Sunday 10 January 2016

CERPEN:Kasihmu akan ku miliki-7

Faris dan Fira sedang menonton televisyen ,Amna’ pulang sedang buat laporan syarikatnya sambil duduk bersila dia atas permaidani di hadapan TV.”Ibu..oh…ibu”panggil Faris.”ye sayang nak apa?”Amna’ menyahut namun matanya tetap fokus kepada kerja di Komputer ribanya.”ibu..pandanglah sini”kata Faris mukanya mulai masam bila Amna’ tidak mempedulikannya.”Ye ibu tengah  pandang anak ibu yang handsome nil ah”kata Amna’ kali ni dia berpaling memandang anaknya.”hmm..nak apa”Tanya Amna’.Dia tahu mesti ada sesuatu yang anaknya ingim minta.”ehh.pandailah ibu ni,macam tau-tau aje kami nak mintak something..oops”kata Fira lalu menekup mulutnya.Faris menjeling adiknya yang telah membocorkan rahsianya.Fira tersengih menampakkan giginya yang putih.”ibu kenal anak ibu,kalau panggil ibu mendayu-dayu macam tadi mesti ada benda yang kamu berdua nak minta”terang Amna’ lalu mengambil tempat ditengah-tengah antara Fira dan faris.”Esok,Fira dan Faris buat persembahan kat Tadika,ibu datang ye”kata Faris dan Fira berharap.”Persembahan apa pulak ni?”Tanya Amna’ selalunya pihak Tadika akan beri surat maklumat jika ada apa-apa majlis.”Ni untuk bina keya..ya..faris lupalah perkataan itu”kata Faris.”Apalah abang Faris ni,Ke,ya,ki,nan diri lah”sambung Fira.”in shaa Allah,mama datang,tapi pukul berapa”Tanya Amna’.”pukul 2 petang”balas kembar itu serentak.”Jadi anak-anak ibu ni balik lambatlah esok ye”Tanya amna’ lagi.”ye..”kata Faris.Fira hanya mengangguk.”Buat yang terbaik tau,jangan takut-takut atas pentas tu,”nasihat Amna’ kepada Anaknya.
“Tapikan ibu…Papa tak nak datang ke”Tanya Fira tulus.”ermm..papa kerja jauh sayang,papa cari duit untuk kita.”terang Amna’ sejujurnya dia tak tahu macam mana nak terangkan kepada anaknya yang mereka takkan bertemu dengan papa mereka.”Faris tak kisah kalau faris dan fira tak dapat mainan baru atau baju cantik-cantik,janji papa ada dengan kita”kata Faris tulus.Amna’ hampir menitiskan air matanya,dia tak tahu nak balas apa.”Dah lewat ni,esok sekolah baik fira dan faris masuk tidur”Arah Amna’ lembut.”Baik ibu…assalamualaikum”kata kembar itu serentak lalu mencium tangan Amna’ dan menuju ke bilik mereka.Amna’ mengikut dari belakang,selalunya dia akan menyelimutkan anak-anaknya dan menunggu sehingga mereka tidur.Amna’duduk di birai katil sehingga anaknya tidur.’abang..anak-anak teringin nak jumpa abang’desis Amna’.Setelah anak-anaknya tidur dia kembali ke ruang tamu untuk menyambung kerjanya yang tertangguh.
#####################################################################################
“Ye sayang,minggu depan I baliklah,I rindu gila kat you”ucap Fahim manja.Dia berdiri di beranda hotel menikmati kepekatan malam.Alkaf yang sedang menonton TV mencebik.”Lucy gedik lah tu”omel Alkaf perlahan.”Boleh percaya ke You rindu i?”kata Lucy sedikit tak percaya.”Nanti I balik You bedahlah hati I ni,nanti You akan Nampak hanya nama you je di hati I”Fahim menuturkan ayat kasanova nya.Alkaf yang kebetulan terdengar Ayat tu,hampir termuntah.’Geli aku..Yuksss’desis Alkaf.”You such a sweet talker,k lah sayang I ada meeting esok so,I nak tidur good night dear,sweet dreams”kata Lucy.”Good Night dear,sweet dreams too”kata Fahim lalu mematikan talian.Dia melangkah masuk.”Kau ni tak reti-reti nak balik ke?”Tanya Fahim sedikit menyindir.”Alah bos baru pukul 10 relakslah,nanti saya baliklah lagipun bosanlah duduk sorang-sorang”kata Alkaf.”Suka hati kaulah”Fahim pasrah.Alkaf selagi boleh dibidas dia akan bidas.”So,apa jadual aku esok?”Tanya Fahim.Alkaf terus mengambil diari hitam yang terkandung jadual Fahim untuk esok.”Kita akan lawat tapak projek lepastu boleh balik”kata Alkaf.”hmmm”Fahim mengangguk.”Aku nak tidur ni,kau pun pergilah bilik kau”kata Fahim lembut lalu merebahkan tubuh di atas katil.Alkaf bangun mengemas barang-barangnya lalu menuju ke pintu,belum sempat dia membuka pintu Fahim bersuara”tolong tutup lampu sekali”arah Fahim.Alkaf mencebik tetapi arahan Fahim tetap dituruti,Dia mnutup lampu dan terus keluar dari bilik Fahim dan menuju ke biliknya.
“Jangan takut-takut kat atas pentas nanti,pukul 2 nanti ibu datang,kalau takut bayangkan semuanya kerusi kosong tau”kata Amna’ memberikan nasihat kepada anak-anaknya.”ye ibu,dari tadi lagi ibu bagi tau benda yang sama”kata Fira.’ye ke’desis Amna’.Dia tidak sedar kerana teruja hendak melihat anaknya diatas pentas.”cepat salam ibu,nanti lambat pulak”kata Amna’ lalu menghulurkan tangannya.Fira dan Faris bergilir menyalam tangan ibu mereka.Setelah memastikan anak-anaknya selamat masuk ke tadika dia memandu ke pejabatnya.

“Fika,apa jadual saya hari ni?”Tanya Amna’ kepada setiausahanya.”Hari ni puan kena pergi tapak projek,tu je”kata Fika.”pukul 2 saya free tak ?”Tanya Amna’.”Free,sebab kita akan ke tapak projek sekejap lagi”kata Fika.”Baguslah,hari ni kembar akan buat persembahan,nak pergi tengok dengan saya saya tak?”pelawa Amna’.”confirmlah nak”setuju Fika teruja.”ok lah nanti lepas pergi tapak projek kita terus ke tadika ye,naik kereta sayalah”kata Amna’.”ok puan.”setuju Fika.”Pergilah sambung kerja awak”kata Amna’.Fika terus meminta diri untuk keluar.Dia ingin menyiapkan semua kerjanya supaya petang nanti dia free.Amna’ terus sambung kerjanya.

“Jom puan,kita kena gerak sekarang”kata Fika.”kot ye pun,ketuklah pintu dulu”nasihat Amna’.”he..he..he..sorry puan,jomlah”sengih Fira.”kejap saya nak touch-up report ni sikit”kata Amna’.”tak sempat puan,sebab big boss yang akan pergi dengan kita”Terang Fika.Amna’ terkejut,jatuh pen yang dia pegang.”sape yang ikut kita?”Tanya Amna’ meminta kepastian.”Big boss dengan P.A dia yang hensem tu”kat Fika teruja.’alamak,kenapa dia ikut jugak,duduk diam-diam kat hotel dan baca report tak boleh ke?’desis Amna’ tak puas hati.”Jomlah puan,nanti mengamuk big boss”kata Fika.Amna’ yang tak rela terpaksa mengikut.Mereka berjalan laju menuju ke lobi syarikat.Kelihatan Toyota Alphard milik syarikat sedang menunggu.”berapa ramai yang pergi,Kita berdua campur big boss dan P.A,4 orang.lepastu Tuan Norman,dan Cik Atilia pun ikut”terang Fika.”ooh”Amna’ mengangguk.Oleh kerana mereak tiba sedikit lewat,tempat duduk belakang telah diambil oleh Alkaf,Encik Norman dan Cik Atilia,Di tempat duduk tengah pulak ada 2 tempat kosong tapi masalahnya Fahim duduk kat depan.Fika menolak Amna’ untuk duduk di sebelah Fahim.Amna’ enggan tapi apabila melihat yang lain sudah lama menunggu akhirnya Amna’ duduk disebelah Fahim,manakala Fika duduk di sebelah Amna’.

Sepanjang pejalanan,Amna’ hanya menahan debar.Oleh kerana jalan singkat yang mereka lalui ini sedikit tidak stabil,jadi sudah beberapa kali Fahim dan Amna’ melanggar antara satu sama lain,Atilia yang selalu becok mulutnya juga senyap sebab takut tengok muka bigbos yang garang.Namun bagi Fika dan Alkaf suasana ini diibaratkan seperti di taman bunga.Mereka berbalas whatsapp dalam kereta tersebut.Tiba-tiba,Kereta yang di pandu oleh Pak Akob terloncat sedikit akibat daripada jalan yang tak rata itu.Oleh kerana terkejut,Amna’ spontan menggengam tangan Fahim,Fahim membalas tanpa sedar.”Semua Ok ke?,ada yang cedera tak?”Tanya pak Akob.”ok..kami ok”kata Alkaf mewakili semua,setelah memastikan semua orang ok,Pak Akob meneruskan pemanduanya.15 minit kemudiaan mereka tiba di tapak projek.
Mereka berbincang mengenai masalah projek,Namun, Fahim tidak dapat menumpukan perhatian.Matanya asyik terarah kepada Amna’.Amna’ sangat menarik perhatiannya.”ok jadi saya rasa tu je untuk hari ni,tuan Fahim ada nak tambah”Tanya Norman.”tuan..tuan..”panggil Norman.”boss..”Panggil Alkaf sambil mencuit sedikit Fahim.”Err..ye..ye”gelabah Fahim apabila dia sedar.’kan dah kantoi tenung Amna’’desis Fahim.”tuan ada nak tambah apa-apa?”Tanya Norman sekali lagi.”err..tak de.”kata Fahim.”jadi bolehlah kita bersurai,terima kasih atas kerjasama yang diberikan,kami harap masalh seperti ini takkan terjadi lagi.”kata Norman memberikan ucapan penutup.Mereka mula beratur menaiki kereta Alphard.”saya nak Amna’ naik dengan saya,ada benda saya nak bincang.”kata Fahim tenang.Amna’ terkejut.Sebenarnya semua yang ada terkejut termasuk Alkaf.”kenapa pulak kan,masalah ni dah tamat?”bangkang Amna’ tak puas hati.”Ada hal saya nak bincang dan saya nak Tanya pasal laporan ni”kata Fahim sambil menunjukkan fail berwarna kuning.Sebenarnya dia hanya memberi alasan.
Nak tak nak,Amna’ terpaksa akur.Dia masuk ke dalam Mercedes 8th series milik Fahim.Mereka senyap.Akhirnya Fahim bersuara.”Aku nak Tanya kau satu benda?”kata Fahim tegas.”Tuan nak Tanya apa”kata Amna gugup.Fahim menarik nafas.Kereta sudah berhenti di sebuah pantai.”sape budak-budak ni?”kata Fahim sambil menunjukkan 2 buah gambar.Amna’ mengambil gambar itu.Dia terkejut,itu gambar Dia bersama Faris dan Fira di taman.Tangannya menggigil.”Aku nak kau jawab,sape budak-budak ni dengan kau?”kata Fahim Tegas.”Ni anak-anak saya,kenapa tuan nak tau,perkara ni sudah melibatkan hal peribadi saya,Tuan tak ada hak untuk tahu”kata Amna’ tegas.Dia tak boleh lemah dihadapan seorang lelaki yang pernah menghinanya suatu masa dahulu.

“Aku perlu tahu,sebab kau bekas isteri aku..”kata Fahim.Dia cuba menahan kesabarannya.Amna’ dilihatnya kini sudah berubah.Daripada seorang yang menurut kata dia berubah kepada seorang yang tegas.Mungkin waktu yang mematangkannya.Lagipun Dia sudah bergelar ibu.”BEKAS isteri..diulangi BEKAS,bukannya isteri,jadi kau tak ada hak untuk tahu mengenai hal peribadi itu.”Perkataan ‘bekas’ ditekan.Kata panggilannya juga sudah berubah.Tanpa membuang masa,Amna’ terus keluar dari kereta.Suasana dalam kereta baginya sangat panas walaupun dilengkapi penghawa dingin.Fahim mengejar Amna’.Lengan Amna’ dipegang lalu ditarik Amna’ merapatinya.”Satu soalan terakhir dan aku akan lepaskan kau,”kata Fahim lalu menarik nafas.”Budak berdua ni an…anak aku ke?”Tanya Fahim lalu memandang tepat ke mata Amna’.Amna’ terkejut.Dia terdiam sebelum menyambung..”bukan,mereka bukan anak awak,mereka anak saya”kata Amna’ tegas.”kenapa mereka ber’bin’kan nama aku”Tanya Fahim.Suaranya mula kendur.”Saya yang mengandungkan mereka 9 bulan sorang-sorang,jaga mereka mereka dari bayi sampai sekarang sorang-sorang,sakit,perit penat semua saya tanggung sorang-sorang.Mereka tak ada kena-mengena dengan Awak,Mereka anak saya,bukan anak awak”kata Amna’ tegas.


“Tapi aku bapa mereka kan?”Tanya Fahim.”berapa kali saya nak cakap,Mereka ANAK SAYA bukan anak awak”kata Amna’ lalu menyentap tangannya.Pegangan Fahim di lengannya terungkai.Dia terus melangkah pergi jauh dari Fahim.Fahim pula keliru dan hanya boleh memandang Amna’ pergi dia tak ada tenaga.Tenaga bagai direntap pergi.Dia tahu Amna’ menafikan haknya sebagai bapa kepada budak-budak itu.Jauh di sudut hati,Dia berasa gembira kerana sudah menjadi seorang Ayah.Namun Adakah Amna’ bernikah lagi?.Persoalan itu bermain di fikirannya.Dia mengeluarkan telefon lalu menghubungi seseorang.”Hello,fika I want to see you at my office tomorrow sharp 9 am”kata Fahim tegas.”And yes this is a secret,don’t tell anyone.”tambah Fahim lagi.

P/S-->Yeayy..dah ada sambungan,kepada readers tolong komen tentang cerpen ni ye.(*puss eye*) ni kali pertama Miya tulis cerpen..Komen ok^^..love u alls

3 comments:

Anonymous said...

Best and menarik

Anonymous said...

Best and menarik
:)

Anonymous said...

Best
:)