Saturday 26 December 2015

cerpen:Kasihmu akan kumiliki-5

5 tahun lepas….
“Aku terima nikahnya Nur Sarah Amna’ bt Saifuddin dengan mas kahwin sebanyak RM100.00 tunai”
             “sah”
            “sah”
“Alhamdulillah”kedengaran ucapan syukur daripada para tetamu yang hadir.Hanya akad nikah yang ringkas sahaja dibuat.Majlis yang hanya dihadiri oleh sahabat-handai dan jiran sahaja.keluarga?Amna’telah kehilangan orang tuanya dalam kemalangan manakala mama Fahim tidak merestui pernikahan ini!

“Terima kasih Sarah sebab terima diri abang yang banyak kekurangan ni”ucap Fahim tulus sebaik sahaja mereka habis solat Isya’ berjemaah.”Sepatutnya Sarah yang berterima kasih kat abang sebab ambil Sarah jadi isteri abang”ucap Amna’sambil mengukirkan senyuman yang menawan untuk suaminya.Fahim menghadiahkan kucupan di dahi isterinya.

Sarah duduk di birai katil sambil menggapai handphone yang diletakkan diatas meja sebelah katil.”Abang,sini jap.Sarah ada lagu best yang nak tunjuk kata abang”ucap Amna’sedikit manja.Fahim hanya menurut  dan duduk disisi Amna’.”Cuba abang dengar lagu ni.”kata Amna’ sambil menyuakan sebelah earphone kepadanya dan sebelah lagi diletakkan di telinganya.
Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cinta ku padamu

Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu disampingmu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Dibawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu di sini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita menbuang-buang waktu
Dengan kata-kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Sweet kan lagu ni bang”ucap Amna’ sambil merebahkan kepalanya diatas dada Fahim.”Hmm…memang Sweet pun.Abang macam pernah dengar lagu ni tapi abang lupa abang dengar kat mana.”kata Fahim lalu mencium ubun-ubun isterinya.”apa kata kalau kita jadikan lagu ni lagu kita?”ucap Amna’.”Maksud Sarah?”Tanya Fahim.”Maksud Sarah,setiap kali kita dengar lagu ni kita akan ingat satu sama lain”ucap Amna’ tulus.”hmm..betul jugak,nanti tak de lah abang lupa yang abang dah ada isteri.Almaklumlah abang kan lelaki idaman Malaya sebelum kahwin”seloroh Fahim.

Muka Amna’ mula masam.”Abang,jangan macam-macam ye,kalau sarah tahu abang ada Perempuan lain siap abang.Sarah kerat abang 18 lepastu bagi jenny makan.”kata Amna’ tegas.”sape jenny”Tanya Fahim.Tak pernah dia ada kenalan nama jenny.”Anjing Uncle Robert belakang rumah abang yang garang tu”terang Amna’.Fahim telan air liur.’fuhh anjing tu memang garang kot.Aku pernah kena kejar masa aku nak balik rumah selepas jogging.memang aku lari pusing taman perumahan ni 2 kali’.Tak akan dilupakan insiden itu seumur hidupnya.

Hari berganti hari,minggu berganti minggu hubungan mereka bertambah erat.Sedar tak sedar,usia perkahwinan Fahim dan Amna’ menginjak 5 bulan.Namun,hubungan Fahim dan mamanya masih dingin.Amna’ bertekad untuk membantu Fahim memulihkan hubungan dengan mamanya.”Abang,saya nak cakap sesuatu boleh?”Tanya Amna’.Fahim yang sedang menonton TV menoleh.”Sayang nak cakap apa?”Tanya Fahim.”Tapi abang janji jangan marah tau”Kata Amna’.”Ye abang janji,lagi pun mana abang boleh marah isteri abang yang menawan ni”kata Fahim tulus ikhlas dari hatinya.”Dah 5 bulan kita kahwin tapi abang tak pernah bawak Sarah jumpa mama abang.Sarah faham abang marah sebab mama tak restu Sarah dengan Abang tapi sebagai anak syurga abang tetap dibawah mama kan?”kata Amna’ sopan.Dia tidak mahu menyakitkan hati suaminya sebab itu sejak semalam lagi dia dah menyusun kata-kata yang hendak diucapkan.Fahim diam.Kat-kata Amna’ ada benarnya juga.

“Sebagai anak,tak salah kita beralah abang”kata Amna’ lalu membawa diri ke dapur.Dia ingin memberikan Fahim waktu untuk berfikir sendirian.Kata-kata Amna’ sebentar tadi bermain di fikiran Fahim.”Sarah bersiaplah kita akan jumpa mama hari ni”ucap Fahim lalu terus menuju ke bilik mereka untuk bersiap.Amna’ sedikit teruja.Lantas dia mendaki tangga menuju ke bilik mereka.

BMW X3 berwarna putih milik Fahim berhenti dihadapan sebuah Vila.Fahim mengeluarkan remote pagar yang berada dalam simpanannya dan menekan punat ‘On’.Pintu Pagar yang tinggi melangit itu terbuka.Fahim dan Amna’ melangkah masuk sambil berpegang tangan.’mak ai..ni rumah ke istana,kalau 100 tahun aku kerja pun aku tak akan mampu beli Vila ni’desis Amna’.Pintu Vila terbuka mereka masuk dan kelihatan seorang wanita yang agak berusia tapi masih kelihatan anggun sedang duduk menanti mereka mungkin.”Mama..”ucap Fahim sedikit sebak.Matanya memerah.Wanita itu bangun menuju kea rah Fahim dan terus memeluk Fahim.Erat.”Fahim benci sangat kat mama ke sampai tak nak jumpa mama?”ucap Wanita itu sambil menangis di bahu Fahim.”Fahim rindu mama…maafkan Fahim,mama”kata Fahim sambil berusaha menahan sebaknya.Amna’ yang sedang melihat adegan itu berasa terharu.Air mata yang mengalir dipipinya diseka lembut.
Ni menantu mama ke?”Tanya Dato ‘Azimah.”Ye ma,ni Sarah,isteri Fahim”.Sejurus selepas Fahim memperkenalkan Amna’.Terus Amna’di raih ke dalam pelukannya.”maafkan mama sayang,”ucap Dato ‘Azimah sambil memeluk menantunya.Amna’ menahan sebak.Sudah lama dia tak merasai hangatnya pelukan sang Ibu.

“Hari ni ibu tak kira.Kamu berdua kena kena makan dan tidur disini!”ucap Dato’ Azimah tegas.Fahim terkejut.’aikk..bini aku ni macam ahli nujum pulak,tahu-tahu je mama nak kami tidur kat sini’desis Fahim sambil melihat Amna’ yang sedang duduk bersama ibunya di sofa bertentangan.Amna’ yang kebetulan memandang Fahim hanya tersengih.’kan aku dah kata’ucap Amna’ bangga.

Imbas kembali waktu dalam bilik…

Amna’ memulas tombol masuk ke bilik tidur mereka.Kelihatan Fahim sedang menyikat rambut.Amna’ menuju kearah Fahim dan mengambil sikat dari tangan Fahim.Dia mengarahkan Fahim duduk diatas kerusi di meja solek.Amna’ mula menyikat rambut suaminya.”Abang Marah Sarah ke?”ucap Amna’.”Tak sayang mana abang boleh marah isteri abang ni lama-lama”ucap Fahim.”Habis tu,kenapa muka abang monyok je tadi?”Tanya Amna’.”Dah sayang lupa nak bagi morning kiss kat abang”kata Fahim lalu memonyokkan mukanya kembali.Amna’ tunduk lalu menghadiahkan kucupan di pipi kanan Fahim.Muka Fahim berseri.’wohoo..dia kiss aku’lonjak hati fahim.

Setelah siap menyikat rambut Fahim,Amna menuju kearah Almari.”ehh..sayang tak payahlah tukar baju.Baju tu dah ok dah.Lagipun jubbah yang sayang pakai tu tak sampai 2 jam pun”kata Fahim.”Sarah bukan nak tukar baju.Sarah nak ambil beg baju kat atas almari tu!”ucap Amna’ tenang.”kenapa sayang nak ambil beg baju,kita nak pegi rumah mama je”kata Fahim kehairanan.”Abang ikut je apa yang Sarah cakap.Dan abang tolong ambikkan beg kat atas tu boleh,almari tu tinggi sangatlah”ucap Amna’ manja.Fahim akur.Beberapa helai pakaian miliknya dan Fahim dimasukkan ke dalam beg tersebut.
End of flashback…             

“Pergilah masuk bilik kamu,nanti waktu lunch kita makan sama-sama ye”ucap Dato’ Azimah.Fahim bangun “jom sayang..”kata Fahim sambil memegang tangan Amna’ dan menarik Amna’ mengikutnya.”Wahh besarnya bilik abang”ucap Amna’ teruja.”Macam mana sayang tahu yang mama akan suruh kita tinggal kat sini eh?”Tanya fahim yang masih kehairanan.”by instinct”ucap Amna’ sambil mengenyitkan matanya,

“wahh..banyaknya lauk.”ucap Fahim teruja sambil menarik kerusi untuk duduk di meja makan.Amna’ yang masih berasa kekok di rumah Agam itu hanya mengikut suaminya sahaja.”Ni mama masak special untuk Fahim.mama tahu ni semua makanan kegemaran Fahim kan,tapi tak tahulah pulak kalau Fahim nak makan masakan mama lagi,yelah orang dah ada isteri kata kan tentulah nak makan masakan isteri”ucap Dato Azimah lirih.”hisy..ada pulak mama cakap macam tu,tentulah Fahim akan makan masakan mama,mama tetap yang pertama dalam hati Fahim”ucap Fahim tulus.Amna’ yang mendengar kata-kata suaminya itu tidak berkecil hati.yelah lelaki harus menghormati ibunya lebih daripada isteri.Fahim makan dengan berselera begitu juga dengan Amna’.Seusai makan Amna’ mengangkat pinggan untuk dibasuh tetapi dihalang oleh Dato Azimah.”Biar bibik je yang buat Amna’,lagipun mama bayar mereka,Amna’ rest je hari ni ye”ucap Dato’ Azimah .”ok mama”ucap Amna’ akur.

Setelah makan mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu.”mama nak Fahim pindah masuk rumah kita balik boleh?”Tanya Dato Azimah.Amna’ dan Fahim terkejut dan saling berpandangan.”Arwah papa bina rumah ni dengan harapan semua ahli keluarga bersatu dibawah satu bumbung,lagipun Fahim satu-satunya anak mama,kalau bukan Fahim yang menemani mama meniti hari tua,mama nak harapkan siapa lagi sayang?”kata Dato’ Azimah lirih.”Bagi Fahim masa nak fikir mama”kata Fahim

Selepas berfikir masak-masak dan dipujuk oleh isteri kesayangan Fahim akhirnya berpindah masuk ke rumah ibunya.Hubungan keluarga mereka bertambah erat.Tetapi entah kenapa Amna’merasakan layanan Dato Azimah terhadapnya kurang ikhlas.Namun perasaan tersebut ditepis jauh-jauh.


Amna’ yang sedang menonton TV menuju ke pintu apabila terdengar bunyi kereta masuk.”lambat abang balik hari ni”Tanya Amna’ sambil mengambil briefcase dan mengucup tangan suaminya.”Ada mesyuarat tadi sebab tu lah lambat”kata Fahim sambil melangkah masuk ke rumah.”Abang nak makan?”Tanya Amna’ sopan.”Abang dah makan dengan staff tadi,sayng dah makan ke?”Tanya Fahim pulak.”Dah,Sarah dah makan dengan mama tadi”Kata Amna’ ringkas.Fahim mengangguk lalu mendaki tanggan menuju ke biliknya.Dia ingin merehatkan dirinya.

2 comments:

fasya said...

mane sambungan kasihmu akan kumiliki

Unknown said...

sorry sebab buat awak tunggu,sambungan kasihmu akan kumiliki saya akan post selepas cerpen love you mr.mafia tamat..