Tuesday 19 January 2016

Cerpen;Aku cinta kamu,suamiku-2

ok class.i think that’s all for today..oh yes before that I want to inform you all something”kata Ammar.Pelajar yang sudah bersiap untuk keluar terpaksa duduk balik.”Pihak university akan mengadakan aktiviti berkhemah di Kampung Ulu Slim.Tapi tempat hanya terhad untuk 80 orang pelajar pertama sahaja sebab bukan Fakulti kita sahaja tapi Fakulti undang-undang juga terlibat”terang Ammar.Farah yang sememangnya meminati aktiviti berkaitan alam semula jadi semakin teruja.Dia sudah terbayang-bayangkan dirinya yang dekat dengan alam semula jadi terutamanya pada waktu malam.Mesti cantik.Safiya dan Azim memandang wajah Farah yang ceria itu.”Rah,mesti kau excited kan,ye lah kau kan pencinta alam semula jadi yang sejati.”Kata Azim.”Korang boleh bayangkan tak,Kita jauh dari hiruk-piruk Bandar.Suasana yang tenang dan segar.dan malam-malam boleh star-gazing”kata Farah teruja.Matanya bersinar.”hmm..cepatlah bagi nama nanti penuh pulak tempat”cadang Safiya.Farah yang terdengar perkataan’penuh tempat’itu terus ke hadapan untuk memberi nama.Namun sebaik sahaja dia terpandangkan Ammar langkahnya berhenti.’kau dah minta izin dari suami kau ke?’desis hatinya.

Farah berjalan ke tempat duduknya semula untuk mengambil barang.”kau dah bagi nama ke?”Tanya Safiya.”err..kan ramai orang kat situ?lagipun aku dah janji dengan Ummi dan Walid nak lunch dengan mereka hari ni”terang Farah.Sememangnya dia berjanji hendak makan tengah hari bersama Ummi dan Walidnya tapi dengan Ammar sekali.”ohh ye ke,so jumpa esoklah sebab class petang ni cancel.Pn.Maria MC hari ni”terang Azim.”Hmm..ok lah,aku pergi dulu”kata Farah lalu terus keluar dari bilik Kuliah.Dia berjalan sedikit jauh dari pintu masuk U nya sebab hari ni dia tumpang Ammar.Ye lah nanti Ummi dan Walid syak pulak sebab mereka naik kereta lain-lain. Setelah,10 minit menunggu akhirnya Hyundai Genesis berwarna hitam berhenti di sebelahnya.Setelah memastikan ‘line clear’ dia segera masuk ke dalam kereta.”Kat restoran mana Umi dan Walid tunggu?”Tanya Ammar yang sedang memandu.Farah berpaling memandang sebelah.Jantungnya berdegup pantas.Ammar kelihatan sangat kacak dengan kemeja berwarna coklat cair dan memakai rayban berwarna kuning.Kebetulan Kemeja Ammar dan shawl Farah berwarna sama.”Awak dengar tak?Umi dan Walid nak jumpa kita kat mana?”Tanya Ammar tegas.

“haah..?ohh kat Mak Inchek Cafe?”jawab Farah.Mukanya sedikit memerah kerana dia sedang menahan malu.Dia akui entah mengapa sejak mereka diijab kabulkan dia mempunyai satu tabiat yang baru iaitu suka pandang muka Ammar.Dan dia sangat teruja jika mereka memakai baju berwarna sama.Adakah dia sudah jatuh cinta?.Persoalan itu selalu bermain difikirannya.Dia tidak sedar bila kereta yang dipandu oleh Ammar berhenti di hadapan Mak Inchek Cafe.Kelihatan Umi dan Walid sedang duduk di suatu sudut.Ammar mendekatkan tanganya ke tangan Farah dan mengaitkan jari-jarinya diantara jari-jari Frah.Farah Kaget namun,dia cuba untuk bertenang.’Dia berlakon je,kan ada Umi dan Walid kat situ’desis Farah.”Assalamualaikum..Umi,Walid lama tunggu?”sapa Ammar lalu menyalami tangan mereka.Farah juga berbuat demikian.”Waalaikumsalaam..tak lama manapun baru 10 minit je,Hah cepatlah Order makanan”ujar Walid.”Umi dan Walid dah order?”Tanya Farh.”Dah sayang kami dah pesan dulu”terang Uminya lalu tersenyum lembut.”Farah nak makan apa?”Tanya Ammar.”Farah nak mee rebus dengan jus tembikai.”pesan Farah.”Bagi saya Nasi Ayam dan air tembikai”pesan Fahim.Mereka bersembang-sembang sementara menunggu makanan sampai.Macam-macam topk mereka bualkan antaranya mengenai isteri abang Faizal,kak Lina dah bersalin kelmarin.Umi dan Walid bercadang hendak ke Pahang untuk menjenguk cucu mereka.

”Hah..kamu berdua bila lagi nak bagi kami cucu?”Tanya Walid straight tak de korna-korna.Farah yang sedang menghirup sup Mee rebus terus tersedak perit tekaknya.Ammar yang perasan Farah sedang menahan perit terus menghulurkan jus tembikai yang berhampiran dengannya kepada Farah.Farah terus menyambut dan meminumnya rakus tanpa sempat melihat air itu siapa yang punya.Ammar bertindak mengsap-usap belakang Farah.”Ya Allah kamu ni Farah,lain kali hati-hati makan”Kata Pn.Umairah tegas dia menghulurkan tisu kepada anaknya.”Ye..baik ibu”akur Farah.”In sha Allah,walid kalau ada rezeki adalah”hanya itu yang boleh Ammar fikirkan.Farah mengangguk sebelum matanya menunduk melihat Meja.Namun,matanya membulat.’st..straw hi..hitam..Ammar punya air!!’jerit Farah dalam hati.Ammar yang baru perasan perkara itu dengan selamba terus menyedut airnya yang berbaki sedikit sebab separuh airnya sudah dihabiskan oleh Farah.’indirect kiss??’perkataan itu pernah di safiya bangkitkan bila Azim dengan selambanya terus minum air mineral dari botol Safiya.Dia menyentuh bibirnya dan mukanya membahang.”Farah,kamu ok ke?”tegur walid.”o..ok,Farah ok..hehe”kata Farah tersengih.

Setelah siap menjamu selera Umi dan Walid meminta diri untuk pulang.Ammar dan Farah juga meninggalkan Cafe tersebut.”Awak nak balik rumah terus ke?”Tanya Ammar dan seperti biasa muka dia tidak beriak.”Kalau boleh awak hantarlah saya balik tapi kalau awak busy awak drop saya kat stesen bas nanti saya balik naik bas”cadang Farah.Ammar tidak menangguk mahupun menggeleng.Dia terus memandu menuju ke rumah mereka.’Tak busy kot’teka Farah dalam hati.Ammar memandu ke university balik selepas menghantar Farah pulang ke rumah.Farah masuk ke dalam rumah.Selepas mandi,solat dan berehat dia memulakan tugasnya di rumah dengan mengangkat kain jemuran,mengemop lantai memasak dan mengemas rumah.Itu tugasnya sebagai seorang isteri dan dia tidak pernah mengeluh kerana dia suka dan rela melakkukannya walaupun penat.
Selepas makan malam…

Farah sedang mengemas meja dan Ammar pula sedang menanda latihan pelajar di ruang tamu.’nak Tanya ke  tak..?’Farah berkira-kira dalam hati.”Kena Tanya jugak lagi pun ni kan tahun akhir kitaorang masa nilah nak enjoy dengan kawan-kawan nanti dah kerja semua busy”omel Farah perlahan.Dia menuju ke ruang tamu dengan secawan hot chocolate yang dibuat seikhlas hatinya.’Haraplah suamiku ini akan membenarkan aku mengikuti lawatan itu’doa Farah dalam hati.”Nah,saya buatkan Hot chocolate untuk awak”kata Farah lalu meletakkan hot chocolate di atas meja kecil.”hmm..thanks”hanya itu yang diungkapkan oleh suami terchenta nya ini.”Awak saya nak cakap sikit boleh tak?”Tanya Farah sopan.”apa dia?”mata Ammar tetap fokus pada latihan yang sedang ditandanya.”Saya nak minta izin awak,saya nak join aktiviti berkhemah tu boleh?”Tanya Farah.Ammar mengangkat muka memandang Farah seketika dan kepalanya terus menunduk memandang kertas yang ditandanya.

No!”kata Ammar.Farah terkedu”but why?”Tanya Farah.”Saya tak suka awak join aktiviti ni lagipun awak dah semester terakhir baik awak fokus kepada pelajaran awak”terang Ammar.”Tapi Awak,sekurang-kurangnya saya dapat release tension.Lagipun saya memang minat aktiviti macam ni tapi saya tak pernah dapat peluang.kali ni peluang dah ada,boleh eh bagi saya join?”rayu Farah.”No means no!! I don’t like to say it twice”ujar Ammar keras.”Tapi…”.”Berapa kali aku dah terang tapi ada jugak yang salah”omel Ammar keras.

Farah menahan air matanya daripada gugur.Sungguh dia memerlukan Uminya saat ini.Dia melangkah longlai menuju ke bilik.

Jam loceng berbunyi tepat pukul 6 pagi.Tangan Farah mengagau mencapai jam locengnya.Kantuk masi lagi menguasai dirinya.Malam tadi dia tidur lewat kerana dia menangis semahu-mahunya.Matanya membengkak.”Hisy..mesti Safi dengan Azim bahankan aku hari ni”omel Farah.Dia menarik tualanya dan menuju ke tandas untuk mandi dan mengambil wudhu untuk solat subuh.Sebaik sahaja siap solat dan mengenakan baju kurang moden berwarna hijau dia membuka pintu untuk keluar,pada masa yang sama penghuni bilik hadapan Ammar juga membuka pintu.Mereka terkejut.Dan baju mereka sedondon namun,hati Farah tidak teruja seperti selalu.Dia hanya membuat tak tahu dan turun ke dapur selamba.’Tak payah masak sarapan,biar pak cik tu pandai-pandai cari makan sendiri.’omel Farah dlam hati.Dia mengambil sepaket roti gardenia,sebuku mentega,dan meletakkan tin Milo beserta krimer diatas meja.’Kira baiklah aku tolong ambilkan barang-barang ni’kata Farah dalam hati.Farah menyapu mentega pada 3 keping roti dan terus membawa roti itu kebiliknya sebaik sahaja ternampak kelibat Ammar yang menghampiri meja makan.Sempat Farah menoleh kepada Ammar yang tercengang di meja makan.’hahaha..kesian dia,lakilah sapelah yang sedang sapu mentega atas roti dengan muka monyok tu’desis Farah.’Laki kau lah’jawab otaknya.Boleh pulak otak dengan hati main jawab-jawab.

Masuk hari ni sudah 3 hari Farah merajuk dengan suaminya.Tapi Ammar tiada ikhtiar untuk memujuk.Dia buat selamba je.Semalam Farah sengaja tak masak malam,dia ingatkan Ammar akan memujuk dan membenarkannya mengikuti perkhemahan tapi dia silap.Ammar keluar makan dengan Cik Risa dan biarkannya kebulur sorang-sorang kat rumah.Dah heboh satu university yang Pensyarah Fakulti undang-undang Cik Risa sedang bercouple dengan Ammar.Sebagai seorang isteri,dia sangat cemburu apabila mendengar rakan-rakan kuliah lain bergosip mengenai Ammar dan Risa.Cik Risa pulak tidak menafikan mahupun mengiyakan keyataan itu dan Ammar pulak hanya tersenyum dan menggeleng.Perasaan ingin tahu Farah membuak.

Farah menunggu Ammar pulang.Selalunya lepas pukul 6 Ammar tak keluar dah tapi sekarang jika jam tak menunjukkan pukul 9 malam,batang hidung Ammar takkan kelihatan.Bunyi kereta Masuk ke halaman rumah kedengaran.’Dah baliklah tu’desis Farah.Dia membuka pintu menyambut Ammar balik.Dia terbau perfume wanita di baju Ammar.Hanya tuhan yang tahu betapa pedih hatinya.Dia cuba menahan air matanya daripada gugur.Ammar pula terus menuju ke sofa tanpa menghiraukan Farah.”Awak saya nak Tanya ni dan saya nak awak jujur”kata Farah tegas.Ammar memandang Farah dengan penuh tanda Tanya.”Awak tak benarkan saya ikuti perkhemahan tu se..sebab tak nak saya tahu yang awak couple dengan cik Risa ke?”Tanya Farah lalu memandang tepat ke anak mata coklat cair itu.Sebenarnya ayat Farah tersirat dengan satu soalan’adakah awak bercinta dengan Risa?’itu maksud soalan Risa.

Listen here,saya tak pernah Tanya dengan siapa awak keluar,pergi mana and so on,saya harap awak pun jangan Tanya saya apa-apa and mine your own bussiness.”kata Ammar tegas.Dia bangkit lalu menuju ke tangga.”Jadi betullah awak dengan dia ada ‘something’”Tanya Farah.Suaranya yang serak sedaya-upaya disembunyikan.Ammar yang mendegar mula berang.”Yes,aku suka dia,aku sayang dia!puas kau sekarang, and yes aku tak bagi kau ikut aku sebab aku tak nak rahsia kita terbongkar.”seusai meluahkannya Ammar terus menuju ke biliknya.Kata panggilan dari ‘saya’ ‘awak’ bertukar kepada ‘aku’ ‘kau’.Bunyi pintu yang ditutup kuat kedengaran sehingga ke ruang tamu.Farah terjelepok jatuh ke lantai.Pengakuan Ammar tadi benar-benar menyentap hatinya.”saya sayang awak Ammar…saya ci..cintakan awak”rintih Farah perlahan.Dengan tenaga yang ada dia berjalan longlai menuju ke biliknya.
Di bilik Ammar..

“Ammar,nah senarai nama pelajar yang akan terlibat dalam program tu.Kat fakulti undang-undang tak sampai 50 orang pun yang bagi nama ye lah dah final kan,mereka confirm nak study”terang Prof.Azhar.”Kalau macam tu kita buka 10 permohonan lagi kat Fakulti perniagaan,last bagi nama pukul 12 tengah hari,sebab saya nak type nama pelajar-pelajar ni”kata Ammar.”saya setuju”kata Prof.Azhar.
##################################################################################
“Aku kesian kat kaulah Farah,bukan kau excited gila ke nak pergi?aku ingat kau dah bagi nama last-last dah penuh”kata Azim.Mulutnya mencebik.”tak pe lah tak ada rezeki,nak buat macam mana”Farah hanya pasrah.Selepas insiden tersebut Farah dan Ammar tidak bertegur sapa.Jika ada perkara penting yang hendak disampaikan mereka akan berwhatsapp atau berwechat sahaja.Farah tetap menjalankan tugasnya dengan menyeterika baju serta menyediakan sarapan dan makan malam untuk Ammar.

Kebetulan mereka melalui papan kenyataan di Fakulti mereka.Kelihatan Prof.Azhar sedang menampal sesuatu.”Prof,tampal apa tu”Tanya Azim.”Hmm..bacalah sendiri,saya dah penat nak terangkan kat sorang-sorang”kata Prof.Azhar lalu terus berlalu meninggalkan mereka.Sebaik sahaja melihat Pemberitahuan itu,Mata mereka bertiga membulat.”Wei..cepat jom bagi nama sekarang”kata Safiya lalu terus menarik Farah ke bilik Prof.Azhar.”Nasib baik cepat,kalau tak gigitlah jari untuk kali kedua”kata Safiya.”Aku pun tak sangka mereka akan buka lagi permohonan untuk kita,Nampak sangat mereka tengah tunggu nama aku..hahaha”kata Farah lalu tergelak.Sejujurnya dia sedang cuba menyembunyikan kesedihan di hati dengan bergelak ketawa dengan kawan-kawanya.”Hisy..sengetlah kau ni”kata Safiya lalu mencuit pinggang Farah.”ohh..aku suka katak puru”latah Farah.Sememangnya Pinggang merupakan tempat sensitifnya.”kau suka katak..oh M K!!”tambah Azim sambil menekup mulutnya.Perbuatan dia yang spontan itu membuatkan mereka berdua tergelak.

Ammar memandang Farah yang sedang seronok bergelak-ketawa dengan kawan-kawannya dari jauh.Dia merasakan dunia dia yang suram kebelakangan ini menjadi riang dan ceria.”You tengok apa tu”sapa Arisa.”ohh..I tengah tengok 3 orang student I yang tengah ketawa tu,entah cerita apalah yang mereka kongsikan”kata Ammar lembut.Matanya masih memandang Hazirah

“Ohh..adalah tu cerita kelakar,maklumlah remaja kan?tapi I ada seorang student yang minat dengan pelajar yang bershawl pink tu,mereka pernah bercinta tapi putus”tambah Arisa.”macam mana you tahu?”Tanya Ammar.Dadanya berdegup pantas.”Dia ibarat adik kepada I  ,dia selalu bercerita masalh dia kat I,tapi ada seorang gadis ni putus dengan dia,dekat 1 bulan lah juga dia terpaksa rawat hati dia.Tapi akhirnya dia ambil keputusan tukar U sebab dia tak sanggup nak tengok muka wanita tu.Dia dah pindah ke UMS 5 bulan lepas.”terang Arisa panjang.”macam mana you sure yang perempuan itu dia”kata Ammar lalu tangannya menunding kea rah Farah.”Dia pernah tunjuk gambar perempuan tu kat I,Ni dia”kata Arisa lalu menghulurkan telefon bimbit kepada Ammar.Mata Ammar membulat,’sah ni memang Farah’desis Ammar selepas melihat gambar itu.Gambar dimana seorang lelaki dan perempuan sedang makan ais krim di taman tasik titiwangsa.”Kenapa you Nampak macam terkejut?You ada apa-apa dengan dia ke?”Tanya Arisa.”Err..hmmm..I terpaksa pergi ada meeting sikit dengan Prof.Azhar,I tak keluar Lunch,I busy hari ni”kata Ammar lalu terus berlalu pergi.Arisa terpinga-pinga melihat Ammar yang kelam-kabut.Sejurus selepas itu,Dia pun beredar ke pejabatnya.
Farah yang terpandangkan Adegan Ammar dan Arisa menahan Rasa hati.’Aku kena sedar yang aku tak layak untuk dia,Cik Risa cantik,pandai,fashionista aku tu tak lawa,pointer cukup-cukup makan je dank au bukan bergaya macam Cik Arisa tu,sedarlah diri sikit.Ammar takkan pandang aku’desis hati Farah.


p/s--->nantikan sambungannya…

No comments: