Saturday 12 December 2015

cerpen:kasihmu akan ku miliki-2

“IBU!!!..cepatlah kami dah lambat ni!!”jerit kedua-dua kembar.”Anak-anak ibu yang disayangi sekalian,korang ni baru tadika bukan kerja opis.setakat lambat 5-10 minit apalah sangat”Amna’ sengaja menyakat kedua-dua anaknya.”Mana boleh ibu,nanti cikgu besar marah”Faris menjawab.”betul tu ibu,hari tu kan kawan fira datang lambat,ibu tau tak cikgu besar suruh buat apa?”Fira kalau ada point nak cakap memang satu karangan akan siap.
”tak tahu”Amna’ menjawab sambil membuka pintu kereta bagi memudahkan anak-anaknya masuk.”cikgu besar suruh kawan fira tu nyanyi ibu depan semua orang..hissh seram bu”fira cuba mengekspresikan wajah yang seram tetapi muka fira yang sememangnya comel bertambah comel.

“alah,nyanyi je pon,bukanya suruh panjat pokok ke,toreh getah ke,ahh..ataupon tanam pokok ke..ataupon sur..”.”Ibu!! kami serius ni..”muka si kembar mula monyok..”ibu pon serius ni”wajah serius cuba dipamerkan tapi akhirnya dia tergelak..’hailah permata hati ibu,karenah korang ni menceriakan hati ibu’desis hati Amna’.
”ok dah sampai..belajar elok-elok ye”ujar Amna’ pesanan yang sama dititipkan untuk anak-anaknya setiap hari.”ok ibu,doakan kami ye”ucap faris dan fira sambil mencium tangan ibu mereka.Lantas mereka berari-lari anak masuk ke dalam tadika.setelah memastikan anak-anaknya selamat masuk barulah Amna’bertolak ke pejabat.

Beg pakaian diletakkan ke dalam bonet setelah tu enjin kereta kesayanganya Audi A6 di hidupkan.’pasal mamalah ni kalau tak mesti sekarang ni aku dan maliki tengah enjoy berparty’desis Fahim.Perjalanan dari kuala lumpur ke Pahang mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam.”Nasib baiklah bukan cuti sekolah,kalau tak mesti jammed”omel Fahim.
Oleh kerana bosan,Fahim menekan punat radio.Sambil memandu Fahim mencari-cari siaran radio.Dia terkedu saat tanganya terhenti di satu siaran yang dia kurang pasti tetapi lagu yang disiarkan itu membuatnya terkedu

                             Demi cinta kita,
                           Aku akan menjaga cinta kita
                           Yang telah kita bina
                           Walau hari terus berganti hari lagi
                          Cinta kita abadi selamanya.

Fahim terpana apabila mendengar lagu ini.Lagu ini mengingatkan dia akan seseorang yang cuba dia lupuskan daripada ingatannya.Namun,harus dia akui sehingga kini fahim tidak Berjaya membuang wajah wanita itu dari ingatannya.”Ahhh..persetan kau perempuan!!pengkhianat macam kau memang tak patut hidup dalam ingatan aku!!.cinta aku beri,kecurangan yang kau balas!!”Fahim melempiaskan kemarahanya.Lantas dia menutup radio.’aahh..hilang mood aku’.Setelah tiba,Fahim terus daftar masuk ke bilik hotel yang teah ditempahnya.

Corolla Altis milik Amna’ diparkir di tempat yang dikhaskan untuk ketua jabatan pembinaan syarikat Mutiara.sdn.bhd sebuah syarikat pembinaan yang terkenal di Asia.Walaupun dia ditimpa ujian yang besar namun is tidak menghalang Amna’ untuk Berjaya.Amna’ baru sahaja pulang ke Malaysia selepas 4 tahun menetap di Jepun bersama permata hatinya.--->(hehehe..baru nak gi tau..writer lupa nak tulis kat awal bab sorry.^^)

“Fika bawa masuk file projek pasaraya tu!”arah Amna’ kepada setiausahanya.”baik puan.”syafika bangun lantas menuju ke rak menyimpan pelbagai jenis file projek syarikat Mutiara. sdn.bhd.”ni file yang puan minta tu”kata fika sambil meletakkan file yang berwarna merah dihadapan Amna’.”So,fika apa jadual saya hari ni?”Tanya Amna’ kepada setiausahanya.Fika membuka buku nota berwarna coklat yang selalu dibawanya setiap kali bertemu dengan Amna’.

“pukul 11:00 am kita ada meeting dengan lembaga pengarah yang lain berkenaan masalah yang dihadapi kat tapak projek,then pukul 3:00 pm puan ada meeting dengan Encik Faris dari jabatan kejuruteraan.itu sahaja untuk hari ni”kata Fika.”ohh ok.. terima kasih fika”kata Amna’ sambil menghadiahkan senyuman yang manis kepada setiausahanya.”sama-sama puan..ohh ye saya ada dengar gosip”kata Fika .”Gosip apa pulak ni?kalau gosip tu tak betul jadi fitnah nanti,awak jangan main-main pasal benda dosa-pahala ni”kata Amna’ mengingatkan setiausahanya.”ni bukan main-main puan benda ni sahih”kata Fika serius.”apa dia gosip tu?”Tanya Amna’.

"saya dengarkan puan yang Ketua pengarah Mutiara sdn.bhd dari pejabat induk kuala Lumpur nak datang,”.”yeke??”Tanya Amna’”ye puan.!! Dengar kata lagi ketua pengarah tu handsome dan masih solo.puan tak nak try ke?”Tanya fika sengaja mengusik bosnya.”fika saya rasakan lebih baik,awak keluar dan sambung kerja awak!!”.”ok..ok..saya keluar dulu ye puan.”kata fika sopan.’bosnya ni bukan boleh dibawak bergurau,tak kene gurauan tu nanti,habis aku kene sembur’desis fika.

“hati saya dah mati untuk lelaki fika,saya selasa hidup macam ni”kata Amna’ perlahan sebelum membelek file yang diberikan oleh fika sebentar tadi

No comments: