit di rahangnya.Amna’ terkejut melihat Fahim yang lain daripada yang dikenalinya.

”Kami dah bercinta lama,tapi kau datang dan rampas dia daripada aku.sekarang kami dah bersama balik,aku harap kau boleh lepaskan dia”kata Hashril selamba.”kurang ajar kau”kata Fahim sebijik penumbuk lagi dihadiahkan.Hashril mengerekot.Fahim kali ini menumbuk perut Hashril,Hashril terduduk menahan senak.Dia menghampiri Amna’,”Aku percaya kat kau,cinta kat kau tapi ni yang kau balas”kata Fahim tegas.Walaupun kedengaran tegas sebenarnya air matanya hampir menitis.Amna’ yang melihat mata Fahim kemerahan dan berusaha menahan air mata daripada mengalir berasa bersalah.Dia menghampiri Fahim namun,Fahim menjauh.”mama tolong Amna’ mama,terangkan kata bang yang ni salah faham.Amna’ datang sebab gantikan mama dinner meeting kan?”kata Amna’ merayu agar Dato Azimah menerangkan hal yang sebenar tapi Dato Azimah hanya senyap.Fahim menghampiri Amna’ lalu menarik lengan Amna’.Dia merenung dalam sepasang mata bundar itu.”Jangan kau berani nak libatkan mama aku,Kalau dah salah mengaku je”kata Fahim.Api kemarahan dan kekecewaan menyala di matanya.

“tapi betul mama yang suruh saya datang…”kata Amna’ dan sebuah penampar sulung dari Fahim hinggap di pipinya.”Kan aku dah kata jangan libatkan mama.kau kata kau gantikan mama untuk meeting?untuk pengetahuan kau,jantan ni bukan pekerja syarikat aku”Kata Fahim.Amna’ tertunduk menahan sakit di pipinya.sejujurnya ini lah kali pertama Fahim memukulnya.”Bersaksikan semua yang ada di sini saya Mohd Azreel Fahim bin Afzan Rahim menceraikan Nur Sarah Amna’ binti Saifuddin dengan talak satu”kata Fahim tenang.Amna’ terpana mendengarnya.sungguhkah?”Abang tolonglah percayakan Amna’ bang”.”Don’t call me abang,I’m not your husband anymore,malam ni jugak aku nak kau kemas semua barang kau kat rumah,aku nak kau pergi jauh dan jangan muncul depan aku lagi,aku tak nak kau tinggalkan satu barang pun barang kau”kata Fahim lalu melangkah keluar diikuti Dato Azimah yang berwajah berseri.

Fahim berhenti dan menoleh memandang Amna’”Aku ingatkan kau bersama aku demi cinta,tapi aku silap,kau pun macam perempuan lain jugak.perempuan yang hanya berdamping dengan aku demi kemewahan.kau dan perempuan murahan kat luar sana tiada bezanya”kata Fahim lalu terus keluar daripada bilik hotel.Amna’ terduduk,Dato Azimah menghampiri Amna’ yang terduduk.”Sakitkan rasanya bila orang yang kita sayang tinggalkan kita?”kata Dato Azimah sinis.Amna’ mendongak memandang bekas ibu mentuanya.”Apa maksud mama?”Tanya Amna’.”Macam tu lah sakitnya perasaan aku bila anak aku tinggalkan aku untuk kahwin dengan kau,aku ingat dia kahwin dengan anak orang kaya,tapi dia kahwin dengan kau yang tiada apa-apa.Aku puas sangat sebab sekarang kau dapat rasa sakit macam mana yang aku rasa dulu,untuk pengetahuan kau aku dah ada calon menantu aku sendiri,Arieyana William anak Dato’ Eddy William tapi sebab kau aku terpaksa lupakan hajat aku,tapi sekarang tak ada siapa boleh halang aku.jangan risau kau boleh datang kalau kau nak”kata Dato Azimah sambil tersenyum menang Dan melangkah pergi meninggalkan Amna’.Amna’ terbaring di atas lantai hotel.Dia penat dengan Apa yang terjadi dan berharap ini semua hanyalah mimpi namun,reality tetap tidak dapat diubah.


Apabila Amna’ tiba dihadapan rumah agam,Pengawal tidak membenarkanya masuk dan barangnya telah siap dimasukkan di dalam luggage.Puas Amna’ merayu namun rayuannya tidak diendahkan.Pilihan terakhir yang dia ada sekarang ialah rumah cinta kasih.Hashril menghilangkan diri pada malam itu juga.Mungkin dia dah dapat upah yang lumayan daripada Dato Azimah.Fahim pula telah block nombor dan semua akaun media sosialnya.Dia hilang suami hanya kerana satu fitnah.Berbulan dia berubat untuk pulihkan hatinya yang patah dan kecewa.Dia disahkan mengandung 4 minggu tepat selepas 1 minggu dia diusir dari rumah agam itu.Berkali-kali dia berjumpa Fahim untuk menerangkan situasi sebenar dan tentang kandunganya tetapi hanya tengkingan dia dapat.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk ke Jepun bagi melanjutkan pelajarannya.Dia dapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.Dia nekad untuk melupakan semua yang terjadi dan meneruskan hidup yang baru di Jepun dengan anak-anaknya.

p/s-->thanks sebab sudi tunggu sambungan cerpen ni..sorrylah kalau cerpen ni terklise dengan cerpen lain^^..enjoy<3 ^^

4 comments:

Dear Diary said...

Ada sambungan lagi ke atau ni dah tamat ?

Unknown said...

ada sambungan lagi..tunggu ye..^^

Dear Diary said...

Tk sabar nak tunggu sambungan..

Unknown said...

sambungan Miya dah publish,harap awak enjoy^^