Friday 19 February 2016

Cerpen:Kasihmu akan kumiliki-11

“Wahhh..besarnya..”kata Fira teruja lalu berpusing sambil memandang pusat beli-belah yang besar itu.”Fira..Faris..pegang tangan uncle..nanti kamu hilang susah Uncle nak cari”kata Fahim lalu memegang tangan anak-anaknya di kedua-dua belah tangan.Mereka menuju ke arah butik pakaian kanak-kanak.”Fira..cuba try baju ni”kata Fahim lalu menghulurkan sebuah blouse kanak-kanak yang sangat comel.Fira mengambil baju tersebut dan menuju ke fitting room yang tidak jauh dari mereka untuk mencubanya.Fahim pula leka mencari baju yang sesuai untuk anak lelakinya pula.Dia mengambil beberapa baju T.”Faris pilih yang mana yang satu Faris suka”arah Fahim.Faris mengambil baju-baju yang dihulurkan oleh Fahim dan cuba memadankan ke badannya.”Uncle..look here”kata Fira.Fahim berpaling.Dia tersenyum melihat anak gadisnya yang comel memakai blouse tersebut.”Fira Nampak cantik sangat”puji Fahim ikhlas.”Uncle..Faris suka yang ini..”kata Faris lalu menghulurkan sehelai baju yang berwarna kelabu.Fahim meletakkan baju-baju tersebut kedalam raga yang disediakan di butik tersebut.”Takkan nak 1 je?..pilih lagi”kata Fahim.Fira dan Faris berpandangan sesame sendiri sebelum Faris menjawab..”Uncle..ibu pernah cakap..kalau keluar dengan sesiapa,ambil apa yang mereka beri..jangan pernah meminta.Fahim terpana seketika.Kata-kata Amna’ ada betulnya.Namun,dia ingin menebus balik masa yang dia terlepas dengan anak-anaknya.

“Faris..Fira dengar sini..Uncle yang nak belanja..jadi,tak ada istilah ‘meminta’kat sini”kata Fahim sambil mengusap ubun-ubun anak-anaknya.”Nanti..ibu marah”kata Fira polos.”Nanti uncle terangkan kat ibu..jangan risau..”kata Fahim menyakinkan anak-anaknya.Mereka menjelajah dari satu ke satu kedai.Setelah penat bershopping,mereka duduk menjamu selera di KFC.”seronok?”Tanya Fahim sambil memerhatikan anak-anaknya yang sedang makan.Dia hanya memesan segelas coke untuk dirinya.Dia berasa sangat bahagia melihat anak-anaknya makan dengan berselera.”seronokk..lain kali kita datang lagi ye”pinta Fira. Mulutnya Kotor dengan sos.Fahim mengambil tisu lalu mengelap mulut anak gadisnya sebelum menjawab..”in shaa Allah,nanti kita datang lagi..”kata Fahim.Selesai makan,mereka berjalan menuju ke kereta.”Nanti kalau ibu Tanya siapa belikan semua ni..kami nak jawab apa?”soalan itu terpacul dari mulut Faris.”hmm..cakap je Mak Cik Fika hadiahkan”kata Fahim selamba.”Nanti kalau ibu Tanya.. mak cik Fika kata tak..habislah kita orang”tambah Fira.”Pasal Mak cik kamu tu..biar uncle uruskan”kata Fahim.Fahim menghantar anak-anaknya ke rumah pengasuh.”Dah..sampai..”kata Fahim lalu keluar dari perut kereta dan mengambil beberapa beg plastik yang berisi pakaian dan mainan yang berada di bonetnya.”Banyaknya kamu beli Fahim”tegur Mak Mah.”Tak banyaklah Mak Mah..sikit je”kata Fahim.Mak Mah membawa masuk beg-beg plastik ke dalam rumah.Faris dan Fira menyalami tangan Fahim.Fahim membawa kedua-duanya ke dalam pelukan.”Malam nanti uncle call tau..jaga diri”pesan Fahim sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.Fira dan Faris melambai kearah Fahim sebelum masuk ke dalam rumah.

Fahim memandu menuju ke hotel.Sejak dia tahu dia telah bergelar seorang bapa,dia telah meninggalkan aktiviti sosialnya.Dia tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya.Hubungan dia dengan Maliki juga semakin rengang apabila dia menolak ajakan Maliki ke kelab malam.Masih tergambar riak wajah anak-anaknya yang sangat teruja apabila dia membawa mereka ke mall tadi.’Sepatutnya dari dulu lagi aku gembirakan mereka’desis hati kecilnya.Dia mengeluh perlahan.
#####################################################################################
Corolla Altis milik Amna’ berhenti di hadapan rumah Mak Mah.Faris dan Fira berlari-lari mendapatkan ibu mereka.”Rindu ibu tak?”Tanya Amna’ sambil mencium pipi kedua-dua anaknya.”Rindu!!”balas kedua-duanya serentak.”Jom balik..”kata Amna’ lalu bersedia membuka pintu kereta untuk anak-anaknya tiba-tiba..”Kejap ibu..”kata Faris lalu terus berlari masuk ke dalam rumah Mak Mah dan keluar bersama Mak Mah dengan beg-beg plastik yang berisi pakaian di tangannya.”Banyaknya..siapa yang bagi?”Tanya Amna’.”Err..tadi Mak Cik Fika datang..dia bawak kami shopping”kata Faris takut-takut.Amna’ tidak percaya dia mendapatkan kepastiaan daripada Mak Mah.”Ye..tadi Fika datang,dia yang bawak kembar-kembar ni jalan-jalan”kata Mak Mah.”Ohh..ye ke..”Amna’ percayakan Mak Mah kerana Mak Mah sudah dianggap sebagai ibu kandungnya.Amna’ dan anak-anaknya meminta diri pulang selepas bersalam dengan Mak Mah.Sampai sahaja di rumah Faris dan Fira menunjukkan baju-baju yang dibeli oleh mereka.”Ibu..cantik tak Fira?”kata Fira.”Comelnya anak ibu..”balas Amna’.”Ibu Faris beli warna kelabu..cantik tak”kata Faris pula.”Cantiknya..pandai anak ibu pilih”kata Amna’.”Dah-dah..pergi simpan baju-baju ni semua,lepas Solat..makan dan buat kerja sekolah”kata Amna’ tegas.”Ok ibu..”kata Faris dan Fira serentak.Mereka membawa bungkusan-bungkusan plastik itu ke bilik mereka.
Selepas siap kerja sekolah,Amna’ mengarahkan anak-anaknya supaya tidur awal.Faris dan Fira akur dan terus masuk ke dalam bilik mereka.”Abang Faris…kenapa uncle tak call lagi ni?”Tanya Fira perlahan risau ibu mereka dengar.Faris yang tidur di atas mengintai ke bawah.”Entahlah..uncle lupa kot”balas Faris perlahan.”Cuba abang call Uncle?”cadang Fira.Faris mengeluarkan telefon yang disorokkan di bawah bantal dan menghubungi Fahim.

Fahim yang sedang melipat sejadah dikejutkan dengan bunyi Telefonnya.Nama ‘Malaikat2 Kecil’ tertera di skrinnya.Tanpa berlengah dia menjawab panggilan tersebut.”Assalamualaikum..”kata Fahim. ”Waalaikumsalam..uncle kenapa tak call kami?..kan uncle dah janji”kata Fira.Faris dan Fira sedang duduk di Meja belajar mini mereka.”Uncle baru lepas solat,..Baru uncle cadang nak telefon Fira dan Faris…tup..tup Faris dah call Uncle”kata Fahim sambil tangan kirinya membuka sliding door balkoni biliknya.Tiba-tiba Fahim teringat sesuatu..”Faris..uncle call”kata Fahim lalu memutuskan talian.Dia tidak mahu anak-anaknya menghabiskan kredit telefon mereka.Fahim menghubungi anaknya.”Ok..sekarang kita boleh borak lama-lama”kata Fahim.Mereka berbual hampir 1 jam sehinggalah Fira menguap dan dapat didengari oleh Fahim.”Kita jumpa esok ye..selamat malam..assalamualaikum”kata Fahim. ”waalaikumsalaam..selamat malam uncle”kata mereka berdua serentak.Dan akhirnya kedua-dua kembar itu melelapkan mata mereka.Benarlah kata orang,Hubungan ayah dan anak tidak dapat dipisahkan.Walaupun Faris dan Fira tidak tahu yang Fahim ayah mereka tetapi Mereka tetap selesa bersama Fahim.
#####################################################################################
Fahim sedang bersarapan di kafe hotel apabila mendapat panggilan daripada ibunya.”Mama nak kamu balik!!..”Kata Dato Azimah tegas.”Tapi Fahim tak puas bercuti lagi”kata Fahim memberi alasan.”Mama dah bagi kamu 2 minggu untuk bercuti,now Permata Ilham need you”kata Dato Azimah tegas.”But..”kata-kata Fahim dipintas oleh ibunya.”jika kamu tak balik dalam 24 jam,mama akan arahkan anak-anak buah mama heret kamu balik”ugut Dato Azimah.Fahim tiada pilihan selain bersetuju.Jika mamanya sampai disini,rahsia mengenai dia sudah berjumpa dengan anak-anaknya akan terbongkar.Anak-anaknya mngkin akan dicederakan.

Fahim memandu ke Mutiara,Sebaik sahaja tiba,dia mengarahkan pemangku setiausahanya memanggil Fika ke biliknya.”Awak ada dapat apa-apa maklumat tak?”Tanya Fahim Sebaik sahaja Fika mengambil tempat dihadapannya.”Belum lagi,sebab pemilik rumah anak yatim tu dah bertukar dan dia memerlukan  sedikit masa untuk meneliti data-data lama”terang Fika.Fahim mengeluh perlahan.”Saya terpaksa balik KL,ni arahan mama saya,kalau tak balik anak-anak buah mama akan cari saya kat Pahang ni”Luah Fahim.”Tuan baliklah..jangan risau pasal Kak Amna’ dan kembar,saya akan jaga mereka”kata Fika yakin.”Terima Kasih Fika..saya tahu awak seorang yang boleh diharapkan”puji Fahim.Selepas berbual seketika Fika meminta diri pulang ke pejabat.Fahim duduk termenung di pejabatnya.Entah apa yang merasuknya,dia terus berjalan ke bilik Amna’.Fika yang sedang menaip terkejut melihat Fahim masuk ke dalam bilik Amna’ namun dia tidak menghalang.’Biarlah mereka’desis Fika.Dia kembali menyambung kerjanya.Amna’ yang sedang menaip terkejut melihat Fahim yang merempuh masuk biliknya.”Kau nak apa?”Tanya Amna’tegas.Dia kembali menyambung kerjanya.Fahim menuju ke arah Amna’dan menarik lengan Amna’ untuk bangun.”Kau dah kenapa?”jerkah Amna’.Tanpa diduga Fahim memeluk Amna’ erat.Amna’ cuba menolak tubuh Fahim jauh daripadanya namun tidak berjaya.Pelukan Fahim sangat kuat.Amna’ hanya membiarkan setelah penat mencuba.Hatinya sedikit sebanyak terbuai dengan pelukan Fahim.”Saya akan balik KL,jaga diri dan anak-anak”kata Fahim tepat di telinga Amna’. Seusai berkata,Fahim terus keluar dari bilik dan meninggalkan Amna’ yang terpaku sorang-sorang .Dadanya berdebar kuat.

Perjalannan dari kuantan ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 45 minit sahaja jika menggunakan khidmat Malaysia Airlines.Kelihatan mamanya sedang menunggu di balai ketibaan bersama pembantu peribadi mamanya.”Anak mama sihat?”kata Dato Azimah sambil memeluk anaknya.”Sihat Alhamdulillah”kata Fahim dingin.Dato Azimah sedikit terkejut mendengar anaknya berkata ’Alhamdulilah’ namun Dato Azimah mengusir segala anasir-anasir jahat yang bermain di benaknya. Sebaik sahaja Fahim duduk,dia terkejut apabila Alkaf turut sama berada di dalam kereta itu.”Hi,bos”kata Alkaf.”Bukan kau…”Fahim memberhentikan kata-katanya apabila tersedar yang Mamanya berada di sebelah dia.”Apalah bos ni,takkan lupa kot..kan bos suruh saya balik dulu sebab nak saya pantau keadaan syarikat”kata Alkaf sambil tersenyum.Tidak dapat dinafikan lakonannya benar-benar hebat.”Oh..ye..saya dah lupa”kata Fahim.”Bos ni muda-muda dah lupa,dah tua tak tahulah macam mana”tambah Alkaf.Fahim menjeling Alkaf.

Selepas makan malam,Fahim menyertai ibunya di ruang tamu.Mereka berbual-bual kosong.Tiba-tiba Dato Azimah berkata.”Mama dah jumpa calon yang sesuai untuk kamu”.Fahim yang sedang minum Milo tersedak.”Mama jangan buat lawak boleh tak?”kata Fahim sambil gelak perlahan.”I’M NOT JOKING”kata Dato Azimah tegas.Fahim terdiam.’Macam mana nak elak ni?..’desis hati Fahim perlahan.”Her name is Aliesha,she is the perfect girl for you”tambah Dato Azimah.”Fahim tak nak”kata Fahim tegas.”Mama nak kamu jumpa dia dulu”kata Dato Azimah.Dia yakin yang anaknya akan jatuh cinta dengan Aliesha yang sexy dan cantik.Fahim bangun dan terus menuju ke biliknya.Semakin panas hatinya jika duduk dengan mamanya yang suka memaksa.Dia mengeluarkan handphone dan menghubungi anaknya. ”Assalamualaikum..apa khabar”kata Fahim sebaik sahaja telefon diangkat.”UNCLE…!!”jerit anak-anaknya teruja.”Rindu..”tambah mereka.”Uncle pun rindu kat kamu berdua..tengah buat apa tu?”Tanya Fahim.Berbual dengan anak-anaknya membuatkan amarah dalam hatinya hilang.Dia berasa sangat bahagia apabila mendengar suara anak-anaknya.”Tengah tengok TV dengan Mak cik Fika,Ibu pergi kedai”kata Fira yang becok.”Uncle...betul ke uncle dah balik rumah uncle?”Tanya Faris.”Ye sayang,uncle kat KL ni”kata Fahim.”Esok kita tak boleh jumpa lah ye?”Tanya Fira lirih.Fahim berasa sedih mendengar suara naknya yang lirih.”Minggu depan kita jumpa ye”pujuk Fahim sambil merenung kepekatan malam.”Ok”balas Fira.Mereka diam seketika sebelum Fahim berkata..”Faris,Fira..bulan hari ni teranglah”kata Fahim memancing anak-anaknya bercakap.Bunyi bising kedengaran sebelum mereka menyambung..”ye lah…cantikkk”kata Fira dan Faris serentak.Fahim meluruskan lengannya dan membuat bentuk hati yang separuh.Dulu..dia dan Amna’ suka berbuat demikian.Dia akan melukis separuh bentuk hati dan Amna’ juga akan melukis separuh bentuk hati.Bentuk tersebut akan jadi satu di langit.Begitulah kata-kata Amna’.Rindu kepada Amna’ terbit sedikit didalam hatinya.Sedang mereka berbual,bunyi hon kereta kedengaran.Mungkin Amna; dah balik.Selepas mengucap salam dan selamat malam,Fahim mematikan taliannya.

Dia kembali termenung”sampai bilalah aku kena sembunyi-sembunyi telefon anak aku sendiri?”omelnya perlahan.
########################################################################################
Paksaan demi paksaan yang telah dilakkukan oleh Dato Azimah membuatkan dia terpaksa keluar dengan Aliesha.Fahim membuat muka bosan apabila Aliesha tak henti-henti membebel disebelahnya.’Dahlah dari tadi sibuk nak pegang lengan aku..kalau kau buta tak pelah,aku boleh pimpin..ni sihat je..tapi gatal-gatal nak pegang lelaki bukan mahram.Haraplah Fira tak jadi macam ni”omel Fahim dalam hati.”You tahu tak..I gembira sangat bila mama You kata nak buat I jadi menantu dia..”kata Aliesha sambil tersenyum manis.Aliesha mengenakan skirt ketat paras lutut dan blouse yang sendat yang boleh mengoda mana-mana lelaki lain tetapi bukan Fahim.”Aliesha..I lupa nak bagitau You yang I  ada meeting setangah jam lagi..gotta go..see ya”kata Fahim lalu  terus berjalan laju meninggalkan Aliesha.Aliesha terpinga-pinga apabila ditinggalkan bersendirian di tengah-tengah Mall.Dia menghentakkan kaki lalu mengeluarkan handphone dan terus menghubungi Dato Azimah.Nak mengadulah tu.

Fahim pulang ke rumah apabila jam sudah menjangkau angka 10 malam.”Fahim pergi mana?”kata Dato Azimah yang sedang menunggu Fahim di ruang tamu.”Mana lagi?..ofislah”kata Fahim.”Jangan tipu mama,Setiausaha Fahim bagitau mama yang Fahim tak masuk office hari ni”kata Dato Azimah tegas.Fahim menelan air liur.Memang dia tak masuk pejabat hari ni.Oleh kerana tidak dapat mengawal Rindunya,dia sanggup memandu ke Pahang selepas meninggalkan Aliesha bersendirian di Mall. Perjalanannya mengambil masa 3 jam.Oleh kerana hari ini hari sabtu,anak-anaknya tidak ke sekolah dan mereka sungguh gembira berjumpa dengannya.Masih terasa betapa eratnya pelukan Faris dan Fira bila berjumpa dengannya.

“Fahim nak masuk..Fahimpenat”kata Fahim ingin berlalu ke biliknya namun Dato Azimah menghalang “Mama nak tahu Fahim pergi mana?”Tanya Dato Azimah.”Tadi Aliesha call mama,dia kata kamu tinggalkan dia kat Mall tadi”Tambah Dato Azimah.”Fahim lepak kat rumah Alkaf tadi..Fahim tak sedar bila Fahim tertidur dan bila Fahim bangun dah malam”kata Fahim ringkas.”Fahim tak suka Aliesha sebab tu Fahim tinggalkan dia”kata Fahim dan terus beredar ke biliknya.Dia penat dan ingin berehat.

Dato Azimah tidak percaya dengan kata-kata Fahim.Baginya Fahim sudah berubah dan dia perlu siasat perkara ini.

5 comments:

Unknown said...

best dari bab 1 sampai 11 sy tak bosan baca...
i'm waiting you new update :) :)

Unknown said...

@Risah Charrisah Isaac ..thanks sbb sudi baca^^nnti writer upload bab baru dalam masa terdekat^^

Unknown said...

Hai salam.. saya pembaca from Jakarta. Tak sabar nak tngk baca kelanjutannya,jgb lupa untuk sambubg yee tqsm

Unknown said...

@Nayla Zulkifli..hi sis..salam from malaysia..thanks sbb sudi baca ..in sha Allah Miya akan update new part dalam masa terdekat..^^

fasya said...

����������