Saturday 23 January 2016

Cerpen:Aku cinta kamu suamiku-3

Hari perkhemahan…
“Seperti yang kita tahu,untuk 3 hari akan datang kita akan berkhemah di Kampung Ulu Slim.Lebih kurang 1 jam 30 minit dari KL ni.Jadi saya nak,semua jaga keselamatan diri dan kawan-kawan Dan saya nak kamu membentuk 1 kumpulan.Kita ada lebih kurang 100 orang jadi saya nak 1 kumpulan 10 orang dalam satu kumpulan.setiap kumpulan akan ada seorang pensyarah”terang Prof.Azhar.Farah,Safiya dan Azim segera membentuk kumpulan.Mereka bernasib baik kerana ramai pelajar adalah daripada Fakulti Mereka.Selepas kumpulan dibentuk..”ok kumpulan pertama,guru penilainya adalah Encik Ammar,Kumpulan kedua Cik Arisa,kumpulan ketiga saya sendiri..seterusnya…”.Prof.Azhar sibuk membahagikan pensyarah dalam kumpulan.Dia berada dalam kumpulan ke-3.Nasib baik dia tidak diletakkan satu kumpulan dengan Ammar.”kalau semua dah bersedia kita boleh bertolak sekarang..”tambah Prof.Shazril.Sebanyak 6 buah bas disediakan oleh itu semua pelajar berebut-rebut untuk naik bas.Oleh kerana,mereka berebut-rebut untuk naik,Farah terpisah daripada Azim dan Safiya.

Farah melangkah masuk ke dalam bas no 4,Kebetulan dia ternampak Azim dan Safiya dan kebetulan juga ada 2 tempat duduk kosong,semua tempat diisi oleh pelajar.Dia melangkah ke tempat tersebut.”sampai hati korang tinggal aku sorang-sorang”kata Farah lirih.”Alah,sorrylah,kita orang pun tak sedar yang kami terpisah dengan kau”terang Azim.Ammar melangkah masuk ke dalam ke dalam bas tersebut.Dia melilau melihat kot-kot ada tempat untuk dia duduk.Bas lain dah penuh dengan pelajar dan pensyarah.”Sir,kat situ ada tempat kosong”kata salah seorang pelajar lalu menunjuk kearah Farah.Farah kaget ’jangan duduk sini..tolonglah’rayunya dalam hati.Ammar melangkah dengan selambanya dan  terus duduk di sebelah Farah.”bukannya dosa pun’desis Ammar.
Setelah semua pelajar dan pensyarah naik,Bas mula beredar satu persatu.Ammar dan Farah tidak sedikit pun bersuara.Tiba-tiba..”Sir..sir tak bosan ke duduk je dalam bas ni..jomlah kita main game”kata Wati.”Ye betul tu..at least kita boleh enjoy sepanjang perjalanan”tambah Shakir.”Ok..awak semua nak main apa?”Tanya Ammar.Pelajar-pelajar dalam bas no.4 bersorak riang apabila pensyarah kesayangan mereka ni setuju nak main game.”Kita main sambung kata nak?”cadang Azim.Dan cadangan itu disetujui oleh semua pelajar dalam bas itu.Azim selaku pencadang permainan itu keluar dan berdiri di tengah-tengah laluan dalam bas itu.”Ok..peraturan dia simple je..kita akan mula daripada wafa dan berakhir dengan Afiq.Wafa akan membina satu ayat dan orang disebelah wafa ini akan membina ayat yang lain dengan menggunakan perkataan terakhir yang berada dalam ayat wafa,jika dia gagal membina ayat dia dan orang sebelahnya akan didenda.Kiranya kita bermain secara berpasanganlah sebab seat bas ni pun 2x2.Faham?”terang Azim panjang.”Faham!!”sahut semua.’Chopp..jadi aku dengan mamat ni 1 team??Aku tak nak!’desis Farah.”Farah ada apa-apa soalan ke,kenapa muka kau pucat”Tanya Azim.”err..hehe..nak Tanya apa ye..hah..apa denda dia”Tanya Farah yang sebenarnya dia sedang ‘cover malu’.”Denda dia akan dicadangkan oleh pelajar dan akan diundi secara majoriti,setuju?”Tanya Azima.”setuju!!”sahut yang lain.”ok,kita mula …sekarang”kata Azim lalu terus menuju ke tempat duduk dia.

Wafa memulakan permainan“Saya suka makan nasi”.”Nasi itu dimasak oleh kakak”sahut Nazira.”Kakak saya cantik..”.”Cantik sungguh pemandangan ini..”dan permainan ini bersambung sehinggalah kepada Akmal “Awak pinjam baju saya”..dan sampailah giliran Ammar,Ammar memusingkan badanya menghadap Farah”saya…saya..hmmm”Ammar cuba membina ayat dalam otaknya.”Cepat sir 20 saat lagi”kata Azim.”saya cinta awak”kata Ammar senafas dan sejujurnya bukan dia sahaja semua yang berada dalam bas itu terkejut.”Cepat Farah sambung”kata Safiya.Namun,malangnya Farah dalam keadaan ‘blur’ dan masanya dah tamat.”ok..kita dah ada mangsa yang pertama yang kita nak denda tapi malangnya ada sir Ammar sekali,Sir kena terima juga hukuman ni,sorry ye sir”kata Azim.”Tak pe,lagipun kita sedang main game kan?”kata Ammar tidak kisah.”Jadi guys,kita nak bagi denda apa ye”Tanya Azim.”kita main‘of course’game nak”cadang Wafa.”siapa yang setuju angkat tangan?”kata Azim dan majoriti pelajar mengangkat tangan.”macam mana nak main game ni?”Tanya Ammar.”sir,tak tahu ke?”kata Safiya tidak percaya.Ammar mengelengkan kepalanya.”macam ni sir,kitaorang akan bagi soalan dan sir kena jawab ‘of course’ untuk menang walaupun soalan itu kadang-kadang tak masuk akal.Kalau sir ketawa atau tak dapat jawab maka,sir kalah.its simple”terang Wafa.”ohhh..ok saya setuju”kata Ammar.Soalan pertama untuk Farah diajukan oleh Azim”Farah,awak pernah bercinta tak?”.Farah terkejut.’mak ai..soalan maut tu’desisnya.Namun,dia tidak mungkin akan kalah dalam permainan ini,tekad Farah.”Of course”jawab Farah selamba.Soalan untuk Ammar diajukan oleh Afiq”Adakah betul Encik Ammar sebenarnya suka kaler pink..hahaha”Tanya Afiq sengaja mengenakan pensyarahnya.”Of..co..course”kata Ammar terpaksa.’Aku tak boleh kalah dengan student aku,nanti buat malu je’desis Ammar.

Farah tahan gelak.Bukannya dia tak tahu yang Ammar alergik sikit dengan warna pink.”Farah,jika diberikan peluang adakah awak akan berdating dengan saya?”Tanya salah-seorang pelajar lelaki.Farah membuntangkan matanya,dia menjeling ke sebelah memandang Ammar.Ammar kelihatan selamba.”Of Course”kata Farah terpaksa dan pelajar itu bersorak gembira.Walaupun Ammar kelihatan tenang tetapi hatinya terasa panas.’Cemburukah aku’desis Ammar tak pasti.Dan permainan sambung kata terus mereka lupakan,mereka sibuk mengenakan pensyarah mereka dengan soalan-soalan yang tak masuk akal.”Saya sayang teddy bear adik saya,saya peluknya setiap malam”kata Safiya nakal.Muka Ammar memerah menahan bengang,’budak-budak ni,betul-betul nak kenakan aku,tapi aku takkan mengalah’desis Ammar.”O..of course”kata Ammar terpaksa.Farah menahan gelak.’Padan Muka awak..hahaha’desisnya.”Pernahkah awak mencintai seseorang dalam diam?”Tanya Rita.”Of course”jawab Farah tanpa berselindung dan memandang Ammar sekilas.Ammar yang mendengar tersentak.Dia memandang Farah.’Siapakah dia?adakah lelaki tersebut merupakan adik angkat Risa?’soalan itu bermain di benaknya.”ok sir,last question...kita nak sampai dah ni..betul ke yang sir tengah bercinta dengan Cik Arisa?”Tanya salah seorang pelajar.Farah tidak terkejut dengan soalan itu.’jawab je lah ‘of course’ bukan ke awak sayang sangat kat dia’desis Farah.Dia melontarkan pandangannya ke luar tingkap.Ammar serba-salah nak menjawab,tapi bila difikirkan dia menjawab hampir semua soalan yang memalukan jadi soalan ini tidak menjadi masalah untuknya.”Of course”jawab Ammar dan kedengaran sorakan daripada semua pelajar.

Bas berhenti di pintu masuk Kampung Ulu Slim.Pelajar-pelajar mula turun dari bas dan mula mengambil beg masing-masing.Setelah mengambil beg,mereka diarahkan berkumpul dan mereka diperkenalkan dengan Encik Razak ‘tour guide’ merekalah kiranya.” Kawasan perkhemahan ini mempunyai kemudahan seperti bilik mandi dan tandas. Kawasan perkhemahan terletak di tepi sungai. Pokok-pokok yang besar dan rendang membuatkan kawasan perkhemahan ini amat selesa untuk pengunjung-pengunjung.Jadi saya harap pelajar-pelajar sekalian dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.”kata Encik Razak tegas.Setelah selesai taklimat ringkas mereka mula memasang khemah.Oleh kerana baru tiba,Segala jenis aktiviti yang telah dirancang akan dimulakan esok,begitulah cadangan Encik Razak dan ia dipersetujui oleh semua orang.Farah gigih memasang khemah,Sejujurnya dia tidak mempunyai pengalaman langsung dalam memasang khemah.Selalunya,Abang Fareez yang akan memasangkan khemah untuknya jika mereka pergi berkhemah.Ammar perasan kesusahan Farah itu menghampiri Farah.

“Awak,nak saya tolong awak ke?”Tanya Ammar.”tak pe,saya boleh buat sendiri,awak pergilah tolong orang lain”Kata Farah sombong.”Ye ke,tapikan Fareez pernah bagitau saya yang awak tak pandai pasang khemah walaupun dan berpuluh kali dia ajar awak?”terang Ammar.Muka Farah memerah.’Yang Abang Fareez bagitau dia kenapa’desis Farah kesal.”Kalau dah tahu tu tolonglah,kenapa Tanya lagi”kata Farah.Ammar membantu dia mendirikan khemah.Kadang-kadang tangan mereka berlaga dan ia menghasilkan getaran dalam diri mereka.Namun,Ammar tidak mengendahkannya.Apabila khemah 90% hampir siap,Arisa menghampiri mereka.”You,tolong I boleh tak,khemah I tu asyik roboh je”adu Risa.Ammar menjeling Farah.Bukan dia tak perasan yang muka Farah sudah memasam.”Err.better you minta tolong dengan pensyarah lain..I tengah busy tolong pelajar ni”kata Ammar.Arisa berlalu dengan wajah yang masam dan membahang.Muka Farah tak payah citelah Nampak berseri je bila Ammar tolak permintaan Arisa tu.”berseri je muka..bahagiakan bila saya dengan awak”kata Ammar mengusik.”Mana ada..”sangkal Farah.Akhirnya khemah dia sudah siap dipasang.”Terima kasih”kata Farah ikhlas.”welcome..dear..”kata Ammar lalu terus menuju ke khemahnya yang sudah siap dipasangnya awal-awal.khemah mereka ini boleh memuatkan 4 orang dalam satu masa.Dan mereka tak perlu susah-susah berfikir tentang makanan sebab sarapan,makan tengah hari dan makan malam disediakan.

“Cekap kau Farah pasang khemah”puji Safiya.Khemah yang di pasang sebentar tadi akan dikongsi bersama Wati,Safiya dan Nazira.”eh..tak de lah tadi sir Ammar tolong tadi..”kata Farah jujur.”Aku hairanlah dalam banyak-banyak pelajar kat sini tapi kenapa kau jugak yang dia nak tolong”kata Wati.Farah kaget ‘aku nak jawab apa ni..’desis Farah buntu.”Siapa yang dah siap pasang khemah,sila berkumpul di sini”laung Prof.Ridzuan.Farah serta pelajar-pelajar lain yang sudah selesai memasang khemah berjalan menuju ke arah Prof.Ridzuan.Setelah semua orang  berkumpul,Prof.Ridzuan memberikan ucapan.”Lepasni kita akan Minum petang lepas tu bersiap untuk solat maghrib dan selepas solat,kuliah Maghrib dan solat isyak dan lebih kurang pukul 9:30 Malam kita akan berkumpul disini.kita akan nyalakan unggun api dan adakan pertandingan menyanyi”..”wohooo”Sorak para pelajar teruja.”Bagi saya habis cakap dulu..ada hadiah untuk pemenang dan hadiah tersebut disponsor oleh Prof.Mazni dan pensyarah dan pelajar semua perlu bernyanyi..Faham?”terang Prof.Ridzuan.Para pelajar mengangguk.

Selepas solat Isyak..

Selepas solat Isyak,para pelajar dan pensyarah berkumpul di tempat yang ditetapkan tadi.”Ok..seperti yang kita rancang tadi kita akan adakan pertandingan nyanyian”terang Hafiz selaku pengacara majlis.”Pelajar-pelajar dan para pensyarah hanya dibenarkan bernyanyi secara solo dan berduet berdua sahaja.No..triple songs ok.Anda semua diberkan 15 minit untuk mencari partner jika mahu”kata Hafiz.pelajar-pelajar sibuk membentuk kumpulan.Malang Bagi Farah kerana Azim dan Safiya berada dalam satu kumpulan.Farah mencari pelajar yang masih tidak mempunyai kumpulan.Namun,semua telah mempunyai pasangan da nada yang membawa gitar dan ingin menyanyi secara solo.’nampaknya aku kena menyanyi sorang-soranglah..malunya!’raung Farah dalam hati.

Sementara itu,Ammar hanya duduk tenang.Dia tidak kisah kalau kena nyanyi solo pun,semenjak sekolah menengah lagi dia telah dilatih untuk berucap dan membuat persembahan di khayalak ramai,oleh kerana itu istilah ‘stage fright’ tidak ada dalam kamus hidupnya.”Ammar,jom nyanyi duet dengan I nak?”Tanya Arisa.”No thanks,tapi saya suka nyanyi solo”kata Ammar sambil lewa.”kenapa you macam cuba mengelakkan diri dari I je”Tanya Arisa.’Memang saya elakkan diri dari awak sebab saya tak nak gosip tentang kita semakin luas tersebar.Saya dah kahwin’ kata-kata itu hanya lahir dalam hatinya.”Tak de lah,I Cuma penat je,I nak relax kat sini,tolong jangan kacau I for these 3 days,I wanna relax myself,please”pinta Ammar.”ohh..i ingatkan I ada buat salah..ok..tapi I tak boleh janji tau”kata Arisa lalu terus berlalu meninggalkan Ammar.’Fuhh..settle 1 problem setakat ni’keluh Ammar.

“Ok..15 minit dah tamat,semua sila ambil tempat disekeliling unggun api ini”kata Hafiz.Pelajar dan pensyarah duduk bercampur di sekeliling unggun api,manakala Prof.Azhar,Prof.Hakimi dan Pro.Mazni menjadi juri dalam pertandingan.Pelajar-pelajar serta pensyarah menunjukkan bakat nyanyian mereka.Pelbagai lagu yang mereka dendangkan tidak ketinggalan lagu Korea juga.”Seterusnya,giliran seorang pensyarah yang sangat popular di kalangan pelajar tak lain tak bukan sir Ammar..oleh kerana dia merupakan graduan Seoul National University,ada permintaan daripada beberapa pelajar yang menginginkan beliau nyanyi lagu korea,Macam mana sir,adakah sir nak sahut cabaran ni?”Tanya Hafiz.Ammar tersenyum dan mengambil mikrofon itu “oleh kerana saya dicabar oleh pelajar,saya akan sahut cabaran ni.kalau tak buat malu kaum pensyarah je…”Kata Ammar.Sorakan Pelajar dan beberapa pensyarah yang teruja kedengaran.”Aiman,saya nak pinjam gitar kamu,boleh?”pinta Ammar.”Boleh sir”kata Aiman lalu menghulurkan gitarnya.”Lagu ni,sebenarnya saya nak tujukan khas kepada si dia yang sedang merajuk dengan saya..saya..”belum sempat Ammar menghabiskan ucapannya satu suara menyampuk “Cik Risa ke?”.”Bukan Risa ,tapi orang lain.”tegas Ammar.Pelajar-pelajar lain berbisik sesame sendiri.Farah yang sedang menunduk terus memandang Ammar.Ammar yang kebetulan  sedang memandang Farah mengenyitkan matanya.Petikan gitar kedengaran.Suasana berubah senyap.
Neul ttokgateun haneure neul gateun haru
Geudaega eomneun geot malgoneun
Dallajin ge eomneunde
Nan bonaen jul aratjyo da namgim eobsi
Anijyo anijyo nan ajik geudaereul mot bonaetjyo
Geuriwo geuriwoseo geudaega geuriwoseo
Maeil nan honjaseoman
Geudaereul bureugo bulleobwayo
Bogopa bogopaseo geudaega bogopaseo
Ije nan seupgwancheoreom
Geudae ireumman bureuneyo oneuldo

Nan bonaen jul aratjyo da namgim eobsi
Anijyo anijyo nan ajik geudaereul mot bonaetjyo

Geuriwo geuriwoseo geudaega geuriwoseo
Maeil nan honjaseoman
Geudaereul bureugo bulleobwayo
Bogopa bogopaseo geudaega bogopaseo
Ije nan seupgwancheoreom
Geudae ireumman bureuneyo oneuldo

Haruharuga jugeul geotman gateunde
Eotteoke haeya haeyo

Saranghae saranghaeyo
Geudaereul saranghaeyo
Maljocha motagoseo
Geudaereul geureoke bonaenneyo
Mianhae mianhaeyo nae mari deullinayo
Dwineujeun nae gobaegeul
Geudaen deureul su isseulkkayo
Saranghaeyo
English Translation:
Because I miss you
Always under exactly the same sky, always exactly the same day
Other than your not being here, there’s nothing different at all
I just want to smile, want to forget everything
Just like absolutely nothing has happened, smiling to live my days
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today
I thought I’d let go, not leaving anything behind
No, no, now I still can’t let you go
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today
Everyday, everyday, it feels like I’m gonna die, what should I do?
Love you, love you, I love you
I hadn’t even spoken the words, I just let you go
Sorry, sorry, do you hear my words
My late confession, can you hear it
I love you

Ammar hanya memandang Farah sepanjang dia menyanyikan lagu itu.Sejujurnya Itu merupakan luahan hatinya.Walaupun dia tahu Farah tak Faham liriknya tapi biarlah dia sahaja yang tahu luahan hatinya.Tepukan yang sangat gemuruh kedengaran.”Wow sir..saya tak pernah tahu yang sir ada bakat dalam menyanyi”puji Wati ikhlas.”Masih banyak lagi yang awak tak tahu tentang saya”kata Ammar lalu mengenyitkan matanya sekali lagi kepada Farah’ek..eleh poyo je..dia sakit mata ke asyik kenyit-terkenyit mata je dari tadi’desis Farah.

“Ok.penyanyi seterusnya ini merupakan yang terakhir untuk malam ni.Saya bagi pihak pensyarah memohon maaf kepada penyanyi-penyanyi lain sebab kita tak cukup masa and sekarang pun dah lewat jadi peserta ini akan jadi peserta terakhir malam ini,malam esok kita akan adakan aktiviti ini dan pelajar yang tak dapat menyanyi hari ini boleh menyanyi esok”terang Hafiz panjang.”Ok,dipersilakan peserta seterusnya Farah Adhira yang akan menyanyikan lagu Atas nama cinta-Rossa”.Farah bangun dan melangkah ke hadapan..

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta..

Farah cuba menahan air matanya daripada menitis.Tepukan gemuruh diberikan sebaik sahaja tamat nyanyian.”Itulah dia nyanyian daripada peserta terakhir,pemenang akan diumumkan esok.sekian terima kasih”kata Hafiz memberikan ucapan penutup.pelajar-pelajar serta pensyarah menuju ke khemah masing-masing untuk berehat.Walaupun Ammar dan Farah penat,namun masing-masng tak dapat melelapkan mata mereka.

5 comments:

Unknown said...

ni yg last ke? Ke ada sambungan lgi

bintu mohamed said...

Sambungla lagi

Unknown said...

ada sambungannya..tunggu ye^^

Unknown said...

nanti writer sambung ye^^

bintu mohamed said...

X sbr nk tau ni