Thursday 31 December 2015

Love you Mr.Mafia(part-1)

Cerpen:Love you Mr.Mafia(part-1)

“Mak,Zira pergi sekolah dulu ye”laung Hazirah sambil mengikat tali kasutnya.”ye nak,Hati-hati ye”ucap Pn.Hamima sambil memangku anak bongsunya.Hazirah berjalan menuju ke pondok bas.Setelah menunggu 10 minit dan bas pun tiba Hazirah segera menaiki bas tersebut untuk ke sekolah.Bas memang takkan masuk ke dalam kawasan kampung jadi pelajar seperti Zira dan orang yang hendak menggunakan khidmat bas Awam harus menunggu di hadapan jalan masuk ke Kampung. Sebagai pengawas,waktu paling lambat untuknya sampai ke sekolah ialah pukul 7:00 am.Seperti biasa setelah mengawal baris pelajar dan tamat perhimpunan pagi Hazirah dan beberapa kawanya melangkah masuk ke kelas.

“Aku menyampah betul dengan budak siti tu,”kata Lydia geram.”Dah kenapa dengan budak tu”Tanya Mira.”Aku tegur dia sebab dia pakai make-up ke sekolah,korang tau tak dia cakap apa”.”Dia cakap apa”ujar Mira,Wani,Devi tak ketinggalan Zira juga.”Dia kata,suka hati akulah nak make-up ke tak nak make-up,ade aku guna duit kau?ni duit bapak aku,Aku taulah kau tak mampu beli barang make-up,so,tak payah jealous ye.Kalau kau nak,kat rumah aku tu ade barang make-up opah aku,aku boleh bagi free kat kau..ade ke dia cakap aku tak mampu,,geram aku”terang Lydia.”Sabarlah ni..macam kau tak biasa je?”kata Devi menenangkan Lydia.”betul tu,Nak marah pun tak guna,baik kita bersabar,dapat pahala lagi”Kata Hazirah.”weii..cepatlah lepas ni kelas Teacher Saritha,lambat nanti mampus kita”kata Wani sedikit cuak.Teacher Saritha,cikgu bahasa Inggeris paling garang abad ni.Laju mereka melangkah masuk ke kelas.

“Stand up,Good morning Teacher”ucap Farid selaku ketua kelas 5 sn 1 dan diikuti oleh pelajar-pelajar lain.”Good Morning,everyone”ucap Teacher Saritha.”Take out the worksheets that I gave you yesterday,we will discuss the answer today”arah Saritha.Para pelajar sibuk mengeluarkan kertas tersebut.Sedang mereka berbincang,tiba-tiba pintu kelas diketuk.Kelihatan Pn.Shahnaz guru kelas 5 sn 1 dan seorang pelajar lelaki yang mereka kenali tetapi bukan Hazirah berdiri di belakang Pn.Shahnaz.”Maaf menganggu,saya ade pengumuman sikit.”ucap Pn.Shahnaz sopan sambil melangkah masuk sambil diikuti oleh pelajar tersebut.Kedengaran beberapa pelajar berbisik sesama sendiri.Hazirah yang duduk seorang di sudut kelas terpinga-pinga.’Apasal depa semua ni,depa kenal ke mamat tu’desis hati Hazirah.”eh..tak pe”kata Pn. Saritha sambil mengundur ke belakang.”kelas hari ni kamu akan dapat kawan baru,Sila perkenalkan diri awak”ujar Pn.Shahnaz.”Nama aku Tajul Arian Safwan bin Tajul Amir Safwan.Umur??sebaya koranglah,dulu aku sekolah kat SMK St.Thomas,Pahang.”Ucap Arian ringkas.”Kamu boleh duduk disebelah pengawas tu.Tempat tu memang kosong”Kata Pn.Shahnaz.Arian akur lalu menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Pn.Shahnaz.

Seketika selepas itu,Pn.Shahnaz meminta diri Dan Pn.Saritha meneruskan perbincangan yang tertangguh tadi.Oleh kerana Arian tidak mempunyai kertas Kerja dia berkongsi dengan Hazirah.”Aku tak selesa duduk kat tempat ni,Aku nak duduk kat tepi tingkap”Kata Arian yang sebenarnya lebih kepada arahan.Hazirah terpaksa akur dia tak ingin bermusuh dengan pelajar baru ini.’alah,tak dapat tengok pemandangan dah lepasni’desis Zira.Masa berlalu pantas tanpa disedari.Kini hanya tinggal satu subjek sahaja sebelum tamat waktu sekolah iaitu subjek Kimia.Farid melangkah ke hadapan kelas sambil memegang beberapa helai kertas kerja”ehmm…ehmm..hari ni cikgu Zakiah tak datang,tapi dia ada tinggalkan Kerja untuk kita semua.Cikgu Zakiah suruh kita siapkan latihan ni dan tmpal dalam buku nota”Ucap Farid.Semua pelajar mengangguk tanda Faham.Setelah Farid mengedarkan kertas tersebut kelas bertukar sunyi,semua pelajar sibuk membuat Latihan.Namun,ada satu perkara yang bermain di benak Hazirah.’Selalunya kalau cikgu tak de mesti kelas ni bising mengalahkan Zoo,tapi kenapa hari ni semua senyap?’desis Hazirah.

Sedar tak sedar sudah pukul 1:30 Tengah hari.Semua pelajar sibuk kemas beg pulang ke rumah.Setelah Arian beredar,Lydia,Mira,Wani,Devi,Farid dan Hafeez menyerbu dia.”weii Zira aku salute kat kaulah,berani betul kau duduk sebelah dia”kata Farid sambil memberi tabik hormat.Hazirah terpinga-pinga.’Apasal dengan Farid ni’desis Hazirah.”Zira,dia ada cakap apa-apa tak,ugut kau ke..?”Tanya Devi.Hazirah yang masih blur mengeleng.Ucapan Syukur kedengaran.setelah itu mereka mula beredar pulang ke rumah.Hazirah segera menahan mereka. ”

"weii..korang aku nak tanya ni,Korang kenal Arian ke?kenapa korang Tanya dia ada ugut aku ke,aku cedera tak?selama ni korang tak pernah pun caring kat aku sampai macam ni”Tanya Hazirah kebingungan.

Farid dan Hafeez pantas menarik kerusi berhampiran lalu duduk dihadapan Hazirah.Lydia,Mira Wani dan Devi pun menarik kerusi lalu duduk sekeliling Hazirah.Hazirah yang berada di tengah-tengah mula seram-sejuk.”Korang ok tak”Tanya Hazirah cuak.”Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera..selaku ketua kelas 5 sn 1,izinkan saya menunaikan tanggungjawab sebagai ketua kelas ini dengan menjawab soalan saudari Hazirah,Yelah nanti kalau Pn.Shahnaz Tanya apa sumbangan saya untuk kelas ni..”.”CAKAP JE LAH..!!”ucap yang lain serentak.”ehmm..ehmm..ok..ok”Kata Farid lalu menarik nafas dan menghembuskannya.”Tajul Arian Safwan,putera tunggal Encik Amir Safwan dan Puan Zafira.Mak dengan Ayah si Arian ni dah bercerai,masing-masing dah ada pasangan sendiri,tapi Mak dengan Ayah dia ni tak nak jaga Arian.”Terang Farid.

”Apasal pulak,kenapa Mak dengan Bapa dia tak nak dia”Tanya Zira kehairanan.”Mereka beranggapan yang Arian ni akan mengingatkan mereka antara satu sama lain.sebab tu,lepas mak dengan ayah dia bercerai ,mereka tinggalkan Arian sorang-sorang kat Banglo mereka.Mak dia kahwin dengan seorang Ahli perniagaan daripada Dubai,lepas kahwin mak dia pindah duduk kat Dubai,Bapa dia Pula pindah ke Selangor.Kahwin dengan Anak ahli perniagaan terkenal.”Terang Farid panjang lebar.”Macam mana kau tahu semua ni”Tanya Devi.”Bapa aku Personal Driver bapa saudara merangkap papa angkat dia,sebab tu aku tahu”Ucap Farid bersungguh-sungguh.”tapi…ni rahsia kita-kita je tau,jangan bagitau sesiapa,janji?”.”JANJI!!”ucap mereka berenam serentak.

“Jadi bapa Saudara dia ambil dia jadi anak angkat?”Tanya Lydia.”yup betul tu,Bapa saudara dia nit k pernah kahwin jadi dia ambik Arian ni jadi anak angkat dia”terang Farid lagi.”Aku rasa benda ni normal,habistu kenapa korang takut sangat dia ha?”Tanya Hazira lagi.”Masalahnya bapa saudara dia tu ketua kumpulan Red Dragon Empire ,Kumpulan kongsi gelap terkenal di Asia.Tapi mereka bukan Ahli kongsi Gelap yang jahat-jahat tu,Red Dragon Empire akan membantu polis dalam menumpaskan kegiatan jenayah yang melibatkan dunia kongsi gelap”Terang Hafeez.”Tapi mereka ada banyak musuh,Arian sendiri pernah hampir kena bunuh dengan musuh-musuh bapa saudara dia.Tapi nasib baik dia sempat selamatkan diri.”tambah Wani.

“Zira,kalau kau nak tahu Arian tahu Silat,Taekwondo,Judo dan Muay Thai,sebab tu dia dapat selamatkan diri dia.”.”oohhh”Zira mengangguk.”Tapikan walaupun hanya anak angkat,bapa saudara dia sangat sayangkan dia.Bapa saudara dia pernah hampir gadaikan nyawa dia sendiri untuk selamatkan Arian.”kata Farid.”Jadi baik kau hati-hati sikit dengan dia,Arian ni panas baran dia tak kisah cederakan sesiapa pun walaupun orang tu perempuan”tambah Farid.”ok lah semua,aku nak balik ni jam pun dah dekat pukul 2:15 aku ada tuisyen petang ni.wa chow dulu”kata Farid lalu menggalas beg dan keluar dari kelas.Rakan-rakan dia yang lain pun mula beredar pulang ke rumah. Tak ketinggalan Hazirah juga.Sambil berjalan dia berfikir tentang Arian.’kesian dia,lahir dari keluarga kaya,ada duit dan segala-galanya tapi kurang kasih sayang.Aku lahir dalam keluarga Susah tapi kaya dengan kasih sayang’desis Hazirah.

“Assalamualaikum Zira dah balik”laung Zira.Zira mendaki tangga kayu perlahan-lahan lalu masuk ke rumah.Kelihatan bapanya sedang membaca surat khabar,rasanya bapanya baru pulang dari kebun.Hazirah menyapa bapanya.”Assalamualaikum abah,”ucap Hazira sedikit takut-takut.Dia takut dengan Abahnya kerana Abahnya garang,lagipun dia jarang berbual dengan Abah dia.Abah dia pendiam.”Kau dah balik Zira,pergi mandi,solat dan makan”Arah Abah Hazirah.”Baik Abah”akur Hazirah lalu segera menuju ke bilik meletakkan beg dan segera menuju ke tandas untuk mandi dan solat.Mungkin ibunya masih berada di kedai.Ibunya membuka warung kecil di Kampung ini.Setelah makan ,Hazirah kemas rumahnya.Dia ingin meringankan beban ibunya.Setelah rumah Kemas dan bersih,Hazirah mula mengulang kaji pelajaran.SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.Hazirah bertuah kerana terpilih dalam program ‘Kelas Tambahan percuma’di dewan di hujung Kampung.Kelas akan bermula dari pukul 8 malam hingga 10 malam,Isnin hingga Jumaat.

Hari berganti hari berlalu namun patah perkataan antara Zira Dan Arian boleh dikira.Arian akan berbual dengan Zira jika ada perkara penting sahaja.Namun,Suatu hari Nasib Hazirah yang baik telah bertukar kepada buruk.Hari itu,Hazirah ditugaskan untuk mengawal pintu pagar.Tugasnya akan tamat pada pukul 8:00 am dan guru disiplin pula akan ambil alih.Sedang dia meneliti Senarai nama pelajar yang lewat dia ternampak Arian masuk sambil bersiul selamba.Dia menghampiri Arian lalu mendongak memandang Arian yang tinggi lampai dengan muka yang garang.Arian yang sedang bersiul terus berhenti dia menunduk sedikit lalu  mengangkat sebelah kening memandang Orang yang berani menghalang laluannya.”Kau dah kenapa Block jalan orang tiba-tiba ni”kata Arian sedikit tidak berpuas hati.

Hazirah terus mencatat nama Arian dalam senarai pelajar lewat.”Ni dah kali ke-23 awak lewat.”kata Hazirah sambil mengira pangkah tanda kelewatan Arian.”so?”Kata Arian sambil terus memandang Hazirah.”So,kau kena jumpa cikgu disiplin sekarang”kata Hazirah tegas.”Kalau aku tak nak?”kata Arian sambil melangkah meninggalkan Hazirah.Hazirah terpinga-pinga ditinggalkan begitu sahaja.”siap kau”omel Hazirah sambil berjalan menuju ke bilik disiplin.

Hazirah melangkah masuk ke kelas,tanpa memandang Arian,Hazirah terus duduk ditempatnya.”5…4…3..2….1..”kira Hazirah perlahan.Arian yang mendengar Hazirah mengira hairan.’Dah kenapa minah ni,teringin nak belajar 1,2,3 balik ke’omel Arian.Tiba-tiba,kedengaran pembesar suara sekolah berbunyi.”Assalamualaikum dan selamat sejahtera,diminta kepada pelajar yang bernama Tajul Arian Safwan b.Tajul Amir Safwan datang ke bilik disiplin sekarang juga,sekian terima kasih”.Itulah kandungan pembesar suara tersebut.Mata semua pelajar 5 sn 1 memandang Arian.Arian yang masih terpinga-pinga tetap bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke bilik disiplin.Hazirah senyum menang.’mesti kau ‘siap’ lepas ni..hahaha’omel Hazirah sambil gelak jahat.

Arian masuk selamba ke dalam bilik disiplin.Kelihatan Encik Samsudin,ketua guru disiplin sedang duduk sambil memegang rotan.”Kamu tahu apa kesalahan kamu?”Tanya Encik Samsudin.”Apa salah saya, saya tak buat apa-apa kesalahan pun”kata Arian selamba.”Saya tak tahu kenapa pengawas-pengawas lain tak melaporkan hal ni kepada saya,Dah 23 kali awak lewat ke sekolah”terang Encik Samsudin.”Jadi??”kata Arian sambil menjongketkan sebelah keningnya.”Awak memang tak tahu adab dengan cikgu ke?”Sampuk Encik Hadi yang kebetulan sedang mendengar perbualan mereka.”saya tak nak memanjangkan kes ni,Oleh kerana awak baru lagi kat sekolah ni awak akan dapat denda yang ringan sahaja.”kata Encik Samsudin.”Denda ringan?”kata Arian kehairanan.Encik Samsudin bangun dan senyum.

Arian melangkah ke kelas dengan muka masam.’Ni mesti budak tu punya kerja,tak pasal-pasal aku kena sebat 4 kali’Arian menahan geram.Setelah tiba di kelas,Arian terus menuju ke tempatnya.”kau punya kerja kan?”Tanya Arian.Hazirah hanya senyap buat tak tahu.”Aku Tanya ni,Kau kan yang report kat cikgu disiplin!!”Tengking Arian sambil menghentak meja.Bukan sahaja Hazirah,rakan kelas yang lain pun terkejut.”ye aku..aku yang report,kenapa”walaupun suaranya kelihatan tenang tapi dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu.Arian bangun,dia capai beg dan berjalan menuju ke pintu kelas.Namun, dia berhenti,Dia berpaling “Dengar sini semua..”ucap Arian tegas.Pelajar 5 sn 1 memandang dia dengan perasaan cuak.”Kalau cikgu Tanya mana aku,Cakap aku balik ada emergency,faham!!”arah Arian.Yang lain hanya mengangguk.Arian melangkah keluar dari kelas.

“weii,kau nak mampus ke yang kau pi report kat cikgu Din kenapa?”kata Wani cuak.”Aku tak kisah dia nak buat apa kat aku,yang aku tahu,aku buat benda yang betul”kata Hazirah tegas.”aku dah tak tahu nak cakap apa kat kau,aku harap Arian lupakan apa yang terjadi tadi”kata Farid

“Kurang ajar punya perempuan,Tunggu kau,kau tak kenal aku lagi”kata Arian.Api kemarahan membara dalam dirinya.Setelah keluar dari sekolah tadi dia terus menghidupkan keretanya dan terus meninggalkan kawasan sekolah.Dia mengambil Handphone yang diletakkan di dashboard.

“weii..botak aku nak jumpa kau,kat tempat biasa.sekarang!!”arah Arian.Dia memandu menuju ke Dirclubs.Kelab malam kepunyaan papa Arian.

“Siap kau,perempuan,you will know the other side of me,”kata Arian garang.


No comments: