Sunday 20 December 2015

cerpen:Kasihmu akan ku miliki-4

Alkaf berjalan dengan langkah yang malas ke bilik ketua yang disayangi serta digeruninya,siapa lagi kalau bukan Fahim.Semalam dia hanya tidur 2 jam sahaja sebab sibuk cari maklumat pasal wanita yang bos suruh tu Sarah Amna’.Jika dilihat gayanya kini seperti seorang lelaki yang sedang mencari isteri yang hilang.Dengan kemeja yang tak bergosok,tie yang senget,baju yang separuh masuk dan separuh keluar.’Apalah nasib aku ni dapat bos yang suka memaksa pekerja yang berdedikasi macam aku ni,aku tahu kerja aku bagus.’omel Alkaf sambil memuji dirinya.
Sampai sahaja di hadapan bilik Fahim,Dia terus menekan loceng.Jika dia terjah nanti tak pasal-pasal kena dengar ceramah bos yang tidak sedap didengar itu.Fahim yang sedang melayari twitter itu terus membuka pintu.Dia yakin bahawa Alkaf yang datang.Semalaman dia tak dapat melelapkan matanya kerana asyik teringatkan bekas isterinya.Ya,Amna’merupakan isterinya yang diceraikan 5 tahun lalu.Namun,dia tak pasti jika selepas Amna’ diceraikan olehnya,wanita itu bernikah lagi kerana dia yakin Amna’ tidak mengandung waktu bersamanya.

“Ni fail yang mengandungi maklumat peribadi Puan Amna’”ujar Alkaf sambil menyerahkan sebuah fail.”Kenapa gaya kau macam hilang bini je?”Tanya Fahim selepas melihat gaya Alkaf yang sedikit selekeh.”saya tidur 2 jam je,baju semua tak sempat gosok..tenaga pun dah tak de bos”kata Alkaf sambil membuat mimic muka entah apa-apa.”kau masuk lah dulu aku nak baca fail ni ,kalau kau ada kat sini,senang aku nak tanya apa-apa yang aku tak faham”kata Fahim sambil duduk di sofa dan mula membaca fail peribadi Amna’.Alkaf memuncungkan mulutnya.’Ingatkan lepas bagi fail ni boleh balik bilik tidur kejap.bos memang kejam’omel Alkaf.

15 minit berlalu Fahim masih leka membaca fail.Alkaf mula kebosanan.Mata Alkaf layu dan semakin layu akhirnya dia tertidur di katil Fahim.

                    NAMA:NUR SARAH AMNA’ BT SAIFUDDIN
                    UMUR:28 TAHUN
                   KELAYAKAN:-IJAZAH SARJANA MUDA(PEMBINAAN) DARI TOKYO UNIVERSITY
                   STATUS:TIDAK DINYATAKAN      

‘Apasal status dia tidak dinyatakan pulak ni?’desis Fahim sedikit geram.”Alkaf..!!”senyap.Tiada suara kedengaran.’Selalunya sekali panggil terus menyahut’kata Fahim.”Alkaf..kau pekak ke!!?”suara Fahim kedengaran keras.Fahim mula bengang apabila tak ade yang menyahut.Fahim berpaling dan terkejut melihat P.A-nya sedang nyenyak tidur di atas katilnya.Fahim melangkah laju ke katil.Jag air yang penuh disebelah katilnya diambil lalu dijirus ke atas badan Alkaf dari kepala ke kaki.Gaya macam mandikan jenazah pun ade.Alkaf yang sedang tidur nyenyak terkejut apabila dia disiram lantas bangun dan duduk 90 darjah.”kau nak mati ke?”Tanya Fahim geram.”ampun bos ..ampun saya tertidur”kata Alkaf sambil melutut atas katil.”yang kau pegi tido atas katil aku apasal,kan dah basah katil aku!”ujar Fahim.”ek..eleh bos ni bukan dia ke yang siram aku,dialah punca katil basah,lagi pun katil ni tak de pun nama dia!”omel Alkaf perlahan,tak pasal-pasal kalau bos dengar tertutup periuk nasi dia hari ni.”sorry boss…sorry..lain kali saya tak buat dah.kalau ngantuk saya tidur atas lantai!”kata Alkaf.’sabo je lah aku ngan dia ni’desis Fahim.Lantas Fahim meninggalkan Alkaf dan menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap ke office,hari ni ada meeting lagi.Alkaf mengampiri Fahim yang sedang memilih kemeja yang hendak dipakai.Mengerti dengan isyarat muka Alkaf yang dibuat-buat suci itu,sehelai kemeja dan tie dihulurkan.Nasib baik seluar tak basah sebab dia berselimut dari pingang ke kaki, kalau tak memang Alkaf kena naik bilik balik.Alkaf kurus sedikit berbanding Fahim,tentulah saiz seluar tak sama,kalau baju tak pe lah sebab masing-masing tegap.

Tepat pukul 2:00 petang mesyuarat tamat.Fahim hanya kena melawat tapak projek esok dan pulang.Namun ada urusan yang hendak diselesaikannya sebelum pulang!.Fahim masuk kedalam bilik yang dikhaskan untuknya.Alkaf hanya mengekori Fahim.Tiba-tiba Fahim memberi arahan kepada Alkaf.”aku nak kau panggil setiausaha Amna’ ke sini.sekarang!”Kata Fahim tegas.”orait bos”Kata Alkaf lalu turun dan terus menuju ke jabatan pembinaan.

Alkaf tercari-cari bilik Amna’.’Yelah baru first time kot aku ke sini’omel hati Alkaf.Selepas bertanya kepada beberapa pekerja dia terjumpa bilik Amna’.Dihadapan bilik Amna’ kelihatan seorang gadis sedang terbongkok-bongkok mengambil barang yang terjatuh mungkin.”Maafkan saya,cik ni setiausaha Pn.Amna’ ke?”kata Alkaf sedikit sopan.”ye saya”ujar fika sambil mendongakkan kepalanya.Alkaf terpaku melihat gadis cantik dihadapannya.Musik lagu barakallah Maher Zain kedengaran.”encik..encik..hoi pekak ke?”mendengar ayat’hoi pekak ke’membuatkan muzik yang sedang beralun di mindanya terus hilang.’ni macam ayat bos jer’.”ehemm..ehemm”Alkaf berdehem membetulkan suaranya.”Tuan Fahim nak jumpa cik sekarang!”kata Alkaf.

“er..kenapa ye,setahu saya ,saya tak buat salah pun?”kata Fika sedikit cuak.’Apa yang aku buat ye sampai bos besar nak jumpa aku.”desisnya.”Jangan risau,bos nak bincang sesuatu dengan awak sekarang.so,shall we??”kata Alkaf bajet gentlemen.”hmm..ok”kata Fika Lantas bangun dan mengikut Alkaf ke bilik Fahim.

“bos,ni lah setiausaha Pn.Amna,Syafika Hanis.”kata Alkaf.”Awak keluar jap boleh?saya ada perkara nak bincang dengan Syafika.”kata Fahim.’ehh bos ni dah kenapa berahsia dengan aku pulak’omel Alkaf.Dengan langkah yang berat Alkaf keluar.Syafika mula tak senang duduk ditinggalkan berdua-duaan dengan Tuan Mudanya ni.’apa yang dia nak ni?’desis hati Fika.”saya nak Tanya sesuatu  pasal ketua awak Sarah Amna’ tetapi ni rahsia antara kita.faham!”ucap Fahim tegas.”faham,tuan”.Dan mulalah sesi soal jawab antara Fahim dan Syafika.

Selepas 1 Jam fira keluar.Alkaf yang melihat fika keluar terus bangun.”apa yang awak bincang dengan bos sampai saya kena keluar?”.tanya Alkaf.”ohh ni pasal annual dinner syarikat ni tahun lepas bos kata nak guna tema yang sama.jimat kos”ujar Fika sambil tersenyum.Rahsia tetap rahsia,sekali kuberjanji,akan ku tepati.Tu dia prinsip Fika.
Walaupun kedengaran kurang logik tetapi Alkaf percaya sebab bos ni jenis yang kedekut labur wang.”err…saya nak nombor phone awak boleh?senang kalau bos nak jumpa awak lagi boleh saya call jer,tak payah susah-susah panggil awak”kata Alkaf senafas.Fika berfikir sejenak.’hmm..betul jugak,lagipun aku rasa aku akan bertemu lagi dengan Tuan Fahim’.Fika berkata-kata dalam hati.”hmm..boleh tapi janji awak takkan jual nombor saya ni?”kata Fika.”ye saya janji”kata Alkaf sambil mengangkat tangan ala-ala membaca ikrar.”011-1243 5998”.Alkaf membuat missed call.”tu nombor saya savelah,saya takkan bagi nombor saya kat awak untuk kali kedua!”kata Alkaf tegas sebelum berlalu meninggalkan Fika yang tercengang.”ek eleh poyo betul mamat ni..tapi dia hensem..alamak lupa aku nak tanya nama dia tadi”Kata Fika.P.A Hensem tu lah nama Alkaf dalam contact Fika.

Yes..aku dapat nombor dia..YAHOOO!!”Jerit Alkaf di koridor pejabat.Nasib baik tak de orang kalau tak mesti depa ingat Alkaf ni dah gila jerit sorang tengah hari buta ni.Sebenarnya dia tak dapat mengawal debaran didadanya sebab tu dia tinggalkan Fika macam tu jer.My Love Fika tu nama Fika dalam contact Alkaf
Fahim masih ditempat duduknya.Dia terkejut dengan apa yang didengarinya.”Pn.Amna’ baru join syarikat kita 8 bulan lepas.Sebelum ni dia kerja kat Jepun dalam setahun macam tu.Budak berdua yang tuan nampak tu anak dia.Dengar kata dia dah bercerai dengan suaminya semasa kat Jepun.”Terang Fika.”Awak tahu tak nama anak dia dan macam mana awak tahu dia dah bercerai?”Tanya Fahim.”Tahu tuan,kalau ada projek apa-apa saya selalu stay kat rumah dia.Sebab tu saya tahu semua cerita ni..hehehe”.Kata Fika.”Apa nama anak dia?”Tanya Fahim tidak sabar.Dia berasa dekat dengan budak-budak tu.”Yang sulung Mohd Asyraf Faris bin Mohd Azreel Fahim..yang kedua..Nur Azreen Farisya bt Mohd Azreel Fahim.”Jawab Amna’.Fahim terpana.”Berapa umur budak-budak tu?”Tanya Fahim.”4 tahun,Tuan”ucap fika yakin.Fahim terkejut.


‘Aku bercerai dengan fika 5 tahun lepas,takkanlah dia mengandung kot’fikir Fahim.Kalau ikut masa dia becerai ada logiknya jugak tapi dulukan dia banyak boyfriend anak salah seorang boyfriend dia kot.’macam mana kalau tu anak-anak kau’hatinya berkata.’ahh..tak mungkin aku jarang sentuh dia!’akalnya berkata.”tak de masa aku nak fikir pasal perempuan tu, entah anak-sape-sape dia mengandung!Dia kan sanggup buat apa jer untuk duit hingga sanggup gadaikan maruah dia sendiri”Kata Fahim sedikit marah.Dia bangun dan terus menuju ke kafe dia yakin Alkaf disitu selalunya waktu lunch mereka akan bawa haluan sendiri jika dia ada lunch meeting baru Alkaf akan ikut dia.

No comments: