Friday 11 December 2015

cerpen:Kasihmu akan ku miliki-1












“Fira…Faris jom balik dah lewat ni”.Laung Amna memanggil anak kembarnya yang leka bermain papan gelongsor..
“Jap lah ibu,faris tak puas main lagi ni”ujar si abang.
“Fira pun”.nahh..si adik pon menyokong si abang..
“esok kita datang balik ye dah lewat ni,Jap lagi dah masuk waktu maghrib.”
“hmm..ok lah”Jawab si kembar serentak.

Sarah Amna’ seorang ibu tunggal yang membesarkan anaknya tanpa bantuan suami disisi.Perih ketika mengandung serta sakit ketika melahirkan anak-anaknya ,menjadikannya seorang ibu yang tabah.Ditinggalkan suami pada usia yang muda membuatkan beliau tabah menjalani kehidupan walaupun dihina oleh masyarakat sekeliling.

“ibu!!!..laung si anak berdua serentak
“ye..ibu hidup lagi ni..sihat wal’afiat tak pekak lagi,kenapa panggil terjerit-jerit macam tu??”ujar Amna’sedikit geram
“hehehe..ibuuu”faris dan fira tersengih sebelum memanggil ibu mereka mendayu-dayu
“ye nak apa?”ujar Amna’
“esok cutikan jom pergi theme park yang baru bukak “ujar si anak berdua dengan muka yang berharap.
“hmm…”sengaja Amna’ meletakkan jari telunjuk didagu sambil berpura-pura berfikir.
“ibu!!!”si anak berdua mula hilang sabar
“yelah-yelah kita pergi esok ye ..lagipun semenjak kita berpindah kat sini ibu tak bawa kamu bercuti lagi”ujar Amna’
“yeayy..sayang ibu”ujar si anak berdua sambil memeluk ibu mereka..
“ibu pun sayang kamu”ujar Amna’sambil mencium dahi anak-anaknya.

Setelah anak-anak tidur Amna’ masuk ke dalam biliknya,sebuah kotak dari bawah katil yang disimpan selama ini diambil.Kotak yang sedikit berhabuk itu dibuka,cincin perkahwinan ynag tersimpan selama ini didalam kotak diambil dan dipandang lama,sekeping gambar turut diambilnya
“Abang..Sarah rindu kat abang”air matanya mula mengalir.”Anak-anak kita dah besar,bang..alangkah indahnya kalau abang ada disisi kami”

Tanpa disedari air matanya mula mengalir dengan lebih deras..

Hujan yang turun dengan lebat tidak mematahkan semangat anak-anak muda yang leka menari di Zouk Club. Terdapat sekumpulan anak muda leka dengan minuman serta gadis cantik disebelah mereka.”This is for us..cheers!!.ujar Fahim.”Cheerss….!!”yang lain menyambung.Mereka tidak sedar bahawa malaikat di kiri dan kanan mereka sedang mencatit semua yang sedang dilakkukan oleh mereka saat ini.
Amar Fahim seorang ahli perniagaan yang Berjaya.Walaupun usianya baru 35 tahun,Fahim mempunyai beberapa rangkaian perniagaan yang dikembangkan olehnya selepas papanya meninggal dunia.Perniagaan Perhotelan,Hartanah,Perkapalan merupakan bidang yang Berjaya diceburinya namun,kemewahan membuatkannya menjadi leka.Dia tidak sedar bahawa ada tanggungjawab yang telah diabaikan olehnya selama ini.

Good Morning,mama”ujar fahim sambil menuruni tangga ke meja makan.”Morning son,”ujar Dato’ Azimah.”Pukul berapa balik malam tadi?”.”almost 3:00 am..why?”Tanya Fahim.”Fahim kena ganti mama lawat tapak projek kat Pekan,Pahang.”Dato’Azimah memberikan arahan.”But ma,…malam ni ada birthday paryi kat rumah maliki”.Fahim cuba memohon simpati Dato’Azimah.”This is urgent dear,mereka kata ada masalah sikit kat site tu,and I didn’t take NO as the answer”.Fahim terpaksa bersetuju kerana dia tahu tiada guna membangkang jika mamanya sudah nekad.

What??? Kau tak dapat datang malam ni??apa ni bro kan kau dah janji!”kata maliki kecewa.”macamlah kau tak kenal mama aku kalau dia dah nekad memang tak ade sape-sape pon dapat bangkang”keluh Fahim.”kenapa bukan mama kau je yang pegi site tu?”.”Mama terpaksa pegi Dubai ade meeting dengan pembekal”kata Fahim.”tak pe lah nak buat cam mane lagi.”Maliki sedikit kecewa.”sorrylah bro,aku janji lepas siap kerja aku,nanti aku belanja kau apa-apa aje!”kata Fahim.”are u serious??”.”kau pernah tengok aku tak serius ke?”kata Fahim sedikit geram.orang serius dia ingat main-main pulak,desis hati Fahim.


“hehehe..tak..tak..kau selalu serius”orang nak belanja,rezeki tak baik ditolak,desis Maliki.”anggap je apa yang aku nak belanja ni as your birthday present,ok?”.”ok..ok..bila kau nak bertolak?”Tanya maliki.”esok!!”Fahim menjawab.

No comments: